1. Kimia merupakan satu bidang sains yang mengkaji tentang
I struktur jirim
II sifat jirim
III komposisi jirim
IV interaksi jirim
A I, II dan III
B I, II dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV
Jawapan:
2. Antara berikut, yang manakah merupakan bahan kimia yang lazim dijumpai dalam perubatan?
A Analgesik
B Pengawet
C Pewarna
D Polimer
Jawapan:
3. Kerjaya yang manakah tidak memerlukan pengetahuan kimia?
A Doktor
B Hakim
C Ahli farmasi
D Ahli kimia
Jawapan:
4. Susunan keadah saintifik yang manakah dalam turutan yang betul?
A Membuat pemerhatian → Mengenal pasti masalah → Membuat hipotesis → Mengawal pemboleh ubah → Merancang eksperimen → Mengumpul data → Membuat kesimpulan
B Membuat pemerhatian → Membuat hipotesis → Mengenal pasti masalah → Merancang eksperimen → Mengawal pemboleh ubah → Mengumpul data → Membuat kesimpulan
C Membuat pemerhatian → Mengenal pasti masalah → Mengawal pemboleh ubah → Membuat hipotesis → Merancang eksperimen → Mengumpul data → Membuat kesimpulan
D Membuat pemerhatian → Mengenal pasti masalah → Membuat hipotesis → Mengawal pemboleh ubah → Mengumpul data → Merancang eksperimen → Membuat kesimpulan
Jawapan:
5. Antara berikut, yang manakah bukan alat pelindung diri?
A Kaca mata keselamatan
B Eyewash
C Topeng muka
D Kasut keselamatan
Jawapan:
6. Kombinasi yang manakah adalah betul tentang alat pelindung diri dan peralatan keselamatan dengan fungsinya?
A Peralatan: Kebuk wasap
Fungsi: Ruang khas untuk mengendalikan bahan radioaktif
B Peralatan: Pancuran air
Fungsi: Alat kecemasan untuk membersihkan badan akibat terdedah kepada bahan kimia di dalam makmal
C Peralatan: Baju makmal
Fungsi: Melindungi badan daripada kebakaran
D Peralatan: Topeng muka
Fungsi: Alat untuk melindungi muka daripada jerebu
Jawapan:
7. Kasim telah mencampurkan etanol ke dalam air suling secara tidak sengaja. Cadangkan satu kaedah saintifik yang paling sesuai kepada Kasim untuk mengasingkan campuran tersebut.
A Peneutralan
B Pentitratan
C Penyulingan
D Elektrolisis
Jawapan:
8. Bahan manakah yang boleh dibuang ke dalam singki makmal?
A Etanol
B Asid hidroklorik pekat
C Hidrogen peroksida pekat
D Merkuri
Jawapan:
9. Berikut merupakan simptom keracunan merkuri kecuali
A sesak nafas
B loya
C batuk
D selera makan meningkat
Jawapan:
10. Seorang pelajar menjalankan eksperimen untuk menentukan kadar keterlarutan garam untuk saiz yang berbeza.
Antara radas berikut, yang manakah penting untuk eksperimen tersebut? (KBAT)
A Kelalang kon
B Jam randik
C Mangkuk penyejat
D Penunu bunsen
Jawapan:
11. Rajah tersebut menunjukkan satu radas makmal. Apakah fungsi yang paling tepat bagi radas tersebut?
A Mengukur isipadu cecair
B Mengisi bahan kimia dalam kuantiti yang banyak
C Mengisi bahan kimia dalam kuantiti yang sikit
D Menyimpan bahan kimia
Jawapan:
12. Namakan radas berikut.
A Kelalang kon
B Bikar
C Silinder penyukat
D Tabung didih
Jawapan:
13. Pernyataan berikut merupakan hipotesis bagi satu eksperimen.
"Semakin kecil saiz gula, semakin singkat masa bagi gula itu larut dalam 50cm³ air"
Antara yang berikut, yang manakah pemboleh ubah malar bagi eksperimen ini?
A Saiz gula
B Masa
C 50cm³ air
D Keterlarutan
Jawapan:
14. Antara industri berasaskan bahan kimia berikut, yang manakah terlibat dalam penghasilan baja sintetik?
A Industri getah
B Industri plastik
C Industri pemakanan
D Industri petrokimia
Jawapan:
15. Abtara yang berikut, apakah yang dilakukan selepas membuat pemerhatian?
A Membuat inferens
B Merancang eksperimen
C Membuat hipotesis
D Melukis gambar rajah susunan alat radas
Jawapan:
16. Antara yang berikut, bahan kimia yang manakah dapat diperoleh di dalam rumah dengan mudah?
I. Natrium klorida
II. Glukosa
III. Kalium hidroksida
IV. Asid hidroklorik
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:
17. Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan alat pelindung diri?
A Menanggalkan bahan kimia dan kotoran dari tangan
B Membersihkan badan dari tumpahan bahan kimia
C Melindungi organ pernafasan dari wasap bahan kimia
D Memadamkan kebakaran pada pakaian
Jawapan:
18. Apakah maksud kimia?
A Ilmu sains yang mengkaji tentang struktur, sifat, komposisi dan interaksi antara jirim
B Ilmu sains yang mengkaji tentang struktur, sifat, komposisi dan interaksi antara bahan
C Ilmu sains yang mengkaji tentang bentuk, warna, struktur, dan interaksi antara jirim
D Ilmu sains yang mengkaji tentang bentuk, warna, struktur, dan interaksi antara bahan
Jawapan:
19. Antara prosedur eksperimen berikut, yang manakah betul?
A Menambahkan air ke dalam asid pekat
B Menyediakan air bromin di dalam kebuk wasap
C Merekodkan keputusan eskperimen selepas eksperimen selesai
D Mengisi pipet dengan menyedut dengan mulut
Jawapan:
20. Bagaimanakah cara untuk melupuskan bahan yang mudah meruap?
A Dituang secara terus ke dalam singki jika berkepekatan rendah
B Disimpan di dalam bekas khas yang diperbuat daripada kaca atau plastik
C Disimpan di dalam bekas yang bertutup dan dijauhkan daripada sumber cahaya dan haba
D Dimasukkan ke dalam bekas bertutup yang berlabel
Jawapan:
21. Antara pernyataan berikut, yang manakah melibatkan bidang kimia?
A Kajian tentang struktur sel haiwan
B Mengoptimumkan penebatan haba
C Mengkaji rintangan dalam tenaga elektrik
D Kajian untuk meningkatkan takat lebur suatu bahan
Jawapan:
22. Antara bahan kimia berikut, yang manakah digunakan di dalam pengawetan makanan?
A Klorin
B Asid benzoik
C Silikon dioksida
D Magnesium klorida
Jawapan:
23. Rajah berikut menunjukkan bahan X disimpan di dalam minyak parafin untuk mengelakkannya bertindak balas dengan air. Apakah bahan X?
A Argentum
B Aurum
C Aluminium
D Natrium
Jawapan: