Bahagian A: Kata Sendi Nama
1 Kami bertolak ke tempat kejadian ______________ pukul 2.00 petang.
A dari
B dalam
C pada
D dengan
Jawapan:
2 Warna tudungnya sama ____________ warna kain saya.
A akan
B oleh
C dengan
D ke
Jawapan:
3 Kami berlatih bermain badminton ________ sejam yang lalu.
A dari
B pada
C dengan
D sejak
Jawapan:
4 Nenek tua itu sangat rindu ________ cucunya.
A dengan
B di
C akan
D kepada
Jawapan:
5 Lukisan ini lebih cantik __________ lukisan itu.
A untuk
B sampai
C oleh
D daripada
Jawapan:
6 Perkara itu tidak menjadi masalah __________ saya.
A dari C untuk
B seperti D daripada
Jawapan:
7 Pensyarah itu tidak suka ___________ pelajarnya yang bersikap sambil lewa semasa
membuat tugasan.
A akan C untuk
B kepada D dengan
Jawapan:
8 Semua maklumat yang diberitahu oleh Marina tentang negara itu adalah
penting saya.
A bagi C ke
B demi D pada
Jawapan:
9 Hadiah itu _________ para pemenang peraduan menulis cerpen yang
dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu.
A pada C dengan
B demi D untuk
Jawapan:
10 Siva telah menyerahkan buku cerita itu _____________ Mala.
A dengan C kepada
B untuk D demi
Jawapan:
Bahagian B: Tatabahasa
1 Zamani diminta oleh bapanya mencantas ____________ kelapa yang sudah kekuningan di kebun mereka pada petang itu.
A daun B pokok
C batang D pelepah
Jawapan:
2 Surat Pekeliling itu telah ditampalkan ______ papan kenyataan.
A di B atas
C pada D kepada
Jawapan:
3 Pergerakan pelakon itu dalam adegan pergaduhan kelihatan __________ kerana dia pernah mempelajari seni pertahanan diri.
A lasak B cekap
C tangkas D kencang
Jawapan:
4 Cikgu Kharizah telah diamanahkan oleh pihak PIBG untuk ______ mata pelajaran Bahasa Melayu semasa cuti persekolahan kepada sekumpulan pelajar yang lemah.
A mengajar B mengajari
C mengajarkan D menunjuk ajar
Jawapan:
5 berdasarkan gambar di bawah.
Alang mengambil songkok hitamnya lalu _________ ke atas kepalanya.
A menyerkupkan B menyerkapkan
C menyarungkan D menyorongkan
Jawapan:
6 Sewaktu tergesa-gesa, menuju ke dapur kaki Nadirah _____________ pada bendul pintu biliknya.
A tersadung B tersepak
C terpijak D terselit
Jawapan:
7 Semua kakitangan di jabatan itu telah diingatkan oleh ketua mereka agar menjauhi perbuatan
___________ yang akan mengakibatkan mereka disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.
A gelap mata B pisau cukur
C mata duitan D tumbuk rusuk
Jawapan:
Soalan 8 – 14
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan
itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Pilih jawapan yang paling sesuai.
8 Sarimah (A) betul-betul gembira (B) dengan kepulangan anaknya yang telah lama (C) berpisah.
(D) Tiada kesalahan. Jawapan:
9 Aisyah masih (A) rindukan kehidupannya di desa, (B) walaupun telah lama (C) berpindah ke kota.
(D) Tiada kesalahan. Jawapan:
10 Intan (A) meminta Yasmin membelikannya (B) sutera batik yang dijual di (C) pasar pagi Ahad di Kampung Kota Lama.
(D) Tiada kesalahan. Jawapan:
11 Kuih-kuih ini (A) mereka hantar ke kedai kopi (B) berhampiran stesen bas sebelum (C) pergi ke sekolah.
(D) Tiada kesalahan. Jawapan:
12 Rumah Pak Ilman (A) tidak laku apabila hendak dijual (B) oleh sebab kedudukannya yang jauh dari bandar dan (C) reka bentuknya yang kurang menarik.
(D) Tiada kesalahan. Jawapan:
13 Harap anak-anak sekalian (A) jangan bermain di sini sebaliknya, (B) sila bermain di kawasanpadang kerana kawasan ini (C) berbahaya.
(D) Tiada kesalahan. Jawapan:
14 Sultan Ammar Muhaimin (A) berkenan untuk (B)mengurniakan tokoh pemimpin yang berwibawa itu pingat darjah kebesaran (C) sempena sambutan majlis keputeraan baginda yang ke-63
(D) Tiada kesalahan. Jawapan:
Soalan 15 - 17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata berhuruf tebal dengan betul.
15 I Kelihatan Saifullah mencolek dinding dengan jari telunjuk kanannya.
II Perbuatan datuk mencolek tahi telinganya dengan rokok daun selalu ditegur emak.
III Penjenayah itu gagal mencolek anak kecil yang berjalan bersama-sama ibunya
setelah disedari oleh orang ramai.
IV Persembahan peserta pertandingan akhir Bintang Mencari Bintang itu mencolek hati.
A I dan II sahaja B III dan IV sahaja
C I, II, dan IV sahaja D II, III, dan IV sahaja
Jawapan:
16 I Mulut adik terkemut-kemut ketika sedang menyusu.
II Pemuda itu berjalan terkemut-kemut kerana mabuk.
II] Akram membuat kerja terkemut-kemut kerana kesakitan yang ditanggungnya.
IV Kerja terkemut-kemut itu dilakukannya hampir sepanjang usia.
A I, II, dan III sahaja B I, I dan IV sahaja
C I, Ill, dan IV sahaja D II, III, dan IV sahaja
Jawapan:
17 I Setelah lebih sebulan terbaring sakit, kini barulah Pak Siham cekap berdiri tanpa bantuan isterinya.
II Dawiyah cekap mengharungi segala dugaan dan rintangan yang mendatang dalam hidupnya.
III Pergerakan tangan Ahmad yang cekap menyukarkan pihak lawan untuk menangkis serangannya.
IV Kamisan menyimpan dendam terhadap peniaga yang bersikap cekap darah itu.
A I dan II sahaja B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja D III dan IV sahaja
Jawapan:
Soalan 18 — 21
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan bahasa dan mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
18 Pengacara majlis mempersilakan para peserta kursus masuk dewan sekarang kerana taklimat akan dimulakan.
A masukkan ke dalam dewan sekarang B masuk ke dalam dewan sekarang
C masuki dewan sekarang D masuk dewan sekarang
Jawapan:
19 Masjid Sultan Ibrahim terletak di antara stesen bas dan taman perumahan. A di antara stesen bas dengan taman perumahan
B antara stesen bas dengan taman perumahan
C antara stesen bas dan taman perumahan
D di antara stesen bas dan taman perumahan
Jawapan:
20 Aminah dipersuamikan dengan pemuda pilihan ibunya.
A Aminah dipersuami oleh B Aminah dipersuamikan oleh
C Aminah dipersuamikan akan D Aminah dipersuamikan dengan
Jawapan:
21 Nurul membeli setandan pisang masak untuk dibuat kerepek pisang bagi memenuhi
permintaan pelanggannya sempena hari raya pada tahun ini.
A membeli setandan pisang mengkal
B membeli setandan pisang mongel
C membeli setandan pisang mekar
D membeli setandan pisang masak
Jawapan:
Soalan 22 - 24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hamper.
22 Para nelayan di kampung itu gigih menubuhkan koperasi bagi menghapuskan monopoli
orang tengah yang sering menindas mereka sSelama ini. A Monopoli orang tengah yang suka memerah hasil para nelayan dapat dihapuskan melalui
koperasi.
B Koperasi nelayan itu ditubuhkan oleh orang tengah bagi membantu monopoli para nelayan
yang sekian lama mengamalkan sikap cekik darah.
C Bagi menghapuskan monopoli orang tengah yang menindas mereka sejak sekian lama, para
nelayan di kampung itu gigih menubuhkan koperasi.
