1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

Set 4 Latihan Biologi Tingkatan 5 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 5

Bab 4: Pengangkutan Dalam Tumbuhan

Klik untuk jawapannya

1. Antara berikut, yang manakah BUKAN keperluan pengangkutan dalam tumbuhan?
A Mengangkut air bagi menjalankan fotosintesis
B Mengangkut gas karbon dioksida untuk fotosintesis
C Mengangkut nutrien organik hasil fotosintesis
D Mengangkut mineral untuk dibekalkan kepada sel tumbuhan
Jawapan:

2. Rajah menunjukkan keratan rentas akar tumbuhan. Apakah yang berlaku jika tisu Y mengalami kecederaan?
 Bab 4: Pengangkutan Dalam Tumbuhan
A Air tidak dapat diangkut
B Mineral tidak dapat dibekalkan kepada sel-sel
C Sel-sel akar tidak dapat menjalankan respirasi sel
D Oksigen tidak dapat meresap ke sel akar
Jawapan:

3. Apakah yang akan berlaku pada bahagian atas gelang selepas beberapa minggu?
 Bab 4: Pengangkutan Dalam Tumbuhan
A Mati
B Tiada perubahan
C Mengecut
D Membengkak
Jawapan:

4. Proses pengangkutan hasil fotosintesis daripada daun ke seluruh bahagian tumbuhan dikenali sebagai ...
A pindah silang
B translokasi
C gutasi
D pengangkutan aktif
Jawapan:

5. Apakah maksud transpirasi?
A Proses penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga biokimia.
B Proses pengeluaran air oleh tumbuhan di permukaan daun melalui hidatod.
C Proses kehilangan air dalam bentuk wap air dari permukaan tumbuhan ke udara secara penyejatan.
D Proses menggunakan air oleh akar tumbuhan
Jawapan:

6. Berikut ialah ciri-ciri X:
o Membenarkan pertukaran gas ke dalam dan luar daun semasa fotosintesis dan respirasi.
o Membebaskan wap air ke persekitaran semasa transpirasi.
Apakah stuktur X?
A Xilem
B Floem
C Stoma
D Sel pengawal
Jawapan:

7. Apakah fungsi struktur A ?
 Bab 4: Pengangkutan Dalam Tumbuhan
A Membenarkan pertukaran gas ke dalam dan ke luar daun.
B Mengangkut air dari akar ke pucuk.
C Mengawal pembukaan saiz liang stoma.
D Mengangkut makanan dan nutrien dari daun kepada seluruh bahagian dalam tumbuhan.
Jawapan:

8. Namakan tisu yang membekalkan tenaga kepada plat tapis bagi pengangkutan makanan organik.
A Lamela
B Parenkima
C Sel rakan
D Epidermis
Jawapan:

9. Tisu vaskular tumbuhan terdiri daripada _______________________.
A xilem sahaja
B floem sahaja
C xilem dan floem
D kambium, xilem dan floem
Jawapan:

10. Antara berikut yang manakah akan menurunkan kadar transpirasi?
A stoma terbuka
B kelembapan udara yang tinggi
C keamatan cahaya tinggi
D kelajuan angin tinggi
Jawapan:

11. Fungi xilem adalah...
 Bab 4: Pengangkutan Dalam Tumbuhan
A menyerap air
B mendapatkan cahaya
C mengangkut air dan garam mineral dari akar ke batang dan daun
D mengangkut bahan makanan ke bahagian tumbuhan yang lain
Jawapan:

12. Fungsi Floem adalah ...
 Bab 4: Pengangkutan Dalam Tumbuhan
A Mengangkut bahan makanan ke bahagian tumbuhan yang lain
B Mendapatkan sumber air
C Menyebabkan kehilangan air
D mengangkut air dan garam mineral yang disintesis ke bahagian tumbuhan yang lain
Jawapan:

13. Bahagian tumbuhan yang manakah akan kehilangan banyak air semasa proses transpirasi?
A Ranting
B Batang
C Akar
D Daun
Jawapan:

14. Apakah faktor yang mempengaruhi transpirasi?
I Suhu
II Keamatan cahaya
III Kelembapan udara
IV Pergerakan udara
V Bilangan stoma
A I dan III
B I dan IV
C I, II dan IV
D Semua di atas
Jawapan:

15. Kelayuan tumbuhan berlaku apabila
A Air tidak mencukupi
B Nutrien tidak mencukupi
C Garam mineral tidak mencukupi
Jawapan:

16. Kelayuan berlaku apabila tumbuhan menyerap lebih banyak air daripada kehilangan air.
A BENAR
B PALSU
Jawapan:

17. Antara berikut, yang manakah TIDAK membantu proses pengangkutan air daripada akar ke daun?
A Tekanan akar
B Tindakan kapilari
C Tarikan transpirasi
D Tenaga ATP
Jawapan:

18. Air menyejat daripada daun melalui ___________.
A Stoma
B Sel Pengawal
C Vakuol
D Kloroplas
Jawapan:

19. Terdapat lebih banyak stoma pada bahagian bawah daun daripada bahagian atas.
A BENAR
B PALSU
Jawapan:

20. Pilih kepentingan transpirasi yang betul.
I Sebagai sokongan
II Menyejukkan tumbuhan
III Menyingkirkan oksigen berlebihan
IV Pengangkutan air dan mineral terlarut
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D I, II dan IV
Jawapan:

21. Yang manakah benar mengenai foto di bawah?
 Bab 4: Pengangkutan Dalam Tumbuhan
I Dinamakan sebagai gutasi
II Berlaku melalui hidatod
III Berlaku di waktu siang
IV Berlaku semasa kelembapan udara rendah
V Cecair itu dinamakan sap xilem
A I dan III
B I dan IV
C I, II dan V
D Semua di atas
Jawapan:

22. Proses kehilangan air daripada tumbuhan dalam bentuk cecair melalui hitadod dikenali sebagai
A respirasi
B fotosintesis
C gutasi
Jawapan:

23. Apakah yang berlaku kepada batang pokok tersebut?
 Bab 4: Pengangkutan Dalam Tumbuhan
A Bahagian atas gegelang membengkak.
B Bahagian bawah gegelang membengkak.
C Bahagian gegelang membengkak.
Jawapan:

24. Apakah yang menyebabkan bahagian atas gegelang membengkak?
 Bab 4: Pengangkutan Dalam Tumbuhan
A Pengumpulan air tidak dapat diangkut ke arah atas.
B Pengumpulan bahan makanan tidak dapat diangkut ke arah bawah.
C Pengumpulan bahan makanan tidak dapat diangkut ke arah atas.
D Pengumpulan air tidak dapat diangkut ke arah bawah.
Semua di atas
Jawapan:

25. Beberapa batang kobis cina diambil dan direndam di dalam air berwarna selama dua jam. Selepas dua jam keadaan kobis cina seperti dalam rajah di atas. Mengapakah keadaan ini berlaku?
 Bab 4: Pengangkutan Dalam Tumbuhan
A Xilem menyerap air berwarna tersebut.
B Xilem menyerap makanan berwarna tersebut
C Floem menyerap air berwarna tersebut.
D Floem menyerap makanan berwarna tersebut.
Jawapan:

26. Mengapakah tumbuhan herba ditanam di kawasan berbumbung atau jauh daripada sumber cahaya matahari?
A Untuk mengurangkan kadar fotosintesis.
B Untuk meningkatkan kadar fotosintesis
C Untuk meningkatkan kadar transpirasi
D Untuk mengurangkan kadar transpirasi
Jawapan:

27. Bilakah gutasi berlaku?
 Bab 4: Pengangkutan Dalam Tumbuhan
I Siang
II Malam
III Cuaca yang sangat panas
IV Kelembapan udara yang tinggi
A I dan III
B II dan IV
C II dan III
D I, II dan IV
Jawapan:

28. Apakah yang menyebabkan pembengkakkan pada bahagian atas batang pokok seperti di dalam gambar?
 Bab 4: Pengangkutan Dalam Tumbuhan
A Tisu tumbuhan mengeluarkan cairan
B Pengumpulan makanan (glukosa) yang tidak dapat ke bahagian bawah pokok
C Ada banyak haiwan kecil berkumpul di kawasan tersebut
Jawapan:

29. Rajah menunjukkan sebahagian kulit luar tumbuhan yang telah dibuang. Selepas sebulan didapati terdapat perubahan pada bahagian yang dipotong. Pilih kenyataan yang benar berkaitan ujikaji ini.
 Bab 4: Pengangkutan Dalam Tumbuhan
I Bahagian yang dipotong merupakan bahagian xilem
II Kulit luar yang dipotong merupakan struktur floem tumbuhan
III Bahagian atas membengkak kerana berlaku pengumpulan makanan
IV Pokok akan mati selepas beberapa ketika.
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D I, II dan IV
Jawapan:

30. Gutasi atau pelembakan ialah....
I Merupakan kehilangan air daripada tumbuhan dalam bentuk cecair melalui hidatod yang sentiasa terbuka pada pinggir daun
II Proses menyingkirkan karbon dioksida daripada tubuh badan
III Suatu proses kehilangan air dalam bentuk wap air dari permukaan daun ke udara secara penyejatan
IV Keadaan kehilangan air ke udara secara penyejatan
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D I, II dan IV
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。