1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

Set 5 Latihan Geografi Tingkatan 1 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 1

Bab 5: Bumi

Klik untuk jawapannya

1. _____________ merupakan struktur bumi yang bersifat pepejal tetapi lapisan luarnya bersifat separa cecair.
A Teras Luar
B Teras Dalam
C Kerak Bumi
D Mantel
Jawapan:

2. Terdapat berapa sistem fizikal bumi?
A 4
B 5
C 3
D 6
Jawapan:

3. Antara berikut, yang manakah benar berkaitan Sistem Fizikal Bumi?
A Atmosfera, litosfera, hidrosfera dan eksosfera
B Atmosfera, litosfera, hidrosfera dan biosfera
C Atmosfera, litosfera, termosfera dan biosfera
D Atmosfera, mesosfera, hidrosfera dan biosfera
Jawapan:

4. Kawasan yang didiami oleh semua benda hidup iaitu manusia, haiwan dan tumbuhan.
Pernyataan tersebut merujuk kepada
A Atmosfera
B Litosfera
C Biosfera
D Hidrosfera
Jawapan:

5. Lapisan paling dalam struktur lapisan bumi ialah _______
A Kerak bumi
B Mantel
C Teras Luar
D Teras Dalam
Jawapan:

6. Lapisan udara yang menyelubungi bumi serta mengandungi pelbagai gas, debu, habuk, asap dan wap air.
Pernyataan tersebut merujuk kepada
A Atmosfera
B Biosfera
C Hidrosfera
D Litosfera
Jawapan:

7. Lapisan bumi yang paling keras. Terdiri daripada dua lapisan iaitu sial dan sima.
Bab 5 Bumi
Pernyataan tersebut merujuk kepada kawasan bertanda
A W
B X
C Y
D Z
Jawapan:

8. Hidrosfera meliputi bahagian_____________
A Udara dan wap air
B Air laut dan air tasik
C Air paya dan litupan ais
D Manusia dan haiwan
E Air bawah tanah dan air sungai
Jawapan:

9. Pernyataan manakah benar mengenai lapisan Mantel dalam struktur bumi?
A Bersifat separa cecair.
B Terletak di bawah lapisan teras bumi.
C Lapisan yang paling dalam.
D Terdapat sial dan sima.
Jawapan:

10. Pernyataan manakah benar mengenai lapisan teras bumi?
A Terletak di bawah lapisan kerak bumi.
B Berbentuk cecair dan sangat panas.
C Merangkumi dua pertiga daripada jisim bumi.
D Terbahagi kepada dua.
Jawapan:

11. Berikut merupakan sistem fizikal bumi. Kecuali...
A Litosfera
B Hiposfera
C Atmosfera
D Biosfera
Jawapan:

12. Kerak bumi terdiri daripada dua lapisan utama. Iaitu ______________ dan _______________
A Sial (silica dan aluminium)
B Sika (silica dan kalsium)
C Sima (silica dan magnesium)
D Sihi (silica dan hidrogen)
Jawapan:

13. Bumi terdiri daripada beberapa struktur. kecuali...
A Mantel
B Kerak bumi
C Teras luar
D Mantel dalam
Jawapan:

14. Biosfera ialah kawasan yang didiami oleh semua benda hidup, iaitu manusia, ______________ dan ______________.
A Haiwan, Tumbuhan
B Bintang, Tumbuhan
C Haiwan, Awam
Jawapan:

15. Pilih sistem fizikal bumi dengan huraiannya yang betul
-Lapisan luar bumi yang merangkumi bahagian kerak dan bahagian atas mantel.
-Mengandungi pelbagai jenis mineral dan batuan
A Atmosfera
B Litosfera
C Biosfera
D Hidrosfera
Jawapan:

16. Pilih yang manakah nama struktur bumi yang betul.
Bab 5 Bumi
A W - Teras Dalam
B Y - Mantel
C Z - Teras Luar
D X - Kerak Bumi
Jawapan:

17. Berikut merupakan kepentingan bagi sistem fizikal bumi ___________.
Membekalkan gas karbon dioksida untuk proses fotosintesis
Mengandungi gas oksigen untuk pernafasan
A Litosfera
B Biosfera
C Atmosfera
D Hidrosfera
Jawapan:

18. Berikut merupakan kepentingan sistem fizikal bumi ___________.
Membekalkan sumber makanan kepada manusia dan haiwan.
Menyediakan bahan mentah untuk industri makanan.
A Hidrosfera
B Biosfera
C Atmosfera
D Litosfera
Jawapan:

19. Berikut merupakan komponen yang membentuk bumi.
Pilih jawapan yang TEPAT
Bab 5 Bumi
A A = hidrosfera
B B = atmosfera
C C = litosfera
D D = biosfera
Jawapan:

20. Pilih jawapan yang BETUL.
A Atmosfera = kawasan yang didiami oleh semua benda hidup
B Hidrosfera = semua bahagian air yang wujud di bumi
C Biosfera = lapisan udara yang menyelubungi bumi
D Litosfera = lapisan dalam bumi
Jawapan:

21. Pergerakan kerak bumi yang bertembung antara satu sama lain akan menyebabkan ?
A gunung lipat
B jurang lautan
C dataran tinggi
D tanah pamah
Jawapan:

22. Berdasarkan pilihan jawapan berikut, pilih yang BETUL.
Bab 5 Bumi
A A = Asia
B B = Afrika
C D = Australia
D G = Antartika
Jawapan:

23. Apakah Lautan A?
Bab 5 Bumi
A Lautan Atlantik
B Lautan Hindi
C Laut China Selatan
D Lautan Pasifik
Jawapan:

24. Lautan yang manakah merupakan lautan terbesar di dunia?
A Lautan Pasifik
B Lautan Atlantik
C Lautan Hindi
D Lautan Artik
Jawapan:

25. Lautan tercetek di dunia ?
A Lautan Pasifik
B Lautan Atlantik
C Lautan Hindi
D Lautan Artik
Jawapan:

26. Berikut adalah kesan pergerakan kerak bumi KECUALI
A gempa bumi
B pembentukan gunung bongkah
C terhasilnya gunung berapi
D Banjir kilat
E gunung lipat terbentuk
Jawapan:

27. Berapakah anggaran keluasan permukaan bumi?
Bab 5 Bumi
A 501 juta km persegi
B 510 juta km persegi
C 511 juta km persegi
D 551 juta km persegi
Jawapan:

28. Apakah komponen yang membentuk bumi?
Bab 5 Bumi
A Atmosfera
B Litosfera
C Hidrosfera
D Biosfera
Jawapan:

29. Struktur bumi terdiri daripada 3 lapisan iaitu
A Kerak bumi
B Mantel
C Teras bumi
D Teras dalam
Jawapan:

30. Benua merupakan daratan yang sangat luas pada permukaan bumi. Terdapat berapakah benua yang mengelilingi lautan luas?
A 4
B 5
C 6
D 7
Jawapan:

31. Terdapat dua selat utama ialah
A Selat Sulu
B Selat Melaka
C Selat Tebrau
D Selat China Selatan
Jawapan:

32. Permukaan bumi terdiri daripada lapisan kerak bumi yang dikenali sebagai plat. Plat tersebut terbahagi kepada dua, iaitu
A Plat daratan
B Plat lautan
C Plat bumi
D Plat mantel
Jawapan:

33. Terdapat empat komponen sistem bumi,iaitu...
(Empat jawapan)
A Geosfera
B Biosfera
C Organisma
D Atmosfera
E Hidrosfera
Jawapan:

34. Terdapat beberapa lapisan atmosfera?
A 5
B 6
C 11
D 24
Jawapan:

35. -Benua ketiga terbesar di dunia
-Meliputi kawasan seluas kira-kira 24.5 juta kilometer persegi
Berdasarkan penyataan di atas apakah nama benua tersbut?
A Benua Amerika Utara
B Benua Afrika
C Benua Asia
D Benua Eropah
Jawapan:

36. Laut utama yang terdapat di dalam peta Malaysia adalah..
A Lautan Artik
B Laut China Selatan
C Lautan Hindi
D Lautan Selatan
Jawapan:

37. Merupakan perairan sempit yang memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Singapura
Berdasarkan pernyataan di atas apakah nama selat terbabit?
A Selat Melaka
B Selat Bosphurus
C Selat Emas
D Selat Tebrau
Jawapan:

38. Kenjadia gempa bumi di bawah lautan dikenali sebagai..
A Tsunami
B Taufan
C letusan gunung berapi
D Gunung bongkah
Jawapan:

39. Antara yang berikut, sistem bumi yang manakah mempunyai pelbagai hidupan?
I Hidrosfera
II Atmosfera
III Litosfera
IV Biosfera
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Jawapan:

40. Kombinasi yang manakah betul?
A.Lapisan fizikal bumi:Atmosfera,
Kepentingan:Batuan dan mineral
B.Lapisan fizikal bumi:Hidrosfera,
Kepentingan:Gas oksigen dan karbon dioksida
C.Lapisan fizikal bumi:Litosfera,
Kepentingan:Sumber air dan protein
D.Lapisan fizikal bumi:Biosfera,
Kepentingan:Habitat pelbagai hidupan
Jawapan:

41. Antara yang berikut, yang manakah merupakan benua di dunia?
I Benua Asia
II Benua Australia
III Benua Artik
IV Benua Pasifik
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Jawapan:

42. Benua yang terbesar di dunia ialah benua yang bertanda
Bab 5 Bumi
A. I
B. II
C. III
D. IV
Jawapan:

43. Maklumat di bawah merujuk

-Keluasan ialah 82 817 000 km2
-Merupakan lautan kedua terbesar di dunia.

A. Lautan Pasifik
B. Lautan Artik
C. Lautan Atlantik
D. Lautan Hindi
Jawapan:

44. Letusan gunung berapi akan menyebabkan
I kemusnahan harta benda
II peningkatan suhu global
III bangunan bertambah kukuh
IV kekurangan peluang pekerjaan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Jawapan:

45. Lapisan ini terletak dalam dan sangat panas.
A kerak bumi
B teras bumi
C mantel
Jawapan:

46. Sima terletak di bawah sima yang membentuk apa?
A lautan
B benua
C batuan
Jawapan:

47. Rajah di bawah menunjukkan proses ?
Bab 5 Bumi
A pemendapan
B gelinciran
C lipatan
D hakisan tanah
Jawapan:

48. Perubahan bentuk fizikal bumi dalam gambar di bawah dikenali sebagai
Bab 5 Bumi
A Penguraian benua
B Hanyutan benua
C Pembesaran benua
D Pengakhiran benua
Jawapan:

49. Pergerakan kerak bumi atau plat melibatkan dua proses iaitu
A Pertembungan dan pencapahan
B Pertembungan dan pemisahan
C Lagaan dan penguraian
D Lagaan dan pemisahan
Jawapan:

50. Komponen litosfera adalah merujuk kepada
A Udara
B Air
C Daratan
D Hidupan
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。