Namun Ku Punya Hati,
Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu
Namun kupunya hati
Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begin
Kadar waktu diizin Tuhan
Tidak kuminta
Lahir ke dunia
Tidak kuduga
Cacat begini
Bukan kuminta
Kasih dan sayang
Bukan kurayu bantu simpati
Maafkan wahai teman
Kumenumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua
Sumber: Lirik lagu
Ruang balai perlepasan sesak dan padat dengan manusia. Pelbagai aksi dapat ditonton. Ada
yang berlari-lari anak menggalas beg sandang besar, ada yang lenggang kangkung menolak
troli yang sarat dengan beg dan cenderamata. Zarith berdiri di tengah-tengah lautan manusia,
betul-betul menghadap skrin yang memaparkan jadual penerbangan. Beg sandang yang
berwarna kelabu jenama Karrimor, dirasakan berat benar, seperti mahu patah bahunya.
Dipetik dan diubah suai daripada Cerpen daripada Siswa “Balai Perlepasan”
oleh Syeeda Koppeli. Dewan Siswa, Oktober 2016
Budaya bersukan dalam kalangan masyarakat amat digalakkan pada setiap peringkat umur.
Jika kita mengamalkan gaya hidup sihat, sama ada beriadah atau melakukan aktiviti sukan, kita
menjadi sebahagian daripada masyarakat yang memahukan hidup yang berkualiti. Tubuh
badan yang sihat menambahkan produktiviti diri, keluarga, dan negara yang dicintai.
Kementerian Belia dan Sukan menetapkan sehari dalam bulan Oktober setiap tahun sebagai
Hari Sukan Negara. Hari tersebut disambut pada Sabtu kedua di seluruh negara.
Dipetik dan diubah suai daripada 'Hari Sukan Negara’
oleh Farah Alia Suraya Azman,
Dewan Siswa, Bil. 09/2016
Secara umumnya, bukan sedikit muncul pemimpin muda di dunia sejak belakangan ini.
Pemimpin tidak muncul dalam sekelip mata. Sifat itu perlu disemai sejak awal lagi. Bak kata
nenek moyang kita, melentur buluh biarlah dari rebung lagi. Ketokohan dan sifat
kepemimpinan yang ada pada seseorang pemimpin sebenarnya bermula sejak bangku sekolah
lagi. Oleh itu, pembabitan pelajar dalam aktiviti kokurikulum atau kurikulum di sekolah amat
penting dan perlu diberi perhatian. Aktiviti tersebut banyak memberikan sumbangan terhadap
usaha memupuk nilai sifat kepemimpinan, seperti semangat bertolak ansur, semangat kerja
berpasukan dan berkomunikasi.
Petikan rencana ‘ Kepimpinan Remaja Tonggak Masa Hadapan Negara’
Mayalah Dewan Siswa DBP, bil. 4 2019
Anda tentu masih ingat sebahagian daripada rakan-rakan anda yang menjadi pengawas,
pengerusi atau setiausaha persatuan dan kelab di sekolah, kemudiannya menjadi pemimpin
dalam pelbagai bidang ketika ini. Sebagai pengawas dan pengerusi kelab dan persatuan,
mereka sejak awal lagi sudah terdedah dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab. Semuanya
itu memerlukan ilmu, kemahiran, kesabaran dan kerjasama daripada orang lain. Oleh sebab
itu, bakat kepemimpinan mereka sudah menyinar sejak bangku sekolah lagi. Ketika di
sekolah menengah lagi, penulis mempunyai beberapa orang rakan yang sememangnya
memiliki kewibawaan dan pengaruh. Untuk menjadi ketua, memerlukan keberanian dan
keyakinan. Sifat tersebut perlu terus dipupuk sepanjang masa sehingga akhirnya dapat
menjadi pemimpin pada tahap yang lebih tinggi.
Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‘ Kepimpinan Remaja
Tonggak Masa Hadapan Negara’ Majalah Dewan Siswa DBP, bil. 4 2019.
Keluarga bahagia teras keluarga cemerlang. Jika seisi keluarga mengecap kesenangan dan
kebahagiaan, nescaya segala elemen negatif seperti perselisihan, pertelingkahan atau
perceraian yang dapat menjejaskan keharmonian rumah tangga dapat dihindarkan. Jika ibu
bapa bersatu hati bak kata pepatah, telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya, maka
mereka dapat menyempurnakan tanggungjawab terhadap keluarga. Jika seluruh anggota
keluarga bermuafakat dalam apa-apa jua aspek kehidupan, maka kerukunan dan kedamaian
rumah tangga terjamin.
Dipetik dan diubah suai daripada Pentingnya Keluarga Bahagia,
Oleh Thaarmaaraj A/L Ramanathan,
Dewan Siswa, Bil. O4 2020
Kedudukan guru amat dimuliakan dalam mana-mana agama sekalipun. Guru perlu dihormati
dan disanjung. Kita belajar membaca dan mengira daripada guru. Lulus peperiksaan kerana
ilmu yang diberikan oleh guru. Berjaya masuk ke universiti di dalam atau di luar negara juga
disebabkan peranan guru yang dimiliki kelak sama ada menjadi doktor, peguam, polis,
akauntan, jurutera, juruterbang, guru, ahli bomba, jururawat, dan sebagainya ialah hasil
daripada ilmu yang ditimba daripada mereka yang bergelar guru.
Dipetik dan diubah suai daripada Cikgu, Jasamu Kusimpan di Hati Nurani
Oleh Normah Ahmad
Dewan Siswa, Bil. O5 2020
Seluruh sistem perundangan dan kehakimaan perlu melalui proses gerak gempur penggunaan
bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, segalanya bertitik tolak daripada nilai jati diri setiap
mereka yang terlibat di mahkamah. Kecintaan terhadap bahasa Melayu harus dipasak dan
diperkasakan. Mustahil untuk menterjemahkan segala kandungan teks undang-undang
daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Sistem latihan melalui kursus-kursus yang
menekankan penggunaan bahasa Melayu harus dipertingkatkan dalam kalangan hakim,
pendakwa raya dan peguam. Arahan yang lebih tegas wajar dikeluarkan oleh pihak mahkamah
untuk memastikan penggunaan bahasa Melayu didahulukan dalam semua prosiding mahkamah
kecuali penggunaan istilah tertentu dalam bahasa Latin atau bahasa asing yang lain boleh dibenarkan
Dipetik dan diubah suai daripada
"Memartabatkan Bahasa Kebangsaan di Mahkamah"
oleh Norazlina Abdul Aziz dan Mazlina Mohamad Mangsor,
Dewan Bahasa, Bil. 03/ 2021
Arkitek Kota
hanya seniman peka,
yang faham akan jiwa laut,
kenal lambung gelombangnya,
alur sungai serta diam batu,
perasaan musim,
fiil langit dan sabar bumi,berhak membina kota.
kerana arkitek matang itu anak di taman,
perenung di perpustakaan,
orang muda pulang bertandang di lorong malam,
pemunggah barang pasar di subuh hari,
pengadil di bangku bijaksana,
dan datuk bandar yang bangga.
dia harus sayangkan lagu burung,
pemancing di teduh pohon,
Pemerhati tasik, pengawas bintang,
dan bunga menjalar di beranda.
Dipetik dan diubah suai daripada
Sajak 'Arkitek Kota'
oleh Muhammad Haji Salleh,
Dirgahayu Bahasaku Dewan Bahasa dan Pustaka
Langkah mematuhi peraturan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan sekolah
yang harmoni. Amalan ini dapat melahirkan pelajar yang mempunyai tingkah laku yang
baik dan menjadi insan yang berwibawa. Sebagai contohnya, memakai uniform sekolah
yang lengkap serta kemas, dan beratur ketika membeli makanan. Sekiranya amalan ini
menjadi budaya mereka, nescaya keharmonian dalam kalangan warga sekolah dapat
diterapkan dalam diri setiap insan. Kerjasama antara guru dengan pelajar dalam mematuhi
peraturan pasti akan menjadi pemangkin kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar.
Sebagai kesimpulannya, sekolah harmoni penting bagi mewujudkan sekolah yang terbaik
untuk pelajar. Semua warga sekolah harus bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melahirkan sekolah yang harmoni, cemerlang dan terbilang.
Dipetik dan diubah suai daripada Cetusan Pendapat ‘Sekolah Harmoni'
oleh Vinoshen a/] Raveentharan,
Dewan Siswa, bil. 09/2013
Dewan Bahasa dan Pustaka
Trauma ialah pengalaman individu yang unik tentang suatu peristiwa atau keadaan yang
kekal, seperti keupayaan individu untuk mengintegrasikan pengalaman dan emosi, atau
terharu dengan suatu pengalaman.Trauma memberikan ancaman kepada kehidupan,
individu dan keluarga. Trauma juga ialah pengalaman yang luar biasa seperti rangsangan
yang kuat dan berbahaya sehingga mengatasi keupayaan kanak-kanak, remaja dan
dewasa.Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada tahun 2002 sebanyak 154 juta
orang di seluruh dunia menderita tekanan mental. Jumlah ini meningkat berkali-kali ganda
pada tahun 2015.
Petikan daripada sains perubatan bertajuk ‘ Trauma Mengganggu Emosi’
Mayjalah Dewan Kosmik DBP, bil. 1 2016.
