1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

Set 13 Latihan Sains Tingkatan 2 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 2

Bab 13: Meteoroid, Asteroid, Komet

Klik untuk jawapannya

1. Selain daripada planet, Matahari dan bintang, apakah jasad semulajadi lain yang terdapat di angkasa lepas?
I Meteorit
II Meteoroid
III Asteroid
IV Komet
A I dan II
B I dan IV
C III dan IV
D II, III dan IV
Jawapan:

2. Serpihan batu dan logam kecil yang terapung dan bergerak di angkasa.
A Meteorit
B Meteoroid
C Asteroid
D Komet
Jawapan:

3. Batuan besar dan logam yang beredar mengelilingi Matahari mengikut orbitnya sendiri.
A Meteorit
B Meteoroid
C Asteroid
D Komet
Jawapan:

4. Jasad kecil yang terdiri daripada campuran ais, gas dan debu beku yang bergerak mengelilingi Matahari mengikut orbitnya sendiri.
A Meteorit
B Meteoroid
C Asteroid
D Komet
Jawapan:

5. Berikut adalah ciri-ciri yang terdapat pada jasad tersebut.
#terdiri daripada dua bahagian utama, iaitu kepala dan ekor.
#terbina daripada gas dan air yang membeku menjadi sis dan sedikit debu dan batuan.
#beredar mengelilingi Matahari mengikut orbitnya sendiri yang berbentuk elips.
Namakan jasad tersebut.
A Meteorit
B Meteoroid
C Asteroid
D Komet
Jawapan:

6. _____________ ialah meteor yang menghentam Bumi.
A Meteorit
B Meteoroid
C Asteroid
D Komet
Jawapan:

7. Asteroid dan komet bergerak melalui orbitnya sendiri mengelilingi Matahari.
A Betul
B Salah
Jawapan:

8. Meteoroid bergerak mengikut orbitnya di angkasa dan dipengaruhi oleh daya tarikan graviti planet, bulan dan objek lain di sekelilingnya kerana saiz dan jisim meteoroid yang lebih besar.
A Betul
B Salah
Jawapan:

9. Pancuran ___________ berlaku apabila meteoroid memasuki atmosfera Bumi dengan banyak pada satu masa. Geseran molekul antara udara dengannya menghasilkan haba sehingga terbakar dan terhasil coretan cahaya.
A Meteorit
B Meteoroid
C Meteor
D Asteroid
Jawapan:

10. Ahli paleontologi mempercayai kepupusan dinosaur disebabkan oleh perlanggaran _______________ bersaiz besar dengan permukaan Bumi.
A Meteorit
B Meteoroid
C Meteor
D Asteroid
Jawapan:

11. Apakah yang akan berlaku apabila komet menghampiri Matahari?
A Komet akan mencair, kelihatan membara dan menghasilkan ekor panjang yang bersinar.
B Komet akan terus menyala dan terbakar.
C Komet akan semakin perlahan kerana terdapatnya tarikan graviti Matahari.
D Ekor komet akan sentiasa menghala ke arah Matahari.
Jawapan:

12. Komet juga turut dikenali sebagai planet kecil
A Betul
B Salah
Jawapan:

13. Tiupan angin suria menyebabkan ekor komet sentiasa menjauhi Matahari.
A Betul
B Salah
Jawapan:

14. Kebanyakan komet berasal dari lingkaran Kuiper dan awan Oort.
A Betul
B Salah
Jawapan:

15. Tarikan graviti komet bertambah apabila menjauhi Matahari.
A Betul
B Salah
Jawapan:

16. Namakan komet yang muncul 75 tahun sekali dalam sistem suria.
A Bima sakti
B Halley
C Kuiper
D Oort
Jawapan:

17. Apakah yang akan tejadi pada permukaan Bumi sekiranya sebuah meteor yang besar terhempas?
A Tasik
B Laut
C Gunung berapi
D Kawah
Jawapan:

18. Komet beredar mengelilingi Matahari dalam orbitnya yang berbentuk ____________.
A Gelang
B Elips
C Separa bulat
D Segiempat
Jawapan:

19. _______________ terbina daripada batuan dan logam seperti besi dan nikel
A Asteroid
B Meteoroid
C Komet
Jawapan:

20. _______ membentuk jalur asteroid di antara orbit planet Marikh dengan Musytari.
A Asteroid
B Meteoroid
C Komet
Jawapan:

21. Saiz __________ bermula dari 1 m hingga 1000 km.
A Asteroid
B Meteoroid
C Komet
Jawapan:

22. Meteor adalah garis terang dan berasap yang dipanaskan oleh X. Apakah X?
A Pemeluwapan udara
B Mampatan udara
C Geseran udara
D Pengembangan udara
Jawapan:

23. _____________ ialah meteor yang menghentam Bumi.
A Meteorit
B Meteoroid
C Asteroid
D Komet
Jawapan:

24. Asteroid dan komet bergerak melalui orbitnya sendiri mengelilingi Matahari.
A Betul
B Salah
Jawapan:

25. ________ Halley pernah dilihat melintasi Bumi pada tahun 1986.
A komet
B meteor
C meteoroid
D meteorit
Jawapan:

26. Apakah yang menyebabkan ekor komet sentiasa menjauhi Matahari?
A Nyalaan suria
B Tarikan graviti
C Tiupan angin suria
D Tompokan suria
Jawapan:

27. Seseorang yang mengkaji tentang alam semesta dikenali sebagai
A angkasawan
B ahli arkeologi
C ahli psikologi
D ahli kosmologi
Jawapan:

28. ______ialah Serpihan logam kecil dan batu yang terapung dan bergerak di angkasa dan Mempunyai saiz antara 10 mikro hingga 1 meter
A Asteroid
B Meteoroid
C Komet
D Planet
Jawapan:

29. Saiz kepala komet mencapai 250 000 km manakala panjang ekornya boleh mencapai _________ km.
A 1500 0000
B 150 000
C 15 000
D 1 500
Jawapan:

30. Purata julat kelajuan komet ialah ___ km persaat hingga ___ km persaat.
A 5 ,10
B 10 , 70
C 12 , 86
D 21 , 92
Jawapan:

31. Meteorit yang menghentam bumi menghasilkan _______.
A Sungai
B Lembangan
C Tasik
D Kawah
Jawapan:

32. Yang manakah bukan nama Asteroid
A Ceres
B Pallas
C Megallen
D Juno
Jawapan:

33. Asteroid bergerak di lingkaran asteroid dan bergerak pada kelajuan ___ km per saat.
A 25
B 50
C 75
D 100
Jawapan:

34. Asteroid ini tidak berada dalam lingkaran orbitnya
I Aten
II Apollo
III Amor
IV Ceres
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I, II dan III
Jawapan:

35. Di angkasa lepas, suhu meteoroid adalah lingkungan ____ darjah Celsius.
A -5
B -3
C 0
D 4
Jawapan:

36. Gambar menunjukkan suatu fenomena yang dilihat oleh Aisyah di langit waktu malam. Apakah fenomena tersebut?
 Bab 13: Meteoroid, Asteroid, Komet
A Aurora
B Asteroid
C Meteor
D Komet
Jawapan:

37. Namakan jasad objek tersebut.
 Bab 13: Meteoroid, Asteroid, Komet
A Komet
B Meteor
C Meteoroid
D Asteroid
Jawapan:

38. Namakan jasad objek tersebut.
 Bab 13: Meteoroid, Asteroid, Komet
A Komet
B Meteor
C Meteoroid
D Asteroid
Jawapan:

39. Namakan jasad objek di atas.
 Bab 13: Meteoroid, Asteroid, Komet
A Komet
B Meteor
C Meteoroid
D Asteroid
Jawapan:

40. Antara pernyataan berikut, ang manakah benar tentang objek dalam Sistem Suria?
I Asteroid hanya boleh dijumpai dalam jalur asteroid
II Jalur asteroid berada di antara planet Marikh dan Musytari
III Asteroid mempunyai orbit sendiri yang mengelilingi Matahari
IV Komet memasuki atmosfera Bumi dan terbakar
A I dan II
B III dan IV
C II dan III
D I dan IV
Jawapan:

