1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Set 3 Latihan Sejarah Tingkatan 2 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 2

Bab 3: Sosiobudaya Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

Klik untuk jawapannya

Bahagian Objektif
1. Funan menemui batu bersurat pada ________.
A abad pertama Masihi
B abad kedua Masihi
C abad ketiga Masihi
D abad keempat Masihi
Jawapan:

2. Bentuk candi merupakan sesuatu seni bina yang dicipta oleh masyarakat X. Apakah masyarakat X
A Funan
B Majapahit
C Srivijaya
D Champa
Jawapan:

3. Replika Batu Bersurat Talang Towo terletak di...
A Minangkabau
B Palembang
C Sumatera
Jawapan:

4. Apakah bahasa utama bagi Kerajaan Funan?
A Bahasa Melayu
B Bahasa Sanskrit
C Jawa Kuno
Jawapan:

5. Tulisan masyarakat Funan berasaskan tulisan Orang Hu iaitu menggunakan tulisan orang ________.
A Jawa
B Arab
C India
Jawapan:

6. Kerajaan Funan menggunakan kalendar SAKA. Yang berikut, manakah penyataan yang betul tentang kalendar ini?
I Diperkenalkan oleh Raja Kanishka
II pada tahun 80 M
III mengandungi 12 bulan
IV Raja Kanishka daripada Dinasti Tang
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

7. Pilih pernyataan yang BUKAN kepentingan bahasa dan tulisan.
A Menyimpan rekod pemerintahan
B Menyimpan rekod keselamatan
C Menyimpan rekod perundangan
D Menyimpan rekod keagamaan
Jawapan:

8. Apakah bukti yang menunjukkan Kerajaan Champa menggunakan tulisan Palava?
A Penemuan inskripsi bertarikh abad ke 6 yang ditulis oleh Raja Sambhuvarman
B Penemuan Batu Bersurat Karang Brahi bertarikh 686 M di Jambi
Jawapan:

9. Agama Islam tersebar di Champa sejak abad ke...
A 7
B 8
C 9
D 10
Jawapan:

10. Bahasa Melayu Champa jadi bahasa utama seiring perkembangan tulisan....
A Palava
B Kawi
C Pegon
D Jawi
Jawapan:

11. Apakah bahasa yang digunakan oleh Kerajaan Angkor?
I Bahasa Sanskrit
II Jawa Kuno
III Khmer
IV Melayu
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

12. Apakah bahasa utama Kerajaan Majapahit?
A Sanskrit
B Khmer
C Jawa Kuno
Jawapan:

13. Sejak tersebarnya agama Islam, masyarakat Majapahit mula menggunakan huruf _________________ dalam tulisan mereka
A Rumi
B Kawi
C Jawi
D Arab
Jawapan:

14. Apakah bukti yang menunjukkan penggunaan Bahasa Sanskrit dan tulisan Palava di Kedah Tua?
A Penemuan Batu Bersurat Karang Brahi
B Penemuan Batu Bersurat di Sungai Mas dan Cherok Tok Kun
C Penemuan Batu Bersurat Palas Pasemah
Jawapan:

15. Tulisan Kawi berasal dari....................
A Jawa
B India
Jawapan:

16. Perkataan KAWI diambil dari istilah KAVI yang membawa maksud?
A Penyanyi
B Penyair
C Penglipur lara
D Pemantun
Jawapan:

17. Apakah Huruf Arab diadaptasi dalam tulisan Jawi?
I Ba
II Nga
III Ya
IV Pa
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV
Jawapan:

18. Pilih perkataan bahasa Melayu yang mendapat pengaruh daripada Bahasa Arab
I Anggur
II Kerusi
III Bakti
IV Zalim
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV
Jawapan:

19. Pilih perkataan bahasa Melayu yang mendapat pengaruh daripada Bahasa Cina
I Kedai
II Teko
III Sampan
IV Gandum
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV
Jawapan:

20. Pilih perkataan bahasa Melayu yang mendapat pengaruh daripada Bahasa Tamil
I Sate
II Perli
III Bahasa
IV Seluar
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV
Jawapan:

21. Pilih tema utama tradisi lisan
I Nasihat
II Tumbuhan
III Alam Sekeliling
IV Asal Usul
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

22. Nyatakan Batu Bersurat kerajaan Srivijaya
I Batu Bersurat Karang Brahi
II Batu Bersurat Trowulan
III Batu Bersurat Palas Pasemah
IV Batu Bersurat Bukit Choras
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV
Jawapan:

23. Batu Bersurat Talang Tuwo merupakan sebuah seni binaan yang dihasilkan oleh masyarakat kerajaan Srivijaya pada __________.
A abad pertama
B abad ketiga
C abad kelima
D abad ketujuh
Jawapan:

24. Batu Bersurat Sdok Kok Thom muncul semasa pemerintahan _____________
A Jayavarman I
B Jayavarman II
C Jayavarman III
D Jayavarman IV
Jawapan:

25. Apakah jenis tulisan yang digunakan dalam karya asal Hikayat Amir Hamzah?
A Jawi
B Arab
C Kawi
D Palava
Jawapan:

26. Dimanakah masyarakat kerajaan Kedah Tua menulis inskripsi berkaitan dengan doa dan amalan keagamaan?
A Dinding gua
B Dinding candi
C Kepingan timah
D Kepingan perak /emas/ tanah liat
Jawapan:

27. Apabila Islam tersebar, sastera Islam ialah berbentuk _________.
I Syair
II Nazam
III Pantun
IV Cerita Rakyat
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV
Jawapan:

28. Antara contoh hasil seni bina ialah
I candi
II rumah
III perkapalan
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D I, II dan III
Jawapan:

29. Apakah ciri perkapalan Kerajaan Funan?
A mampu membina kapal besar yang boleh memuatkan sehingga 700 orang dan 1000 tan kargo barangan
B terkenal dengan perahu panjang yang boleh memuatkan 80 penumpang
Jawapan:

30. Apakah bentuk seni bina yang telah dihasilkan oleh masyarakat Champa?
A Membuat kapal
B Membuat perahu
C Membuat baray
D Membuat candi
Jawapan:

31. Berapakah jumlah meter padu air yang boleh ditampung oleh baray yang dibina oleh masyarakat kerajaan awal Alam Melayu?
A 10 juta
B 20 juta
C 30 juta
D 40 juta
Jawapan:

32. Apakah bukti yang menunjukkan kerajaan Gangga Nagara mencapai kemajuan dalam bidang seni bina?
A Penemuan patung Hindu
B Penemuan patung Buddha
C Penemuan candi Gapura Bajang Ratu
D Penemuan candi Gapura Wringin Lawang
Jawapan:

33. Antara yang berikut, yang manakah fungsi kapal yang dibina oleh Kerajaan Angkor
I Peperangan
II Perdagangan
III Pelancongan
IV Pengangkutan
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D I, II dan III
Jawapan:

34. Anda membuat kajian berkaitan dengan pembinaan Candi Bayon, Angkor. Apakah aktiviti masyarakat yang diukir pada dinding candi tersebut?
A Bercucuk tanam
B Berburu binatang
C Menimbang barang
D Menangkap ikan
Jawapan:

35. Pilih candi Kerajaan Kedah Tua?
I di Bukit Choras
II di Dong Duong
III di Bukit Meriam
IV di Jawa Timur
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D I, II dan III
Jawapan:

36. Struktur sosial masyarakat kerajaan Alam Melayu agak tersusun dengan adanya kelas atasan dan kelas bawahan.
Apakah kesan struktur sosial yang sistematik terhadap sesebuah kerajaan?
A Memperkukuh sistem politik dan kedudukan pemerintah
B Mewujudkan sikap daya saing yang tinggi antara kerajaan
C Mempercepatkan hubungan diplomatik dengan kerajaan luar
D Memudahkan urusan perluasan kuasa kerajaan – kerajaan lain
Jawapan:

37. Istilah Kavi berasal daripada _________.
A Bahasa Tamil
B Bahasa Parsi
C Bahasa Arab
D Bahasa Sanskrit
Jawapan:

38. Apakah kerajaan yang membina candi di Kedah?
A Kerajaan Byzantine
B Kerajaan Majapahit
C Kerajaan Sailendra
D Kerajaan Chola
Jawapan:

39. Pilih golongan Rakyat Merdeka
I Pedagang
II Ilmuan
III Golongan Agama
IV Pekerja Istana
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

40. Golongan yang memberi taat setia dan menjana ekonomi ialah golongan...............
A Raja
B Bangsawan
C Rakyat
D Hamba
Jawapan:

41. Golongan yang mendokong sistem pentadbiran Kerajaan ialah golongan....
A Raja
B Bangsawan
C Rakyat
D Hamba
Jawapan:

42. Kerajaan X telah menemui penulisan karya sejarah Nagarakartagama. Apakaha kerajaan X?
A Kerajaan Champa
B Kerajaan Srivijaya
C Kerajaan Kedah Tua
D Kerajaan Majapahit
Jawapan:

43. Pilih golongan hamba
I Petani
II Hamba Berhutang
III Nelayan
IV Tawanan Perang
A I dan II
B II dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

44. Candi Borobodur merupakan seni bina yang diciptakan oleh kerajaan ______.
A Angkor
B Funan
C Sailendra
D Majapahit
Jawapan:

45. Batu Bersurat Kauthara ditemui oleh kerajaan _________.
A Champa
B Majapahit
C Srivijaya
D Kedah Tua
Jawapan:

46. Apakah cara utama penyebaran agama Hindu, Buddha dan Islam di Alam Melayu?
A Perdagangan
B Penaklukan
Jawapan:

47. Tandakan tradisi lisan.
I Asal-usul
II Binatang
III Syair
IV Teladan V Adat
A I dan II
B I, II dan IV
C I, III dan V
D I, II, IV dan V
Jawapan:

48. Antara berikut, yang manakah karya kisah nabi?
I Hikayat Nabi Wafat
II Hikayat Nabi Bercukur
III Hikayat Batu Berbelah
IV Hikayat Bulan Berbelah
A I dan II
B I, II dan IV
C I dan V
D I, III dan IV
Jawapan:

49. Tandakan fungsi candi
I Rumah ibadat
II Pusat pendidikan
III Penyimpanan air
IV Pertemuan masyarakat
V Sistem pengairan
A I dan II
B I, II dan IV
C I, III dan V
D I, II, IV dan V
Jawapan:

50. Tandakan kepentingan peranan golongan pemerintah dan golongan diperintah dalam sesebuah kerajaan.
I Pengukuhan sistem masyarakat
II Menyumbang kepada hasil kekayaan kerajaan
III Kestabilan kerajaan
IV Mengukuhkan kedudukan golongan pemerintah
A I dan II
B II dan IV
C I dan III
D III dan IV
Jawapan:

51. Dalam kerajaan Majapahit, tulisan yang menggunakan huruf Arab bagi menulis bahasa Jawa dikenali sebagai tulisan
A Tulisan Jawi
B Tulisan Pegon
C Tulisan Palava
D Tulisan Khmer
Jawapan:

52. Penggunaan Tulisan Palava dibuktikan dengan penemuan inskripsi bertarikh abad ke -6. Siapakah penulis inskripsi tersebut?
A Raja Kecil
B Raja Srivijaya
C Raja Sambhurvanan
Jawapan:

53. Batu-batu bersurat seperti Kedukan Bukit, Kota Kapur, Telaga Batu dan Talang Tuwo berasal dari kerajaan
A Kerajaan Srivijaya
B Kerajaan Funan
C Kerajaan Angkor
Jawapan:

54. Apakah dinasti yang telah memperkenalkan penggunaan Kalandar Saka?
A Dinasti Han
B Dinasti Ming
C Dinasti Kushan
D Dinasti Maurya
Jawapan:

55. Antara berikut, yang manakah istilah yang berasal daripada Bahasa Arab
A popia
B tauhu
C seluar
D dosa
Jawapan:

Bahagian Subjektif
1. Jawab soalan di bawah tentang aspek bahasa dan aspek tulisan masyarakat kerajaan Alam Melayu.
(a) Bagaimanakah golongan pemerintah dalam masyarakat kerajaan Alam Melayu menerima pendidikan?


(b) Apakah kesannya apabila golongan pemerintah ini menerima pendidikan?


(c) Senaraikan ilmu yang dipelajari oleh golongan diperintah, iaitu rakyat.


(d) Berdasarkan gambar ukiran watak Ramayana pada dinding Angkor Wat, nyatakan agama apakah yang mempengaruhi ukiran tersebut?


(e) Rasionalkan kepentingan sistem bahasa dan sistem tulisan dalam perkembangan masyarakat kerajaan Alam Melayu.


(f) Bagaimanakah latar belakang kelahiran tulisan Jawi di Alam Melayu?


(g) Senaraikan pengaruh bahasa asing yang terdapat dalam Bahasa Melayu.



2 Persuratan kerajaan Alam Melayu mendapat pengaruh epik dan sastera India yang terkenal. Apabila Islam tersebar ke Alam Melayu, sastera Islam mula mempengaruhi persuratan Melayu.
(a) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah takrifan karya saduran?


(b) Namakan epik India yang mempengaruhi persuratan kerajaan Alam Melayu.
(i)
(ii)
(iii)
(c) Senaraikan kisah kehidupan nabi-nabi yang ditulis ke dalam Bahasa Melayu.
(i)
(ii)
(iii)
(d) Perjuangan pahlawan Islam juga diterjemahkan ke Bahasa Melayu. Nyatakan tiga buah karya tentang pahlawan Islam yang mempengaruhi persuratan Melayu.
(i)
(ii)
(iii)

3 Seni bina merupakan suatu seni mereka bentuk sebuah binaan yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu.
(a) Nyatakan ciri-ciri keistimewaan yang terdapat pada Candi Borobudur yang terletak di Jawa Tengah.




(b) Selain membina candi, masyarakat Majapahit turut membina pintu gerbang. Namakan pintu gerbang tersebut dan fungsinya.
Nama pintu gerbang (i)

Fungsi :

Nama pintu gerbang (ii)

Fungsi :

(c) Berdasarkan pemerhatian anda, apakah yang membezakan seni bina candi dalam kerajaan Kedah Tua dengan seni bina candi di Alam Melayu yang lain?






(d) Berikan idea yang rasional tentang tinggalan seni bina candi masyarakat kerajaan Alam Melayu yang tidak wajar dimusnahkan untuk digantikan dengan bangunan yang moden.


(e) Berdasarkan penilaian anda, bagaimanakah masyarakat masa kini dapat memanfaatkan tinggalan seni bina candi ini?






4 Struktur sosial masyarakat kerajaan Alam Melayu yang tersusun memperkukuh sistem politik dan kedudukan pemerintah.
(a) Nyatakan hubungan dua hala yang berlaku antara golongan pemerintah dengan golongan diperintah.



(b) Berikan penilaian anda tentang impak sekiranya peranan kedua-dua golongan dalam 2(a) dapat dimainkan dengan baik.






Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。