Ke Makam Bonda
Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bum1
Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan
Puisi Ke Makam Bonda
Datuk Usman Awang
Penulis mencadangkan agar anda melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 10 hingga 15 minit sehari pada waktu petang. Penulis melihat bahawa pelajar yang bercita-cita tinggi untuk cemerlang selalunya menghabiskan masa mereka dengan belayjar setiap
masa. Mereka berasa sangat suntuk dan tidak ada masa lagi untuk melakukan aktiviti lain
selain belajar. Oleh itu, aktiviti pertama yang diabaikan termasuklah aktiviti fizikal 1aitu
bersenam dan bersukan. Kebanyakan pelajar berasa aktiviti fizikal tidak berfaedah
menjelang peperiksaan kerana aktiviti sebegini tidak menyumbangkan apa-apa kepada
kecemerlangan dalam peperiksaan.
Petikan daripada motivasi diri bertayuk
Aktiviti Fizikal Menjelang Peperiksaan’
Majalah Dewan Siswa DBP, bil. 9 2016.
Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan dalam Karnival Kerjaya tersebut. Antara aktiviti tersebut termasuklah acara senamrobik, program bual bicara bersama panel jemputan, dan uji bakat kerjaya dalam bidang penyiaran bersama RTM dan Bernama. Selain itu, karnival ini turut menyediakan ruang niaga untuk 30 buah gerai makanan, pakaian, barangan digital
pelbagai jenama. Di samping itu, para pengunjung juga boleh menonjolkan bakat kreatif dalam
pertandingan melukis komik adaptasi daripada cerpen terpilih yang dipertandingkan.
Dipetik dan diubah suai daripada
Harapan Setinggi Gunung
Dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4
Kementerian Pendidikan Malaysia
Tanah, Pepohon dan Lurah
Beri aku
sebidang tanah
seluas tapak tangan
bersama pepohon yang menari-nari
bersama serangga buas dan ganas
subur atas segala kesuburan
indah atas segala keindahan!
Jejariku hendak berenang-renang
berputar dengan pepohon yang basah
di atas timbunan lagu-lagu kepujian
selembut sutera
betapa suburnya 1a dari tanah-tanih
melambai-lambai ke kiri dan ke kanan
bersama merdu nian sepoi angin
di tepi lembah lurah
penuh dengan madu maha manis!
Di lembah lurah tanah merkah itu
angin lembut membisikkan cinta murni
mata melihat pantai kasih di bibir lurah
besi wajah asyik menari-nari di tengah lurah
sebebas-bebas hatinya
hingga tangan sopan
menariknya perlahan-lahan
tersandar di dadanya
Tanah bersama pepohon dan lurah
besi waja atas kapal membakar
dalam tenang laut kecintaan
bisa jua menjadi teman hidup manusia
dan hidup cuma untuk sendiri-sendiri
Sajak Tanah Airku
oleh Joseph Selvam,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005
KUALA LUMPUR: Operasi pawagam akan kembali dibuka bermula 16 Disember ini selepas kerajaan tidak menyambung Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) dalam satu kenyataan berkata, pembukaan
semula pawagam itu hanya akan dilaksanakan di beberapa lokasi terpilih saja buat ketika 1n1.
MAFE berkata, keputusan kerajaan itu adalah tepat pada masanya kerana banyak filem mega
tahun ini akan ditayangkan dalam masa terdekat. "Persatuan juga akan menjalankan
perbincangan bagi mendapatkan kebenaran melonggarkan prosedur operasi standard (SOP)
ketika ini seperti penjarakan tempat duduk," katanya. MAFE berkata, pawagam ialah pusat
utama sosial, komuniti dan budaya gaya hidup Malaysia, memainkan peranan penting dalam
menawarkan hiburan.
Dipetik dan diubahsuai daripada Pawagam akan Dibuka Semula Bermula 16 Disember
oleh Alzahrin Alias. 14 Disember 2020,
BH Online
Penguasaan pelbagai bidang ilmu melalui proses pendidikan dapat melahirkan modal insan
gemilang yang berupaya melakukan anjakan paradigma. Pelbagai kaedah pengajaran baharu
yang berpusatkan pada murid diperkenalkan bukan sahaja untuk menjana minda generasi
muda yang kritis, dan kreatif serta berfikiran saintifik malahan dapat melahirkan generasi
berfikir di luar kotak. Bidang pendidikan di negara ini juga menuntut pelajar
mengaplikasikan dan mempraktikkan ilmu selain kemahiran yang dipelajari supaya dapat
memenuhi keperluan semasa.
Dipetik dan diubah suai daripada Pendidikan Melahirkan Modal Insan Gemilang
Oleh Lok Chun Chuan
Dewan Siswa, Bil 12, 2017
If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page
here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到
面书上 留言。
More Free Exercises:
Form 1 Exercises