41. Apakah bahan yang paling banyak terkandung dalam sebuat meteoroid?
A Batuan dan mineral
B Ais, debu dan gas
C Besi dan nikel
D Gas
Jawapan:

42. Gambar menunjukkan satu kawah terbentuk selepas dihentam oleh meteorit
Mengapakah Bulan mempunyai lebih banyak kawah pada permukaannya daripada Bumi kita?
 Bab 13: Meteoroid, Asteroid, Komet
A Bumi mempunyai atmosfera yang tebal untuk membakar meteoroid
B Bumi mempunyai proses yang dikenali sebagai hakisan yang dapat menghapuskan kawah
C Meteoroid mempunyai peluang yang lebih banyak untuk menghentam Bulan yang mengelilingi Bumi
D Bulan mempunyai daya graviti yang lebih besar daripada Bumi untuk menarik meteoroid ke arahnya.
Jawapan:

43. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang hentaman asteroid terhadap Bumi?
A Pembentukan gunung di Bumi
B Menjadi punca utama kepupusan dinasour
C Kewujudan kehidupan baharu di Bumi
D Meningkatkan sumber tenaga baharu di Bumi
Jawapan:

44. Antara objek berikut, yang manakah mengandungi batuan dan logam?
I Meteoroid
II Asteroid
III Komet
IV Nebula
A I dan II
B III dan IV
C II dan III
D I dan IV
Jawapan:

45. Pilihkan pada pernyataan yang benar.
I Komet akan menjadi lebih sejuk apabila menjauhi Matahari
II Komet akan menjadi lebih panas apabila menjauhi Matahari
III Komet menjadi asteroid apabila menjauhi Matahari
IV Komet mengelilingi Matahari dalam orbit yang berbentuk elips
V Ekor komet sentiasa menjauhi Matahari
A I dan II
B I, III dan IV
C I, II dan III
D I, IV dan V
Jawapan:

46. Gambar menunjukkan asteroid yang mengelilingi Matahari.
Asteroid juga dikenal sebagai planet kecil atau planetoids. Pada pendapat anda, adakah sebuah asteroid boleh berkembang menjadi sebuah planet? Kenapa?
 Bab 13: Meteoroid, Asteroid, Komet
A Tidak, kerana bentuk asteroid yang kecil tidak memenuhi ciri-ciri sebuah planet
B Tidak, kerana bentuk asteroid yang tidak seragam tidak memenuhi ciri-ciri sebuah planet
C Ya, kerana bentuk asteroid memenuhi ciri-ciri sebuah planet
Jawapan:

47. Asteroid, meteoroid dan komet memepunyai saiz berbeza-beza. Susunan yang manakah menunjukkan saiz ketiga-tiga objek dalam urutan menaik dengan betul.
A Meteoroid, komet, asteroid
B Meteoroid, asteroid, komet
C Komet, asteroid, meteoroid
D Komet, meteoroid, asteroid
Jawapan:

48. Berikut merupakan pernyataan yang betul tentang meteoroid kecuali?
A Terdiri daripada batuan dan logam seperti besi atau nikel
B Contoh meteoroid besar seperti Ceres, Pallas, Juno dan Vesta
C Memepunyai saiz 10 μm hingga 1 m
D Suhu di angkasa lepas dalam lingkungan 0°C
Jawapan:

49. Berikut merupakan kesan terhadap alam sekitar dan hidupan di Bumi apabila asteroid melanggar Bumi kecuali...
A Menyebabkan tsunami dan gempa bumi
B Gas karbon dioksida daripada pembakaran asteroid menyebakan pemanasan global
C Tumbuh-tumbuhan dan haiwan tidak akan terjejas
D Menyebabkan penyejukan Bumi secara mendadak
Jawapan:

50. Komet Halley kali terakhir diperhati melintas Bumi pada tahun 1986. Pada tahun bilakah ia dijangka akan melintasi Bumi semula?
A 2020
B 2041
C 2061
D 2071
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。