1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Set 1 Latihan Sejarah Tingkatan 2 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 2

BAB 1: Kerajaan Alam Melayu

Klik untuk jawapannya

Bahagian Objektif
1. “Alam Melayu merupakan satu lingkungan geografi yang luas meliputi kepulauan Melayu hingga selatan Thailand". Siapakah tokoh yang menyatakan konsep tersebut?
A. R.O Winsted
B. Alfred Russel Wallace
C. Abdul HAdi Haji Hassan
D. Professsor Dr. Ding Choo Ming
Jawapan:

2. "Sifat Bahasa Melayu yang sederhana dan mudah dipelajari membolehkan bahasa ini mudah diterima di Alam Melayu". Siapakah tokoh yang berpendapat sedemikian?
A. Dato A. Aziz Deraman
B. Sutan Takdir Alisjabana
C. Pofessor Emeritus Dato’ Dr. Asmah Haji Omar
D. Professor Emeritus Tan Sri Dato Pendeta (Dr.) Ismail Hassan
Jawapan:

3. Di manakah lokasi kerajaan Funan?
A. Lembah Sungai Musi
B. Lembah Sungai Brantas
C. Lembah Sungai Mekong
D. Sungai Mas dan Sungai Bujang
Jawapan:

4. Apakah yang menyebabkan kerajaan Srivijaya menjadi lemah?
A. Kelemahan pemimpin
B. Berlaku bencana alam
C. Perpecahan masyarakat
D. Serangan tentera Chola
Jawapan:

5. Siapakah tokoh yang memainkan peranan utama dalam usaha perluasan kuasa kerajaan Majapahit
A. Raden Wijaya
B. Patih Gajah Mada
C. Raden Adjeng Kartini
D. Tribuana Tungadewi
Jawapan:

6. Dimanakah letaknya Candi Bahal?
A. Kerajaan Chola
B. Kerajaan Angkor
C. Kerajaan Champa
D. Kerajaan Srivijaya
Jawapan:

7. Kedah Tua juga dikenali sebagai Chieh Ch’a. Sumber manakah yang menyebut sedemikian?
A. Arab
B. India
C. China
D. Yunani
Jawapan:

8. Apakah hasil Kerajaan Ganga Negara yang mendorong kedatangan pedagang luar?
A. Kayu balak
B. Rempah ratus
C. Emas dan perak
D. Emas dan bijih timah
Jawapan:

9. Apakah tujuan Srivijaya menghantar utusan ke China?
A. Menjalin hubungan persahabatan
B. Mendapatkan bantuan ketenteraan
C. Memperkukuhkan hubungan perdagangan
D. Mendapatkan pengiktirafan dan memperkukuhkan persahabatan
Jawapan:

10. Mengapakah Funan menghantar utusan ke India?
A. Memperkukuhkan hubungan perdagangan dan keagamaan
B. Menjalinkan hubungan persahabatan
C. Mendapatakan pengiktirafan
D. Menjamin keselamatan
Jawapan:

Bahagian Subjektif
1. Lengkapkan maklumat di bawah dengan fakta yang betul.
a. Tokoh:
Karya: Asal Usul Melayu, Induknya di Benua Sunda

b. Tokoh: R.O. Winstedt
Karya:

c. Tokoh:
Karya: Antara Dunia Melayu dengan Dunia Kebangsaan

d. Tokoh: Alfred Russel Wallace
Karya:

e. Tokoh:
Karya: Manuskrip Melayu: Sumber Maklumat Peribumi

2a. Konsep Alam Melayu dapat dilihat daripada aspek penggunaan bahasa serumpun.

Empat, Papat, Ampat, Apat, Pat

Terdapat persamaan bunyi perkataan bagi beberapa etnik di Alam Melayu seperti contoh di atas. Berikan penilaian anda tentang perkara ini.




b. Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas di Alam Melayu sejak awal Masihi lagi. Bagaimanakah anda dapat mengaitkan sifat orang Melayu dan sifat bahasa Melayu dalam situasi ini?
(i) Sifat orang Melayu:



(ii) Sifat bahasa Melayu:



3. Lengkapkan garis masa di bawah dengan menyatakan Kerajaan Alam Melayu yang wujud ketika itu.
(a) Abad Pertama:


(b) Abad Kedua:


(c) Abad Kelima:


(d) Abad Keenam:


(e) Abad Ketujuh:


(f) Abad Kesembilan:


(g) Abad Ke-13:


4. Kerajaan Funan diasaskan oleh Kaundinya dan berpusat di Vyadhapura.
(a) Nyatakan butir berikut:
Tokoh termasyhur:

(b) Senaraikan kejayaan yang telah dicapai oleh tokoh (a).
(i)
(ii)
(iii)
(iv)

5 Jawab semua soalan di bawah.
(a) Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah Dinasti Ming (China) mengiktiraf pemerintahan Che Bong Nga dalam Kerajaan Champa?




(b) Bandingkan strategi yang diambil oleh Chu-Lien (Champa) dan Dapunta Hyang Sri Jayanasa (Srivijaya) untuk memperkukuhkan kerajaannya.




(c) Apakah impak yang berlaku apabila Srivijaya berjaya menguasai jalan laut antarabangsa, iaitu Selat Melaka dan Selat Sunda?
i.
ii.

(d) Antara pemerintah kerajaan Angkor yang masyhur ialah Jayavarman VII.
(i) Senaraikan kejayaan yang berjaya dicapai oleh tokoh di atas.


(ii) Apakah iktibar yang diperoleh daripada kegemilangan Kerajaan Angkor?



6. Kerajaan Alam Melayu menjalinkan hubungan perdagangan, hubungan keagamaan dan hubungan diplomatik dengan kerajaan lain.
(a) Nyatakan faktor yang membantu perkembangan hubungan perdagangan Kerajaan Alam Melayu dengan kerajaan lain.
i.




ii.




iii.




b. Senaraikan tujuan hubungan diplomatik Kerajaan Alam Melayu dengan Kerajaan China dan Kerajaan India.
i.
ii.
iii.
iv.



Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。