1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

Set 7 Latihan Geografi Tingkatan 3 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 3

Bab 7: Kegiatan Ekonomi di Malaysia

Klik untuk jawapannya

1. Terdapat ___________ kegiatan ekonomi utama di Malaysia.
A dua
B tiga
C empat
D lima
Jawapan:

2. Keterangan di bawah merujuk kepada
"Kegiatan yang mengeluarkan bahan mentah terus daripada sumber semula jadi. Contohnya melibatkan sektor pertanian, pembalakan, perikanan dan perlombongan."
A sektor primer
B sektor sekunder
C sektor tertier
D sektor quater
Jawapan:

3. Keterangan di bawah merujuk kepada
"Merupakan aktiviti ekonomi yang berasaskan bahan mentah. Menukar bahan mentah kepada bahan siap kepada pengguna."
A sektor primer
B sektor sekunder
C sektor tertier
D sektor quater
Jawapan:

4. Keterangan di bawah merujuk kepada
"Kegiatan ekonomi yang menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk pengguna. Disebut juga sebagai sektor perkhidmatan."
A sektor primer
B sektor sekunder
C sektor tertier
D sektor quater
Jawapan:

5. Industri makanan dan minuman tergolong dalam kategori
A industri berasaskan sumber
B industri bukan berasaskan sumber
Jawapan:

6. Pilih dua industri bukan berasaskan sumber.
I industri berasaskan getah
II industri automotif
III industri petrokimia
IV industri elektrik dan elektronik
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D I, III dan IV
Jawapan:

7. Keterangan di bawah merujuk kepada industri
"Menghasilkan minyak masak, majerin, barangan kosmetik dan sabun."
A industri petrokimia
B industri berasaskan getah
C industri makanan dan minuman
D industri berasaskan kelapa sawit
Jawapan:

8. Keterangan tersebut merujuk kepada industri
"Menghasilkan polistirena dan polimer."
A industri petrokimia
B industri berasaskkan getah
C industri automotif
D industri berasaskan kayu
Jawapan:

9. Sektor perhotelan, pengangkutan dan perhubungan termasuk dalam kategori
A sektor primer
B sektor sekunder
C sektor tertier
D sektor quarter
Jawapan:

10. Purata suhu tahunan tinggi kira-kira 27°c dan jumlah hujan tahunan kira-kira 2600mm telah menggalakkan sektor ______ di Malaysia.
A perhotelan
B perindustrian
C perikanan
D pengangkutan
Jawapan:

11. Nyatakan tiga faktor yang menyebabkan Lembah Klang menjadi kawasan perindustrian yang utama di Malaysia
I mempunyai sistem jana kuasa yang besar
II adanya sistem pengangkutan yang cekap
III mempunyai pasaran yang luas
IV adanya tenaga buruh yang ramai
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D II, III dan IV
Jawapan:

12. Apakah tujuan kerajaan Malaysia membuat pinjaman dari negara lain?
A Untuk membangunkan sektor perindustrian
B Untuk mengatasi masalah ekonomi yang meleset
C Untuk dilaburkan dalam pelbagai bidang ekonomi
D Untuk membayar hutang hasil usaha sama mencarigalian petroleum
Jawapan:

13. Apakah tiga sumbangan kegiatan ekonomi di kawasan luar bandar?
I membuka banyak peluang pekerjaan
II banyak rumah pangsa dibina
III sistem jalan raya yang semakin maju
IV terdapatnya kemudahan perhubungan dengan kawasan lain
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D I, III dan IV
Jawapan:

14. Dua sektor perkhidmatan yang bolehmeningkatkan pendapatan negara ialah
I perlombongan
II pengangkutan
III perlancongan
IV pertanian
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D II, III dan IV
Jawapan:

15. Antara dua kebaikan pemindahan teknologi dari negara lain ialah
I harga barangan akan murah
II pengambilan warga asing dapat dikurangkan
III mewujudkan pekerja mahir
IV kualiti barang semakin baik
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D II, III dan IV
Jawapan:

16. Peningkatan taraf hidup dapat dilihat melalui dua cara iaitu: "Salah satu sumbangan kegiatan ekonomi terhadap pembangunan negara ialah peningkatan taraf hidup." I bilangan tenaga kerja
II perkembangan kemudahan awam
III pendapatan perkapita
IV kuasa beli rakyat
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D II, III dan IV
Jawapan:

17. Apakah sumbangan kegiatan ekonomi terhadap pembangunan negara?
answer choices import bahan siap bertambah eksport bahan mentah semakin berkurangan peningkatan taraf hidup kemajuan dalam sistem perlombongan
Jawapan:

18. Jenis kegiatan ekonomi yang berkaitan dengan kawasan berlorek ialah
 Bab 7 Kegiatan Ekonomi di Malaysia
A perlombongan
B pelancongan
C pembalakan
D pertanian
Jawapan:

19. Sektor Primer merujuk kepada kegiatan
I penternakan
II pendidikan
III pengangkutan
IV perlombongan
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D II, III dan IV
Jawapan:

20. Aktiviti yang menukarkan bahan mentah kepada barangan siap
A Sektor Primer
B Sektor Sekunder
C Sektor Tertier
Jawapan:

21. Kegiatan ekonomi ini berada di sektor
 Bab 7 Kegiatan Ekonomi di Malaysia
A Primer
B Sekunder
C Tertier
Jawapan:

22. Lokasi perlancongan ini terlatak di.....
 Bab 7 Kegiatan Ekonomi di Malaysia
A Port Dickson
B Johor Bharu
C Subang Jaya
D Bandar Melaka
Jawapan:

23. Apakah faktor yang mempengaruhi perkembangan industri automotif di Malaysia ?
A Suhu yang sederhana, kira-kira 18° C
B Tanih yang subur
C Pemindahan teknologi dari negara maju
D Kaya dengan pelbagai bahan mentah
Jawapan:

24. Malaysia mempunyai pelbagai jenis tanih yang sesuai untuk pelbagai jenis tanaman. Jenis tanih mempengaruhi kegiatan pertanian di sesuatu kawasan. Tanih jenis Laterit sesuai dengan penanaman.....
I kelapa sawit
II padi sawah
III getah
IV nanas
V getah
A I dan II
B III dan IV
C I dan V
D I, III dan V
Jawapan:

25. Antara berikut, produk yang manakah dihasilkan bersaskan sumber hutan
A kereta
B bangunan
C perabot
D cakera padat
E cermin
Jawapan:

26. Kegiatan ekonomi yang sesuai dijalankan di kawasan tanah tinggi
I Pelabuhan
II Perikanan
III Pertanian
IV Pelancongan
V Perindustrian
A I dan II
B III dan IV
C I dan V
D I, III dan V
Jawapan:

27. Barangan sekunder seperti tembikar dan jubin dihasilkan daripada bahan mentah primer.........
A getah
B batu kapur
C kaolin
D kayu balak
E kelapa sawit
Jawapan:

28. Di manakah lokasi tumbuh-tumbuhan di atas berada ?
 Bab 7 Kegiatan Ekonomi di Malaysia
Jawapan:

29. Teknologi yang digunakan dalam kegiatan perikanan bagi mengesan ikan dalam laut.
A Gema Bunyi
B Nanoteknologi
C Polimer
D Penapaian
Jawapan:

30. Senarai di bawah merupakan kepentingan suatu kegiatan ekonomi.
* Menambahkan bekalan makanan
* Membekalkan bahan mentah
* Mengakibatkan pembukaan kawasan baru
Apakah kegiatan tersebut?
A Pertanian
B Pembalakan
C Perlombongan
D Perindustrian
Jawapan:

31. Pasaran boleh dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu
I pasaran tempatan
II pasaran semenanjung
III pasaran antarabangsa
IV pasaran dunia
A I dan II
B I dan III
C I dan IV
D I, III dan IV
Jawapan:

32. Malaysia banyak menerima tenaga buruh asing dari negara luar seperti...
I Myanmar
II Brunei
III Bangladesh
IV Indonesia
V Korea
A I dan II
B II dan III
C I dan V
D I, III dan IV
Jawapan:

33. "Pemindahan kemahiran, kepakaran dan teknik dari satu negara ke negara lain melalui proses pembelajaran, pengalaman dan latihan" - pernyataan ini merujuk kepada
A Kemajuan Ekonomi Negara
B Peningkatan Taraf Hidup
C Pemindahan Teknologi
Jawapan:

34. Pendapatan negara diperolehi daripada berikut, KECUALI...
A hasil import
B cukai
C pelancong asing
Jawapan:

35. Pertumbuhan bandar seperti Putrajaya dapat mengembangkan lagi kegiatan ekonomi negara dalam sektor
A Perindustrian
B Pendidikan
C Perkhidmatan
Jawapan:

36. Apakah kepentingan kegiatan ekonomi di Malaysia?
I Kemajuan ekonomi negara
II Membuka peluang pekerjaan
III Menggalakkan kestabilan politik
IV Harga barangan pengguna menurun
A I & II
B I & IV
C II & III
D III & IV
Jawapan:

37. Tanaman jualan utama Malaysia ialah________
A padi
B getah
C nanas
D kelapa sawit
Jawapan:

38. Pulau peranginan yang terletak di Sabah ialah _____
A Pulau Sipadan
B Pulau Redang
C Pulau Perhentian
D Pulau Cahaya Bulan
Jawapan:

39. Pulau peranginan yang terletak di Sabah ialah _____
A Pulau Sipadan
B Pulau Redang
C Pulau Perhentian
D Pulau Cahaya Bulan
Jawapan:

40. Apakah jenis industri yang terdapat di lokasi berikut?
Tanjung Malim, Perak Shah Alam, Selangor Gurun, Kedah
A perabot
B elektronik
C petrokimia
D automotif
Jawapan:

41. Gambar di atas merupakan ________________.
 Bab 7 Kegiatan Ekonomi di Malaysia
A barangan elektrik
B barangan elektronik
C barangan automotif
D barangan getah
Jawapan:

42. Apakah jenis pekerjaan yang tergolong dalam sektor primer ?
A Guru
B Nelayan
C Pekerja kilang
D Pemandu teksi
Jawapan:

43. Antara yang berikut, pulau peranginan yang manakah terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia ?
A Pulau Tioman
B Pulau Pangkor
C Pulau Ketam
D Pulau Langkawi
Jawapan:

44. Antara yang berikut, yang manakah tergolong dalam sektor tertier?
I Perikanan
II Perlombongan
III Perdagangan
IV Pelancongan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

45. Jenis pekerjaan di bawah dapat dikaitkan dengan
-Guru
-Peguam
-Pemandu pelancong
A Kewangan
B CPendidikan
C Perdagangan
D Perkhidmatan
Jawapan:

46. Faktor fizikal yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di Malaysia ialah
I Iklim
II Tanih
III Pasaran
IV Teknologi
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

47. En Ramli mengumpul daun teh di Cameron Highlands. Kegiatan ekonomi tersebut tergolong dalam
A sektor primer
B sektor sekunder
C sektor tertier
Jawapan:

48. Merupakan kegiatan ekonomi yang menawarkan pelbagai perkhidmatan
A Sektor tertier
B Sektor primer
C Sektor sekunder
Jawapan:

49. Pembuatan sarung tangan tergolong dalam sektor
A Primer
B Sekunder
C Tertier
Jawapan:

50. Faktor tanih aluvium sesuai untuk tanaman...
A getah
B kelapa sawit
C padi sawah
Jawapan:

51. Apakah tarikan utama pelancong ke pulau-pulau berikut?
• Pulau Tioman • Pulau Redang • Pulau Perhentian
I Keindahan batu karang
II Bangunan bersejarah
III Keunikan gua batu kapur
IV Keindahan pantai berpasir
A I & II
B I & IV
C II & III
D III & IV
Jawapan:

52. Faktor yang menggalakkan penanaman kelapa sawit di Malaysia ialah
I tanih laterit yang subur
II kaki bukit yang rata
III suhu sederhana, iaitu 18°C
IV hujan tahunan melebihi 2 600 mm
A I & II
B I & IV
C II & III
D III &IV
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。