1. Pernyataan yang manakah betul mengenai ciri-ciri asid?
A Rasa masam
B Rasa pahit
C Rasa masin
D Rasa manis
Jawapan:
2. Pernyataan yang manakah betul mengenai definisi peneutralan?
A Peneutralan ialah tindak balas kimia antara garam dan alkali untuk menghasilkan garam dan air.
B Peneutralan ialah tindak balas kimia antara asid dan alkali untuk menghasilkan garam dan air.
C Peneutralan ialah tindak balas kimia antara asid dan air untuk menghasilkan garam dan alkali.
D Peneutralan ialah tindak balas kimia antara asid dan alkali untuk menghasilkan garam.
Jawapan:
3. Apakah pemerhatian yang diperoleh jika jus lemon diuji dengan kertas litmus biru?
A Tiada perubahan
B Biru kepada hijau
C Biru kepada merah
D Biru kepada putih
Jawapan:
4. Nilai pH untuk air suling ialah
A 5
B 6
C 7
D 8
Jawapan:
5. Antara bahan berikut, yang manakah merupakan bahan berasid?
A Cuka
B Garam
C Peria
D Ubat gigi
Jawapan:
6. Antara bahan berikut, yang manakah merupakan bahan beralkali?
A Garam
B Limau
C Serbuk penaik
D Sos tomato
Jawapan:
7. Maklumat di bawah menunjukkan satu persamaan kimia.
Asid sulfurik + X → Natrium sulfat + Air
Yang manakah kemungkinan bahan X?
A Kalsium hidroksida
B Magnesium hidroksida
C Kalium hidroksida
D Natrium hidroksida
Jawapan:
8. Berikut merupakan sifat-sifat sesuatu bahan. Antara berikut, yang manakah merupakan bahan tersebut?
- Berasa pahit
- Mengakis
- Menukar kertas litmus merah kepada biru
I Cuka
II Peluntur
III Air suling
IV Serbuk penaik
A I dan III
B I dan IV
C II dan IV
D III dan IV
Jawapan:
9. Antara berikut, bahan manakah yang mempunyai nilai pH paling rendah?
A Cuka
B Asid bateri
C Jus lemon
D Minimun bergas
Jawapan:
10. Apakah garam yang terhasil apabila asid sulfurik ditambah kepada kalium hidroksida?
A Magnesium hidroksida
B Sulfurik hidroksida
C Natrium hidroksida
D Kalium sulfat
Jawapan:
11. Mengapakah kita perlu menggunakan ubat gigi untuk memberus gigi?
A Untuk mengelak jangkitan kuman
B Agar nafas kekal segar dan tidak berbau
C Untuk mengelakkan penyakit gusi berdarah
D Untuk meneutralkan asid yang dihasilkan oleh bakteria yang menyebabkan kerosakan gigi
Jawapan:
12. Namakan bahan yang digunakan untuk menguji sifat bahan?
A Kertas A4
B Kertas warna merah
C Kertas litmus biru dan merah
D Kertas warna biru
Jawapan:
13. yang manakah salah bagi penunjuk bagi asid dan alkali?
A metil jingga
B kertas litmus
C meter pH
D kertas kobalt klorida kontang
Jawapan:
14. Apakah kegunaan ubat antasid?
A Untuk membuat baja
B Untuk merawat gigitan serangga
C Untuk meneutralkan asid berlebihan di dalam perut
D Untuk meneutralkan sisa syampu pada rambut
Jawapan:
15. Buah manakah tidak mengandungi asid sitrik?
A Oren
B Tomato
C Tembikai
D Lemon
Jawapan:
16. Bahan yang manakah akan menghasilkan gas hidrogen apabila bertindak balas?
A asid
B neutral
C alkali
Jawapan:
17. Asid + alkali akan menghasilkan
A kalium
B garam
C garam + air
D air
Jawapan:
18. Nilai pH bagi 8-14 ialah bagi sifat?
A asid
B neutral
C alkali
Jawapan:
19. Asid nitrik+natrium hidroksida akan menghasilkan...
A natrium nitrat+air
B kalium sulfat+air
C natrium klorida+air
Jawapan:
20. Rajah menunjukkan pemerhatian satu penyiasatan yang dijalankan. Apakah kesimpulan penyiasatan ini?
A Cecair dalam bekas bersifat asid.
B Cecair dalam bekas berasa pahit
C Cecair dalam bekas bersifat neutral
D Cecair dalam bekas berasa masam
Jawapan:
21 Air garam akan menukarkan kertas litmus berwarna....
A biru ke merah
B biru ke biru
C merah ke biru
Jawapan:
22. Asam keping berasa masam dan bersifat asid. Mengapakah kertas litmus biru tidak berubah kepada merah apabila disentuhkan pada asam keping?
A Sifat kimia asam keping berubah menjadi neutral.
B Sifat kimia asam keping berubah menjadi alkali.
C Sifat kimia asam keping tidak dikesan dalam keadaan kering.
D Asam keping menukar warna kertas litmus merah ke biru.
Jawapan:
23. Gelas dalam rajah mengandungi jus limau ais. Cecair x bersifat.....
A alkali
B neutral
C asid
D jernih
Jawapan:
24. Bahan X berasa pahit apabila dirasa dengan lidah, dan berasa licin apabila disentuh dengan jari...kemungkinan bahan X adalah.....
A Neutral
B Alkali
C Asid
D Bahan kimia
Jawapan:
25. Apakah warna Fenolftalein dalam larutan alkali?
A Merah
B Kuning
C Biru
D Merah jambu
Jawapan:
26. Bahan ini tidak menunjukkan perubahan warna kertas litmus merah apabila diuji. Apakah yang perlu Siti lakukan?
A Larutkan dengan minyak
B Larutkan dengan air
C Larutkan dengan susu
Jawapan:
27. Rajah 1 menunjukkan Sarah membantu ibunya membasuh pinggan di dapur. Apakah sifat bahan pencuci pinggan yang menyebabkan tangan Sarah berasa pedih?
A Mengakis
B Pedih
C Alkali
D Asid
Jawapan:
28. Pencuci pinggan di kelaskan kepada asid atau pun alkali
A Alkali
B Asid
Jawapan:
29. Apakah kelebihan menggunakan kertas PH berbanding dengan kertas litmus.
A Kertas PH memberikan nilai yang lebih tepat berbanding kertas litmus
B Kertas PH lebih nipis berbanding kertas litmus
C Kertas PH mudah di dapati
D Kertas PH lebih mudah digunakan
Jawapan:
30. Larutan X mempunyai nilai pH 4. Larutan X bersifat...
A asid
B alkali
C neutral
D amfoterik
Jawapan:
31. Apakah akan berlaku kepada tanaman jika tahap keasidan tanah meningkat?
A tanaman akan subur
B tanaman akan berubah menjadi masam
C tanaman akan mati
D tanaman akan berubah warna
Jawapan:
32. Apakah julat pH bagi asid
A 0-6
B 7
C 8-14
Jawapan:
33. Berikut adalah simbol bagi bahan
A Boleh meletup
B Boleh tumpah
C Boleh digunakan untuk basuh tangan
D Boleh menghakis
Jawapan:
34. Berikut adalah benar bagi peneutralan kecuali
A pH tidak dapat dibaca
B Tindak balas antara asid dan alkali akan menghasilkan garam dan air
C Asid akan hilang sifat asidnya
D Alkali akan hilang sifat alkalinya
Jawapan:
35. Berikut adalah kegunaan peneutralan kecuali
A Neutralkan sengatan lebah yang berasid dengan larutan beralkali
B Menaburkan baja di atas tanah yang berasid
C Menyiram air ke pokok bunga
D Ubat gigi digunakan untuk neutralkan asid dalam mulut
Jawapan:
36. Mengapakah kertas litmus biru tidak berubah warna apabila diuji pada asid etanoik glasial?
A Asid etanoik glasial tidak mengandungi air yang diperlukan untuk menunjukkan sifatnya
B Asid etanoik glasial hanya boleh diuji dengan metil jingga
C Asid etanoik glasial merupakan bahan neutral
D Asid etanoik glasial merupakan bahan beralkali
Jawapan:
37. Tindak balas asid hidroklorik dengan logam magnesium akan membebaskan gas _______ .
A ammonia
B hidrogen
C oksigen
D karbon dioksida
Jawapan:
38. Penunjuk fenolftelin diguna untuk menguji kalsium hidroksida cair di mana ia akan bertukar dari warna asal __________ kepada __________.
A tidak berwarna ; merah jambu
B merah jambu ; tidak berwarna
C merah ; biru
D biru ; merah
Jawapan:
39. Tindak balas peneutralan antara asid nitrik+natrium hidroksida akan menghasilkan...
A natrium nitrat+air
B kalium sulfat+air
C natrium klorida+air
Jawapan:
40. Pernyataan manakah yang benar?
A Ubat gigi adalah bahan berasid
B Cuka merupakan bahan alkali kuat.
C Tomata mempunyai nila pH lebih daripada 7
D Air suling mempunyai nilai pH 7
Jawapan:
41. Apabila kertas ph di celupkan ke dalam larutan asid hidroklorik cair perubahan berikut akan berlaku
A kertas ph bertukar menjadi warna biru
B kertas ph bertukar menjadi warna jingga
Jawapan:
42. Mengapakah kertas litmus biru tidak berubah warna apabila diuji pada asid etanoik glasial berikut?
A Asid etanoik glasial tidak mengandungi air yang diperlukan untuk menunjukkan sifatnya
B Asid etanoik glasial hanya boleh diuji dengan metil jingga
C Asid etanoik glasial merupakan bahan neutral
D Asid etanoik glasial merupakan bahan beralkali
Jawapan:
43. Apakah nama kaedah untuk meneutralkan asid seperti yang berikut?
A peneutralan
B penyulingan
C pentitratan
Jawapan:
44. Gas M telah dihasilkan semasa tindak balas di atas. Yang manakah benar bagi gas M?
A menyalakan kayu uji berbara
B menukarkan air kapur menjadi keruh
C menukarkan kertas litmus biru lembap menjadi merah
D menghasilkan bunyi 'pop' dengan kayu uji bernyala
Jawapan:
45. Yang manakah benar bagi contoh bahan alkali?
A shampoo
B limau
C cuka
D asam kecut
Jawapan: