1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

Set 9 Latihan Sains Tingkatan 2 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 2

Bab 9: Haba

Klik untuk jawapannya

1. Tandakan pernyataan yang benar tentang haba.
I Satu bentuk tenaga
II Darjah kesejukan atau kepanasan suatu objek
III Unit SI Kelvin
IV Unit SI Joule, J
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV
Jawapan:

2.Tandakan pernyataan yang benar tentang suhu.
I Satu bentuk tenaga
II Darjah kesejukan atau kepanasan sesuatu objek
III Unit SI Kelvin
IV Unit SI Joule, J
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV
Jawapan:

3. Nyatakan cara pengaliran haba.
 Bab 9 Haba
A Konduksi
B Perolakan
C Sinaran
Jawapan:

4. Nyatakan cara pengaliran haba.
 Bab 9 Haba
A Konduksi
B Perolakan
C Sinaran
Jawapan:

5. Nyatakan cara pengaliran haba.
 Bab 9 Haba
A Konduksi
B Perolakan
C Sinaran
Jawapan:

6. Bahan yang ditunjukkan mewakili
 Bab 9 Haba
A konduktor haba yang baik
B penebat haba yang baik
C konduktor elektrik yang baik
Jawapan:

7. Pada waktu siang, darat menjadi lebih cepat panas daripada laut.
Udara di darat menjadi kurang tumpat dan naik ke atas.
Udara sejuk dari lautan bergerak ke darat.
Fenomena ini dinamakan
A Bayu darat
B Bayu laut
Jawapan:

8. Pada waktu siang, laut menjadi lebih cepat panas daripada darat.
Udara di laut menjadi kurang tumpat dan naik ke atas.
Udara sejuk dari darat bergerak ke laut.
Fenomena ini dinamakan
A Bayu darat
B Bayu laut
Jawapan:

9. Rajah menunjukkan suatu cara pengaliran haba.
Antara yang berikut, yang manakah menggunakan cara pengaliran haba yang sama?
 Bab 9 Haba
A Memanaskan kuali
B Menyejukkan bilik yang panas menggunakan penghawa dingin
C Membekukan air
D Pengembangan merkuri dalam termometer
Jawapan:

10. Mengapakah bola ping pong yang kemik berubah menjadi bulat semula apabila dimasukkan ke dalam air panas?
A Udara di dalam bola ping pong mengecut
B Udara di dalam bola ping pong mengembang
C Air panas meresap ke dalam bola ping pong
B Tekanan udara di dalam bola ping pong berkurang
Jawapan:

11. Mengapa kuali berwarna hitam cepat memasakkan makanan?
Warna hitam .............................. haba yang baik.
A pemantul
B penyerap
C penebat
D pembebas
Jawapan:

12. Sudu logam yang digunakan untuk mengacau air panas terasa lebih panas berbanding sudu plastik.
Ini kerana
A Sudu logam penebat haba yang baik
B Sudu plastik konduktor haba yang baik
C Sudu logam konduktor haba yang baik
Jawapan:

13. Apakah cara pengaliran haba dari matahari ke bumi ?
A konduksi
B sinaran
C penebat
D perolakan
Jawapan:

14. Pembentukan bayu darat berlaku
I waktu siang
II waktu malam
III matahari memanaskan darat lebih cepat berbanding dengan laut.
IV Darat menjadi sejuk dengan lebih cepat berbanding laut.
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV
Jawapan:

15. Bahan yang boleh mengalirkan haba dikenali sebagai
A Penebat haba
B konduntor haba
Jawapan:

16. Apakah yang dimaksudkan dengan 'suhu'?
A Ukuran darjah kepanasan sesuatu bahan.
B Kuantiti haba dalam sesuatu bahan.
C Sukatan haba yang terdapat dalam sesuatu bahan
Jawapan:

17. Bahan yang boleh menghalang pengaliran haba dikenali sebagai
A Penebat haba
B konduntor haba
Jawapan:

18. Contoh konduktor haba dalam kehidupan harian.
I Dasar kuali
II Merkuri dalam termometer
III tapak setereka
IV Dinding kotak ais
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D I, II dan III
Jawapan:

19. Contoh Penebat haba dalam kehidupan harian.
I Peralatan dapur yang diperbuat daripada kayu.
II Merkuri dalam termometer
III Sarung tangan ketuhar
IV Dinding kotak ais
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D I, III dan IV
Jawapan:

20. Kegunaan pengembangan dan pengecutan jirim dalam kehiupan harian.
I Jambatan keluli
II merkuri di dalam termometer
III Landasan kereta api
IV Penggera kebakaran.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan IV
D I, II, III dan IV
Jawapan:

21. Contoh bahan penebat haba
I Plastik
II Gabus
III Emas
IV Kayu
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D I, II dan IV
Jawapan:

22. Permukaan yang manakah adalah pemantul haba yang terbaik?
A Hitam
B Putih
C Merah
D Kelabu
Jawapan:

23. Permukaan yang manakah adalah penyerap haba yang terbaik?
A Hitam
B Putih
C Merah
D Kuning
Jawapan:

24. Haba bergerak dari kawasan _________ ke kawasan ________.
A tinggi, rendah
B rendah, tinggi
C sejuk, panas
D panas, sejuk
Jawapan:

25. Apabila sebatang besi dipanaskan, haba mengalir secara
A perolakan
B sinaran
C konduksi
D pemindahan
Jawapan:

26. Apakah alat yang digunakan untuk menyukat suhu?
A Stetoskop
B Ammeter
C Mikroskop
D Termometer
Jawapan:

27. Apakah yang dimaksudkan dengan haba?
A Kepanasan
B Peningkatan suhu
C Suatu bentuk tenaga yang digunakan untuk membuat kerja
Jawapan:

28. Udara panas bergerak ke _________ kerana ia mengembang dan kurang tumpat.
A bawah
B atas
C kiri
D kanan
Jawapan:

29. Kuantiti haba dalam sesuatu objek bergantung pada 3 faktor berikut
I bentuk
II bahan objek itu
III suhu
IV isipadu objek itu
V warna
A I dan II
B II dan III
C II, III dan IV
D I, II, IV dan V
Jawapan:

30. Mengapakah bebola logam mengembang apabila dipanaskan?
Tandakan dua pernyataan yang benar.
I Jarak antara zarah-zarah bertambah
II Tenaga kinetik zarah-zarah berkurang
III Saiz zarah-zarah bertambah
IV Zarah-zarah bergetar dengan lebih cepat
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D I, II dan IV
Jawapan:

31. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul:
Konduksi berlaku melalui getaran dan pelanggaran zarah-zarah di dalam ..........
A cecair
B gas
C pepejal
Jawapan:

32. Kaedah pemindahan ................................ melibatkan pergerakan zarah-zarah cecair atau gas yang dipanaskan ke atas kerana mempunyai ketumpatan yang lebih rendah. Bahagian yang lebih tumpat diganti oleh zarah cecair atau gas yang sejuk.
A Konduksi
B Perolakan
C Sinaran
Jawapan:

33. Proses pengaliran haba ini tidak memerlukan medium dan membenarkan haba melalui vakum
A Konduksi
B Perolakan
C Sinaran
Jawapan:

34. Antara berikut, yang manakah bukan fenomena semulajadi aliran haba
A Sinaran matahari ke Bumi
B Bayu darat
C Bayu laut
D Unggun api terbakar
Jawapan:

35. Konduksi ialah.....
A Pengaliran haba merentasi bendalir (cecair atau gas) melalui pergerakan bendalir
B Pengaliran atau pemindahan haba melalui bahan daripada kawasan bersuhu tinggi ke kawasan bersuhu rendah
C Pengaliran haba dalam bentuk gelombang elektromagnet yang bergerak melalui vakum pada kelajuan cahaya
Jawapan:

36. Perolakan adalah.....
A Pengaliran haba merentasi bendalir (cecair atau gas) melalui pergerakan bendalir
B Pengaliran atau pemindahan haba melalui bahan daripada kawasan bersuhu tinggi ke kawasan bersuhu rendah
C Pengaliran haba dalam bentuk gelombang elektromagnet yang bergerak melalui vakum pada kelajuan cahaya
Jawapan:

37. Kadar sinaran haba dibebaskan atau diserap oleh objek bergantung kepada:
I Warna
II Suhu
III Luas permukaan
IV Jarak
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D I, II dan III
Jawapan:

38. Ali menjerit kerana terkejut sebaik sahaja tangannya tersentuh cerek panas. Bagaimanakah cara atau kaedah pengaliran haba dari cerek yang panas ke tangan Ali?
A Melalui perolakan
B Melalui sinaran
C Melalui konduksi
Jawapan:

39. Ahmad diminta untuk mengangkat pakaian dari ampaian oleh ibunya. Cahaya matahari sepanjang hari telah mengeringkan semua pakaian yang dijemur. Pilih padanan cara pengaliran haba dan medium yang betul.
A Kaedah (sinaran); Medium (vakum atau tanpa medium)
B Kaedah (sinaran); Medium (pepejal)
C Kaedah (Perolakan); Medium (bendalir)
D Kaedah (Konduksi); Medium (Pepejal)
Jawapan:

