1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Set 10 Latihan Matematik Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM

Bab 10: Matematik Pengguna: Pengurusan Kewangan

Klik untuk jawapannya

1. Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan kewangan?
A Menguruskan sumber pendapatan
B Mengawal perbelanjaan harian
C Menetapkan matlamat kewangan
Jawapan:

2. Contoh perbelanjaan tetap bulanan
A Insurans
B ASB
C Kos petrol
D Percutian
Jawapan:

3. Terdapat 5 langkah dalam pengurusan kewangan. Yang mana adalah urutan langkah yang betul?
A Menetapkan matlamat kewangan, Mewujudkan pelan kewangan, Menilai kedudukan kewangan, Melaksanakan pelan kewangan, Mengkaji semula dan menyemak kemajuan.
B Menetapkan matlamat kewangan, Menilai kedudukan kewangan, Melaksanakan pelan kewangan, Mewujudkan pelan kewangan, Mengkaji semula dan menyemak kemajuan.
C Menetapkan matlamat kewangan, Menilai kedudukan kewangan, Mewujudkan pelan kewangan, Melaksanakan pelan kewangan, Mengkaji semula dan menyemak kemajuan.
Jawapan:

4. Apakah sifat yang perlu anda amalkan semasa membuat perancangan kewangan?
A Berfikir dengan bijak
B Bertoleransi
C Bertanggungjawab
D Amanah
Jawapan:

5. Antara contoh matlamat jangka pendek ialah pembelian
I rumah
II komputer riba
III kereta
IV telefon bimbit
A I dan II
B II dan IV
C III dan IV
D I, II dan III
Jawapan:

6. Antara berikut, yang manakah langkah pertama dalam proses pengurusan kewangan?
A Mengkaji semula dan menyemak kemajuan
B Menetapkan matlamat kewangan
C Melaksanakan pelan kewangan
D Mewujudkan pelan kewangan
Jawapan:

7. Pilih yang benar mengenai matlamat kewangan jangka pendek
I Matlamat yang hendak dicapai kurang daripada setahun
II Tidak melibatkan jumlah amaun yang besar
III Membuka kedai runcit
IV Melibatkan amaun yang besar
A I dan II
B II dan IV
C III dan IV
D I, II dan III
Jawapan:

8. Kenalpasti matlamat kewangan jangka pendek berdasarkan senarai dibawah:
I Membeli satu set sofa
II Membeli komputer riba
III Membeli rumah berkembar
IV Simpanan untuk pendidikan
V Bercuti ke Pulai Sipadan
A I dan II
B II dan V
C III dan IV
D I, II dan V
Jawapan:

9. Kenalpasti matlamat kewangan jangka panjang berdasarkan senarai dibawah:
I Membeli satu set sofa
II Membeli komputer riba
III Membeli rumah berkembar
IV Simpanan untuk pendidikan
V Membeli hartanah
A I dan II
B II dan V
C III dan IV
D III, IV dan V
Jawapan:

10. Contoh perbelanjaan berasaskan keperluan ialah?
I Membeli makanan
II Membeli alatan permainan
III Membeli tiket percutian
IV Membeli pakaian
A I dan III
B I dan IV
C II dan IV
D I, II dan III
Jawapan:

11. Apakah jenis perbelanjaan yang mengakibatkan seseorang individu berbelanja melebihi kemampuan?
A Perbelanjaan berasaskan keperluan
B Perbelanjaan berasaskan kehendak
C Perbelanjaan berasaskan produk
Jawapan:

12. Pilih kebaikan mempunyai perancangan kewangan yang cekap.
I Membantu individu bebas daripada masalah kewangan
II Mendidik individu agar berusaha
III Mewujudkan simpanan ketika kecemasan
IV Menggalakkan individu mempunyai dua pekerjaan
A I dan III
B I dan IV
C II dan IV
D I, II dan III
Jawapan:

13. Apakah maksud akronim konsep SMART?
A Specific, Meaningful, Attainable, Realistic, Time-bound
B Specific, Measurable, Amplification, Realistic, Time-bound
C Specific, Measurable, Attainable, Realistic, Time-bound
D Specific, Measurable, Attainable, Refund, Time-bound
Jawapan:

14. Berdasarkan konsep SMART, yang manakah benar?
A S (Tempoh Masa)
B A (Boleh dicapai)
C M (Spesifik)
D T (Boleh diukur)
Jawapan:

15. "Bang Jago ingin membeli sebuah komputer riba yang bernilai RM3 000 sebagai hadiah bagi hari jadi anaknya. Oleh itu beliau telah bercadang untuk menyimpan RM300 sebulan bagi sepuluh bulan."
Adakah Bang Jago mematuhi konsep SMART?
A Ya
B Tidak
Jawapan:

16. "Encik Lemon ingin membeli sebuah rumah berharga RM200 000 jika beliau mempunyai jumlah duit yang mencukup."
Adakah Encik Lemon mematuhi konsep SMART?
A Tidak
B Ya
Jawapan:

17. "Cik Tomoyo merupakan seorang kartunis yang berpendapatan RM4 000 ingin mendirikan rumah tangga dalam masa dua tahun. Anggaran perbelanjaan perkahwinan berjumlah RM40 000. Oleh itu, beliau ingin menyimpan sebanyak RM2000 sebulan bagi jangka masa 20 bulan. Selain itu, beliau juga ingin membuat pinjaman untuk perbelanjaan perkahwinan."
Adakah Cik Tomoyo mematuhi konsep SMART?
A Ya
B Tidak
Jawapan:

18. Antara kepentingan pengurusan kewangan adalah seperti berikut, KECUALI
A mengetahui kedudukan kewangan semasa.
B mengelakkan perbelanjaan berlebihan.
C menunjukkan kemewahan setelah penat bekerja.
D mengeratkan hubungan dengan ahli keluarga kerana tidak perlu meminjam wang.
Jawapan:

19. Manakah yang perlu didahulukan?
A Keperluan
B Kehendak
Jawapan:

20. Antara berikut, yang manakah adalah keperluan?
I makanan
II telekomunikasi
III tempat tinggal
IV pakaian
A I dan II
B II dan IIII
C III dan IV
D I, II dan IV
Jawapan:

21. Matlamat kewangan yang kurang daripada 1 tahun.
Ini merujuk kepada
A matlamat jangka pendek
B matlamat jangka sederhana
C matlamat jangka panjang
Jawapan:

22. Matlamat kewangan yang di antara 1 hingga 5 tahun.
Ini merujuk kepada
A matlamat jangka pendek
B matlamat jangka sederhana
C matlamat jangka panjang
Jawapan:

23. Matlamat kewangan yang melebihi 5 tahun.
Ini merujuk kepada
A matlamat jangka pendek
B matlamat jangka sederhana
C matlamat jangka panjang
Jawapan:

24. Antara kepentingan pengurusan kewangan adalah seperti berikut, KECUALI
A mengetahui kedudukan kewangan semasa.
B mengelakkan perbelanjaan berlebihan.
C menunjukkan kemewahan setelah penat bekerja.
D mengeratkan hubungan dengan ahli keluarga kerana tidak perlu meminjam wang.
Jawapan:

25. Apakah dua komponen utama dalam pelan kewangan?
I Pendapat
II Pendapatan
III Perbelanjaan
IV Perkongsian
A I dan II
B II dan IIII
C III dan IV
D I, II dan IV
Jawapan:

26. Konsep kewangan yang manakah boleh digunakan untuk merancang perbelanjaan dan simpanan kita?
A STYLE
B SMART
C SUPER
D STERK
Jawapan:

27. Apakah yang dimaksudkan dengan 'lebihan' dalam Pelan Kewangan?
A Jumlah Perbelanjaan melebihi Jumlah Pendapatan
B Jumlah Pendapatan melebihi Jumlah Perbelanjaan
Jawapan:

28. Apakah yang dimaksudkan dengan 'defisit' dalam Pelan Kewangan?
A Jumlah Perbelanjaan melebihi Jumlah Pendapatan
B Jumlah Pendapatan melebihi Jumlah Perbelanjaan
Jawapan:

29. Di antara berikut, pilih yang manakah adalah 'pendapatan'?
I gaji
II bil internet
III elaun
IV sewa yang diterima
V sewa yang dibayar
A I dan II
B II dan V
C III dan IV
D I, III dan IV
Jawapan:

30. Di antara berikut, pilih yang manakah adalah 'perbelanjaan'?
I gaji
II bil internet
III elaun
IV sewa yang diterima
V sewa yang dibayar
A I dan II
B II dan V
C III dan IV
D I, II dan V
Jawapan:

31. Di antara berikut, pilih yang manakah adalah 'perbelanjaan tetap'?
I ansuran kereta
II sewa rumah
III petrol
IV barang dapur
A I dan II
B II dan IIII
C III dan IV
D I, II dan IV
Jawapan:

32. Di antara berikut, pilih yang manakah adalah 'perbelanjaan tidak tetap'?
I ansuran kereta
II sewa rumah
III petrol
IV barang dapur
A I dan II
B II dan IIII
C III dan IV
D I, II dan IV
Jawapan:

33. Antara 'lebihan' dan 'defisit', yang manakah yang kita perlu peroleh bagi memastikan pelan kewangan yang baik.
A lebihan
B defisit
Jawapan:

34. Urusniaga manakah yang direkodkan ke dalam Jurnal Khas?
A Kenderaan terpakai dijual kepada Kedai Runcit Johan
B Pelanggan memulangkan barang yang rosak
C Perabot terpakai dibeli secara kredit
D Pemilik membuat ambilan tunai
Jawapan:

35. Contoh akaun simpanan ialah.......kecuali
A Akaun simpanan
B Akaun simpanan tetap
C Akaun simpanan emas
D Akaun simpanan semasa
Jawapan:

36. Berikut adalah jenis pelaburan, kecuali
A Saham
B Rumah
C Tanah
D Kereta
Jawapan:

37. Pelaburan yang manakah mempunyai risiko yang tinggi?
A Saham syarikat
B ASB
C Hartanah
D Simpanan tetap
Jawapan:

38. Apakah tujuan melakukan simpanan?
A Pendapatan tambahan
B Kegunaan masa kecemasan
C Kegunaan masa depan
D Semua di atas
Jawapan:

39. Encik Nizam mempunyai RM 2000 dan tidak menggunakannya untuk satu jangka masa panjang.Apakah nasihat anda kepada beliau?
A Membuka Akaun Simpanan Tetap
B Membeli pakaian berjenama
C Melabur ke skim cepat kaya
D Membelanjakan wang tersebut
Jawapan:

40. Antara yang berikut,faedah simpanan yang manakah lebih menguntungkan?
A Faedah Kompaun
B Faedah Mudah
C Faedah Simpanan
D Faedah Sewa Beli
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。