1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Set 7 Latihan Sejarah Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 4

Bab 7: Usaha Ke Arah Kemerdekaan

Klik untuk jawapannya

1. Apakah yang dapat anda katakan daripada gabungan tiga parti kaum ini?
A Pertahankan hak kaum masing-masing
B Menolak hak kaum-kaum lain
C Bijak memilih logo
D Bertolak ansur dan menerima semua kaum
Jawapan:

2. Perjuangan menuntut kemerdekaan menunjukkan rakyat perlu...................?
A Memperjuangkan hak kaum sendiri
B Tidak bertolak ansur
C Bersemangat menyokong idea British
D Bermuafakat dan bersatu padu
Jawapan:

3. Apakah syarat yang diberikan oleh British kepada Tanah melayu untuk mencapai kemerdekaan
A Kekukuhan ekonomi negara
B Kestabikan politik
C Kerjasama kaum
D Penghapusan Parti komunis Malaya
Jawapan:

4. Jawatakuasa Hubungan Kaum (CLC) dianggotai oleh orang Melayu dan Cina. Siapakah tokoh yang mewakili orang Melayu?
A Dato Onn Jaafar
B Tuanku Abd Rahman
C Rashid Maidin
D Dto Nik Ahmaed Kamil
Jawapan:

5. Tokoh tersebut merupakan penasihat Jawatankuasa CLC. Siapakah tokoh tersebut?
 Bab 7: Usaha Ke Arah Kemerdekaan
A Sir Harold Rowdan Briggs
B Karl Marx
C Sir Malcolm MacDonald
D Sir Henary Gurney
Jawapan:

6. Jawatankuasa CLC telah berunding selama 2 tahun. Beberapa persetujuan telah dicapai. Apakah nilai yang dipaparkan hasil persetujuan memorandum tersebut?
A Baik hati
B Kerjasama
C Kasih sayang
D Tanggungjawab
Jawapan:

7. Parti Perikatan telah ditubuhkan oleh Tuanku Abd Rahman. Apakah parti-parti politik yang telah mengganggotai Parti Perikatan?
A MCA dan Parti Negara
B MIC dan PAS
C MCA dan MIC
D MIC dan IMP
Jawapan:

8. Parti PA telah bekerjasama dengan UMNO untuk merealisasikan kerjasama kaum. Apakah kerjasama tersebut?
A Konferensi Nasional
B Mesyuarat Memorandum
C Pwertemuan Baling
D Konvensi Nasional
Jawapan:

9. Nyatakan parti-parti politik yang telah ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar?
A UMNO dan Parti Perikatan
B Parti Negara dan PAS
C IMP dan Parti Negara
D UMNO dan MCA
Jawapan:

10. Pada tahun bilakah parti MIC menyertai Parti Perikatan
A 1955
B 1956
C 1945
D 1965
Jawapan:

11. Parti politik telah berusaha merealisasikan perpaduan kaum. Antara berikut parti politik manakah yang menerima kerakyatan Jus Soli dengan syarat ibu atau bapa telah menjadi warga negara Tanah Melayu?
A Parti Perikatan
B Parti Negara
C Parti PAS
D Parti MCA
Jawapan:

12. Sebelum merdeka, sistem pendidikan terdapat pelbagai aliran yang menghalang perpaduan. Mengapakah?
A Sekoloah vernakular Melayu
B Sekolah Jenis Kebangsaan
Jawapan:

13. Nyatakan apakah jenis sekolah yang ditubuhkan sebelum merdeka?
A sekolah vernakular melayu
B sekolah agama islam
C sekolah inggeris
D semua diatas
Jawapan:

14. Apakah kompromi yang dikemukakan oleh CLC dan UMNO untuk mewujudkan perpaduan di Tanah Melayu?
I Syarat kerakyatan dilonggarkan
II Pilihanraya diadakan
III Bantuan ekonomi dan pelajaran kepada orang Melayu
IV Memajukan ekonomi pelbagai kaum
A I, II dan III
B I, II dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV
Jawapan:

15. Hasil rundingan antara UMNO dan CLC adalah membuat satu kompromi.Apakah yang dimaksudkan dengan kompromi tersebut?
A Memorandum persefahaman
B Rundingan untuk mewujudkan perpaduan
C Perbincangan
D Persetujuan yang dicapai secara bersama
Jawapan:

16. Sebagai timbal balik ke atas kelonggaran syarat kerakyatan yang diberikan, orang Melayu telah diberikan....
A Keistimewaan dari kedudukan
B Bantuan ekonomi dan pelajaran
C Bantuan kewangan
D Bantuan kemudahan
Jawapan:

17. Semua sekolah Vernakular Melayu, Cina dan India dibubarkan dan akan digantikan dengan satu jenis sekolah kebangsaan sahaja.
Kenyataan tersebut merujuk kepada cadangan
A Laporan Barnes
B Ordinan Pelajaran
C Penyata Razak
D Laporan Rahman Talib
Jawapan:

18. Laporan Barnes 1950 ditentang oleh masyarakat Cina yang kemudian mengeluarkan cadangan melalui _______.
A Penyata Razak
B Laporan Fenn-Wu
C Ordinan Pelajaran
D Laporan Barnes
Jawapan:

19. Penubuhan Sekolah Umum dan Jenis Umum
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib diajar di semua sekolah
Berikut merupakan cadangan oleh ___________.
A Laporan Barnes
B Penyata Razak
C Laporan Rahman Talib
D Ordinan Pelajaran
Jawapan:

20. Pelajaran percuma diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan tanpa mengira keturunan dan agama.
Berikut merupakan syor dalam ____________.
A Penyata Razak
B Laporan Rahman Talib
C Laporan Fenn-Wu
D Jawatankuasa Kabinet
Jawapan:

21. Ordinan Pelajaran 1952 diperkenalkan untuk menyatukan penduduk di Tanah Melayu dengan cara ____________.
A Menjadi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
B Mewajibkan pelajaran agama dan akhlak di peringkat sekolah menengah
Jawapan:

22. Sistem persekolahan aneka jurusan telah diperkenalkan kerana ______.
A Melahirkan tenaga kerja mahir
B Menempatkan murid kelainan upaya
Jawapan:

23. Cadangan Laporan Rahman Talib 1960 untuk mewujudkan perpaduan kaum ialah ________.
A Aliran vokasional diperkenalkan
B Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar sekolah menengah
Jawapan:

24. Semua sekolah Vernakular Melayu, Cina dan India dibubarkan dan akan digantikan dengan satu jenis sekolah kebangsaan sahaja.
Kenyataan tersebut merujuk kepada cadangan ?
A Laporan Barnes
B Ordinan Pelajaran
C Penyata Razak
Jawapan:

25. Laporan Barnes 1950 ditentang oleh masyarakat Cina yang kemudian mengeluarkan cadangan melalui __________?
A Penyata Razak
B Laporan Fenn-Wu
Jawapan:

26. Penubuhan Sekolah Umum dan Jenis Umum
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib diajar di semua sekolah
Berikut merupakan cadangan oleh ___________ ?
A Laporan Barnes
B Penyata Razak
C Laporan Rahman Talib
Jawapan:

27. Sistem Persekolahan Aneka Jurusan telah diperkanalkan menerusi ?
A Penyata Razak
B Laporan Rahman Talib
C Kajian Aminuddin Baki
Jawapan:

28. Pengasas Sekolah Vokasional Khas untuk murid lemah dalam SRP.
Berikut merupakan syor dalam __________?
A Penyata Razak
B Laporan Rahman Talib
Jawapan:

29. Apakah persamaan dalam perjuangan pertubuhan berikut?
*Kesatuan Melayu Muda (KMM)
*Parti Kebangsaan Melayu Malaya
A Kemerdekaan Mutlak
B Konsep Melayu Raya
C Demokrasi Berparlimen
D Raja Berperlembagaan
Jawapan:

30. Mengapakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ditubuhkan pada Januari 1949?
A Mengukuhkan kedudukan ekonomi negara
B Menyahut amaran British tentang hubungan kaum
C Mewujudkan kestabilan melalui konsep Melayu Raya
D Menuju ke arah mencapai status berkerajaan sendiri
Jawapan:

31. Senarai berikut berkaitan dengan pemimpin negara sebelum kemerdekaan.
*Dato' Onn Jaafar
*EEC Thuraisingham
*Lee Tiang Keng
Apakah peranan mereka sebagai pemimpin negara?
A Menganggotai Sistem Ahli
B Mengasaskan Parti Perikatan
C Menubuhkan Independence of Malaya Party (IMP)
D Aktif dalam Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)
Jawapan:

32. Antara konsep berikut, yang manakah berkaitan dengan perlaksanaan Sistem Ahli?
A Melayu Raya
B Konsep Jus Soli
C Kabinet Bayangan
D Kesamaan dan keadilan untuk penduduk Tanah Melayu
Jawapan:

33. Apakah teras pembentukan sistem pendidikan kebangsaan yang dicadangkan oleh Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956?
i. Kandungan kurikulum yang seragam dan bercorak kebangsaan
ii. Keutamaan penggunaan Bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan
iii. Hanya bahasa kebangsaan diguna sebagai bahasa pengantar
iv. Sistem persekolahan yang sama bagi semua kanak-kanak daripada semua bangsa
A i dan ii
B i dan iv
C ii dan iii
D iii dan iv
Jawapan:

34. Senarai berikut merujuk kepada Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)
*Ditubuhkan pada 1 Januari 1949
*Menghimpunkan pemimpin utama masyarakat pelbagai kaum
*Mewujudkan keadaan harmoni dan muhibbah penduduk Tanah Melayu
Apakah moto jawatankuasa itu?
A Merdeka
B Melayu Raya
C Bersekutu Bertambah Mutu
D Kesamaan & Keadilan Untuk Penduduk Tanah Melayu
Jawapan:

35. Mengapakah pertubuhan Hizbul Muslimin diharamkan oleh kerajaan British?
A Membuka keahlian kepada kaum dagang
B Matlamat perjuangan sebagai negara Islam
C Mendapat sokongan daripada golongan radikal
D Mengukuhkan pengaruh pejuang kemerdekaan
Jawapan:

36. Maklumat di bawah berkaitan penubuhan parti di Tanah Melayu :
Parti X
*Terbuka kepada semua kaum
*Kerjasama kaum dalam sebuah parti
*Tanah Melayu Untuk Malayan
Apakah Parti X?
A Malayan Indian Congress
B Malayan Chinese Association
C Independence of Malayan Party
D United Malays National Organisation
Jawapan:

37. Bagaimanakah Sistem Ahli memainkan peranan dalam usaha ke arah kemerdekaan negara?
A Mengukuhkan ekonomi
B Memupuk perpaduan kaum
C Mewujudkan jawatan menteri
D Menanam semangat patriotisme
Jawapan:

38. Pada tahun 1954, Dato' Onn Jaafar menubuhkan Parti Negara.
Apakah matlamat perjuangan parti tersebut?
i. Hak yang sama untuk semua
ii. Pentadbiran Islam di negeri Melayu
iii. Kemerdekaan melalui kerjasama kaum
iv. Pembentukan satu parti untuk semua kaum
A i dan ii
B i dan iv
C ii dan iii
D iii dan iv
Jawapan:

39. Maklumat berikut merupakan hasil persetujuan Jawatankuasa Antara Kaum (CLC)
Isu : Kedudukan ekonomi orang Melayu yang lemah
Peranan CLC : Mencadangkan penubuhan agensi untuk meningkatkan ekonomi
Kesan Perpaduan Kaum : X
Apakah X?
A Pengenalan FELDA
B Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa
C Pengikhtirafan hak istimewa orang Melayu
D Pelantikan Dato' Onn Jaafar sebagai Ketua Menteri
Jawapan:

40. Mengapakah Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu?
A Mewujudkan perpaduan kaum
B Mengekalkan penjajahan British
C Menjamin hak istimewa orang Melayu
D Melatih penduduk tempatan berkerajaan sendiri
Jawapan:

41. Senarai berikut menunjukkan sistem sekolah yang wujud sebelum merdeka.
*Sekolah Melayu
*Sekolah Cina
*Sekolah Tamil
*Sekolah Agama
Apakah kesan sistem pendidikan tersebut kepada negara?
A Masalah kekurangan guru
B Perpaduan kaum sukar dicapai
C Peluang pekerjaan berkurangan
D Masalah buta huruf berkurangan
Jawapan:

42. Konvensyen Kebangsaan pada Ogos 1954 telah dianjurkan oleh UMNO dan MCA di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman dan Tan Cheng Lock.
Apakah kesan penganjuran konvensyen tersebut?
A Pembentukan Parti Perikatan
B Pengaruh British semakin berkurang
C British membenarkan pilihan raya diadakan
D Semua parti politik bersedia untuk bergabung
Jawapan:

43. Apakah matlamat perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)?
A Menubuhkan negara Islam
B Mencapai Gagasan Melayu Raya
C Membentuk negara demokrasi penuh
D Meningkatkan kemajuan sosioekonomi
Jawapan:

44. Nama pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KKM)
A Dr. Burhanuddin al-Helmi
B Ishak Haji Muhammad
C Ahmad Boestamam
D Ibrahim Haji Yaakob
Jawapan:

45. Nyatakan matlamat Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
A Ekonomi yang mengutamakan rakyat
B Keadilan sosial
C Menanam semangat kebangsaan
D Menekankan pemerintahan demokrasi
Jawapan:

46. Slogan yang digunakan dalam Angkatan Pemuda Insaf (API)
A Hidup Melayu
B Hidup Melayu - Merdeka
C Merdeka dengan darah
D Merdeka
Jawapan:

47. Apakah sebab penubuhan Pergerakan Pemuda Melayu (PPM)
A Kontroversi penyerahan sarawak
B Penubuhan pakatan sulit Rukun 13
C Mendapat kemerdekaan penuh Sarawak
D Kebencian kepada kolonial British
Jawapan:

48. Apakah objektif utama Malayan Indian Congres (MIC)
A Bekerjasama dengan kaum lain dalam usaha kemerdekaan Tanah Melayu
B Rela berkorban jiwa untuk kemerdekaan Tanah Melayu
C Perjuangan kemerdekaan dengan jalan terbuka
D Perjuangan kemerdekaan melalui konsep Melayu Raya
Jawapan:

49. Apakah peranan Dato' Onn Jaafar dalam United Malays National Organisation
A Bekerjasama dengan kaum lain untuk kemerdekaan Tanah Melayu
B Menjalankan dasar tidak bekerjasama dengan penjajah
C Menuntut kemerdekaan Tanah Melayu
D Menyatukan orang Melayu mempertahankan hak bangsa dan kedudukan Raja - raja Melayu
Jawapan:

50. Maksud dasar dekolonisasi British
A Menyelesaikan isu pertikaian antara kaum
B Menyediakan langkah berkerajaan sendiri secara beransur - ansur kepada tanah jajahan
C Melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran persekutuan Tanah Melayu
D Usaha menyediakan Tanah Melayu ke arah kemerdekaan
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。