1. Rajah menunjukkan bahagian-bahagian bunga yang telah dilabelkan dengan W, X, Y dan Z. Struktur manakah yang menghasilkan debunga?
A W
B X
C Y
D Z
Jawapan:
2. Antara berikut, yang manakah bukan merupakan organ pembiakan betina pada bunga?
A Stigma
B Stamen
C Stil
D Ovul
Jawapan:
3. Rajah menunjukkan keratan suatu bunga. Antara bahagian P, Q, R dan S, yang manakah proses meiosis berlaku?
A P dan Q
B P dan R
C Q dan R
D R dan S
Jawapan:
4. Rajah menunjukkan pembentukan butir debunga daripada sel induk mikrospora. Apakah proses bagi P dan Q serta struktur R dan S?
A
B
C
D
Jawapan:
5. Rajah menunjukkan struktur umum sekuntum bunga. Antara berikut, yang manakah adalah benar mengenai struktur yang membentuk organ pembiakan jantan dan betina pada bunga itu?
A
B
C
D
Jawapan:
6. Rajah menunjukkan empat peringkat dalam pembentukan pundi embrio. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan urutan peringkat yang betul?
A M → N → L → O
B O → N → M → L
C M → O → N → L
D M → N → O → L
Jawapan:
7. Rajah menunjukkan satu pundi embrio tumbuhan semasa persenyawaan, yang mempunyai bilangan kromosom 2n = 40. Berapakah bilangan kromosom bagi bahagian berlabel X?
A 10
B 20
C 40
D 60
Jawapan:
8. Tandakan pada semua bahagian bunga yang terlibat dalam proses pembiakan.
I Sepal
II Ranggi
III Pistil
IV Stamen
V Ovari
A I dan II
B I dan IV
C I, III dan V
D III, IV dan V
Jawapan:
9. Tandakan pada semua struktur-struktur yang membentuk pistil.
I Stigma
II Anter
III Stil
IV Filamen
V Ovari
A I dan II
B I dan IV
C I, III dan V
D III, IV dan V
Jawapan:
10. Tandakan pada semua ciri-ciri bunga yang didebungakan oleh agen pendebungaan angin dan air.
I Berwarna putih dan pudar
II Berbau harum dan manis
III Stigma yang panjang dan berbulu
IV Butir debunga yang ringan dan banyak
V Filamen dan stil yang panjang
A I dan II
B , II dan IV
C I, III dan V
D I, III, IV dan V
Jawapan:
11. Berikut merupakan agen pendebungaan kecuali:
A Haiwan dan serangga
B Rumput
C Angin
D Air
Jawapan:
12. Antara berikut, yang manakah merupakan fungsi mikropil?
A Melindungi biji benih
B Tempat biji benih melekat pada buah
C Membenarkan air dan udara memasuki biji benih
D Bahagian embrio yang berkembang menjadi akar
Jawapan:
13. Antara berikut, yang manakah berfungsi melindungi bunga ketika bunga mengudup?
A Ranggi
B Sepal
C Pistil
D Stamen
Jawapan:
14. Berikut adalah contoh bunga yang didebungakan oleh haiwan dan serangga KECUALI...
A durian
B mangga
C betik
D padi
Jawapan:
15. Apakah perbezaan antara sepal dan ranggi?
A Sepal berwarna hijau untuk melindungi kudup bunga manakala ranggi berwarna warni bagi menarik perhatian serangga
B Sepal berwarna warni bagi menarik perhatian serangga manakala ranggi berwarna hijau untuk melindungi kudup bunga
Jawapan:
16. Mengapakah sesetengah pokok betik boleh berbunga tetapi tidak boleh berbuah?
A Pokok betik tersebut hanya mempunyai organ seks jantan sahaja pada bunganya. Bunga betik tidak dapat disenyawakan menyebabkan betik tidak dapat berbuah
B Pokok betik tersebut tidak mempunyai organ seks jantan sahaja pada bunganya. Bunga betik tidak dapat disenyawakan menyebabkan betik tidak dapat berbuah
Jawapan:
17. Susun huruf mengikut turutan proses persenyawaan tumbuhan yang betul.
P- Gamet jantan jatuh atas stigma
Q - Gamet jantan bercantum dengan gamet betina dalam ovul
R - Tiub debunga menembusi ovul
S - Zigot terbentuk
T - Tiub debunga tumbuh ke arah ovari dengan membawa gamet jantan
A P, Q, R, S, T
B P, R, Q, T, S
C P, T, R, Q, S
D P, S, T, Q, R
Jawapan:
18. Antara struktur pada bunga ini, apakah bahagian yang menarik minat serangga untuk pendebungaan?
A Anter
B Ovari
C Stigma
D Ranggi
Jawapan:
19. Organ pembiakan betina terletak pada pistil yang mengandungi beberapa struktur. Antara yang berikut, yang manakah merupakan struktur-struktur tersebut?
A Stigma, stil dan ovari
B Pedikel, sepal dan petal
C Stamen filamen dan anter
D Ovul, ovari dan plasenta
Jawapan:
20. Antara urutan yang berikut, yang manakah adalah urutan yang betul bagi pembentukan butir debunga?
I Sel induk debunga menjalankan meioisis membentuk tetrad.
II Setiap sel dalam tetrad berkembang membentuk butir debunga.
III Sekelompok tisu berkembang dalam anter membentuk empat pundi debunga.
IV Nukleus butir debunga menjalankan mitosis membentuk nukleus tiub dan nukleus penjana.
A I, III, II, IV
B II, I, IV, III
C III, I, II, IV
D IV, II, I, III
Jawapan:
21. Sel induk pundi embrio mengandungi lapan nukleus. Antara berikut, yang manakah adalah benar tentang nama dan bilangan nukleus tersebut.
A. Sel antipodal: 3, nukleus kutub: 2, sel sinergid:1 dan sel telur: 2
B. Sel antipodal: 3, nukleus kutub: 2, sel sinergid: 2 dan sel telur: 1
C. Sel antipodal: 3, nukleus kutub: 1, sel sinergid: 1 dan sel telur: 2
D. Sel antipodal: 2, nukleus kutub: 2, sel sinergid; 3 dan sel telur: 1
Jawapan:
22. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang nukleus penjana?
A. Bermitosis membentuk dua gamet jantan
B. Mensenyawakan sel telur
C. Membentuk tiub debunga di dalam stil
D. Bergabung dengan sel-sel sinergid
Jawapan:
23. Apakah keperluan persenyawaan ganda dua dalam tumbuhan berbunga?
A. Menghasilkan dua gamet yang boleh berkembang membentuk dua anak benih
B. Memastikan ciri tumbuhan induk dapat diwariskan kepada anak pokok
C. Memastikan ketahanan biji benih supaya boleh bercambah walaupun disimpan lama
D. Menghasilkan tisu endosperma yang membekalkan makanan kepada anak benih yang bercambah
Jawapan:
24. Ketika persenyawaan ganda dua, satu dari gamet jantan akan mensenyawakan P manakala satu lagi gamet jantan akan bercantum dengan Q. Apakah P dan Q?
A P adalah sel antipodal dan Q adalah sel sinergid
B P adalah nukleus kutub dan Q adalah sel sinergid
C P adalah sel telur dan Q adalah sel antipodal
D P adalah nukleus kutub dan Q adalah sel telur
Jawapan:
25. Rajah menunjukkan suatu keratan membujur bagi sekuntum bunga.
Antara bahagian A, B, C dan D, di manakah perkembangan debunga berlaku?
A
B
C
D
Jawapan:
26. Rajah menunjukkan keratan membujur sekuntum bunga.
Antara bahagian berlabel A, B, C dan D akan berkembang menjadi biji benih selepas
persenyawaan?
A
B
C
D
Jawapan:
27. Pernyataan manakah benar tentang persenyawaan ganda dua dalam tumbuhan?
I. Satu nukleus gamet jantan bergabung dengan satu nukleus gamet betina untuk membentuk pundi embrio.
II. Dua nukleus haploid terbentuk di dalam ovul bergabung dengan dua nukleus gamet jantan.
III. Satu nukleus gamet jantan bergabung dengan nukleus sel telur untuk membentuk zigot diploid.
IV. Dua nukleus kutub bergabung dengan satu nukleus gamet jantan untuk membentuk endosperma.
A I dan III
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV
Jawapan:
28. Antara pasangan berikut, manakah tidak benar?
A Anter : menghasilkan mikrospora
B Ovari : berkembang menjadi buah
C Karpel : menghasilkan debunga
D Stigma : menerima debunga
Jawapan:
29. Maklumat berikut merupakan Langkah-langkah dalam pembentukan tiub debunga dan gamet jantan.
J- Nukleus penjana membahagi secara mitosis dan membentuk dua gamet jantan.
K- Dinding anter merekah dan debunga dibebaskan.
L- Debunga yang berada pada stigma mengalami percambahan.
M- Nukleus tiub merosot dan gamet jantan memasuki pundi embrio.
Antara berikut, yang manakah urutan yang betul?
A J→K→L→M
B M→L→K→J
C K→L→J→M
D L→K→M→J
Jawapan:
30. Rajah menunjukkan keratan memanjang sekuntum bunga.
Apakah kesan yang berlaku sekiranya bunga itu dipotong pada X?
A Buah tidak akan berkembang.
B Buah yang banyak akan terhasil.
C Ovul tidak menerima nutrien.
D Ovul gagal menghasilkan pundi embrio.
Jawapan:
31. Rajah menunjukkan keratan memanjang sekuntum bunga.
Apakah yang akan berlaku jika bahagian S terdedah kepada sinaran radioaktif?
A S akan mengecil dan merosot.
B S akan memanjang dan mengembang.
C Buah yang terhasil akan lebih besar.
D Persenyawaan ganda dua tidak akan berlaku.
Jawapan:
33. Rajah menunjukkan proses persenyawaan ganda dua dalam tumbuhan berbunga.
Sruktur yang manakah akan disenyawakan oleh nukleus X?
A P dan Q
B P dan S
C Q dan R
D R dan S
Jawapan:
34. Antara berikut yang manakah komponen bagi organ pembiakan jantan bunga?
A Anter dan filamen
B Anter,filamen dan stigma
C Stigma, stil, ovari dan ovul
D Stigma, stil, ovari, ovul dan anter
Jawapan:
35. Antara berikut yang manakah komponen bagi organ pembiakan jantan bunga?
A Anter dan filamen
B Anter,filamen dan stigma
C Stigma, stil, ovari dan ovul
D Stigma, stil, ovari, ovul dan anter
Jawapan: