1

Set 1 Latihan Bahasa Melayu Tingkatan 5 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 5

Soalan 1: Rumusan

Klik untuk jawapannya


Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang manfaat-manfaat ekonomi digital dan kekangan-kekangannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kebelakangan ini, kerajaan amat menekankan satu lagi cabang ekonomi yang sedang pesat merangsang pertumbuhan ekonomi seluruh dunia yang dikenali sebagai ekonomi digital. Ekonomi bentuk baharu ini yang diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri disifatkan sebagai enjin pertumbuhan baharu ekonomi Malaysia. Pada hari ini, kebanyakan usahawan telah beralih menjalankan perniagaan daripada berbentuk konvensional dengan menjual produk-produk mereka di premis-premis perniagaan kepada premis perniagaan alam maya. Premis perniagaan alam maya sama ada melalui laman sesawang, blog mahupun laman sosial yang lain telah menjadi trend baharu perniagaan yang dapat menjanakan pendapatan tambahan kepada mana-mana pihak termasuklah suri rumah.

Ledakan teknologi Internet sejak pertengahan tahun 1990-an telah mengubah tingkah laku manusia termasuklah dalam urusan jual beli. Melalui pendekatan ekonomi digital, urusan jual beli bukan sahaja menjadi amat mudah malah turut dapat menjimatkan masa para pembeli. Hal ini dikatakan demikian kerana sesiapa sahaja boleh berurusan jual beli tanpa perlu pergi ke premis-prernis perniagaan untuk membeli produk yang dikehendaki. Pengenalan konsep e-dagang turut memudahkan urusan perniagaan pada skala yang lebih besar, iaitu melibatkan import dan eksport barangan dan produk di seluruh dunia. Oleh sebab kerajaan menyedari kepentingan ekonomi digital ini, kerajaan_ telah melancarkan inisiatif ekonomi digital melalui Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) pada 22 Mac 2017.

Kombinasi antara alam maya dengan alam nyata mampu mencetuskan ledakan ekonomi yang akhirnya memberikan keuntungan besar kepada negara dan rakyat Malaysia. Kecekapan perniagaan mampu ditingkatkan lagi, dan pada masa yang same para pengguna atau pembeli akan menikmati manfaatnya melalui pembelian barangan dari mana-mana negara di dunia tanpa perlu berada di negara tersebut. Oleh itu, pendekatan baharu seperti ekonomi digital menyerlahkan lagi gaya baharu dalam kehidupan generasi muda pada masa ini yang lebih cenderung untuk menjalankan sebarang urusan termasuklah jual beli secara maya. Melalui ekonomi digital juga, dijangkakan sebanyak 60 000 peluang pekerjaan baharu diwujudkan buat rakyat Malaysia yang melibatkan pertumbuhan eksport barangan sebanyak RM112 bilion menjelang tahun 2025.

Sebelum ini, pelbagai masalah telah menyebabkan produk-produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sukar memasuki gerbang perniagaan global. Antara masalah yang sering dihadapi oleh pengusaha PKS ialah masalah pemasaran, produktiviti dan teknologi yang rendah, kekurangan modal dan pembiayaan, serta masalah lokasi. Hal ini menjadikan hanya 37 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara disumbangkan oleh PKS. Namun begitu, dengan adanya konsep ekonomi digital, KDNK Malaysia melalui PKS pada masa hadapan boleh ditingkatkan kepada 80 peratus. Hal ini berlaku demikian kerana PKS juga boleh memasuki pintu gerbang perniagaan global sehingga dapat merancakkan lagi sektor berkenaan. Keadaan ini seterusnya telah membuktikan bahawa ekonomi digital berjaya menjadi pemangkin perniagaan bagi usahawan luar bandar. Kemajuan dalam industri PKS sedikit sebanyak dapat menangani migrasi penduduk luar bandar ke bandar apabila mereka turut mampu menjalankan perniagaan di desa dan kampung tanpa perlu berhijrah ke bandar-bandar besar.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Ekonomi Digital Pacu Ekonomi Masa Hadapan’
oleh Rohami Shafie
Dewan Masyarakat, Bil.7 2017

Jawapan:












Soalan 2 : Pemahaman
Soalan 2(a) — Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menangani migrasi.



(ii) Pengarang ada mengemukakan beberapa masalah yang dihadapi oleh pengusaha Perusahaan Kecil
dan Sederhana (PKS).
Nyatakan masalah-masalah tersebut.




(iii) Golongan remaja merupakan golongan yang paling ramai melakukan pembelian atas talian.
Pada pendapat anda, apakah perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum anda membuat keputusan untuk membeli sesuatu barangan melalui kemudahan ini?




Soalan 2 (b) - Petikan Drama
Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PAK HAJI: Mengapa tak jawab salam Pak Haji, Azmir? Atau kau tak dengar?

AZMIR: Saya dengar.

PAK HAJI: Habis, mengapa tak jawab?

AZMIR: itu hak saya. Saya akan jawab kalau saya suka seseorang. Pak Haji saya tak suka, sebab tu saya tak jawab.
PAK HAJI: Tak baik tak jawab salam.

AZMIR: Itu pendapat Pak Haji.

PAK HAJI: Bukan, itu bukan pendapat Pak Haji. Itu hukum agama kita.

AZMIR: Hukum. (sinis) Hukum pada hari ini hanya wujud pada nama sahaja. Orang sering melanggar hukum. Hukum kata ada kasih sayang. Pemimpin kata kita mesti selalu prihatin. Tapi apabila orang-orang seperti saya sakit, ada orang seperti Pak Haji ambil tahu? Berapa banyak lagi orang seperti saya ni yang berkeliaran di luar sana. Ada orang-orang seperti Pak Haji ni ambil berat?

PAK HAJI: (Cuba menukar topik). Mir, Pak Haji rasa, daripada cara kau bercakap tu, kau nampaknya sudah beransur sihat. Cuma satu saja Pak Haji nak tanya kau. Betul ke Pak Haji dengar kau dah tukar nama?

AZMIR: Memang betul. Mana Pak Haji tahu?

PAK HAJI: Ada orang cakap-cakap. Err...apa namanya tu?

Dipetik daripada drama ‘Bukan Gila’
oleh Shariff Shaary
dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia


(i) Berikan maksud rangkai kata melanggar hukum.




(ii) Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman anda, kemukakan cara-cara yang akan anda lakukan untuk membantu rakan yang sakit ketika berada di sekolah?




(iii) Huraikan satu perwatakan Azmir yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.





Soalan 2(c) — Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalun berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah. Maka kata Patih Gajah Mada, "Hai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh memanggil anakku ini, kerana pesan bapamu kepada aku. ‘Jangan tiada dikasihi anakku ini,’ kerana bapamu sudahlah mati deagan pekerjaan Seri Betara. Akan sekarang anakku hendak dijadikan penggawa agung."

Setelah Kertala Sari mendengar kata Patih Gajah Mada itu, maka Kertala Sari pun ferlalu sukacita hatinya, seraya menyembah kaki Patih Gajah Mada.

Maka sembah Kertala Sari, "Endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu? Pada hati manira, jika negerinya pun dapat manira alahkan dengan seorang kula juga, syahadan segala anak bininya orang Melaka itu pun dapat manira ambil. Adapun jika belum manira bunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu belum mati, tiada mahu manira jadi penggawa."

Setelah Patih Gajah Mada mendengar demikian itu maka ia pun terlalu sukacita, seraya diperjamunya makan minum dan bersuka-sukaan dan diberinya persalin.

Setelah sudah maka Kertala Sari pun dibawanya masuk menghadap Seri Betara. Maka sembah Patih Gajah Mada, "Adapun penjurit tujuh orang yang dititahkan oleh paduka Betara pergi ke Melaka itu khabarnya sudah mati dibunuh oleh Laksamana ketujuhnya.

Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia


(i) Berikan maksud ‘terlalu sukacita hatinya.



(ii) Nyatakan reaksi Patih Gajah Mada selepas mendengar kata-kata Kertala Sari.




(iii) Patih Gajah Mada telah menyampaikan pesanan ayah Kertala Sari kepada Kertala Sari.
Pada pendapat anda, mengapakah Patih Gajah Mada ingin menyempurnakan pesanan tersebut.




Soalan 2 (d) — Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri

Gelanggang

Ini gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.

Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.

Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci int
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.

Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah
elakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini
agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.

Onn Malini
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia


(i) Berdasarkan rangkap akhir sajak tersebut, mengapakah generasi muda perlu memikul amanah
untuk mempertahankan negara?




(ii) Kemerdekaan negara kita mesti dipertahankan agar keamanan ini dapat diwarisi oleh generasi akan datang.
Pada pendapat anda, apakah usaha yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak untuk mempertahankan kemerdekaan negara?




(iii) Selain persoalan tanggungjawab mempertahankan negara, jelaskan dua persoalan lain yang terdapat dalam sajak tersebut.





Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah atau membuang imbuhan atau menggunakan perkataan-perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) gemerlap




(ii) gemilang




(iii) gemuruh




(iv) gelisah




(v) gelojoh




(vi) gersang




(b) Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.

(i) Semangat kejiranan amat penting kerana dapat memupuk perpaduan.
Ayat 1:
Ayat 2:

(ii) Walaupun Amar hidup dalam kemiskinan tetapi dia sentiasa berpakaian kemas ke sekolah.
Ayat 1:
Ayat 2:

(iii) Sewaktu hari perayaan, rumah terbuka boleh diadakan dan semua kaum boleh mengunjungi jiran mereka.
Ayat 1:
Ayat 2:

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Menurut pakar-pakar perubatan, amalan menderma darah secara tekal dapat menangani ancaman canser dan dikurangkan risiko serangan sakit jantung.


(ii) Tiga orang guru SMK Pulau Damai dipilih menjadi urusetia untuk Pertandingan Perbahasan Peringkat Negeri Terengganu yang akan melangsungkan pada bulan depan.


(iil) Jawatankuasa mesjid tersebut telah menghadkan pemberian bubur lambuk sebanyak dua bungkus bagi setiap satu keluarga pada bulan Ramadan yang lepas.


(d) Dalam ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Telah termaklum dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa pertuturan dalam semua urusan-urusan rasmi.


(ii) Sejak awal tahun, pekerja-pekerja syarikat itu tidak dibayar gaji kerja lebih masa walaupun syarikat mengalami masalah kewangan.


(iii) Dalam temasya sukan di peringkat antarabangsa, bila atlet negara berjaya menggondol pingat emas, lagu Negaraku akan berdendang.


2) Bina satu ayat berdasarkan peribahasa di bawah.
(i) — jinak-jinak merpati




(ii) | melepaskan anjing tersepit




(iii) hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah




Soalan 4: Novel
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut.
(i) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(ii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu binti Mohd Yusop

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam novel tersebut.










(b) Terdapat pelbagai peristiwa menarik yang dipaparkan dalam sesebuah novel.
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa paling menarik yang terdapat dalam setiap novel tersebut dan kemudian jelaskan sebab anda berpendapat demikian.
















Klik untuk jawapannya

1


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。