1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Set 2 Latihan Sejarah Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 4

Bab 2: Kebangkitan Nasionalisme

Klik untuk jawapannya

Bahagian Objektif
1. Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme?
A Perasaan yang membenci penjajah
B Semangat perjuangan yang tinggi mencapai matlamat
C Perjuangan menentang penjajah dengan pelbagai cara
D Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara
Jawapan:

2. Apakah pandangan Professor Hans Kohns berkaitan nasionalisme?
A Perjuangan menuntut kemerdekaan
B Perjuangan orang melayu dalam negara sendiri
C Fenomena sejagat menubuh negara sendiri
D Gerakan kesetiaan kepada negara dan bangsa
Jawapan:

3. Pernyataan berikut merujuk pendapat seorang tokoh berkaitan nasionalisme:
Perjuangan orang Melayu mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri
A Hans Kohn
B Dr. R. Suntharalingam
C Profesor William R. Roff
D Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
Jawapan:

4. Nasionalisma di barat berkembang hasil daripada penentangan terhadap pemerintahan beraja yang menggugat hak dan kebebasan rakyat.Apakah kesan perkembangan nasionalisme tersebut?
A Berjaya mengukuhkan kuasa rakyat
B Memantapkan kedudukan parlimen
C Menjejaskan kedaulatan negara bangsa
D Kebangkitan perjuangan kedaulatan raja
Jawapan:

5. Jadual berikut berkaitan dengan revolusi yang berlaku di Eropah pada abad ke 17 dan abad ke 18.
Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Eropah?
A Kuasa rakyat terjejas
B Ideologi komunis terhalang
C Kuasa raja mutlak diperkukuh
D Kerajaan berperlembagaan ditegakkan
Jawapan:

6. Pemikiran dan idea tokoh berikut telah membawa perubahan besar terhadap perkembangan nasionalisme di Barat.
Apakah persamaan idea dan pemikiran tokoh tersebut?
Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
A Raja Berperlembagaan
B Raja berkuasa mutlak
C Hak asasi rakyat
D Perjuangan nasionalisme radikal
Jawapan:

7. Maklumat di bawah merupakan karya John Locke, seorang ahli falsafah Inggeris.
- Two Treatises of Government
Apakah prinsip pemerintahan yang ditekankan dalam karya tersebut?
A Raja berkuasa mutlak
B Sistem Demokrasi Berparlimen
C Raja Berperlembagaan
D Sistem Republik Berperlembagaan
Jawapan:

8. Berikut adalah dua karya yang mencetuskan nasionalisme di England dan Perancis.
- Two Treatises of Government
- The Social Contract
Apakah persamaan isu kedua karya tersebut?
A Kebebasan ekonomi
B Perjuangan radikal
C Perluasan empayar
D Hak asasi rakyat
Jawapan:

9. Peristiwa yang menjadi titik tolak kepada perkembangan nasionalisme di India ialah
A Satyagraha
B Semangat Bushido
C Dahagi India 1857
D Gerakan Islah
Jawapan:

10. Maklumat di bawah merupakan dua pertubuhan yang memulakan gerakan nasionalisme awal di India.
· Brahmo Samaj
· Arya Samaj
Apakah isu yang dibangkitkan oleh pertubuhan tersebut?
A Kecintaan kepada budaya tempatan
B Pengenalan kepada sistem birokrasi Barat
C Pengenalan sistem pemerintahan Islam
D Penubuhan parti-parti politik bersifat radikal
Jawapan:

11. Maklumat berikut berkaitan tokoh nasionalisme di India pada awal abad ke – 20.
· Bal Gangadhar Tilak
· Bipin Chandra Pal
Apakah sumbangan kedua-dua tokoh tersebut?
A Menggerakkan perjuangan militan.
B Menentang kelemahan pemerintah.
C Mempertahankan pemerintahan Islam.
D Mempertahankan pemerintahan Islam.
Jawapan:

12. Berikut menunjukkan gerakan di luar negara yang berlaku pada awal abad ke 20.
- Gerakan Islah (Mesir)
- Gerakan Pan-Islamisme (Turki)
Apakah kesan gerakan tersebut ke atas Tanah Melayu?
A Kehadiran kaum imigran
B Kemunculan semangat nasionalisme
C Kemunculan semangat nasionalisme
D Perpaduan penduduk berbilang kaum
Jawapan:

13. Jadual berikut berkaitan dengan perkembangan politik dunia pada awal abad ke 20.
Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
Apakah kesan peristiwa tersebut ke atas Tanah Melayu?
A Memantapkan sistem pentadbiran
B Memantapkan sistem pentadbiran
C Menggalakan penubuhan parti politik
D Menyemarakkan kesedaran kebangsaan
Jawapan:

14. Kebangkitan nasionalisme di China menentang Dinasti Manchu dipimpin oleh Dr Sun Yat Sen yang berpegang kepada ideologi Tiga Prinsip Rakyat.
Apakah prinsip yang menjadi asas perjuangan tersebut?
I Nasionalisme
II Revolusi
III Kapitalisme
IV Demokrasi
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
Jawapan:

15. Jadual berikut merujuk kepada kebangkitan Jepun sebagai kuasa imperialis.
Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
Apakah faktor kejayaan tersebut?
A Penjajahan terhadap Asia Tenggara
B Peningkatan jumlah penduduk
C Peningkatan jumlah penduduk
D Pemodenan mengikut model Barat
Jawapan:

16. Antara pernyataan berikut yang manakah menjelaskan maksud Semangat Bushido?
A Taat setia.
B Tolong menolong.
C Bertolak ansur.
D Sanggup berkorban
Jawapan:

17. Apakah tuntutan golongan nasionalisme tahap awal di Filipina?
A Hak mengundi
B Pengembalian kuasa raja
C Hak kebebasan bersuara
D Pemerintahan kerajaan sendiri
Jawapan:

18. Apakah tindakan Jose Rizal setelah Gerakan Propaganda gagal mencapai matlamatnya?
A Menubuhkan Katipunan
B Membentuk Liga Filipina
C Melancarkan revolusi bersenjata
D Menyebar fahaman melalui revolusi
Jawapan:

19. Katipunan merupakan pertubuhan yang melakukan penentangan secara radikal terhadap Sepanyol. Bagaimanakah pertubuhan tersebut menyebarkan idea-idea revolusinya?
A Menerusi akhbar Kalayan
B Mengadakan rapat umum
C Membina sekolah untuk peribumi
D Melalui kesatuan sekerja
Jawapan:

20. Golongan nasionalis Filipina telah mengubah strategi perjuangan apabila penentangan terhadap Amerika Syarikat mengalami kegagalan. Perubahan yang dilakukan ialah
A Gerakan lebih radikal
B Menggunakan parti politik sederhana
C Menumpukan pembangunan ekonomi
D Menjalin kerjasama dengan negara luar
Jawapan:

21. Apakah sumbangan tokoh-tokoh berikut kepada negara Burma?
- Aung San
- Kyaw Nein
A Membentuk kerajaan sendiri
B Mengekalkan tradisi masyarakat
C Menuntut penubuhan universiti
D Menentang pemisahan dengan India
Jawapan:

22. Gerakan nasionalisme di Vietnam dipelopori golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin. Apakah matlamat gerakan nasionalisme golongan tersebut?
A Menuntut kemerdekaan
B Pemulihan sistem pemerintahan beraja
C Memperjuangkan pendidikan rakyat
D Memulihkan ekonomi rakyat Vietnam
Jawapan:

23. Akhabar Tribune Indige dan Cloche Felee menjadi saluran para nasionalis Vietnam memperjuangkan kemerdekaan negara mereka. Apakah isu utama yang disampaikan dalam akhbar tersebut?
A Kemunduran ekonomi
B Pemulihan pemerintahan tradisional
C Penglibatan dalam pentadbiran
D Penindasan Perancis
Jawapan:

24. Gerakan nasionalisme di Malaysia adalah merujuk kepada perasaan cinta negara.
Mengapakah wujudnya perasaan tersebut
A Kehilangan kuasa pembesar
B Cukai yang tinggi kepada semua rakyat
C Kerahan tenaga dalam bidang pertanian
D Bebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah
Jawapan:

25. Dasar British telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan.
Apakah dasar British tersebut
A Memberi kemudahan kepada rakyat asing untuk datang ke tanah Melayu
B Membiarkan kampung-kampung terus terpinggir
C Mengenakan cukai kepada penduduk bandar
D Menggalakkan orang Melayu menanam padi
Jawapan:

26. Kuasa kuasa Berikut adalah bangsa penjajah yang pernah menakluki Tanah Melayu.
-Portugis
-Belanda
-Inggeris
-Jepun
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan penjajahan mereka
A Dasar penjajahan barat dan Timur adalah berbeza
B Jepun pembebasan negara di Asia
C Semua bangsa penjajah adalah zalim dan kejam
D Semua bangsa penjajah ingin membangunkan negara Asia
Jawapan:

27. Semangat kesedaran politik penduduk di Tanah Melayu adalah dipengaruhi oleh suasana politik di Indonesia.
Bagaimanakah pengaruh tersebut sampai dengan lebih berkesan ke tanah Melayu
A Tanah Melayu berjiran dengan Indonesia
B Pemimpin nasionalisme Tanah Melayu belajar di Indonesia
C Kemasukan orang Indonesia ke tanah Melayu
D Gerakan untuk menyatukan Indonesia dan Tanah Melayu
Jawapan:

28. Apakah sumbangan tokoh ini dalam perjuangan nasionalisme di negara kita?
Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
A Perjuangan berpendidikan agama
B Perjuangan bercorak radikal
C Perjuangan melalui penulisan
D Perjuangan terawal di Tanah Melayu.
Jawapan:

29. Kemunculan mesin cetak telah memberi kesan kepada nasionalisme di Tanah Melayu abad ke 20.
Apakah kesan tersebut?
A Pentadbiran sistematik
B Penentangan terhadap British
C Peningkatan sistem pendidikan
D Perluasan pengaruh barat
Jawapan:

30. Maklumat berikut berkaitan akhbar yang dibentuk bagi melahirkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu.
• Diterbitkan pada 23 julai 1906
• Menyeru umat islam kembali kepada ajaran islam sebenar.
Apakah akhbar tersebut ?
A Saudara
B Neracha
C Al-Imam
D Pengasuh
Jawapan:

31. Antara berikut, yang manakah mencirikan Kaum Muda
A Terdiri daripada golongan pemuda
B Memperjuangkan nasib golongan muda
C Mengasingkan diri dari golongan tua
D Membawa idea baru dari Timur Tengah
Jawapan:

32. Pernyataan berikut berkaitan karya kreatif yang telah lahir di Tanah Melayu.
• Mari kita berjuang
• Angan – angan dengan gurindam
• Sedarlah
Apakah isu yang dibangkitkan dalam penulisan tersebut?
A Memupuk semangat kebangsaan
B Menyeru penubuhan persatuan
C Menentang tuntutan orang dagang
D Menuntut kemerdekaan negara
Jawapan:

33. Persatuan sahabat pena Malaysia ( PASPAM ) telah ditubuhkan pada tahun 1934.
Apakah peranan PASPAM ?
A Menegakkan ajaran Islam
B Menggalakkan kemajuan bangsa
C Memajukan budaya dan maruah
D Menggalakkan ahlinya untuk bersatu
Jawapan:

34. Kesatuan melayu singapura ( KMS ) berperanan penting dalam membela nasib orang - orang Melayu.
Apakah bukti keberkesana perjuangan kesatuan di atas
A Pembentukan pasukan tentera semut
B Mendapat naungan daripada kerajaan British.
C Menghadiri Kongres Melayu di Kuala Lumpur.
D Penubuhan cawangan di negeri melayu lain.
Jawapan:

35. Ibrahim Haji Yaakkob merupakan pemimpin sebuah kesatuan yang ditubuhkan di Tanah Melayu pada tahun 1939.
Apakah objektif utama kesatuan pimpinan beliau?
A Menuntut kemerdekaan
B Membaiki taraf ekonomi
C Menggalakan perpaduan
D Menegakkan ajaran agama
Jawapan:

36. Haji Abdul Rahman Limbong telah memimpin penduduk tempatan Kuala Temelong, Terengganu menentang British.
Mengapakah penentangan tersebut dilakukan?
A Pengenalan peraturan tanah
B Perlucutan jawatan pembesar
C Pengenalan pendidikan sekular
D Pembunuhan penduduk tempatan
Jawapan:

37. Tokoh berikut merupakan tokoh penting dalam Gerakan Islah di Tanah Melayu.
Syeikh Tahir Jalaluddin
Syed Syeikh al-Hadi
Apakah sumbangan mereka?
A Menentang British secara radikal
B Menubuhkan kerajaan negeri
C Menganggotai kaum muda
D Mmeperkenalkan teknologi moden
Jawapan:

38. Akhbar berikut merujuk kepada akhbar yang menyemai semangat kebangsaan pada awal abad ke-20.
- al-Imam
- Neracha
- Idaran Zaman
Pihak manakah yang menerbitkan akhbar tersebut?
A Gerakan Islah
B Kesatuan Melayu Muda
C Gerakan Pan-Islamisme
D Persatuan Melayu Pahang
Jawapan:

39. Perkembangan nasionalisme di Asia, nilaikan pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa itu.
A Kebangkitan nasionalisme pemimpin-pemimpin tempatan menentang penjajahan
B Akur dengan kehendak penjajah tanpa penentangan
C Ramai pejuang Islam bangkit berjuang berteraskan ajaran Islam
D memperbaik kehidupan untuk melepaskan diri dari penjajahan barat
Jawapan:

40. Apakah tujuan Kesatuan Melayu Muda ditubuhkan
A Menentang kuasa Jepun
B Menyebarkan fahaman komunis
C Mendaulatkan kesusasteraan
D Mendapatkan kemerdekaan
Jawapan:

41. Nyatakan faktor-faktor kemunculan nasionalisme pada abad ke-20 di Tanah Melayu
I karya asing
II sistem sosial
III peranan agama
IV sistem pendidikan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

42. Akhbar dan majalah turut memainkan peranan dengan mengetengahkan isu hak dan masa depan penduduk Tanah Melayu. Antaranya ialah Jelutung Press.
Apakah kesan daripada penubuhannya
A Memakmurkan ekonomi
B Menggalakkan persaudaraan Islam
C Mengembangkan fahaman demokrasi
D Menyemarakkan kegiatan nasionalisme
Jawapan:

43. Perkembangan nasionalisme di negara kita meninggalkan kesan yang dapat dilihat dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Dari segi sosial untuk lepasan SITC yang terdiri daripada guru wanita.
Apakah yang dihasratkan oleh ibu Zain dalam majalah bulan Melayu
A Wanita tidak perlu mempertahankan tanah air kerana mempunyai tanggungjawab mengemas rumah tangga
B Wanita boleh mengangkat senjata sekiranya diperlukan
C Wanita hanya perlu memberi semangat kepada perjuangan lelaki
D Mengingatkan wanita tentang kepentingan ilmu pengetahuan untuk mengangkat martabat wanita
Jawapan:

44. Senarai berikut merupakan cerpen yang dihasilkan sebelum Perang Dunia Kedua.
- Rumah Besar Tiang Sebatang
- Cerita Awang Putat
- Di sini Kita Bukannya Orang Dagang
Apakah tema cerpen tersebut
A Menyekat pengaruh komunis
B Mewujudkan perpaduan kaum
C Memperjuangkan nasib bangsa
D Mengurangkan pengaruh golongan radikal
Jawapan:

45. Langkah British memperkenalkan Dasar Desentralisasi adalah untuk mendorong orang Melayu agar lebih peka tentang masa depan mereka. Apakah kesan dasar ini terhadap orang Melayu?
A Mengembalikan kuasa sultan.
B Penubuhan persatuan peringkat negeri.
C Memberi perhatian kepada sosioekonomi.
D Membincangkan Kemerdekaan Tanah Melayu.
Jawapan:

46. Apakah kesan Revolusi Perancis 1789?
I Mengukuhkan kuasa raja
II Mengakhiri sistem pemerintahan beraja
III Membawa kemunculan Republik Perancis
IV Membebaskan Perancis daripada penjajahan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

47. Apakah ciri persamaan tokoh nasionalis berikut?
• Abdul Hadi Hassan
• Harun Aminurrashid
I Golongan radikal Melayu
II Menyebarkan fahaman Islah
III Intelektual berpendidikan Melayu
IV Lulusan Maktab Perguruan Sultan Idris
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

Bahagian Subjektif:
1. Nasionalisme mempunyai pelbagai tafsiran berdasarkan sejarah, corak perjuangan dan karisma pemimpin yang mendukung perjuangan.
(a) Nyatakan maksud nasionalisme berdasarkan pendapat tokoh berikut:
(i) Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim




(ii) Dr. R.Suntharalingam




(b) Apakah matlamat yang diperjuangkan oleh gerakan nasionalisme?




(c) Cadangkan tindakan yang patut dilakukan oleh generasi muda hari ini untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada penjajahan.




2. Rajah berikut menunjukkan perkembangan nasionalisme di negara kita. Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
(a) Senaraikan tiga akhbar yang membangkitkan nasionalisme di Tanah Melayu.
i.


ii.


(b) Apakah isu yang diperjuangkan dalam akhbar dan majalah tersebut?
i.


ii.


(c) Namakan tokoh yang terlibat dalam perkembangan akhbar Melayu pada abad ke-20.
i.


ii.


(d) Sejauh manakah karya kreatif mampu memupuk nasionalisme dalam kalangan penduduk Tanah Melayu?





3. Perkembangan nasionalisme di Asia merupakan kesinambungan idea nasionalisme di Barat kesan daripada pertembungan yang berlaku dengan bangsa Eropah.
(a) Jelaskan maksud nasionalisme.







(b) Sejauh manakah nasionalisme di Jepun berbeza dengan negara Asia lain?













4. Kesedaran nasionalisme di negara kita bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. (a) Sejarah perjuangan bangsa menghadapi ancaman luar dapat dilihat sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Berikan ulasan anda.







(b) Huraikan faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu pada abad ke-20.
















Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。