1. Antara berikut, yang manakah adalah penyakit berjangkit?
A Diabetes
B Hipertensi
C Tifoid
D Kanser
Jawapan:
2. Apakah patogen?
A Organisma yang menyebarkan penyakit daripada satu perumah kepada perumah lain
B Bakteria yang hidup di dalam tanah dan menyebabkan pereputan
C Organisma yang menyebabkan penyakit
D Bakteria yang hidup di dalam usus manusia dan mensintesis vitamin K
Jawapan:
3. Antara berikut, yang manakah TIDAK benar tentang tuberkulosis?
A Disebarkan daripada seseorang kepada orang lain melalui udara
B Merupakan penyakit berjangkit
C Disebarkan melalui vektor
D Disebabkan oleh bakteria
Jawapan:
4. Apakah yang mesti dilakukan untuk menghalang penyebaran penyakit kolera?
A Tingkatkan sistem kebersihan awam dan hanya minum air yang telah dididihkan
B Berikan pesakit dos vitamin C yang tinggi
C Cegah nyamuk dari membiak
D Berikan pesakit antibiotik
Jawapan:
5. Antara berikut, yang manakah BUKAN ciri penyakit tidak berjangkit?
A Ia disebabkan oleh gaya hidup seseorang
B Ia tidak boleh disebarkan daripada seseorang kepada yang lain
C Ia boleh disebarkan melalui vektor
D Ia disebabkan oleh gangguan nutrisi
Jawapan:
6. Antara berikut, yang manakah penyakit tidak berjangkit?
A Malaria
B Demam selesema
C Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk (SARS)
D Kanser peparu
Jawapan:
7. Imej menunjukkan keadaan kesihatan seorang lelaki. Antara berikut, yang manakah adalah benar tentang keadaannya?
A Obesitinya meningkatkan risiko dia mendapat diabetes
B Obesiti meningkatkan risiko menghidap kanser hati
C Perutnya yang bengkak boleh menyebabkan kerosakan ginjal
D Risiko dia mendapat hipertensi adalah rendah
Jawapan:
8. Antara berikut, yang manakah cara untuk menghindari penyakit kardiovaskular?
A Makan lebih banyak sayur-sayuran
B Pengambilan alkohol
C Makan makanan bergoreng
D Menghisap rokok elektronik
Jawapan:
9. Alice telah melawat kawannya yang mengalami demam campak. Dia menghabiskan masa tiga jam berbual dengan kawannya itu. Seminggu kemudian Alice mengalami demam, hidung berair dan ruam. Antara berikut, yang manakah benar tentang demam campak?
A Ia disebarkan melalui air
B Ia adalah kesan gigitan nyamuk yang dijangkiti
C Ia disebarkan melalui sentuhan langsung
D Ia disebarkan melalui titisan di dalam udara
Jawapan:
10. Penyakit manakah dipadankan dengan kaedah penyebaran yang betul?
A Air – Tuberkulosis
B Udara – AIDS
C Lipas – Demam selesema
D Sentuhan – Panau
Jawapan:
11. Muntah, cirit-birit dan penyahidratan adalah gejala-gejala kolera. Antara berikut, yang manakah adalah benar tentang kolera?
A Ia merebak melalui air kencing tikus
B Ia merebak secara penyebaran melalui habuk
C Ia merebak melalui sentuhan langsung
D Ia merebak melalui air yang dicemari tinja
Jawapan:
12. Antara berikut, yang manakah benar tentang penyakit yang disebabkan oleh virus Zika?
A Ia disebarkan oleh lalat rumah
B Ia disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes
C Ia dicegah dengan memakai topeng pernafasan
D Ia disebarkan secara penyebaran melalui habuk
Jawapan:
13. Mengapakah kanak-kanak yang mengalami cacar air perlu diasingkan?
A Cacar air disebarkan oleh nyamuk
B Cacar air disebarkan oleh air
C Cacar air adalah berjangkit dan merebak secara penyebaran melalui titisan
D Cacar air disebabkan oleh bakteria
Jawapan:
14. Penyakit yang manakah TIDAK disebarkan oleh gigitan serangga?
A Malaria
B Disentri Amoeba
C Zika
D Demam denggi
Jawapan:
15. Penyakit manakah disebarkan oleh haiwan yang ditunjukkan?
A Demam denggi
B Leptospirosis
C Tifoid
D Malaria
Jawapan:
16. Lengkapkan ayat berikut.
Patogen adalah ____________ yang menyebabkan penyakit.
A Vektor
B Organisma
C Medium
D Kulat
Jawapan:
17. Haiwan yang menjadi his (perumah) dan memindahkan Patogen dikenali sebagai..............
A Viral
B Vektor
C Virus
D Vilus
Jawapan:
18. Leptospirosis adalah penyakit bawaan vektor yang juga dikenali sebagai...........
A Kencing manis
B Kencing tikus
C Kencing malam
D Kencing tidak lawas
Jawapan:
19. Antara berikut yang manakah bukan penyakit berjangkit?
A selsema
B COVID-19
C kencing manis
D kurap
Jawapan:
20. Antara berikut yang manakah merupakan vektor?
A bakteria
B kulat
C cacing
D lalat
Jawapan:
21. Antigen di dalam badan dimusnahkan oleh
A Vaksin
B Antibodi
C Keimunan
D Sel darah merah
Jawapan:
22. Apakah jenis keimuman berdasarkan penyataan itu?
Terhasil apabila antiserum disuntik ke dalam badan penyakit.
Antiserum akan melawan patogen tanpa mengganggu sistem keimunan pesakit
keimunan segera dan sementara
A Keimunan aktif semula jadi
B Keimunan aktif buatan
C Keimunan pasif semula jadi
D Keimunan pasif buatan
Jawapan:
23. Antara penyakit berikut, yang manakah boleh dicegah dengan suntikan vaksin?
A Hepatitis B
B Denggi
C Kanser peparu
D Diabetes
Jawapan:
24. Gambar menunjukkan contoh
A patogen
B vektor
C antigen
D vaksin
Jawapan:
25. Barisan pertahanan pertama badan terdiri daripada
A operasi fagositosis
B kulit dan membran mukus
C sistem keimunan
D ubat-ubatan
Jawapan:
26. Fagositosis pada barisan pertahanan kedua badan dijalankan oleh
A sel darah putih
B sel darah merah
C kulit
D membran mukus
Jawapan:
27. Berikut adalah benar mengenai antigen kecuali
A berfungsi melawan patogen
B merangsang penghasilan antibodi
C jasad asing yang bukan daripada badan
D terdapat pada patogen
Jawapan:
28. Suntikan BCG diambil untuk memberi perlindungan terhadap
A polio
B difteria
C measles
D tuberkulosis
Jawapan:
29. Antibodi berfungsi untuk
A melawan patogen
B mencernakan makanan
C menjalankan fagositosis
D membekukan darah
Jawapan:
30. Badan memperoleh antibodi daripada sumber luar merupakan keimunan
A aktif
B buatan
C pasif
D semulajadi
Jawapan:
31. Antara yang berikut, yang manakah tidak boleh disebarkan melalui vektor?
A Kanser
B Deman denggi
C Leptospirosis
D Demam malaria
Jawapan:
32. Antiserum ialah
A ampaian patogen yang dilemahkan atau mati
B darah cecair jernih mengandungi antibodi
C contoh patogen
D sejenis antibiotik
Jawapan:
33. Keimunan aktif semulajadi berlaku apabila
A bayi meminum susu ibu
B seseorang mengambil suntikan antiserum
C seseorang mengambil suntikan vaksin
D seseorang sembuh daripada serangan penyakit
Jawapan:
34. Berdasarkan graf, pesakit mengambil
A suntikan vaksin
B susu ibu
C antibiotik
D suntikan antiserum
Jawapan:
35. Berikut merupakan amalan yang menguatkan sistem keimunan kecuali
A tidur secukupnya
B elakkan merokok
C stress
D makan makanan seimbang
Jawapan:
36. Tujuan suntikan vaksin adalah untuk
A mendapat keimunan segera
B menyembuhkan penyakit
C merangsang penghasilan antibodi
D melawan alahan
Jawapan:
37. Covid19 merupakan sejenis
A kuman
B bakteria
C virus
D cacing
Jawapan:
38. Bagaimanakah wabak penyakit Covid19 dipindahkan dari seorang pesakit ke pesakit seterusnya?
A vektor
B sentuhan
C titisan pernafasan
D bawaan udara
Jawapan:
39. Bagaimanakah cara untuk memastikan penyakit covid19 tidak dijangkiti?
A Kerap basuh tangandengan air dansabun atau sanitizer
B Jarakkan dirisekurang-kurangnya 1meter daripadaindividu bergejalaseperti demam, batukdan bersin
C minum air dengan banyak
D tidue secukupnya
Jawapan:
40. Apakah kempen yang dijalankan kerajaan bagi memutuskan rangkaian wabak Covid19 daripada terus merebak dan meningkatkan jumlah pesakit yang berjangkit?
A #dontgo
B #stayhome
C #dontsleep
D #dontpanic
Jawapan:
41. Berikut merupakan cara penyebaran penyakit, kecuali
A vektor
B penglihatan
C udara
D air
Jawapan:
42. Apakah cara untuk mengelakkan penyakit berjangkit daripada merebak?
A batuk di hadapan kalangan ramai
B berkongsi barang peribadi
C meludah di merata-rata tempat
D kuarantinkan pesakit
Jawapan:
43. Wabak deman denggi telah berlaku di sebuah kampung. Apakah tindakan yang boleh diambil untuk mengawal wabak tersebut?
A Tutup makanan
B Hapuskan air bertakung
C Elakkan bersentuhan dengan pesakit
D mewujudkan sistem pembuangan najis yang efisien
Jawapan:
44. Ketahanan keimunan dalam keimunan aktif adalah
A tahan lama
B sementara
Jawapan:
45. Seseorang individu boleh mendapat keimunan pasif buatan selepas
A menyusu susu ibunya
B sembuh daripada penyakit
C disuntuk dengan vaksin
D disuntuik dengan antiserum
Jawapan:
46. Bagaimanakah vaksin boleh merangsang penghasilan antibodi?
A mengandungi patogen yang telah dilemahkan
B mengandungi patogen sihat
C mengandungi antiserum
D mengandungi antibiotik
Jawapan:
47. Antara yang berikut, yang manakah bukan cara untuk kita mencegah jangkitan melalui udara?
A tidak meludah di merata-rata tempat
B mengelakkan diri berada di tempat yang sesak
C menutup hidung semasa bersin, batuk dan menguap
D memastikan tempat tinggal tidak dimasuki cahaya kerana cahaya mengandungi ultraungu yang sangat bahaya
Jawapan:
48. Bagaimanakah cara untuk mencegah penyakit berjangkit melalui air?
A tidak mencampurkan klorin dalam kolam renang atau sistem bekalan air
B mendidihkan air dengan sempurna
C mencuci tangan dengan sabun selepas menggunakan tandas
D membina tandas yang mempunyai sistem sanitasi yang sempurna
A. I dan II
B. I dan IV
C. III dan IV
D. II, III dan IV
Jawapan:
49. Bagaimanakah penyakit berjangkit dapat dihalang daripada terus menular?
A pengambilan vaksin oleh kanak-kanak, ibu mengandung, pengendali premis makanan
B tidur dengan tidak menggunakan kelambu
C membuat pemeriksaan kesihatan bila perlu
Jawapan:
50. Berikan 2 jenis penyakit?
A berjangkit dan tidak berjangkit
B alga dan paramecium
C merebak dan tidak dapat merebak
D gejala tertentu
Jawapan: