1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

Set 8 Latihan Biologi Tingkatan 5 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 5

Bab 8: Biodiversiti

Klik untuk jawapannya

1. Apakah itu taksonomi?
A Pelbagai spesies tumbuhan dan haiwan yang saling berinteraksi antara satu sama lain
B Kajian sistematik mengenai pengecaman, penamaan dan pengelasan organisma
C Bilangan organisma pada setiap aras hierarki
D Virus, bakteria, protozoa, fungi dan alga mikroskopik hanya dapat dilihat dengan jelas di bawah mikroskop
Jawapan:

2. Apakah kepentingan kekunci dikotomi?
A Memudahkan pengumpulan pandangan saintis
B Membolehkan penemuan spesies baharu
C Membolehkan penemuan spesies purba
D Memudahkan saintis mengelaskan organisma secara sistematik
Jawapan:

3. Antara berikut, yang manakah benar tentang hierarki taksonomi?
A Organisma yang berbeza dalam order akan berada dalam kelas yang berbeza.
B Organisma yang berbeza dalam kelas yang sama merupakan dari famili yang sama.
C Order ialah takson dalam suatu kelas dan terdiri daripada beberapa famili
D Takson yang paling besar ialah filum.
Jawapan:

4. Jadual 1 menunjukkan kumpulan taksonomi dan takson bagi lalat rumah.
Bab 8: Biodiversiti
Jawapan:

5. Antara berikut, yang manakah tidak termasuk dalam enam alam utama?
A Protista
B Plantae
C Virus
D Eubacteria
Jawapan:

6. Organisma yang manakah dikelaskan dalam alam Archaebacteria? Bab 8: Biodiversiti
Jawapan:

7. Rajah menunjukkan pokok filogeni bagi sebilangan karnivor.
Bab 8: Biodiversiti
Inferens yang manakah benar tentang poko filogeni ini?
I Anjing dan harimau dalam kelas yang berbeza
II Bajer dan memerang dalam order yang sama
III Harimau dan memerang tidak berkongsi leluhur yang sama
IV Musang dan anjing berkongsi bahagian pertama pada nama saintifik
A I dan III
B II dan IV
C II dan III
D I, II dan IV
Jawapan:

8. Antara berikut, yang manakah benar tentang virus?
A Virus ialah organisma hidup
B Virus tidak boleh diasingkanatau dihablurkan
C Virus boleh dilihat di bawah mikroskop cahaya
D Virus tidak dapat hidup atau membiak di luar perumah
Jawapan:

9. Rajah tersebut menunjukkan sebahagian daripada kitar nitrogen.
Antara berikut, yang manakah mewakili mikroorganisma P dan Q?
Bab 8: Biodiversiti
Jawapan:

10. Antara struktur berikut, yang manakah terdapat pada Archaebacteria?
I Dinding sel
II Membran plasma
III Membran nukleus
IV Sitoplasma
A I dan III
B II dan IV
C II dan III
D I, II dan IV
Jawapan:

11. Antara organisma yang berikut, yang manakah tergolong dalam alam prokariot?
A Cendawan
B Ameba
C Bakteria
D Rumput
Jawapan:

12. Antara ciri berikut, yang manakah boleh digunakan untuk membezakan organisma dalam alam Fungi dengan organisma dalam alam Plantae?
I Membran nukleus
II Klorofil
III Dinding sel berkitin
IV Hifa
A I dan III
B II dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

13. Antara berikut yang manakah menunjukkan tertib yang dalam hierarki pengelasan bermula dengan kumpulan yang paling besar.
A Alam, filum, kelas, order, famili, genus, spesies
B Alam, filum, order, kelas, famili, genus, spesies
C Spesies, genus, famili, order, kelas, filum, alam
D Spesies, genus, kelas, order, famili, filum, alam
Jawapan:

14. Di dalam unit pengelasan, apakah tergolongnya nama Mamalia dan Insekta?
A Filum
B Order
C Kelas
D Genus
Jawapan:

15. Sistem penamaan organisma yang digunakan sekarang telah dikemukakan oleh
A Gregor Mendel
B Carl Linnaeus
C Charles Darwin
D Alexander Fleming
Jawapan:

16. Antara berikut yang manakah merupakan nama sains yang betul bagi pokok bunga matahari?
A HELIANTHUS ANNUUS
B helianthus Annuus
C Helianthus annuus
D helianthus annuus
Jawapan:

17. Antara mikroorganisma berikut yang manakah mempunyai beberapa μm, tidak mempunyai membran nukleus, dan boleh membiak secara belahan dedua?
A Virus
B Bakteria
C Protozoa
D Alga
Jawapan:

18. Amoeba sp. dan Paramecium sp merupakan
A Virus
B Protozoa
C Bakteria
D Alga
Jawapan:

19. Antara ciri berikut, yang manakah boleh didapati pada virus?
A Metabolisme
B Penghabluran
C Protoplasma
D Perkumuhan
Jawapan:

20. Antara mikroorganisma berikut, yang manakah hanya terdiri daripada parasit?
A Virus B Bakteria C Alga seni D Protozoa
Jawapan:

21. Antara berikut yang manakah benar tentang cara pembiakan virus?
I Asid nukleik memainkan peranan yang penting dalam pembiakan virus
II Virus boleh membiak secara belahan dedua
III Virus tidak boleh membiak di dalam sel perumah mati
IV Bahan mentah untuk membina anak virus dibekalkan oleh sel
A I
B II dan IV
C I, II, III
D I, III, IV
Jawapan:

22. Antara berikut yang manakah merupakan vektor bagi penyakit demam denggi?
A Virus
B Nyamuk Aedes
C Demam, sakit kepala, dan sakit sendi
D Melalui gigitan nyamuk
Jawapan:

23. Antara mikroorganisma berikut, yang manakah keaktifannya dipengaruhi oleh kehadiran nutrien?
I Bakteria
II Protoza
III Kulat seni
IV Virus
A I
B II, IV
C I, II, III
D I, II, III, IV
Jawapan:

24. Antara bakteria berikut, yang manakah mampu melakukan penitritan?
I Rhizobium
II Nitrosomonas
III Nitrobacter
IV Bakteria pendenitritan
A II
B IV
C II, III
D I, II, III
Jawapan:

25. Antara mikroorganisma berikut, yang manakah telah digunakan dalam biopemulihan?
A Bakteria
B Kulat
C Alga
D Protozoa
Jawapan:

26. Pengelasan adalan penting kerana
A Organisma dapat dikenal pasti dengan mudah dan tepat.
B Memudahkan perbincangan di peringkat sekolah
C Mengelakkan persamaan terhadap nama sesuatu organisma.
D Memastikan dua organisma yang mempunyai nama yang sama
Jawapan:

27. Semua organisma di dalam dunia dikelaskan kepada enam kumpulan besar yang mengikut Sistem enam alam (kingdom) kecuali
A Protista
B Planta
C Animalia
D Fungi
E Eubacteria
Jawapan:

28. Protista adalah..................
A Sejenis sel yang tidak mempunyai nukleus yanterbungkus dalam membran dan organel yang bermembran.
B Suatu organisma yang tidak mensintesiskan makanan sendiri tetapi memperoleh makanan daripada organisma lain.
C Mempunyai nukleus dan organel yang dikelilingi oleh membran
D Suatu organisma yang boleh mensintesiskan makanan sendiri daripada bahan mentah tak organic dengan menggunakan tenaga cahaya atau tenaga kimia
Jawapan:

29. Antara berikut yang manakan susunan taksonomi yang betul? A Domain,Famili, Genus, Spesies, Alam, Filum,Kelas, Order
B Domain, Alam, Filum,Kelas, Order, Famili, Genus, Spesies
C DDomain, Alam, Filum, Kelas, Filum,Order, Famili, Genus, Spesies
D Domain, Alam, Filum, Kelas, Order, Famili, Spesies,, Genus
Jawapan:

30. Setiap nama saintifik terdiri daripada dua perkataan. Perkataan pertama ialah nama ...................... dan perkataan kedua ialah nama .............................
A Famili , Species
B COrder, Genus
C Genus , Spesies
D Genus , Order
Jawapan:

31. Kekunci dikotomi juga boleh dibuat dalam bentuk .........................................................................................(grafik) atau format rangkaian pernyataan berpasangan yang disusun secara berurutan (bertulis).
A Kekunci Labah-labah
B Kekunci rama-rama
C Kekunci Abah-abah
D Kekunci dikot
Jawapan:

32. Biodiversiti boleh dibahagikan kepada tiga jenis kecuali..
A Diversiti ekosistem
B Diversiti genetik
C Diversiti habitat
D Diversiti species
Jawapan:

33. Filogeni bermaksud
A sejarah evolusi suatu genus organisma atau kajian mengenai hubungan evolusi.
B sejarah evolusi suatu alam atau individu atau kajian mengenai hubungan evolusi.
C sejarah evolusi suatu spesies atau sekumpulan spesies organisma atau kajian mengenai hubungan ekosistem
D sejarah evolusi suatu spesies atau sekumpulan spesies organisma atau kajian mengenai hubungan evolusi.
Jawapan:

34. Pengelasan dibuat berdasarkan ........................................, iaitu pengelasan organisma yang berasal dari leluhur yang sama, yang mempunyai ciri-ciri corak perwarisan spesies yang serupa yang dikenali ciri homolog
A Struktur heterozigot
B Struktur Homolog
C struktur homogen
D struktur homologus
Jawapan:

35. Kepentingan biodiversiti terhadap alam sekitar dan manusia kecuali
A Biodiversiti menyediakan habitat kepada hidupan, mengekalkan kitar karbon dan kitar oksigen, kitar air, udara dan air yang bersih, proses pendebungaan, kawalan haiwan perosak dan rawatan air sisa.
B Aktiviti rekreasi bergantung kepada biodiversiti, seperti aktiviti perlancongan, aktiviti memerhati burung, mendaki, berkhemah, memancing dan menjadi inspirasi kepada pelukis dan pereka.
C Biodiversiti menyediakan sumber kepada penyelidikan saintifik, bioteknologi dan farmaseutikal.
D Biodiversiti menyediakan manusia dengan bahan mentah untuk menghasilkan bangunan menggantikan kawasan hutan.
Jawapan:

36. Mikroorgnisma ialah organisma seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi hanya dapat dilihat melalui .................................
A stetoskop
B teleskop
C mikroskop
D binakular
Jawapan:

37. Mikroorganisma boleh dikelaskan kepada ........................, bakteria. kulat. ............... dan virus.
A protozoa , alga
B prokariot , eukariot
C eukariot, alga
D palntae, protozoa
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。