1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Set 9 Latihan Sejarah Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 4

Bab 9: Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

Klik untuk jawapannya

1. Pilih Wakil Parti Perikatan semasa Rundingan Kemerdekaan
I Tunku Abdul Rahman
II H.S.Lee
III Dato' Mohamad Seth
IV Encik Abdul Aziz Abdul Majid
A I dan II
B II dan IV
C II dan III
D I, III dan IV
Jawapan:

2. Tokoh tersebut merupakan ketua Parti Rakyat yang menyeru rakyat menyokong usaha rombongan ke London
 Bab 9: Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
A Ahmad Boestamam
B Tun Abdul Razak
C E.E.C. Thuraisingam
Jawapan:

3. Rombongan Kemerdekaan menaiki kapal laut __________ berlepas dari Pelabuhan Tg
 Bab 9: Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
A M.V. Asia
B Pluto
C H.M.S Prince
D Titanic
Jawapan:

4. Siapakah ketua Rombongan Kemerdekaan ke London?
A Tunku Abdul Rahman
B Tuanku Abdul Rahman
Jawapan:

5. Mengapakah Tunku Abdul Rahman menyusun perjalanan menaiki kapal laut ke Karachi semasa Rombongan ke London?
I Mendapatkan persetujuan semua pihak
II Menyusun strategi untuk berunding dengan British
III Tiada kemudahan kapal terbang
IV Menjimatkan kos tambang
A I dan II
B II dan IV
C II dan III
D I, III dan IV
Jawapan:

6. Di manakah lokasi perundingan antara wakil Raja-raja Melayu, Parti Perikatan dan British semasa di London?
 Bab 9: Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
A Lancester House
B White House
C KIng's House
D House of Commons
Jawapan:

7. Antara perkara yang dirundingan di London ialah menghapuskan jawatan Setiausaha Kewangan dan digantikan dengan jawatan
A Menteri Kewangan
B Perdana Menteri
C Menteri Ekonomi
D Ketua Setiausaha Negara
Jawapan:

8. Semasa Rundingan Kemerdekaan yang berlangsung dari 18 januari - 6 Februari 1956, Pihak British mencadangkan Peguam Negara dilantik oleh __________.
A Pesuruhjaya Tinggi
B Ketua Menteri
Jawapan:

9. Tokoh tersebut merupakan ulama besar dari Kepala Batas yang memberikan pandangan kepada Tunku Abdul Rahman berkaitan penetapan tarikh kemerdekaan PTM pada 31 Ogos 1957.
Siapakah tokoh tersebut?
A Abdullah Ahmad Badawi
B Tok Kenali
C Sheikh Abdullah Fahim
Jawapan:

10. Di manakah lokasi Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu?
A A Famosa, Melaka
B Padang Bandar Hilir, Melaka
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
Jawapan:

11. Namakan Suruhanjaya yang berfungsi merangka PERLEMBAGAAN PTM yang merdeka
A Suruhanjaya Reid
B Suruhanjaya Cobbold
Jawapan:

12. Suruhanjaya Perlembagaan mencadangkan satu jawatan bagi Ketua Negara PTM iaitu
A Sultan
B Raja
C Perdana Menteri
D Yang di-Pertuan Besar
Jawapan:

13. Apakah asas yang membolehkan penduduk Persekutuan Tanah Melayu membentuk perlembagaan ke arah berkerajaan sendiri?
A Suruhanjaya Reid
B Perang Dunia Kedua
C Pilihan Raya Umum 1955
D Perkembangan politik di Asia
Jawapan:

14. Pilih anggota Suruhanjaya Perlembagaan PTM
 Bab 9: Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
I Lord Reid
II Hakim Abdul hamid
III Duke Wellington
IV Hakim B. Malik
A I dan II
B II dan IV
C II dan III
D I, II dan IV
Jawapan:

15. Mengapakah misi rundingan di London penting dalam usaha mencapai kemerdekaan?
A Membincangkan soal perlembagaan
B Mengenal pasti pemimpin negara
C Melindungi institusi Raja-raja Melayu
D Mewujudkan jawatan penting dalam kerajaan
Jawapan:

16. Menurut memorandum pihak Raja-raja Melayu, YDP Agong harus dipilih berdasarkan
A Kekananan
B paling tua
C nama negeri
Jawapan:

17. Pada pendapat anda, bolehkah YPD Agong meletak jawatan baginda?
A Boleh
B Tidak Boleh
Jawapan:

18. Siapakah yang bertanggungjawab menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain?
A Perdana Menteri
B Pemimpin parti politik
C YDP Agong
Jawapan:

19. Apakah nama Memorandum dari Parti Perikatan?
A Testament Amanah Politik Perikatan
B Memorandum Perikatan Alliance
Jawapan:

20. Siapakah yang memohon agar mengetatkan soal kewarganegaraan Tanah Melayu?
A Persatuan Dewan Perniagaan Cina se-Malaya
B Dewan Perniagaan Melayu
Jawapan:

21. Memorandum dari __________ menuntut semua sekolah aliran Inggeris atau Vernakular perlu diteruskan.
A MCA
B MIC
C UMNO
D PAS
Jawapan:

22. Parlimen negara kita mempunyai 2 Majlis Mesyuarat, iaitu
I Dewan Rakyat
II Dewan Negara
III Dewan Perhimpunan
IV Dewan Keadilan
A I dan II
B II dan IV
C II dan III
D I, III dan IV
Jawapan:

23. Parti Negara di bawah pimpinan _____________ menolak syarat kewarganegaraan yang longgar sehingga mengadakan kongres pada 4 Mei 1957.
A Ahmad Boestamam
B Dato Onn Jaafar
C Dr. Burhanuddin al helmy
Jawapan:

24. Kenyataan tersebut merupakan tuntutan dari Parti ______
*Mahu agama Islam menjadi ASAS pemerintahan negara
*Menuntut bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi
A PAS
B UMNO
C HISBUL MUSLIMIN
PARTI NEGARA
Jawapan:

25. Dimanakah lokasi Perjanjian PTM ditandatangani antara Raja-raja Melayu dengan Sir Donald MacGilivray pada 5 Ogos 1957?
A King's House
B Parlimen
C London
Jawapan:

26. Yang Di Pertuan Agong memegang jawatan baginda selama
A 3 Tahun
B 5 Tahun
C 10 Tahun
Jawapan:

27. Pilih jenis-jenis kerakyatan PTM
I Penguatkuasaan undang-undang
II Memohon didaftarkan
III Naturalisasi
IV Jus Soli
A I dan II
B II dan IV
C II dan III
D I, II dan III
Jawapan:

28. Walaupun semua rakyat PTM mempunyai hak yang sama, rakyat keturunan ____________ diberikan keutamaan dengan mengambil kira status sebagai rakyat asal Tanah Melayu.
A Melayu
B Cina
C India
D 1 Malaysia
Jawapan:

29. Apakah agama rasmi bagi Persekutuan Tanah Melayu ?
A Kristian
B Buddha
C Hindu
D Islam
Jawapan:

30. Tunku Abdul Rahman mencadangkan untuk menaiki kapal laut ke Kerachi sebelum terbang ke London dari Kerachi. Mengapakah Tunku berbuat demikian?
A Lebih menjimatkan
B London terlalu jauh dari Tanah Melayu
C Perkhidmatan kapal terbang ke London tergendala
D Mengadakan perbincangan dengan wakil Raja-raja Melayu
Jawapan:

31. Apakah perkara yang dituntut oleh perwakilan Tanah Melayu dalam rundingan kemerdekaan di London?
A Jawatankuasa Setiausaha Kewangan dihapuskan
B Menteri Pertahanan daripada rakyat British
C Kemerdekaan diberikan dengan serta merta
D Kerajaan Tanah Melayu memberikan pampasan kepada kakitangan British
Jawapan:

32. Apakah hasil yang dipersetujui dalam rundingan kemerdekaan?
A Kemerdekaan dengan serta merta
B Perjanjian Kemerdekaan ditandatangani
C Kerajaan British bersedia menyerahkan kuasa
D Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu dibentuk
Jawapan:

33. # Ghafar Baba mengetuai perhimpunan di Padang Banda Hilir, Melaka
# Leong Yew Koh memberi ucapan di Padang Banda Hilir, Melaka
Apakah peristiwa yang dimaksudkan di atas?
A Menentang British
B Pemasyhuran kemerdekaan
C Menyambut kepulangan rombongan kemerdekaan
D Keberangkatan rombongan kemerdekaan ke London
Jawapan:

34. Apakah peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Lord Reid?
A Membentuk Kabinet Persekutuan Tanah Melayu
B Merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
C Merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
D Menetapkan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
Jawapan:

35. Meminta cadangan => Meneliti cadangan => Mengadakan persidangan
Apakah tujuan langkah-langkah tersebut diambil dalam gerak kerja Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?
A Perlembagaan yang digubal adil
B Tidak berlaku penyelewengan kuasa
C Anggota Suruhanjaya bekerja bersungguh-sungguh
D Draf perlembagaan dapat diterima oleh semua rakyat
Jawapan:

36. Apakah isu dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menimbulkan perbezaan pendirian dalam kalangan Parti Perikatan?
A Kewarganegaraan jus soli
B Pengagihan kekayaan negara
C Sistem pendidikan kebangsaan
D Peruntukan jawatan dalam kabinet
Jawapan:

37. Apakah alasan PAS mengkritik soal kewarganegaraan jus soli?
A Mengancam kedudukan Islam
B Tidak menguntungkan orang Melayu
C Tidak menjaga kepentingan orang Melayu
D Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terjejas
Jawapan:

38. Apakah reaksi MIC terhadap draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?
A Menjadikan bahasa Mandarin sebagai bahasa kebangsaan
B Penggunaan bahasa Tamil diberikan perhatian
C Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi
D Mengkritik soal kewarganegaraan
Jawapan:

39. Siapakah yang memperkenankan pindaan Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?
A Tunku Abdul Rahman
B Majlis Raja-Raja
C Majlis Mesyuarat
D Parlimen British
Jawapan:

40. Berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, bagaimanakah pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat?
A Dipilih oleh rakyat jelata
B Dicalonkan oleh Perdana Menteri
C Dilantik dalam kalangan Raja-Raja Melayu
D Mempunyai latar belakang perkhidmatan yang cemerlang
Jawapan:

41. Apakah yang dapat dikaitkan dengan Sheikh Abdullah Fahim?
A Rundingan kemerdekaan
B Rombongan kemerdekaan
C Anggota Suruhanjaya Perlembagaan
D Penetapan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu
Jawapan:

42. Apakah perkara yang terkandung dalam draf perlembagaan?
A Hanya Majlis Mesyuarat dibentuk
B Meneruskan sistem kerajaan Persekutuan
C Kedudukan istimewa orang Melayu dimansuhkan
D Kewarganegaraan jus soli kepada semua yang lahir di Tanah Melayu
Jawapan:

43. Mengapakah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 penting kepada penduduk Tanah Melayu?
A Memajukan penduduk tempatan
B Membentuk perlembagaan negara
C Memperoleh kerakyatan yang sama
D Memberikan hak untuk memerintah sendiri
Jawapan:

44. Antara berikut, manakah jenis kerakyatan yang telah diterima dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
A Sukarela
B Kuat kuasa undang-undang
C Perkenan Raja-raja Melayu
D Kelulusan Dewan Undangan Negeri
Jawapan:

45. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dan..
A pendidikan
B komunikasi
C penulisan
D pentadbiran
Jawapan:

46. Bagaimanakah kedudukan agama Islam seperti yang termaktub dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
A Dilindungi
B Diiktiraf
C Dihormati
D Agama persekutuan
Jawapan:

47. Pernyataan berikut merujuk kepada perkara yang dirundingkan dan disepakati di London.
"Rombongan saya sedang berusaha bagi mendapatkan taraf berkerajaan sendiri untuk Persekutuan Tanah Melayu dengan serta merta dan kemerdekaan penuh pada tahun hadapan"
Semua dibawah adalah benar, kecuali
A. Menghapuskan jawatan Setiausaha Kewangan dan digantikan dengan Menteri Kewangan.
B. Menuntut tarikh kemerdekaan tidak lewat dari 31 Ogos 1957.
C. Pihak British dan Komanwel akan memberikan bantuan seperti pertahanan kepada Persekutuan Tanah Melayu
D. Penubuhan Persekutuan bertaraf naungan dan bukannya tanah jajahan.
Jawapan:

48. Apakah nilai yang boleh dipelajari daripada kejayaan penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
A. Kebijaksaan
B. Permuafakatan
C. Toleransi
D. Patriotisme
Jawapan:

49. Pernyataan di bawah berkaitan dengan hasil persetujuan di London.
Pada 8 Mac 1956, kerajaan British mengumumkan pembentukan suruhanjaya bebas setelah mendapatkan persetujuan Raja-raja Melayu
Apakah peranan Suruhanjaya tersebut?
A Mengadakan pilihan raya
B Mengkaji dasar pendidikan kebangsaan
C Merangka perlembagaan negara
D Membentuk satu badan khas mengatasi ancaman komunis
Jawapan:

50. Mengapakah Tunku Abdul Rahman merancang perjalanan rombongan ke Karachi dengan menaiki kapal laut?
A Menjimatkan kos
B Mendapatkan kata sepakat rundingan
C Mendapatkan strategi bagi menjayakan misi
D Menggunakan masa pelayaran untuk berbincang dengan wakil Raja-raja Melayu
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。