40. Emak memasak sup ayam di dapur. Selepas beberapa minit, sup mula mendidih. Kelihatan ketulan-ketulan ayam di dalam periuk itu saling tenggelam dan timbul. Sehinggalah semua ketulan ayam kelihatan terapung setelah dimasak selama 20 minit. Apakah kaedah pengaliran haba yang berlaku di dalam periuk itu berlaku sehingga membolehkan semua ketulan ayam empuk dan sedia untuk dimakan?
A. Sinaran
B. Konduksi
C. Perolakan
Jawapan:

41. Dua bikar masing-masing mengandungi 300 ml dan 500 ml air dipanaskan menggunakan penunu Bunsen yang sama selama 5 minit. Manakah penyataan berikut yang benar?
A Kedua-dua bekas mendapat tenaga haba yang sama.
B Air dalam kedua-dua bekas akan mencapai suhu yang sama.
C Pergerakan zarah-zarah air dalam kedua-dua bekas adalah sama laju.
D Jika dipanaskan berterusan, bikar yang mengandungi 300 ml air akan mendidih terlebih dahulu.
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D I, II dan III
Jawapan:

42. Yang manakah ciri-ciri bangunan hijau?
I Mengurangkan kerosakan pada landskap asal
II Menggunakan tenga yang boleh diperbaharui
III Penggunaan bahan kitar semula
IV Penggunaan peralatan yang mesra alam
V Penggunaan air yang cekap dengan menggunakan sumber air hujan sahaja
A I dan II
B II dan III
C I, II dan IV
D Semua di atas
Jawapan:

43. Pernyataan manakah yang KURANG TEPAT tentang kegunaan konduktor haba?
A Merkuri merupakan logam berbentuk pepejal yang digunakan dalam termometer
B Tapak seterika diperbuat daripada logam keluli yang cepat panas
C Radiator diperbuat daripada logam seperti kuprum untuk mengalirkan haba dengan cepat
D Peralatan memasak biasanya diperbuat daripada aluminium supaya makanan cepat masak
Jawapan:

44. Mengapakah baju terang paling sesuai dipakai semasa menyertai aktiviti luar?
A Pakaian berwarna terang boleh memantulkan pancaran haba daripada matahari
B Pakaian berwarna terang boleh menyerap peluh dengan mudah
C Pakaian berwarna terang boleh menyerap haba daripada matahari
D Pakaian berwarna terang mudah dilihat
Jawapan:

45. Ruang antara landasan kereta api diletakkan supaya.....
A kereta api tidak berubah haluan
B landasan boleh mengembang semasa cuaca panas
C landasan tahan lama
D kereta api boleh bergerak lurus
Jawapan:

46. Yang manakah BUKAN kegunaan pengembangan dan pengecutan jirim dalam kehidupan seharian?
A Penggolek pada jambatan keluli
B Merkuri di dalam termometer
C Jalan konkrit dibina dengan yang diisi dengan bahan lembut untuk pengembangan pada hari panas memasak
Jawapan:

47. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada pernyataan ini.
"Objek P dan Q bersentuhan antara satu sama lain. Suhu Objek P lebih tinggi berbanding suhu Objek Q."
 Bab 9 Haba
A Haba berpindah hanya dari objek P ke objek Q
B Haba berpindah hanya dari objek Q ke objek P
C Kadar pemindahan haba dari objek P ke objek Q lebih tinggi daripada dari objek Q ke objek P
D Kadar pemindahan haba dari objek Q ke objek P lebih tinggi daripada dari objek P ke objek Q
Jawapan:

48. Termos dapat mengekalkan suhu kandungannya untuk jangka masa yang panjang. Antara ciri-ciri berikut, yang manakah berupaya mengelakkan pembebasan haba melalui sinaran?
A Penutup gabus
B Bekas plastik
C Vakum
D Permukaan disaluti oleh perak
Jawapan:

49. Kerusi keluli tahan karat terasa lebih sejuk daripada kerusi kayu apabila disentuh. Pernyataan manakah menerangkan situasi itu?
A keluli tahan karat lebih keras daripada kayu
B keluli tahan karat memantul haba lebih baik daripada kayu
C keluli tahan karat mengkonduksi haba lebih baik daripada kayu
D keluli tahan karat memancar haba lebih baik daripada kayu
Jawapan:

50. Apakah yang akan berlaku jika kiub ais diletakkan di sekeliling botol jus?
A Jus akan terpancut keluar daripada botol
B Rasa jus akan bertambah sedap
C Suhu botol menurun
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。