D Selagi koperasi tidak ditubuhkan, para nelayan akan sentiasa ditindas oleh orang tengah yang
tidak berhati perut.
Jawapan:
23 “Jangan berbual-bual dan membuat kerja lain ketika saya mengajar,” kata Cikgu
Jamal kepada murid-muridnya. A Cikgu Jamal melarang murid-muridnya bercakap atau membuat kerja lain semasa dia sedang
mengajar.
B Cikgu Jamal melarang murid-muridnya bercakap atau membuat kerja lain sewaktu saya
sedang mengayar.
C Cikgu Jamal berkata kepada murid-muridnya jangan membuat kerja lain atau bercakap
sewaktu cikgu sedang mengajar.
D Cikgu Jamal berkata kamu jangan bercakap atau melakukan kerja lain semasa dia sedang
mengajar murid-muridnya.
Jawapan:
24 Dia anak hartawan tetapi sikapnya yang peramah itu menyebabkan dia dihormati oleh
rakan-rakannya. A Sikapnya yang tidak sombong menyebabkan dihormati sebagai anak hartawan.
B Anak hartawan hendaklah bersikap peramah supaya dihormati oleh rakan-rakannya.
C Rakan-rakan anak hartawan itu berpendapat bahawa anak hartawan itu sangat peramah.
D Walaupun dia anak hartawan tetapi rakan-rakan menghormatinya kerana sikapnya yang peramah.
Jawapan:
Soalan 25 — 27
Pilih ayat-ayat yang betul.
25 I Anak yatim yang kami jumpa semalam menceritakan semula peristiwa yang meragut
nyawa kedua-dua orang tuanya.
II En. Jefridin bersetuyju memperisterikan anaknya dengan jejaka idaman pilihan anak
emasnya itu.
III Kerajaan akan terus memperkasakan industri pelancongan negara.
IV “Berapa umur adik kamu yang comel ini?” tanya jurujual sambil mencubit pipi adikku
yang montel itu.
A I dan II sahaja B I dan III sahaja
C III dan IV sahaja D I, II, Ill, dan IV sahaja
Jawapan:
26 I Emas yang mahal itu ayah tidak terbeli.
II Lututnya yang luka itu kena jahit semalam.
III Paip yang rosak itu telah dibaiki oleh kami.
IV Kotak yang berat itu tidak terangkat oleh adik.
A I dan II sahaja B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja D III dan IV sahaja
Jawapan:
27 I Habsah tidak gemar memasak makanan yang rencam kerana kesuntukan masa.
II Kanak-kanak itu dimarahi oleh gurunya kerana masih tidak pandai memakai kain
sampin.
III Rosila meluru ke dalam bilik lalu menangis tersedu-sedu sambil memagut bantal
gulingnya.
IV Setiap rakyat mempunyai tanggungjawab yang sama untuk membangunkan negara,
baik secara bersendirian ataupun secara kolektif.
A I, II, dan III sahaja B I, I, dan IV sahaja
C I ,IIl, dan IV sahaja D II, III, dan IV sahaja
Jawapan:
Soalan 28 — 30
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.
28 Zanariah dan adiknya selalu bertengkar, namun mereka akhirnya akan berbaik semula.
Keadaan ini samalah seperti...
A didengar ada dipakai tiada.
B biar mati anak jangan mati adat.
C jauhari yang mengenal manikam.
D carik-carik bulu ayam, lama-kelamaan bercantum juga.
Jawapan:
29 Sejak ibu bapanya meninggal, hidup Kamarul melarat dan disisihkan oleh masyarakat
sekelilingnya. Pilih peribahasa yang sesuai dengan nasib Kamarul.
A Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu.
B Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
C Seperti embun di hujung rumput.
D Bagai layang-layang putus tali.
Jawapan:
30 Walaupun pelbagai halangan dilalui oleh Hawa, namun dia tetap berusaha mengharunginya
dan tidak berputus asa. Akhirnya dia berjaya mencapai cita-citanya.
Peribahasa-peribahasa di bawah membawa maksud yang sama seperti di atas kecuali
A genggam bara api biar jadi arang.
B sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
C di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
D hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Jawapan: