1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Set 2 Latihan Sejarah Tingkatan 5 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 5

Bab 2: Perlembagaan Persekutuan

Klik untuk jawapannya

1. Maklumat berikut berkaitan ciri-ciri demokrasi berparlimen
· Dijadikan dokumen rasmi
· Terkandung segala peraturan dan prinsip
· Menjadi asas kepada pemerintahan negara
Apakah yang boleh dikaitkan dengan maklumat tersebut?
A Negara
B Bangsa
C Kerajaan
D Perlembagaan
Jawapan:

2. Pihak manakah yang menentukan undang-undang di negeri-negeri Melayu?
A Raja
B Rakyat
C Pembesar
D Majlis Tertinggi
Jawapan:

3. Berikut merupakan undang-undang negeri Melayu ditentukan KECUALI
A Berasaskan adat melayu
B Berbincang dengan Gabenor
C Berpandukan tradisi tempatan
D Berdasarkan titah perintah raja
Jawapan:

4. Apakah persamaan antara undang-undang berikut?
· Hukum Kanun Melaka
· Undang-Undang Kedah
· Undang-Undang 99 Perak
A Meniru prinsip perundangan Barat
B Menjadi asas perlembagaan negara
C Merupakan undang-undang bertulis
D Menjadi asas perundangan hari ini
Jawapan:

5. Perlembagaan Sarawak memberi kuasa kepada badan membuat undang-undang. Apakah badan tersebut?
A Majlis Kerja
B Majlis Negeri
C Majlis Tertinggi
D Majlis Undangan
Jawapan:

6. Antara berikut yang manakah merupakan anggota Majlis Tertinggi di Sarawak?
I. Residen British
II. Peguam Negara
III. Ketua Setiausa
IV. Yang Dipertua Negeri
A I, dan II
B I, dan IV
C II, dan III
D III, dan IV
Jawapan:

7. Apakah sistem pemerintahan yang diperkenalkan melalui Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957?
I. Sistem Monarki
II. Demokrasi Berparlimen
III. Raja Berperlembagaan
IV. Sistem Republik
A I, dan II
B I, dan IV
C II, dan III
D III, dan IV
Jawapan:

8. Rajah berikut berkaitan dengan penggubalan Perlembagaan Persekutuan
Bab 2: Perlembagaan Persekutuan
Apakah X?
A Parlimen
B Suruhanjaya
C Kementerian
D Badan kehakiman
Jawapan:

9. Mengapakah perundangan Charter of Justice berikut diperkenalkan di Negeri-Negeri Selat
A Memajukan ekonomi
B Melindungi penduduk
C Membangunkan negeri
D Mengukuhkan perpaduan
Jawapan:

10. Apakah sumbangan Majlis Negeri Perak pada tahun 1877 terhadap negeri-negeri Melayu?
A Menjaga kebajikan rakyat
B Menggubal undang-undang
C Menguruskan pentadbiran negeri
D Menguruskan sumber perbendaharaan
Jawapan:

11. Majlis Persekutuan terlibat dalam penggubalan undang-undang negeri. Apakah negeri tersebut?
A Negeri-Negeri Selat
B Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
C Negeri-Negeri Melayu Utara
D Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
Jawapan:

12. Apakah persamaan peranan pentadbiran tempatan berikut?
· Majlis Tertinggi
· Majlis Negeri
· Council Negeri
A Penggubal dasar kerajaan
B Penasihat ketua negeri
C Pemungut cukai negeri
D Pembuat undang-undang
Jawapan:

13. Apakah yang menjadi asas kepada pembentukan Persekutuan di negara kita?
A Pilihan raya umum 1955
B Penubuhan gagasan Malaysia 1963
C Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
D Perlembagaaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
Jawapan:

14. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu bermodelkan Westminster. Model tersebut berasal daripada
A Britain
B Belanda
C Amerika Syarikat
D Sepanyol
Jawapan:

15. Gambar berikut berkaitan dengan laporan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Apakah Suruhanjaya yang menghasilkan laporan tersebut?
Bab 2: Perlembagaan Persekutuan
A Suruhanjaya Reid
B Suruhanjaya Cobbold
C Suruhanjaya Pilihan Raya
D Suruhanjaya Tinggi British
Jawapan:

16. Apakah terma rujukan utama dalam Perjanjian Persekutuan 1957?
A Kedudukan Bahasa Melayu
B Kedudukan 3 komponen negara
C Kerajaan Negeri yang kukuh
D Kewarganegaraan yang sama
Jawapan:

17. Senarai berikut merupakan ciri utama Perlembagaan
· Ciri moden
· Ciri tradisional
Apakah kepentingan ciri-ciri utama Perlembagaan tersebut?
I. Membentuk kerajaan
II. Melicinkan pentadbiran
III. Menjamin kestabilan negara
IV Memajukan negara
A I, dan II
B I, dan IV
C II, dan III
D III, dan IV
Jawapan:

18. Rajah berikut berkaitan dengan perubahan sistem pemerintahan negara kita. Mengapakah berlaku perubahan pemerintahan tersebut?
Bab 2: Perlembagaan Persekutuan
A Mencapai kemajuan
B Mengekalkan perpaduan
C Memperoleh kemerdekaan
D Mengadakan hubunngan luar
Jawapan:

19. Maklumat berikut merujuk kepada kuasa pemerintahan
· Membuat perlantikan jawatan utama negara
· Mempunyai kuasa mengampun dan menangguhkan
hukuman orang disabitkan kesalahan oleh mahkamah
Apakah kuasa pemerintahan tersebut?
A Badan Kehakiman
B Yang Dipertuan Agong
C Yang di Pertua Negeri
D Perdana Menteri
Jawapan:

20. Apakah ciri-ciri tradisional Perlembagaan Persekutuan Malaysia?
I. Agama Islam
II. Kedudukan orang Melayu
III. Tanah Simpanan Melayu
IV Sistem Pendidikan
A I, dan II
B I, dan IV
C II, dan III
D III, dan IV
Jawapan:

21. Bagaimanakah raja menjalankan kuasa eksekutif di peringkat negeri?
A Melaksanakan pembahagian bidang kuasa
B Menubuhkan pelbagai jabatan baharu
C Melicinkan pentadbiran peringkat pusat
D Menerima nasihat Majlis Mesyuarat Negeri
Jawapan:

22. Apakah perkara yang raja tidak perlu menerima nasihat daripada Penasihat British?
A Adat Istiadat orang Melayu
B Kedudukan orang Melayu
C Keistimewaan orang Melayu
D Tugas Yang Dipertuan Agong
Jawapan:

23. Rajah berikut menunjukkan bidang kuasa Yang Dipertuan Agong
Bagaimanakah kedudukan baginda di negeri-negeri tersebut?
Bab 2: Perlembagaan Persekutuan
A Menubuhkan Majlis Tertinggi
B Melantik Menteri Besar
C Ketua Angkatan Tentera
D Ketua agama Islam
Jawapan:

24. Apakah peranan Bahasa Melayu sejak Kesultanan Melayu Melaka?
I. Sebagai Bahasa ilmu
II. Menjadi lingua Franca
III. Menjadi lambang kerajaan
IV Diiktiraf Bahasa rasmi
A I, dan II
B I, dan IV
C II, dan III
D III, dan IV
Jawapan:

25. Apakah kuasa yang menjaga kedudukan orang melayu dan bumiputera sebelum merdeka?
I. Raja
II. Ketua peribumi
III. Pegawai Daerah
IV Yang Dipertuan Negeri
A I, dan II
B I, dan IV
C II, dan III
D III, dan IV
Jawapan:

26. Bagaimanakah bidang kuasa Sarawak dan Sabah apabila Malaysia dibentuk?
A Menjadi kerajaan persekutuan
B Memperoleh beberapa autonomi
C Menubuhkan beberapa resedensi
D Menerima nasihat kerajaan pusat
Jawapan:

27. Apakah bukti Malaysia mengamalkan sistem demokrasi?
A Menggubal Perlembagaan Persekutuan
B Menubuhkan pelbagai kementerian
C Mengadakan pilihan raya umum
D Melakukan pengagihan kuasa
Jawapan:

28. Apakah perkara yang dipinda dalam Perlembagaan 1963?
I. Kerajaan yang sama
II. Kedudukan agama Islam
III. Struktur Mahkamah Atasan
IV Jawatan Yang Dipertua Negeri
A I, dan II
B I, dan IV
C II, dan III
D III, dan IV
Jawapan:

29. Apakah mahkamah tersebut
Mendengar mana-mana persoalan perlembagaan dan pertikaian antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
A Mahkamah Atasan
B Mahkamah Rayuan
C Mahkamah Persekutuan
D Mahkamah Tinggi Borneo
Jawapan:

30. Sebelum kedatangan British, negara diperintah berdasarkan pemerintahan
A Beraja
B Bangsawan
C Diktator
D Ketua bebas
Jawapan:

31. Apakah asas pembentukan perlembagaan negara?
I. Undang-undang lisan
II. Undang-Undang Islam
III. Undang-Undang Inggeris
IV Undang-Undang Negeri Melayu
A A I, dan II
B I, dan IV
C II, dan III
D III, dan IV
Jawapan:

32. Apakah tujuan pengenalan undang-undanng British di Negeri-Negeri Selat?
A Melindungi hak penduduk asal
B Memakmurkan ekonomi negeri
C Menghapuskan kuasa bangsawan
D Menjadi panduan pegawai British
Jawapan:

33. Apakah persamaan fungsi badan pentadbiran berikut?
· Majlis Negeri
. Majlis Undangan Negeri
A Melindungi kuasa raja
B Menggubal undang-undang
C Menetapkan sempadan negeri
D Menjaga kebajikan penduduk asal
Jawapan:

34. Gambar berikut menunjukkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Apakah kandungan perlembagaan tersebut?
Bab 2: Perlembagaan Persekutuan
I. Hubungan luar
II. Sempadan negeri
iii. Kewarganegaraan
IV Kuasa Raja Melayu
A I, dan II
B I, dan IV
C II, dan III
D III, dan IV
Jawapan:

35. Apakah perkara yang menjadi terma rujukan dalam penggubalan Perjanjian Persekutuan 1957?
A Kedudukan Pegawai British
B Pengenalan undang-undang barat
C Gabungan Kerajaan Persekutuan dan Negeri
D Hak istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain
Jawapan:

36. Senarai berikut menunjukkan ciri tradisional dalam Perlembagaan Persekutuan
· X
· Agama Islam
· Bahasa Melayu
Apakah X?
A Kewarganegaraan
B Konsep persekutuan
C Pemerintahan beraja
D Demokrasi Berparlimen
Jawapan:

37. Apabila negara kita mencapai kemerdekaan tanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah diserahkan kepada
A Gabenor
B Menteri Besar
C Perdana Menteri
D Yang Dipertuan Agong
Jawapan:

38. Rajah berikut berkaitan dengan pindaan Perlembagaan 1963.
Bab 2: Perlembagaan Persekutuan
Apakah X?
A Kerakyatan
B Hubungan luar
C Penubuhan Kabinet Menteri
D Jawatan Yang di-Pertua Negeri
Jawapan:

39. Mengapakah pindaan Perlembagaan 1965 dibuat?
A Berakhirnya Zaman Darurat
B Negara mencapai kemerdekaan
C Pembentukan gagasan Malaysia
D Pemisahan Singapura dari Malaysia
Jawapan:

40. Maklumat berikut berkaitan dengan undang-undang yang terdapat pada zaman kesultanan melayu Melaka
· Hukum Kanun Melaka
· Undang-undang Laut Melaka
Manakah antara berikut, berkaitan dengan undang-undang tersebut?
I. Raja sebagai pemerintah
II. Ketaatsetiaan rakyat penting
III. Pembesar sebagai penentu peraturan
IV. Sempadan negeri ditentukan oleh raja
A I, dan II
B I, dan IV
C II, dan III
D III, dan IV
Jawapan:

41. Maklumat berikut merujuk kepada peristiwa di Sarawak.
Bab 2: Perlembagaan Persekutuan
Berdasarkan perlembagaan tersebut, badan manakah yang diberikan kuasa mentadbir negeri
I. Majlis Adat
III Majlis Negeri
II. Majlis Kerja
IV Majlis Tertinggi
A I, dan II
B I, dan IV
C II, dan III
D III, dan IV
Jawapan:

42. Maklumat berikut merujuk kepada Undang-Undang Inggeris
-Charter of Justice III
Mengapakah charter tersebut diperkenalkan?
A Memajukan ekonomi
B Menjalankan pentadbiran sivil dan jenaya
C Pentadbiran keadilan tidak memuaskan
D Negeri-Negeri Selat menggunakan perundangan sendiri
Jawapan:

43. Maklumat berikut berkaitan dengan negeri Perak
Mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak pada tahun 1877 dan dipengerusikan oleh Raja Muda Yusuf
Apakah kepentingan mesyuarat tersebut?
I. Mengekalkan kedaulatan
II. Menggubal undang-undang
III. Menguruskan kewangan
IV Mengukuhkan hubungan luar
A I, dan II
B I, dan IV
C II, dan III
D III, dan IV
Jawapan:

44. Badan manakah yang menggubal undang-undang bagi Negeri-Negeri Selat pada tahun 1946?
A Majlis Kerja
B Majlis Negeri
C Majlis Persekutuan
D Majlis Undangan Negeri
Jawapan:

45. Maklumat berikut berkaitan dengan perjanjian di negara kita
Bab 2: Perlembagaan Persekutuan
Apakah antara perkara terma rujukan perjanjian tersebut?
I. Penubuhan sebuah Parlimen
II. Kewarganegaraan yang sama
III. Pembentukan kesatuan politik
IV Pengukuhan kuasa mutlak raja
A I, dan II
B I, dan IV
C II, dan III
D III, dan IV
Jawapan:

46. Mengapakah gabungan ciri tradisional dan moden penting dalam Perlembagaan Persekutuan?
I. Menjamin kestabilan
II. Meningkatkan imej negara
III. Memperkukuhkan ketenteraan
IV Memperkukuhkan kemajuan negara
A I, dan II
B I, dan IV
C II, dan III
D III, dan IV
Jawapan:

47. Siapakah yang bertanggungjawab menjaga hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak selepas merdeka
A Kerajaan Negeri
B Perdana Menteri
C Menteri Besar
D Yang Dipertuan Agong
Jawapan:

48. Maklumat berikut merujuk saranan suruhanjaya
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri diberi kuasa dalam bidang tertentu
A Kemutlakan kuasa tertelak pada Kerajaan Persekutuan
B Bidang kuasa Kerajaan Negeri tidak boleh dipertikaikan
C Pengasingan kuasa dilaksanakan dalam sistem pemerintahan
D Parlimen berkuasa terhadap Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
Jawapan:

49. Kerajaan Malaysia telah mengambil usaha melakukan beberapa pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan 1957 pada tahun 1963. Apakah perkara yang berlaku kesan daripada pindaan tersebut?
I. Mahkamah Tinggi Borneo dibentuk
II. Mahkamah Persekutuan diwujudkan
III. Singapura dipisahkan daripada Malaysia
IV. Hubungan luar dengan negara ASEAN diasaskan
A I, dan II
B I, dan IV
C II, dan III
D III, dan IV
Jawapan:

50. Maklumat berikut berkaitan dengan Sarawak dan Sabah
- Sarawak dan Sabah diketuai oleh Yang Dipertuan Negeri
Siapakah yang melantik Yang Dipertua Negeri di negeri-negeri tersebut?
A Gabenor
B Ketua Peribumi
C Perdana Menteri
D Yang di-Pertuan Agong
Jawapan:

51. Apakah tujuan undang-undang awal di negeri-negeri melayu diwujudkan?
A A Mengukuhkan kuasa pemerintahan
B Menjamin kedaulatan negara
C Menetapkan pemerintahan
D Membahagikan wilayah
Jawapan:

52. Apakah kepentingan Laporan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957?
A Memodenkan negara
B Menguruskan institusi diraja
C Membolehkan pindaan dilakukan
D Menjadi asas kepada perlembagaan kini
Jawapan:

53. Pernyataan berikut berkaitan dengan kedudukan raja
-Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, raja mempunyai kuasa terhadap segala urusan pentadbiran
Apakah kedudukan raja pada zaman British?
A Penasihat British
B Pemerintah berdaulat
C Raja berkuasa mutlak
D Penggubal undang-undang
Jawapan:

54. Maklumat berikut merujuk kepada undang-undang Negeri Melayu
Bab 2: Perlembagaan Persekutuan
Apakah implikasi daripada pengenalan undang-undang tersebut?
A Kesultanan terunggul
B Kedaulatan negeri kukuh
C Kawalan terhadap raja ketat
D Keselamatan rakyat tidak terpelihara
Jawapan:

55. Maklumat berikut berkaitan dengan pengertian kemerdekaan
-Pada zaman pemerintahan British, Charter of Justice 1-1807 diperkenalkan
Apakah usaha British melalui piagam tersebut?
A Menyatukan mahkamah di Negeri-Negeri Selat
B Membentuk Mahkamah Atasan di Melaka
C Mewujudkan mahkamah di Pulau Pinang
D Memansuhkan sistem perundangan
Jawapan:

56. Berdasarkan Perlembagaan Sarawak 1956, siapakah yang diberikan kuasa menggubal undang-undang?
A Majlis Kerja
B Majlis Undangan
C Majlis Tertinggi
D Majlis Adat Istiadat
Jawapan:

57. Apakah peranan parlimen Malaysia?
A Mengisytiharkan darurat
B Melantik Yang di_pertuan Agong
C Melaksanakan tugas kehakiman
D Merangka undang-undang negara
Jawapan:

58. Pasangan manakah yang betul tentang badan yang bertanggungjawab untuk menggubal undang-undang pada tahun 1946?
Bab 2: Perlembagaan Persekutuan
A
B
C
D
Jawapan:

59. Mengapakah perjanjian Persekutuan 1948 penting bagi negara kita?
A Pembentukan sebuah persekutuan
B Pengembalikan kuasa pembesar
C Penyelesaian krisis kewangan
D Pengekalan kemerdekaan
Jawapan:

60. Maklumat berikut berkaitan dengan perkara terma rujukan utama dalam Perjanjian Persekutuan 1957.
· Menjamin kedudukan Raja-Raja Melayu
· Kewarganegaraan yang sama
· X
Apakah X?
A Memajukan ekonomi sara diri
B Mengurangkan perkauman
C Mempercepatkan proses kemerdekaan
D Membentuk Persekutuan yang kukuh
Jawapan:

61. Gambar berikut adalah majlis menandatangani Perjanjian Merdeka 1957
Bab 2: Perlembagaan Persekutuan
Apakah kepentingan perjanjian tersebut?
A Membentuk kerajaan republik
B Menguatkan pasukan tentera
C Menjamin keduudkan kaum masing-masing
D Menjamin kedudukan Raja-raja Melayu
Jawapan:

62. Pilih pasangan yang tepat berkaitan dengan pengerusi pentadbiran negeri berikut
Bab 2: Perlembagaan Persekutuan
A
B
C
D
Jawapan:

63. Maklumat berikut berkaitan dengan perubahan di negara Malaysia
Bab 2: Perlembagaan Persekutuan
Apakah yang menyebabkan perubahan tersebut?
I. Pemansuhan kedaulatan raja
II. Kerakyatan British diperkukuh
III Pengenalan demokrasi berparlimen
IV Negara mencapai kemerdekaan
A A I, dan II
B I, dan IV
C II, dan III
D III, dan IV
Jawapan:

64. Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri dan negeri lain. Negeri lain yang dimaksudkan ialah ………….
I. Sabah
II. Kelantan
III Terengganu
IV Wilayah Persekutuan
A I, dan II
B I, dan IV
C II, dan III
D III, dan IV
Jawapan:

65. Maklumat berikut merujuk kepada perlembagaan negara
Bab 2: Perlembagaan Persekutuan
Bagaimanakah sistem pemilihan pemimpin dilakukan di Sarawak dan Sabah sebelum menyertai Malaysia?
A Pemilihan secara tidak langsung
B Melalui titah perintah raja
C Pengundian oleh rakyat
D Melalui pilihan raya
Jawapan:

66. Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi dalam sesebuah negara. Apakah antara fasal penting dalam Perlembagaan Persekutuan di negara kita?
I. Bahasa melayu sebagai lingua franca
II. Kewarganegaraan yang sama bagi semua
III. Sistem demokrasi berparlimen diwujudkan
IV. Kerajaan Persekutuan memiliki kuasa penuh
A I, dan II
B I, dan IV
C II, dan III
D III, dan IV
Jawapan:

67. Pindaan Perlembagaan 1963 dilakukan dengan memasukkan beberapa klausa baharu. Apakah pindaan yang dilakukan?
A Pemisahan Singapura
B Pembentukan persekutuan Malaysia
C Menentukan taraf kewarganegaraa
D Melibatkan strutur Mahkamah Atasan
Jawapan:

68. Maklumat berikut berkaitan dengan Yang diPertua Negeri yang mesti mengikut nasihat sesuatu badan semasa menjalankan tugasanya
Apakah X?
A A Majlis Negeri
B Kabinet Negeri
C Kabinet Menteri
D Majlis Undangan
Jawapan:

69. Maklumat berikut berkaitan dengan asas pembentukan perlembagaan
-Perlembagaan merupakan unsur pentinng dalam sesebuah negara
Apakah asas pembentukan perlembagaan negara kita?
I. Undang-Undang Islam
II. Hukum adat dan tempatan
III Undang-Undang Inggeris
IV Undang-Undang negeri
A I, dan II
B II, dan III
C I, dan IV
D III, dan IV
Jawapan:

70. Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri undang-undang
· Raja sebagai pemerintah
· Rakyat memberikan ketaatsetiaan
Apakah jenis undang-undang tersebut?
A Undang-undang Inggeris
B Undang-undang dan adat Melayu
C Undang-undang negeri Melayu
D Perlembagaan Persekutuan
Jawapan:

71. Maklumat berikut berkaitan dengan undang-undang Inggeris
-Charter of Justice diambil daripada undang-undang yang digubal di England
I. Melaka
II. Sabah
III Sarawak
IV Pulau Pinang
A I, dan II
B I, dan IV
C II, dan III
D III, dan IV
Jawapan:

72. Senarai berikut berkaitan dengan undang-undang yang dilaksanakan di Negeri-Negeri Selat
· Charger of Justice I
· Charter of Justice II
· Charter of Justice III
Apakah tujuan pengenalan undang-undang tersebut?
A Melindungi penduduk asal
B Menghapuskan kuasa sultan
C Membanteras ancaman lanun
D Mengawal kemasukan imigran
Jawapan:

73 Maklumat berikut berkaitan dengan perlembagaan Sabah.
1950 – Majlis Undangan
Apakah kepentingan penubuhan Majlis Undangan kepada Sabah?
A Memajukan ekonomi
B CMenggalakkan pelaburan
C Menggubal undang-undang
D Menyertai Persekutuan Malaysia
Jawapan:

74. Antara berikut majlis yang manakah diberikan kuasa mentadbir negeri menurut Perlembagaan Sarawak pada tahun 1959?
I. Majlis Kerja
II. Majlis Negeri
III Majlis tertinggi
IV Majlis Undangan
A I, dan II
B I, dan IV
C II, dan III
D III, dan IV
Jawapan:

75. Maklumat berikut berkaitan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah melayu 1948
-Negeri-negeri Melayu Melaka dan Pulau Pinang
-Persekutuan Tanah melayu 1948
Apakah kesan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
A Pewujudan Kerajaan Pusat
B Pembentukan majlis Negeri
C Pelaksanaan undang-undang adat
D Pemansuhan undang-undang British
Jawapan:

76. Senarai berikut berkaitan dengan terma rujukan utama dalam Perjanjian Persekutuan 1957
· Kerajaan Persekutuan
· Kedudukan Raja Melayu
· Dua Dewan dalam Parlimen
· Hak istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain
· X
Apakah X?
A Charter of Justice
B Kewarganegaraan yang sama
C Raja Berperlembagaan
D Kepentingan Sarawak dan Sabah
Jawapan:

77. Senarai berikut berkaitan dengan ciri tradisional Perlembagaan Persekutuan?
· Pemerintahan beraja
· Agama Islam
· Kedudukan orang Melayu
· X
A Rukun Negara
B Bahasa Melayu
C Kewarganegaraan
D Demokrasi Berparlimen
Jawapan:

78. Sebagai pemerintah berdaulat, apakah ciri utama pemerintahan sultan dalam negeri Melayu di bawah pemerintahan baginda?
A Berkuasa penuh
B Diiktiraf oleh kuasa asing
C Mendapat sokongan rakyat
D Bercirikan pemerintahan Islam
Jawapan:

79. Maklumat berikut berkaitan dengan Yang di-Pertuan Agong.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Yang Dipertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi negara
Apakah bidang kuasa baginda?
I. Mengetuai pentadbiran negara
II. Mengampunkan dan menangguhkan hukuman
III. Membuat pelantikan jawatan utama negara
IV. Memartabatkan penggunaan Bahasa kebangsaan
A I, dan II
B I, dan IV
C II, dan III
D III, dan IV
Jawapan:

80. Apakah gelaran ketua negeri di negeri Selangor Darul Ehsan?
A Raja
B Menteri Besar
C Sultan
D Yang di-Pertuan Agong
Jawapan:

81. Semasa penjajahan British, siapakah yang mempunyai hak dalam agama Islam di negeri Perak?
A Sultan
B Menteri Besar
C Residen British
D Residen Jeneral
Jawapan:

82. Maklumat berikut berkaitan dengan sistem demokrasi berparlimen
-Asas kepada demokrasi ialah pilihan raya
Apakah kepentingan pilihan raya?
A Kedaulatan raja
B Perpaduan rakyat
C Keadilan perlembagaan
D Kebebasan memilih perwakilan
Jawapan:

83. Di negara kita, siapakah pihak yang mengendalikan pilihan raya?
A Majlis Daerah
B Jabatan Perdana Menteri
C Suruhan jaya Pilihan Raya
D Jabatan Perkhidmatan Awam
Jawapan:

84. Maklumat berikut berkaitan dengan kewarganegaraan dalam Perlembagaan
Bab 2: Perlembagaan Persekutuan
A Raja
B Taraf sama
C Dwikerakyatan
D Etnik nenek moyang
Jawapan:

85. Apakah yang menjadi asas perlembagaan baharu untuk Persekutuan Malaysia 1963?
A A Undang-Undang British
B Undang-Undang negeri Melayu
C Perlembagaan Tanah Melayu 1957
D Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
Jawapan:

86. Mengapakah pindaan Perlembagaan Persekutuan 1957 dilakukan pada tahun 1963?
A Pembentukan Malaysia
B Menubuhkan Mahkamah Atasan
C Memelihara kedudukan raja Melayu
D Menggalakkan kemajuan Sarawak dan Sabah
Jawapan:

87. Antara berikut yang manakah aspek yang terlibat dalam Pindaan Perlembagaan 1963?
I. Struktur Mahkamah Atasan
II. Pengagihan kekayaan
III. Peranan Bahasa Kebangsaan
IV. Jawatan Yang di_pertuan Negeri
A I, dan II
B I, dan IV
C II, dan III
D III, dan IV
Jawapan:

88. Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan sejarah tanah air.
1965 – Singapura keluar dari Malaysia
Bagaimanakah peristiwa tersebut dilaksanakan?
A Perjanjian pemisahan
B Persetujuan pemimpin
C Pindaan perlembagaan
D Arahan Perdana Menteri
Jawapan:

89. Gambar berikut menunjukkan sidang akhbar yang diadakan di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada tahun 9 Ogos 1965.
Apakah peristiwa penting yang boleh dikaitkan dengan sidang akhbar tersebut?
Bab 2: Perlembagaan Persekutuan
A Pemisahan Singapura daripada Malaysia
B Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan raya
C Kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia
D Pengisytiharan pengunderan British daripada negara
Jawapan:

90. Bagaimanakah seseorang itu layak menerima kerakyatan British mengikut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
A Mendapat perkenan raja
B Dilahirkan di Pulau Pinang
C Diarahkan bekerja di Melaka
D Mengundi dalam pilihan raya
Jawapan:

91. Apakah perkara terma rujukan utama dalam Perjanjian Persekutuan 1957?
A Sistem pilihan raya
B Hal ehwal imigresen
C Penetapan sempadan negeri
D Kewarganegaraa yang sama
Jawapan:

92. Majlis berikut ditubuhkan di Sabah pada tahun 1950
-Majlis Undangan
Apakah kuasa yang diberikan kepada Gabenor oleh majlis tersebut?
A Mengisytiharkan darurat
B Melantik pembesar darurat
C Menggubal undang-undang
D Menetapkan sempadan wilayah
Jawapan:

93. Apakah yang berkaitan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
A Kedudukan British
B Kuasa raja Melayu
C Penetapan sempadan
D Pembangunan ekonomi
Jawapan:

94. Pada zaman pentadbiran British, Negeri-Negeri Selat memperkenalkan undang-undang yang diambil dari England, iaitu Charter of Justice. Antara berikut, yang manakah peranan Charter of Justice II (1826)?
A Mewujudkan mahkamah di Pulau Pinang
B Mewujudkan mahkamah di Singapura dan Melaka
C Menyatukan mahkamah di Melaka dan Singapura
D Menyatukan mahkamah di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。