1 2

Set 1 Latihan Bahasa Melayu Tingkatan 3 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 3

Klik untuk jawapannya

BAHAGIAN A
1. Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Tuliskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i) “Perjuangan kami masih belum berakhir selagi wisel penamat belum dibunyikan oleh pengadil,” kata ketua pasukan itu kepada rakan-rakannya.
:

(ii) Pada akhir pembelajaran, Cikgu Zain menerangkan lain-lain faktor yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1517.
:

(iii) Dari lima ekor anak ayam, hanya seekor yang dapat hidup dengan sihat.
:

(iv) Kasut yang dipakai oleh baginda itu merupakan hadiah daripada Maharaja India.
:

2. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Para pelajar diingatkan agar membina tujuh ayat untuk mengelakkan kehilangan markah maksima iaitu 10 markah.


(ii) Istirehat dan tidur yang mencukupi ternyata mempengaruhi kesihatan, berat badan dan kehidupan kita.


(iii) Mekanik Pusat Servis Perodua Batu Caves itu sedang menyervis enjin sebuah kereta.


3. Bina ayat berdasarkan jenis ayat yang dinyatakan seperti yang berikut.
(i) Ayat penyata.


(ii) Ayat tanya.


(iii) Ayat suruhan.


(iv) Ayat larangan.


(v) Ayat seruan.


4. Fahami maksud peribahasa di bawah ini dengan teliti, kemudian isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
1. Seseorang itu mesti berusaha dengan gigih semasa melakukan sesuatu dan segala kesukaran yang dihadapi perlu ditempuhi agar semua dapat diperoleh.


2. Orang besar dan mulia itu, tidak hilang martabatnya jika dia merendah diri sekalipun.



BAHAGIAN B
5. Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Beluntung baru sahaja melangkah turun ke tanah apabila tiba-tiba kilat memancarkan sinarnya. Ibunya menjerit melarangnya turun. Beluntung tercegat di muka pintu memandang Sungai Layong yang tidak lagi nampak tebingnya. Hujan semakin lebat. Angin yang sebentar tadi agak perlahan tiupannya kini mula menerbangkan air hujan dan menggoyangkan pohon-pohon pisang di halaman rumah. Air kelihatan di mana-mana, menenggelamkan rumput.

Beluntung memerhati sekeliling. Dia berasa risau tentang Bawod dan Tuyog yang belum kelihatan lagi. Tanpa menghiraukan jeritan ibunya, dia turun untuk mencari Bawod dan Tuyog. Matahari sudah terbenam dan air semakin naik. Ibunya menjerit lagi menyuruhnya naik . Beluntung melangkah perlahan menuju ke rumah. Dia memandang kecewa ke halaman rumah yang sudah kelihatan seperti tasik kecil. Bawod dan Tuyog tentu sudah mati leas, fikirnya.

Pagi itu, Beluntung mendahului ayam turun ke tanah. Dia menyuluh sekeliling dengan lampu picit. Banjir sudah surut. Rumput diselaputi dengan lumpur kuning. Beluntung terlihat ada sesuatu bergerak-gerak ke arahnya. Seekor ular hitam sebesar tahi belati menjelir-jelirkan lidahnya. Dia cepat-cepat mematikan lampu serentak melompat ke sebelah kiri. Beluntung melangkah cepat meninggalkan tempat itu. Cahaya lampu picit disinarkan lagi. Cahaya itu merayapi kawasan sekitar. Bawod dan Tuyog tidak juga kelihatan.

(Dipetik daripada cerpen Bawod Antologi Bintang Hati,
Tingkatan 3, Aras Mega sdn.bhd )

(i) Berdasarkan petikan cerpen tersebut, apakah perasaan Beluntung apabila mendapati Bawod dan Tuyog masih belum pulang?





(ii) Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas?




(iii) Kita hendaklah memastikan haiwan peliharaan kita selamat. Pada pendapat anda, apakah cara-cara terbaik untuk memastikan keselamatan haiwan peliharaan?






6. Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bintang

1 Suatu malam aku duduk
di halaman rumah
kulihat cantiknya bintang-bintang
menghiasi langit yang terbentang
aku ingin terbang ke sana
membawa pulang bintang-bintang
tentu ibu gembira
tentu ayah bahagia
melihat rumah int
penuh dengan cahaya.

2 Tetapi kata ibu
Itu tidak perlu
Ayah sudah ada bintang
Begitu juga ibu
Rumah sudah bercahaya
Begitu juga jiwa mereka
Bintang itu adalah aku
Bintang hati ayah dan ibu

Siti Zaliha M. Hashim
(Dipetik daripada antologi, Bintang Hati,
Tingkatan 3, aras mega (m) sdn. Bhd)


(i) Berdasarkan rangkap kedua sajak di atas, nyatakan perkara yang ingin disampaikan oleh penyajak.





(ii) Penyajak menyelitkan banyak unsur pengajaran menerusi sajak Bintang.
Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak.





(iii) Pada pendapat anda, apakah yang diingini oleh ibu bapa terhadap anak-anak apabila mereka sudah tua?









Klik untuk jawapannya

1 2


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。