KATA SENDI NAMA
lsi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Kempen kebersihan yang dilancarkan pada minggu lepas akan berlangsung ____________
minggu hadapan.
A dari C hingga
B kepada D pada
Jawapan:
2 Suganya dan Moganah bersahabat rapat _______ mereka belajar di tadika
lagi.
A daripada C sejak
B ketika D sampai
Jawapan:
3 Puvana mula menjahit pakaian itu __________ minggu lepas.
A hingga C semenjak
B daripada D sampai
Jawapan:
4 Guru Besar dan guru-guru sekolah sedang berbincang ____________ Majlis
Anugerah yang akan diadakan pada minggu hadapan.
A tentang C agar
B terhadap D supaya
Jawapan:
5 Naren akan menjual keretanya _____________ sesiapa yang berminat.
A pada C kepada
B daripada D dengan
Jawapan:
6 Saniah menyerahkan kad jemputan majlis perkahwinan itu __________ ibunya yang
baru pulang dari pejabat.
A daripada C untuk
B kepada D pada
Jawapan:
7 Bubu yang digunakan untuk memerangkap ikan diperbuat _____________ buah.
A dari C oleh
B daripada D pada
Jawapan:
8 Gobi menerima sepucuk surat _________ ibunya.
A daripada C hingga
B kepada D pada
Jawapan:
9 Hadiah ini saya terima ___________ ibu dan ayah sempena hari lahir saya.
A dari C daripada
B kepada D pada
Jawapan:
10 Sara mengupas kulit buah mangga itu _____________ sebilah pisau yang tajam.
A untuk C pada
B dengan D oleh
Jawapan:
11 Encik Haris bersetuju _____________ harga rumah yang ditawarkan oleh syarikat
perumahan tersebut.
A kepada C untuk
B demi D dengan
Jawapan:
12 Setelah memenangi perlumbaan itu, Puviarasan mengangkat tangannya
__________________ menyahut sorakan penonton.
A dengan C untuk
B kepada D pada
Jawapan:
13 “Surat ini ____________ disampaikan kepada bapa kamu,” kata Siti kepada
Raihan.
A bagi C demi
B untuk D akan
Jawapan:
14 Rohini tinggal ________________ Kampung Sejahtera bersama keluarganya.
A dari C di
B kepada D pada
Jawapan:
15 Hazmi akan ________________ London pada minggu depan untuk melanjutkan
pelajarannya.
A ke C dari
B kepada D pada
Jawapan:
16 Pasukan Keselamatan telah mengetatkan kawalan pintu masuk ke sempadan Malaysia
________________ menjaga keselamatan negara.
A akan C agar
B demi D supaya
Jawapan:
17 Nasihat awak kepadanya ____________ mencurah air ke daun keladi..
A umpama C antara
B tentang D sampai
Jawapan:
18 Bungkusan yang saya terima tadi ada _____________ Arfan.
A di C untuk
B kepada D pada
Jawapan:
19 Suren tidak suka membuat perkara ______________ itu.
A untuk C seperti
B dari D dengan
Jawapan:
20 Kamini ______________ menduduki peperiksaan UPSR _____________ minggu hadapan.
A demi...ke C oleh...pada
B akan...di D akan...pada
Jawapan:
21 Pembukaan bangunan baru dirasmikan _______________ Pegawai Pelajaran Daerah.
A pada C dari
B kepada D oleh
Jawapan:
22 Dalam dunia ini terdapat lebih ________________ 10 000 jenis spesies burung.
A daripada C hingga
B dari D pada
Jawapan:
23 Puan Vemala menjaga anak angkatnya _____________ menatang minyak yang
penuh.
A bagai C ke
B dengan D untuk
Jawapan:
24 Cik Nurul ____________ berkahwin _________ Encik Vijay pada minggu
depan.
A untuk ... terhadap C akan... pada
B akan... dengan D akan... kepada
Jawapan:
25 Nelson berasal ____________ negara Australia.
A. dari C hingga
B kepada D pada
Jawapan:
26 Kita tidak sepatutnya berasa marah atau berkecil hati _____________ sikap
orang tua kita.
A demi C seperti
B terhadap D kepada
Jawapan:
27 Seramai 345 orang murid yang mengambil bahagian ___________ pertandingan
melukis itu.
A dalam C akan
B tentang D untuk
Jawapan:
28 Mereka ____________ perjalanan ke sekolah sewaktu kemalangan itu berlaku.
A demi C dengan
B terhadap D dalam
Jawapan:
29 Persahabatan __________ Hasdi dan Hamid dicemburui oleh Mazlan.
A antara C dalam
B untuk D kepada
Jawapan:
30 Arshad mengulang kaji pelajaran dari pagi _________ petang.
A daripada C hingga
B sejak D pada
Jawapan:
31 Pertandingan nyanyian itu berlangsung dari pukul 2.00 petang ________ pukul 5.30
petang.
A ke C kepada
B hingga D dengan
Jawapan:
32 Angin kencang yang melanda Kampong Tok Senik itu bertiup __________
arah selatan.
A hingga C akan
B dari D daripada
Jawapan:
33 Ukiran tembikar itu diperbuat ____________ tanah liat.
A dari C boleh
B daripada D akan
Jawapan:
34 Sudah dua hari Firaus demam dan suhu badannya meningkat _________
39 darjah Celsius.
A ke C sejak
B pada D kepada
Jawapan:
35 Hadiah kamu itu ada _____________ Mashitah.
A dengan C kepada
B pada D untuk
Jawapan:
36 Keputusan Ujian Bulanan Bahasa Melayu kali ini lebih baik __________ bulan lalu.
A oleh C daripada
B dari D dalam
Jawapan:
37 Sumbangan dan derma ini adalah ___________- anak-anak yatim dan mereka yang
memerlukan.
A untuk C oleh
B sampai D pada
Jawapan:
38 Guru-guru itu sedang berbincang bagaimana ___________ menangani masalah disiplin
pelajar.
A untuk C oleh
B sampai D pada
Jawapan:
39 Wajahnya bertukar menjadi masam ___________ cuka selepas disindir oleh rakannya.
A akan C seperti
B dari D daripada
Jawapan:
40 Berita kemenangannya dalam pertandingan melukis itu diterimanya ______________
perasaan amat gembira.
A seperti
B dengan
C dalam
D akan
Jawapan:
41 Kami bertolak ke tempat kejadian ______________ pukul 2.00 petang.
A dari
B dalam
C pada
D dengan
Jawapan:
42 Warna tudungnya sama ____________ warna kain saya.
A akan
B oleh
C dengan
D ke
Jawapan:
43 Kami berlatih bermain badminton ________ sejam yang lalu.
A dari
B pada
C dengan
D sejak
Jawapan:
44 Nenek tua itu sangat rindu ________ cucunya.
A dengan
B di
C akan
D kepada
Jawapan:
45 Lukisan ini lebih cantik __________ lukisan itu.
A untuk
B sampai
C oleh
D daripada
Jawapan:
46 Perkara itu tidak menjadi masalah __________ saya.
A dari C untuk
B seperti D daripada
Jawapan:
47 Pensyarah itu tidak suka ___________ pelajarnya yang bersikap sambil lewa semasa
membuat tugasan.
A akan C untuk
B kepada D dengan
Jawapan:
48 Semua maklumat yang diberitahu oleh Marina tentang negara itu adalah
penting saya.
A bagi C ke
B demi D pada
Jawapan:
49 Hadiah itu _________ para pemenang peraduan menulis cerpen yang
dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu.
A pada C dengan
B demi D untuk
Jawapan:
50 Siva telah menyerahkan buku cerita itu _____________ Mala.
A dengan C kepada
B untuk D demi
Jawapan:
Penjodoh Bilangan
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.
1 Hazad minum se___________ air kerana dahaga.
A teko C gelas
B cawan D cerek
Jawapan:
2 Adik hanya memakan se_______ limau yang diberikan oleh ibu kerana rasanya masam.
A biji C ulas
B buah D pangsa
Jawapan:
3 Petani itu sedang mengubah anak-anak padi di sepuluh ___________ sawahnya.
A petak C bidang
B papan D gelung
Jawapan:
4 Malini memakan tiga _________ roti untuk mengalas perut sebelum ke sekolah.
A keping C buku
B kotak D ulas
Jawapan:
5 Pihak polis terpaksa melepaskan beberapa __________ tembakan untuk meleraikan
rusuhan itu.
A butir C biji
B das D patah
Jawapan:
6 Datuk memetik beberapa ___________ petai dari pokok di belakang rumah.
A ulas C biji
B papan D ketul
Jawapan:
Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.
7 Ah Meng memasukkan empat __________ beras ke dalam lori.
A biji C kampit
B guni D bungkus
Jawapan:
8 Nelayan itu sedang menjahit se___________ jala yang koyak.
A buah C bidang
B rawan D lembar
Jawapan:
9 Ahli pengakap itu memikul se__________ kayu api untuk dibawa ke khemah.
A bungkus C cekak
B batang D berkas
Jawapan:
10 Kakak menggunakan se_________ kain untuk membalut luka di kakinya.
A helai C carik
B papan D keping
Jawapan:
11 Beberapa pelancong asing yang hilang itu dipercayai diculik oleh ___________
pengganas.
A pasukan C gerombolan
B angkatan D kumpulan
Jawapan:
12 Rahimah memasukkan beberapa ________ beras ke dalam periuk untuk memasak
bubur.
A biji C kampit
B kepal D genggam
Jawapan:
13 Laila menerima se_______ rantai mutiara daripada ibunya sebagai hadiah hari jadi.
A bentuk C utas
B urat D untai
Jawapan:
14 Rumah Lin Yong terletak di hadapan se_________ rumah kedai.
A deret C barisan
B pintu D kelompok
Jawapan:
Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.
15 Setiap hari Mak Jah membuat dua ________ kuih untuk dijual di warung Pak
Hamid.
A biji C keping
B bakul D potong
Jawapan:
16 Se__________ tentera telah dihantar ke sempadan negara itu untuk mengawal
rusuhan itu.
A orang C kumpulan
B pasukan D gerombolan
Jawapan:
Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.
17 Pak Ahmad membawa _________ jala ke sungai untuk menjala ikan .
A sekawan C sebuah
B serawan D selembar
Jawapan:
18 Sasterawan negara itu membacakan __________ pantun untuk para hadirin yang hadir.
A sebaris C serangkap
B sepotong D seuntal
Jawapan:
19 ___________ lembu kelihatan sedang memakan rumput di tepi Sungai.
A segerombolan C sekumpulan
B sekawan D seangkatan
Jawapan:
20 Pihak kastam telah merampas dua _________ pistol dari _________ kereta.
A laras ... sebuah
B pucuk ... sebuah
C rawan ... sebuah
D batang ... sebuah
Jawapan:
21 __________ bomba telah dihantar ke Seremban bagi mengikuti kursus penyelamat.
A Sekawan C Segerombolan
B Seangkatan D Pasukan
Jawapan:
22 lbu memasukkan ________ garam ke dalam masakan gulai ikan pari itu.
A secubit C segenggam
B secekak D sebungkus
Jawapan:
23 Cikgu Latha menghadiahi Raman _________ buku novel sempena hari
jadinya yang ke-10.
A senaskhah C seuntai
B sehelai D sekeping
Jawapan:
24 Pihak polis terpaksa melepaskan beberapa __________ tembakan ke udara bagi menyuraikan tunjuk perasaan itu.
A butir C buah
B bilah D das
Jawapan:
Soalan 25 berdasarkan gambar di bawah.
25 Abang membeli beberapa __________ jagung bakar untuk dibawa pulang ke rumah.
A batang C tongkol
B biji D buah
Jawapan:
26 Hasliza membeli ____________ rantai untuk anak perempuannya yang berusia 20 tahun.
A serawan C seurat
B seutas D seulas
Jawapan:
27 ________ rumah teres di Jalan Ampang telah musnah dalam kebakaran pagi
semalam.
A Sebuah C Sekelompok
B Sederet D Sebaris
Jawapan:
28 Mata Hayati berasa sakit setelah beberapa _________ pasir memasuki matanya.
A carik C buku
B butir D biji
Jawapan:
29 Juara gariah itu menerima hadiah ________ Quran dan dua ___________ tiket
penerbangan ke Mekah.
A senaskhah ... keping
B sebuah ... helai
C sekeping ... naskah
D bentuk ... gulung
Jawapan:
Soalan 30 berdasarkan gambar di bawah.
30 Dalina menyelitkan __________ bunga ke rambut ibunya.
A sejambak C sesisir
B sekuntum D sehelai
Jawapan:
31 Bangunan sekolah itu akan didirikan di atas se__________ tanah.
A buah C bentuk
B bidang D baris
Jawapan:
32 Beberapa ___________ mercun telah dirampas oleh pihak polis dalam operasinya
semalam.
A papan C laras
B pucuk D das
Jawapan:
33 Minah menggunakan ____________ payung berwarna kuning ketika mengiringi
mempelai itu.
A serawan C sebatang
B sebilah D sekaki
Jawapan:
34 Ramani meletakkan ____________ kek ke dalam piring kawannya.
A sebuah
B seulas
C sekeping
D sepotong
Jawapan:
35 Cikgu Latifah menulis beberapa _____ ayat dan _______ pantun di papan tulis.
A baris .... sepotong
B baris .... serangkap
C patah .... sebuah
D baris ... seuntail
Jawapan:
36 Beberapa ________ rumah telah terbakar pada malam semalam.
A buah
B helai
C cubit
D ruas
Jawapan:
37 Baju abang terkena beberapa ______ dakwat hitam.
A titik
B cubit
C tompok
D bekas
Jawapan:
38 Sempena sambutan Hari Kebangsaan, beberapa _____________ jalan utama akan
ditutup.
A batang
B buah
C baris
D bidang
Jawapan:
39 Nenek menaburkan __________ beras ke arah anak-anak ayam itu.
A sepasang
B sesikat
C secekak
D segenggam
Jawapan:
40 Encik Raman membajak sawah dengan menggunakan dua __________ kerbau
jantan.
A ekor
B buah
C biji
D tandan
Jawapan:
Soalan 41 berdasarkan gambar di bawah.
41 Di tepi sungai itu ada beberapa ________ buluh.
A rumpun
B longgok
C ranting
D batang
Jawapan:
42 Dua _________ wartawan telah diarahkan ke kawasan tanah runtuh itu.
A orang
B buah
C kawan
D gerombolan
Jawapan:
43 ___________ garam dimasukkan ke dalam bubur kacang untuk menambah
keenakannya.
A Secubit
B Segenggam
C Sebungkus
D Secawan
Jawapan:
Soalan 44 berdasarkan gambar di bawah.
44 Bala membeli dua ______________ akhbar dari kedai buku itu.
A naskhah
B lembar
C buku
D helai
Jawapan:
45 Bungkusan itu diikat dengan ____________ tali supaya tidak mudah terbuka.
A seutas
B seulas
C seruas
D seurat
Jawapan:
46 Pekebun itu menjual lima __________ pisang kepada Tauke Lim.
A buah
B helai
C tandan
D pucuk
Jawapan:
47 Rani menghadiahi Cikgu Sathu se_________ bunga.
A ikat
B cucuk
C jambak
D ketul
Jawapan:
Soalan 48 berdasarkan gambar di bawah.
48 Rumah Mak Jah musnah dihempap ___________ pokok kelapa.
A sebiji C sebatang
B sepapan D seruas
Jawapan:
49 lbu menanam __________ serai dan beberapa ___________ pokok ubi kayu di
belakang rumah.
A serumpun ... batang
B sepetak ... ruas
C serumpun ... pucuk
D batang ... batang
Jawapan:
50 Saya memakan beberapa _______ sate dan dua _________ ayam goreng.
A batang .... ketul
B cucuk ... betul
C cucuk ... bongkah
D biji ... ketul
Jawapan: