1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Set 7 Latihan Sejarah Tingkatan 2 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 2

Bab 7: Kesultanan Melayu Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor

Klik untuk jawapannya

1. Pada abad ke- 15, Pahang merupakan negeri naungan Kesultanan Melayu Melaka yang diletakkan di bawah pentadbiran.
A Bendahara Tun Perak
B Bendahara Tun Muthahir
C Laksanan Hang Tuah
D Seri Bija Diraja
Jawapan:

2. Aspek utama warisan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka ialah...
I Sultan tonggak utama kerajaan
II Penggantian pemerintah berasaskan Adat Perpatih
III Sistem pentadbiran yang berasaskan Sistem Pembesar Empat Lipatan
IV Penggantian pemerintah berasaskan Adat Temenggung
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D I, III dan IV
Jawapan:

3. Apakah gelaran waris ganti dalam Kesultanan Pahang?
A Raja Muda
B Yang Di-Pertuan Muda
C Raja Di Hilir
D Tengku Mahkota
Jawapan:

4. Agama Islam memainkan peranan penting di dalam pemerintahan Kesultanan Melayu dalam membentuk sebuah kerajaan yang kukuh. Pernyataan manakah yang tidak benar
A Agama dapat dijadikan sumber pendapatan
B Agama membentuk masyarakat yang bersahsiah
C Agama melahirkan insan yang berakhlak mulia
D Agama dapat menjadi panduan dalam kehidupan seharian
Jawapan:

5. Apakah tujuan utama adat melenggang perut diamalkan dalam kalangan masyarakat Melayu?
A Memastikan bayi yang lahir matang
B Memastikan bayi dalam kandungan sihat
C Memberi semangat kepada ibu untuk melahirkan bayi
D Membetulkan kedudukan bayi di dalam perut ibu
Jawapan:

6. Apakah perbezaan di antara sistem pemerintahan yang diamalkan di negeri Perak dengan negeri Pahang, Terengganu dan Selangor?
A Kesultanan Perak mengamalkan penggantian pemerintah berasaskan Adat Temenggung
B Kesultanan Perak mengamalkan sistem berasaskan pembesar empat, lapan, enam belas dan tiga puluh dua
C Kesultanan Perak mengamalkan sistem penggiliran
Jawapan:

7. Gambar menunjukkan keris kebesaran diraja bagi sebuah negeri. Kenal pasti negeri apakah itu?
Bab 7 Kesultanan Melayu Pahang
A Selangor
B Pahang
C Terengganu
D Perak
Jawapan:

8. Undang-Undang 99 Perak adalah undang-undang bertulis yang digunakan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Dzulkarnain. Berapakah bilangan soalan yang terdapat dalam undang-undang tersebut?
A 92
B 99
C 88
D 82
Jawapan:

9. Karya Wan Muhammad Amin mengisahkan sejarah Kesultanan Selangor abad ke-19 dan ke-20. Karya tersebut merujuk kepada...
A Hikayat Selangor
B Syair Tawarikh Zainal Abidin
C Kenang-Kenangan Selangor
D Misa Melayu
Jawapan:

10. Mengapakah generasi masa kini perlu memelihara warisan tinggalan Kesultanan Melayu Melaka?
A Membentuk identiti negara
B Menjamin keamanan negara
C Membentuk masyarakat yang bertoleransi
D mewujudkan rasa bangga terhadap warisan Kesultanan Melayu Melaka
Jawapan:

11. Pada abad ke-19, Pahang telah menggunakan wang tampang, manakala semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah, Kesultanan Pahang telah menggunakan mata wang yang diperbuat daripada timah dan dikenali sebagai..
A Pitis
B Bidor
C Tampang
D Kupang emas
Jawapan:

12. Aktiviti perdagangan di pelabuhan Selangor berkembang pesat pada abad ke-17 hingga ke-19. Apakah pelabuhan utama kerajaan tersebut?
I Klang
II Kuala Selangor
III Pangkalan Batu
IV Petaling Jaya
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D I, III dan IV
Jawapan:

13. MISA MELAYU
Karya tersebut telah dihasilkan pada abad ke 18. Kandungannya menceritakan berkaitan dengan...
A sejarah kesultanan Pahang
B perdagangan
C peperangan
D sejarah kesultanan Perak
Jawapan:

14. ITQAN AL-MULUK BI TA'DIL AL-SULUK
Undang-undang tubuh di atas telah diperkenalkan oleh Kesultanan Terengganu. Undang-undang tersebut telah diperkenalkan semasa pemerintahan...
A Sultan Zainal Abidin I
B Sultan Zainal Abidin II
C Sultan Zainal Abidin III
D Sultan Zainal Abidin IV
Jawapan:

15. Adat istiadat ialah aturan dan perbuatan yang telah lazim dilakukan sejak sekian lama. Adat istiadat merupakan identiti dan keunikan warisan Kesultanan Melayu. Antara berikut yang manakah merupakan adat keputeraan?
I Melenggang perut ketika usia kandungan tujuh bulan
II Bayi diperdengarkan azan sebaik sahaja dilahirkan
III Santap beradab
IV Diarak menggunakan Seraja Diraja
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D I, III dan IV
Jawapan:

16. Raja Muhammad berangkat dari Melaka ke Pahang diiringi oleh golongan bangsawan Melaka yang kemudiannya dilantik sebagai...
I Bendahara
II Penghulu Bendahari
III Laksamana
IV Syahbandar
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D I, II dan IV
Jawapan:

17. Rajah menunjukkan sistem penggiliran pelantikan sultan di negeri X. Namakan negeri X.
Bab 7 Kesultanan Melayu Pahang
A Johor
B Perak
C Selangor
D Kelantan
Jawapan:

18. Siapakah yang bertanggungjawab memilih dan melantik sultan dalam sistem penggiliran dalam Kesultanan Perak?
A Majlis Mesyuarat Kerajaan
B Dewan Negara Perak
C Pembesar Berempat
D Orang Kaya-Kaya Perak
Jawapan:

19. Baginda merupakan Sultan Pahang yang ketiga dan antara yang masyhur. Baginda telah menjalinkan hubungan yang baik dengan Kesultanan Melayu Melaka.Baginda juga telah berjaya mempertahankan Pahang daripada diserang oleh Siam bersama-sama bantuan Kesultanan Melayu Melaka. Siapakah nama baginda?
A Sultan Muhammad Syah
B Sultan Abdul Jamil Syah
C Bendahara Siwa Raja Wan Ahmad
D Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Syah
Jawapan:

20. RajaMuzaffar, putera Sultan Mahmud Syah telah dijemput oleh 2 orang pembesar Perak. Siapakah nama kedua-dua pembesar tersebut ?
A Tun Saban dan Nakhoda Kassim
B Tun Saban dan Nakhoda Salleh
C Nakhoda Kassim dan Raja Mahmud Syah
D Tu Saban dan Megat Terawis
Jawapan:

21. Apakah keunikan warisan Kesultanan Melayu Melaka di Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor?
I Sistem pemerintahan
II Persuratan dan ekonomi
III Sistem pertahanan
IV Agama Islam dalam pemerintahan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D I, II dan IV
Jawapan:

22. Sultan Ala'iddin Suleiman Shah merupakan pemerintah Kesultanan Selangor yang mahsyur. Apakah sumbangan Sultan Ala'iddin Suleiman Shah terhadap Kesultanan Selangor?
A Membina jalan raya
B Memajukan Shah Alam
C Memindahkan ibu kota
D Membina landasan kapal terbang
Jawapan:

23. Pada abad ke-16, apakah kesultanan yang menaungi Selangor?
A Kesultanan Perak
B Kesultanan Johor-Riau
C Kesultanan Kedah Tua
D Kesultanan Melayu Melaka
Jawapan:

24. Raja Lumu di Selangor menggunakan gelaran?
A Sultan Zainal Abidin I
B Sultan Muzaffar Shah
C Sultan Iskandar Shah
D Sultan Salehuddin Shah
Jawapan:

25. Dibawah merupakan negeri yang pada awalnya sebahagian daripada legasi keturunan Kesultanan Melayu Melaka?
A Pahang & Perak
B Pahang & Johor
C Johor & Perak
D Perak & Terengganu
Jawapan:

26. Wilayah Pemerintahan Kerajaan Pahang meliputi dari
A Sedili Besar hingga Terengganu
B Terengganu hingga Sedili Besar
C Sedili Besar hingga Kelantan
D Kelantan hingga Sedili Besar
Jawapan:

27. Siapakah pengasas Kesultanan Terengganu?
A Tun Zainal Abidin
B Sultan Abdul Jalil
C Raja Kuning
D Che Buang
Jawapan:

28. KESULTANAN SELANGOR
Pada abad ke-18, masyarakat manakah yang semakin ramai menetap di Selangor?
A Masyarakat Jawa
B Masyarakat Siam
C Masyarakat India
D Masyarakat Bugis
Jawapan:

29. Sultan Selangor mendirikan pusat pemerintahan yang pertama di
A Kuala Lumpur
B Ampang
C Kuala Selangor
D Shah Alam
Jawapan:

30. Apakah kesan daripada kegagalan Sultan Abdul Ghaffur Muhaiyuddin Shah meninggalkan waris untuk Kesultanan Pahang?
A Berlaku konflik antara pembesar Pahang.
B Pusat pemerintahan Kesultanan Pahang berubah.
C Kesultanan Pahang ditadbir oleh keluarga Bendahara.
D Kesultanan Pahang menerima ancaman daripada Siam.
Jawapan:

31. Berikut adalah contoh karya sastera rakyat kecuali...
A Hikayat Sang Kancil.
B Hikayat Pelandok Jenaka.
C Hikayat Isma Yatim.
D Hikayat Pahang.
Jawapan:

32. Antara berikut, yang manakah merupakan alat kebesaran yang dibawa oleh Raja Muzzaffar semasa berangkat ke Perak?
I Nobat
II Keris diraja
III Keris Panjang Nang Chayam
IV Pedang Cura Si Manja Kini
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D I, II dan IV
Jawapan:

33. Sultan Abdul Jamil Shah merupakan sultan ketiga Pahang yang masyhur berikutan berjaya mempertahankan Pahang semasa diserang oleh
A Acheh
B Portugis
C Jambi
D Siam
Jawapan:

34. Keris taming sari merupakan keris kebesaran diraja negeri
A Perak
B Pahang
C Selangor
D Terengganu
Jawapan:

35. Sultan Iskandar Dzulkarnain merupakan Sultan Perak yang ke-15. Apakah sumbangan baginda dalam pemerintahan negeri Perak
I Memperkemaskan sistem pentadbiran negeri Perak
II Mula mengguna pakai Undang-undang 99 Perak
III Mula mentadbir dengan menggunapakai Undang- undang Itqan al-muluk bi ta’dil al-suluk
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D I, II dan III
Jawapan:

36. Sewaktu Raja Muzaffar berangkat ke Perak untuk ditabalkan sebagai sultan, baginda ada membawa alat- alat kebesaran dan Surat Ciri. apakah yang dimaksudkan dengan Surat Ciri
I Asalnya ditulis dalam bahasa Sanskrit
II Kalimah ucapan berbentuk puisi yang memuji kebesaran Raja-raja Melayu
III Surat kuasa mentadbir kerajaan Perak
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D I, II dan III
Jawapan:

37. Pada tahun bilakah Kesultanan Pahang diasaskan ?
A 1400
B 1450
C 1500
D 1470
Jawapan:

38. Sultan Iskandar Dzulkarnain telah memperkemaskan sistem pentadbiran negeri Perak dan mengguna pakai undang-undang X ? Apakah undang-undang X ?
A Hukum Kanun Melaka
B Itqan al-Muluk bi Ta'dil al-Suluk
C Undang-Undang Tubuh Negeri Perak
D Undang-Undang 99 Perak
Jawapan:

39. Pada pendapat anda,apakah gelaran Tun Zainal Abidin yang diberi oleh raja patani?
A Nang Nok (raja biru)
B Nang Ching (raja hijau)
C Nang Pang (raja kuning)
D Nang Chayam (raja kuning)
Jawapan:

40. Apakah tujuan Kesultanan Terengganu memperbaharui Istana Maziah?
A Untuk menjadi warisan negara
B Menunjukkan kemasyhuran Terengganu
C Istana rasmi bagi Sultan Terenggnu
D Untuk tontonan generasi masa kini
Jawapan:

41. Sultan negeri manakah yang menabalkan Raja Lumu sebagai Sultan Selangor?
A Sultan Perlis
B Sultan Kelantan
C Sultan Perak
D Sultan Selangor
Jawapan:

42. Apakah yang dianugerahkan oleh Sultan Perak?
A Nobat dan cop mohor
B Keris dan senjata
C Tengkolok
D Baju
Jawapan:

43. Pusat Pentadbiran Perak pertama terletak di?
A Tanah Abang
B Rantau Abang
C Teluk intan
D Kampar
Jawapan:

44. Kesultanan Perak telah diasaskan oleh?
A Raja Muzaffar
B Raja Mahmud Shah
C Raja Lumu
D Sultan Sallehuddin
Jawapan:

45. Pusat pentadbiran yang pertama Pahang terletak di?
A Pekan
B Kampar
C Bera
D Temerloh
Jawapan:

46. Antara berikut, apakah Undang-Undang Tubuh yang telah digubal semasa pemerintahan Sultan Abdul Aziz Al-Mu'tasim Billah ?
A Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu
B Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak
C Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor
D Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang
Jawapan:

47. Apakah negeri yang menganugerahkan gelaran berikut kepada pembesar negeri ?
ORANG KAYA INDERA SEGARA
A Perak
B Pahang
C Selangor
D Terengganu
Jawapan:

48. Apakah tanggungjawab Dewan di-Raja negeri Selangor ?
A Membantu dan menasihati Sultan dalam menjalankan fungsi Baginda
B Memilih dan Melantik Sultan
C Mengetuai istiadat pemakaman
D Bertanggungjawab mendaulatkan syiar Islam
Jawapan:

49. Sultan Zainal Abidin III (1881 - 1918) terkenal sebagai sultan yang membawa pemodenan Terengganu.
Apakah bukti yang menyokong pemodenan tersebut?
I Memperkenalkan sistem cukai
II Melaksanakan pentadbiran Barat
III Menubuhkan mahkamah syariah
IV Menggubal undang-undang tubuh negeri
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

50. Peristiwa berikut berlaku di negeri Selangor.
Rakyat mengadakan sambutan keramaian Jubli Emas di Klang sempena genap 40 tahun pemerintahan baginda.
A Sultan Ibrahim Shah
B Sultan Salehuddin Shah
C Sultan Alai'ddin Suleiman Shah
D Sultan Sharafuddin Idris Shah al-Haj
Jawapan:

51. Pernyataan berikut berkaitan dengan adat istiadat masyarakat Melayu.
Adat Bercukur
Bilakah adat tersebut dilaksanakan?
A Tiga hari
B Lima hari
C Tujuh hari
D Sembilan hari
Jawapan:

52. Kitab Tib telah disalin oleh Haji Mahmud al-Jawi pada tahun 1819.
Apakah kandungan kitab tersebut?
A Sastera rakyat
B Sejarah perubatan
C Sejarah kesultanan
D Epik kepahlawanan
Jawapan:

53. Antara berikut, yang manakah merupakan warisan Hukum Kanun Melaka?
I Hukum jual beli
II Larangan istana
III Peraturan belayar
IV Tanggungjawab nakhoda
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

54. Keluarga Bendahara Johor yang mentadbir Pahang, kemudian mengasaskan Kesultanan Pahang yang baharu. Pengasasnya ialah Bendahara ________.
A Siwa Raja Wan Mansur
B Siwa Raja Wan Mahmud
C Siwa Raja Wan Ali
D Siwa Raja Wan Ahmad
Jawapan:

55. Apakah sumbangan tokoh berikut terhadap Kesultanan Pahang ?
SULTAN ABDUL JAMIL SHAH
A Menghalang serangan daripada Siam
B Membantu Melaka menyerag Portugis
C Mendirikan pusat pentadbiran awal kesultanan Selangor
D Mengasaskan Kesultanan Pahang
Jawapan:

56. Rajah berikut berkaitn dengan peranan Mufti di Negara kita ?
Negeri X = Pelantikan Mufti sebagai anggota Dewan Di-raja
Apakah negeri tersebut ?
A Melaka
B Pulau Pinang
C Selangor
D Sabah
Jawapan:

57. Struktur pentadbiran negeri-negeri Melayu bermula dari peringkat.....
A negeri, jajahan, daerah dan kampung
B kampung, jajahan, daerah dan negeri
C kampung, daerah, jajahan dan negeri
D kampung, negeri, daerah dan jajahan
Jawapan:

58. Apakah fungsi cap mohor diraja?
A lambang raja berkuasa
B mengesahkan arahan raja
C lambang kekuasaan pembesar
D lambang surat rasmi penghulu kampung
Jawapan:

59. Manakah pusat pentadbiran awal Kesultanan Selangor?
A Kuala Selangor
B Shah Alam
C Jugra
D Klang
Jawapan:

60. Mata wang berikut telah diperkenalkan dalam kalangan masyarakat tempatan.
Bab 7 Kesultanan Melayu Pahang
Apakah negeri yang telah memperkenalkan mata wang tersebut?
A Kedah
B Perak
C Pahang
D Selangor
Jawapan:

61. Apakah kegiatan ekonomi yang Utama di Perak dan Selangor?
A Penangkapan ikan
B Penanaman lada hitam
C Perusahaan kraf tangan
D Perlombongan bijih timah
Jawapan:

62. Dimanakah pusat pemerintahan pertama yang dibina oleh Sultan Zainal Abidin 1?
A Kemaman
B Tanjung Baru,Kuala Berang
C Istana Maziah,Kuala Terengganu
D Muzium Negeri Terengganu
Jawapan:

63. Pada pendapat anda,wilayah Terengganu meliputi apa?
A Besut-Kemaman
B Kemaman-Besut
C Kemaman-Dungun
D Dungun-Kemaman
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。