1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

Set 5 Latihan Sains Tingkatan 2 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 2

Bab 5: Air Dan Larutan

Klik untuk jawapannya

1. Di bawah tekanan biasa, pada suhu manakah air laut akan mendidih?
A 100 ° C
B Tidak mendidih
C 0 °C
D 104 °C
Jawapan:

2. Apakah kesan tumpahan minyak pada laut?
A Kapal tangki kekurangan minyak
B Menjejaskan kehidupan akuatik dan burung di kawasan laut berkenaan
C Air laut berminyak
D laut akan sesak nafas
Jawapan:

3. Apakah yang dimaksudkan dengan penapisan?
A menyingkirkan bahan pepejal yang kasar
B menyingkarkan bau busuk
C merendahkan keasidan air
D menapis klorin air
Jawapan:

4. Pelarut adalah _____________.
A cecair yang boleh melarutkan bahan
B bahan yang dilarutkan
C hasil daripada proses peleburan
Jawapan:

5. Contoh proses penyejatan dalam kehidupan seharian adalah?
A Mengeringkan pakaian
B Meniup makanan yang panas
C Menyiram pokok bunga
D Mengelap air yang tumpah
Jawapan:

6. Bahan terlarut boleh larut dengan lebih cepat dengan menggunakan...
A Air sejuk
B Air gula
C Air panas
D Air paip
Jawapan:

7. Apakah yang menukarkan kertas litmus merah pada biru?
A Asid
B Alkali
C Air suling
D Air mineral
Jawapan:

8. Jika luas permukaan besar....
A Kadar penyejatan tinggi
B Kadar larutan lebih lambat
C Air tidak menyerap
D Kadar penyejatan rendah
Jawapan:

9. Berikut adalah bahan terlarut kecuali.....?
A garam
B gula
C batu
D ajinamoto
Jawapan:

10. Penyejatan berlaku pada...
A suhu 100 °C
B sebarang suhu bawah takat didih
C tiada suhu
D 0 °C
Jawapan:

11. Tuala yang basah akan kering jika dibiarkan dibawah mentari, Apakah proses yang terlibat dalam keadaan ini?
A Peleburan
B Pendidihan
C Kondensasi
D Penyejatan
Jawapan:

12. Apabila gula melarut di dalam air, Apakah yang berlaku kepada gula tersebut?
A Tidak lagi wujud
B Wujud dalam larutan
C Tersajat
D Bergabung dengan air untuk membentuk unsur baharu
Jawapan:

13. Salah satu ciri-ciri air ialah mempunyai rasa
A Benar
B Salah
Jawapan:

14. Garam dapat ____________ takat didih air?
A Mengurangkan
B Meningkatkan
Jawapan:

15. Proses pendidihan ialah proses....
A Cecair → Pepejal
B Wap air → Cecair
C Cecair → Gas
D Gas → Wap air
Jawapan:

16. 0 °C ialah
A Takat beku air
B Takat beku ais
C Takat didih air
D Suhu air natural
Jawapan:

17. pH air natural ialah?
A <7
B >7
C 7
D 0
Jawapan:

18. Contoh bahan pelarut
A Pasir
B Batu
C Beras
D Gula
Jawapan:

19. Faktor yang mempengaruhi keterlarutan?
A Saiz bahan larutan
B jenama pelarut
C Masa larutan dimasukkan
D bentuk pelarut
Jawapan:

20. Air dikenali sebagai pelarut universal kerana...
A Air adalah bahan mudah terlarut
B Air boleh melarutkan banyak bahan
C Air adalah pelarut diseluruh dunia
D Air mata untuk yang bosan time PKP
Jawapan:

21. Apakah maksud zat terlarut?
A Melarutkan suatu bahan ke dalam suatu bahan yang lain
B bahan yang terlarut dalam pelarut
C bahan yang melarutkan bahan lain
D bahan mengarut yang terlarut menjadi pelarut
Jawapan:

22. Sifat-Sifat Asid..
A Masam
B Kertas litmus merah kepada biru
C Nilai pH>7
D Masin
Jawapan:

23. Contoh Alkali
A Air bateri
B Air garam
C Air milo
D Air teh tarik kurang manis
Jawapan:

24. Apakah proses penulinan air yang paling bersih?
A Penurusan
B Penyulingan
C Pengklorinan
D Pendidihan
Jawapan:

25. Senaraikan sifat fizikal air
A tidak berwarna
B mempunyai rasa
C mempunyai bau
D halimunan
Jawapan:

26. Bendasing dapat mempengaruhi takat lebur dan takat didih air
A Betul
B Salah
Jawapan:

27. Namakan proses perubahan gas kepada cecair
A Pendidihan
B Peleburan
C Kondensasi
D Penyejatan
Jawapan:

28. Berapakah takat didih air?
A 50 °C
B 100 °C
C 99 °C
D 0 °C
Jawapan:

29. 2 Unsur air adalah oksigen dan
A Karbon dioksida
B Hidrogen
C Karbon Monoksida
D Helium
Jawapan:

30. Apakah proses menguraikan air dengan mengguakan tenaga eletrik?
A Elektrolisis
B Hidrolisis
C Hoglobin
D Hoksilisis
Jawapan:

31. Takat lebur ais sama dengan takat beku air iaitu 0 °C.
A Betul
B Salah
Jawapan:

32. Pilih komponen yang terdapat dalam air.
A 1 hidrogen
B 2 hidrogen
C 1 oksigen
D 2 oksigen
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. II, III dan IV
Jawapan:

33. Apakah tujuan eksperimen di bawah?
Bab 5 Air Dan Larutan
A untuk menentukan jumlah air
B untuk menentukan jenis air
C untuk menentukan bilangan partikel dalam air
D untuk menentukan komposisi air
Jawapan:

34. Bendasing ialah bahan tidak terlarut yang terkandung dalam air
A Betul
B Salah
Jawapan:

35. Apakah fungsi kalsium klorida kontang?
Bab 5 Air Dan Larutan
A Menghasilkan wap air
B menyerap udara
C menyerap air
D menyerap oksigen
Jawapan:

36. Lebih laju pergerakan udara, lebih rendah kadar penyejatan
A Betul
B Salah
Jawapan:

37. Berikut merupakan sifat fizikal air kecuali?
A boleh mendidih lebih daripada 100°C
B tiada bau, warna dan rasa
C konduktor haba yang lemah
D mempunyai tegangan permukaan yang tinggi
Jawapan:

38. Manakah pernyataan yang PALING TEPAT?
A Keterlarutan semua bahan dalam air adalah sama
B Keterlarutan tidak tidak dipengaruhi oleh suhu pelarut
C Keterlarutan tidak dipengaruhi oleh jenis bahan
D Keterlarutan dipengaruhi oleh suhu pelarut dan jenis bahann
Jawapan:

39. Pernyataan yang betul tentang embun ialah
I Bentuk embun disebabkan oleh daya lekatan dan daya lekitan air
II Daya lekatan antara molekul menyebabkan embun berbentuk bulat
III Daya tarikan antara molekul air dinamakan daya lekatan
IV Embun terhasil apabila wap air di udara terkondensasi menjadi air
A. I dan II
B. I dan IV
C. III dan IV
D. II, III dan IV
Jawapan:

40. Penyataan manakah benar tentang jus buah-juahan dan air gula
I Jus buah- buahan dan air gula bersifat lutsinar
II Air gula menghasilkan mendakan di dasar bekas
III jus buah-buahan adalah sejenis ampaian
IV Air gula bersifat homogen dari segi warna dan rupa bentuk
A. I dan II
B. I dan IV
C. III dan IV
D. II, III dan IV
Jawapan:

41. Manakah pernyataan yang benar tentang Larutan?
I Zat terlarut dalam larutan tersebar secara sekata di dalam pelarut
II Larutan sentiasa homogen dari segi warna dan rupa bentuk dalam semua bahagian larutan
III Larutan biasanya lutsinar
IV Mendakan akan terhasil di dasar sekiranya dibiarkan dalam jangka masa panjang
A. I dan II
B. I dan III
C. III dan IV
D. I, II dan III
Jawapan:

42. Yang manakah bukan faktor yang mempengaruhi kadar keterlarutan
A Suhu pelarut
B Warna pelarut
C Saiz zat terlarut
D Kadar kacauan
Jawapan:

43. Yang manakah bukan kegunaan alkohol sebagai pelarut organik?
Bab 5 Air Dan Larutan
A Sebagai antiseptik
B Menghasilkan minyak wangi
C Menghasilkan minyak lampu
D Menghilangkan kesan dakwat, iodin dan klorofil
Jawapan:

44. Kegunaan pelarut organik ______ mencairkan cat dan menanggalkan kesan cat.
A Kerosin
B Aseton
C Eter
D Turpentin
Jawapan:

45. _______ ialah proses membunuh mikroorganisma dalam air.
A Penapisan
B Pengklorinan
C Pemfluoridaan
D Pengenapan
Jawapan:

46. Apakah bahan yang dimasukkan ke tangki penggumpalan?
I Alum
II Oksigen
III Kapur mati
IV Klorin
A. I dan II
B. I dan III
C. III dan IV
D. I, II dan III
Jawapan:

47. Penyulingan
A Menghasilkan air tulen dan sesuai diminum
B Menyingkirkan bendasing terampai
C Menyingkirkan mikroorganisma
D Menyingkirkan bahan terlarut
Jawapan:

48. Terhasil apabila zat terlarut tersebar secara sekata di dalam pelarut dan kelihatan jernih.
Bab 5 Air Dan Larutan
A Larutan
B Ampaian
C Koloid
Jawapan:

49. Kain _____ lebih cepat kering kerana luas permukaan terdedah yang lebih _____
Bab 5 Air Dan Larutan
A P, besar
B P, kecil
C R, besar
D R, kecil
Jawapan:

50. Apakah bahan yang berfungsi mengelakkan pereputan gigi yang dimasukkan ke dalam sistem pembekalan air?
A Alum
B Kapur mati
C Klorin
D Fluorida
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。