1 2 3 4 5 6 7 8

Set 8 Latihan Kimia Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 4

Bab 8: Bahan Buatan Dalam Industri

1. Kenalpasti formula asid sulfurik
A H2SO3
B HSO4
C H2SO4
D H4SO
Jawapan:

2. Bahan X mengalirkan elektrik dalam keadaan pepejal dan juga dalam keadaan leburan. Bahan X adalah bahan
A Aloi
B Garam
C Lemak
D Logam oksida
Jawapan:

3. Apakah proses industri yang menghasilkan asid sulfurik ?
A Proses Ostwald
B Proses Saponifikasi
C Proses Haber
D Proses Sentuh
Jawapan:

4. Dalam bekas mangkin, sulfur dioksida dan oksigen berlebihan disalurkan melalui mangkin X pada suhu 450 o C dan tekanan 1 atm untuk menghasilkan sulfur trioksida. Apakah mangkin X ?
 Bab 8: Bahan Buatan Dalam Industri
A vanadium (V) oksida
B besi
C kuprum sulfat
D nikel
Jawapan:

5. Dalam bekas penyerap, sulfur trioksida dilarutkan dalam asid sulfurik pekat. Nyatakan hasil dalam bekas penyerap.
A H2S2O7 oleum
B H2SO4 asid sulfurik pekat
C H3SO7 oleum
D HSO3 asid sulfurus
Jawapan:

6. Sulfur dioksida merupakan salah satu hasil sampingan Proses Sentuh yang mencemarkan alam sekitar. Kenalpasti kesan buruk gas ini . [ ada lebih dari 1 jawapan]
I menyebabkan masalah pernafasan seperti batuk dan sesak nafas
II apabila bertindakbalas dengan air hujan dan oksigen menghasilkan hujan asid yang mengakis bangunan
III meningkatkan pH tanah sehingga tanaman rosak
IV hidupan akuatik mati kerana tasik dan sungai bersifat asid
A I dan III sahaja
B I,II dan III sahaja
C I,II dan IV sahaja
D I,II III dan IV
Jawapan:

7. Berapakah nisbah campuran gas nitrogen kepada gas hidrogen mengikut isipadu yang dialirkan ke dalam pemampat untuk Proses Haber?
A 1:2
B 1:1
C 2:1
D 1:3
Jawapan:

8. Apakah keadaan optimum untuk penghasilan ammonia dalam proses industri .
A Suhu 200 oC, mangkin nikel dan tekanan 1 atm
B Suhu 200 oC, mangkin besi dan tekanan 450 atm
C Suhu 450 oC, mangkin nikel dan tekanan 1 atm
D Suhu 450 oC, mangkin besi dan tekanan 200 atm
Jawapan:

9. Hitung peratus nitrogen dalam baja ammonium sulfat . [ JAR : N=14, H=1, S=32, O=16 ]
A 18 %
B 21 %
C 38 %
D 66 %
Jawapan:

10. Apakah tujuan pengaloian ? [ Lebih dari 1 jawapan]
I mencegah kakisan logam
II meningkat kekuatan dan kekerasan logam tulen
III meningkat kekenyalan bahan
IV membaiki rupa bentuk logam
A III and IV only
B I , II and III only
C I, II and IV only
D I, II , III and IV
Jawapan:

11. Yang mana antara berikut bukan contoh aloi.
A germanium
B duralumin
C keluli
D loyang
Jawapan:

12. Gambarajah menunjukkan susunan atom dalam logam tulen berbanding susunan atom dalam aloi. Bagaimana kehadiran unsur lain dalam sesuatu logam mengubah sifat logam itu ?
 Bab 8: Bahan Buatan Dalam Industri
A atom asing mengisi tempat kosong antara atom logam dan mengubah keadaan fizik logam tersebut
B atom asing memudahkan logam tulen ditempa kerana saiz atom berbeza
C atom asing menyukarkan penggelongsoran lapisan atom berlaku dan menjadikannya sifat aloi lebih kuat dan keras
D atom asing menyebabkan sifat kimia logam berubah kerana aloi tidak tulen lagi
Jawapan:

13. Alat muzik ini diperbuat dari aloi loyang . Apakah komposisi loyang ?
 Bab 8: Bahan Buatan Dalam Industri
A Kuprum dan stanum
B Stanum , kuprum dan antimoni
C Kuprum dan zink
D Ferum dan karbon
Jawapan:

14. Apakah itu proses P
 Bab 8: Bahan Buatan Dalam Industri
A penyahpolimeran
B pengoksidaan
C pempolimeran
D pengoksidaan
Jawapan:

15. Berikut adalah contoh polimer sintetik kecuali
A poliisoprena
B perspeks
C polipropena
D polistirena
Jawapan:

16. Mengapakah penggunaan plastik / polimer sintetik perlu dihentikan berdasarkan poster ini ?
 Bab 8: Bahan Buatan Dalam Industri
A Plastik apabila terbakar membebaskan gas toksik
B Plastik tidak mudah terbiodegradasi
C Plastik mahal dan membazirkan wang
D Plastik menyerap air persekitaran habitat penyu
Jawapan:

17. Kaca ini sesuai untuk membuat alat masakan kerana sangat tahan haba dan mempunyai pekali pengembangan terma yang rendah
A kaca silika terlakur
B kaca soda kapur
C kaca plumbum
D Kaca borosilikat
Jawapan:

18. Apakah bahan yang tidak dibuat dibuat dari seramik
A kaca mata
B jubin
C pasu berliang
D bata
Jawapan:

19. Apakah kegunaan bahan komposit ini ?
 Bab 8: Bahan Buatan Dalam Industri
I sistem penyimpan tenaga bermagnet
II panel paparan maklumat
III kabel telekomunikasi
IV dalam endoskop
A I and III only
B I and IV only
C III and IV only
D I,II ,III and IV
Jawapan:

20. Kereta api laju menggunakan bahan komposit super konduktor iaitu aloi sebatian logam atua seramik oksida logam. Apakah sifat utama superkonduktor
 Bab 8: Bahan Buatan Dalam Industri
A boleh mengalir elektrik dengan baik
B sensitif dan stabil dari segi kimia
C tiada rintangan elektrik
D tahan beban yang berat
Jawapan:

21. Apakah bahan kimia yang penting dalam kaca fotokromik
 Bab 8: Bahan Buatan Dalam Industri
A silika
B argentum
C aluminosilikat
D argentum klorida
Jawapan:

22. Rajah 1 menunjukkan susunan atom dalam tembaga. Mengapakah tembaga lebih keras daripada kuprum tulen?
 Bab 8: Bahan Buatan Dalam Industri
A Atom zink membentuk ikatan hidrogen yang sangat kuat dengan atom kuprum
B Atom zink menghalang lapisan atom kuprum daripada menggelongsor di atas satu sama lain
C Atom zink menghalang elektron daripada bergerak bebas dalam lautan elektron
D Atom zink menyumbang lebih banyak elektron kepada lautan elektron
Jawapan:

23. Pembuatan barangan tembikar melibatkan proses pemanasan objek tanah liat pada suhu tinggi dalam relau. Mengapakah proses ini dilakukan?
A Untuk menyingkirkan air
B untuk mengekalkan bentuk
C untuk memecahkan semua ikatan antara atom
D untuk membentuk ikatan kovalen dan ikatan ion yang kuat
Jawapan:

24. Silikon karbida, SiC, merupakan contoh seramik termaju yang boleh digunakan untuk membuat ______.
A brek kereta
B cermin tingkap
C kabel elektrik
D tangki air
Jawapan:

25. Apakah sifat kaca gentian yang terlibat dalam pembuatan bampar kereta?
i. Ringan
ii. Penebat elektrik
iii. Mudah dibentuk
iv. Tahan haba
A i dan ii
B i dan iii
C ii dan iv
D iii dan iv
Jawapan:

26. Evolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) menyaksikan Internet Untuk Segala-galanya (Internet of Things, IOT) dalam hampir semua aspek kehidupan harian. Semua alatan elektronik boleh disambungkan kepada Internet melalui perkabelan rangkaian komputer. Apakah bahan yang paling sesuai untuk membuat kabel tersebut?
A Aluminium
B Kuprum
C Optik gentian
D Kaca gentian
Jawapan:

27. Sesuatu bahan konduktor akan kehilangan rintangan elektrik di bawah suatu suhu yang dinamakan sebagai
A suhu lebur
B suhu didih
C suhu genting
D suhu sifar
Jawapan:

28. Antara berikut, yang manakah benar mengenai sifat kaca soda kapur dan kaca borosilikat?
A Kaca soda kapur mempunyai ketumpatan rendah dan takat lebur tinggi, manakala kaca borosilikat mempunyai ketumpatan tinggi dan takat lebur rendah
B Kaca soda kapur mempunyai ketumpatan rendah dan pekali pengembangan rendah, manakala kaca borosilikat mempunyai ketumpatan tinggi dan pekali pengembangan tinggi
C Kaca soda kapur mempunyai takat lebur tinggi dan rintangan kejutan terma yang rendah, manakala kaca borosilikat mempunyai takat lebur rendah dan rintangan kejutan terma yang tinggi
D Kaca soda kapur mempunyai pekali pengembangan rendah dan rintangan kejutan terma yang rendah, manakala kaca borosilikat mempunyai pekali pengembangan tinggi dan rintangan kejutan terma yang tinggi
Jawapan:

29. Antara berikut, yang manakah benar mengenai aloi?
A Aloi ialah campuran dua atau lebih unsur dengan komposisi yang tetap
B Terdiri daripada sebatian logam atau sebatian separa logam
C Gabungan dua atau lebih bahan yang bukan homogen
D Komponen utama bagi campuran itu adalah separa logam.
Jawapan:

30. Antara berikut, yang manakah bukan sebab utama pengaloian?
A Lengai secara kimia
B Untuk meningkatkan kekerasan dan kekuatan
C Untuk menghalang hakisan
D Untuk memperbaiki rupa
Jawapan:

31. Bahan pengukuhan adalah __________ manakala bahan matriks adalah __________.
A lignin; gentian selulosa
B gentian selulosa; lignin
Jawapan:

32. Yang manakah antara berikut merupakan ciri-ciri seramik?
A Tidak reaktif secara kimia dan tidak mudah mengakis
B Konduktor haba yang baik
C Tidak mudah pecah
D Tidak kalis haba tinggi
Jawapan:

33. Rajah menunjukkan pasu bunga kristal yang diperbuat daripada sejenis kaca.
Apakah sifat utama utama kaca ini?
 Bab 8: Bahan Buatan Dalam Industri
A Mempunyai takat lebur yang tinggi
B Sangat tahan terhadap bahan kimia
C Mempunyai pekali pengembangan terma yang rendah
D Mempunyai indeks biasan yang tinggi
Jawapan:

34. Rajah menunjukkan mesin imej resonans bermagnet (MRI) yang digunakan di hospital. MRI digunakan untuk menghasilkan gambar organ dalaman organisma hidup.
 Bab 8: Bahan Buatan Dalam Industri
Antara kelebihan MRI :
(i)Tidak berbahaya kepada pesakit kerana tidak menggunakan radiasi
(ii)Kualiti imej yang lebih baik
Suatu bahan komposit dengan ciri yang istimewa merupakan komponen penting di dalam MRI.Apakah ciri istimewa bahan komposit tersebut?
A Mempunyai kekuatan regangan yang tinggi
B Dapat menghantar data digital dalam kapasiti yang tinggi dengan kelajuan yang tinggi
C Mampu mengalirkan arus elektrik tanpa sebarang rintangan apabila disejukkan kepada suhu yang rendah
D Mempunyai kekuatan yang tinggi tetapi ketumpatan yang agak rendah yang memudahkannya untuk dibentuk mengikut keperluan
Jawapan:

35. Konkrit diperkukuhkan hasil daripada gabungan konkrit dan keluli telah digunakan untuk membina Jambatan Pulau Pinang.
Mengapakah konkrit tidak sesuai digunakan untuk membina jambatan tersebut?
A Konkrit mudah terkakis
B Kos Penghasilan konkrit adalah sangat tinggi
C Konkrit tidak mampu menahan beban yang sangat berat
D Konkrit sangat tahan mampatan tetapi tidak tahan tegangan
Jawapan:

36. Antara yang berikut,yang manakah benar tentang aloi?
A Aloi ialah logam tulen yang lemah dan lembut
B Aloi ialah sebatian yang terdiri daripada logam dan bukan logam
C Aloi ialah rantai molekul panjang yang terbentuk daripada monomer
D Aloi ialah campuran dua atau lebih unsur dengan komposisi tetap yang tertentu di mana logam ialah komponen major
Jawapan:

37. Apakah kegunaan duralumin?
A Membuat rangka badan kapal terbang
B Membuat peralatan muzik
C Membuat penyambung elektrik
D Membuat peralatan pembedahan
Jawapan:

38. Antara jenis kaca yang berikut,manakah menunjukkan sifat-sifat di bawah?
-Takat lebur rendah (700oC)
-Mudah retak dengan perubahan suhu yang tiba-tiba
-Mudah diacu dan dibentuk
A Kaca Silika Terlakur
B Kaca Soda Kapur
C Kaca Borosilikat
D Kaca Plumbum
Jawapan:

39. Antara yang berikut,manakah benar tentang bahan komposit ?
I) Bahan terbentuk daripada gabungan dua atau lebih bahan
II) Dibina untuk tujuan dan kegunaan khusus
III) Mempunyai sifat yang lebih baik daripada komponen asalnya
IV) Konkrit yang diperkukuhkan,superkonduktor dan kaca fotokromik ialah contoh bahan komposit
A I,II dan III sahaja
B I,II dan IV sahaja
C II,III dan IV sahaja
D I,II,III dan IV
Jawapan:

40. Antara yang berikut,manakah mempunyai sifat-sifat di bawah?
-Kos bahan yang rendah
-Menghantar data melalui gelombang cahaya dalam komunikasi
A Superkonduktor
B Kaca fotokromik
C Gentian optik
D Kaca gentian
Jawapan:

41. Mengapakah sebuah kapal yang diperbuat daripada kaca gentian adalah lebih baik daripada keluli
A Lebih berat
B Lebih tahan dan fleksibel
C Kekuatan tegangan yang lebih rendah
D Lebih lembut dan lemah
Jawapan:

42. Gas X bertindak balas dengan air hujan menghasilkan hujan asid. Apakah gas X?
A Ammonia
B Karbon dioksida
C Sulfur dioksida
D Nitrogen dioksida
Jawapan:

43. Ammonia bertindak balas dengan bahan X untuk menghasilkan baja ammonium sulfat. Apakah bahan X?
A Sulfur
B Sulfur dioksida
C Asid sulfurik
D Natrium sulfat
Jawapan:

44. Antara berikut yang manakah mangkin digunakan dalam proses Haber?
A Ferum
B Hidrogen peroksida
C Vanadium(V) oksida
D Kalium manganat(VII)
Jawapan:

45. Aloi gangsa mempunyai komposisi seperti berikut:
90% Kuprium 10% Bahan Q
Apakah bahan Q:
A Stanum
B zink
C Ferum
D Aluminium
Jawapan:

46. Pada zaman sekarang, kita menggunakan polimer sintetik secara meluas kerana ianya agak murah, senang dibentuk dan mudah diwarnakan. Tetapi penggunaan polimer sintetik banyak menyebabkan pencemaran alam sekitar.
Antara yang berikut, yang manakah menerangkan bagaimana polimer sintetik ini menyebabkan pencemaran alam sekitar.
I tidak mudah terbiodegradasikan
II sistem salur air tersumbat menyebabkan banjir kilat
III Pembakaran polimer sintetik membebaskan gas yang beracun dan berbau sengit
IV Menyebabkan pembentukan alga
A I, II dan III
B I, II dan IV
C II, III dan IV
D I, III dan IV
Jawapan:

47. Penutup alatan memasak dibuat daripada jenis kaca Y. Kaca Y mempunyai pekali pengembangan terma yang rendah dan sangat tahan terhadap haba dan bahan kimia.
Apakah jenis kaca Y yang digunakan?
A Kaca plumbum
B Kaca borosilikat
C Kaca soda kapur
D Kaca silika terlakur
Jawapan:

48. Proses industri untuk PEMBUATAN ASID SULFURIK
A Proses Sentuh
B Proses Haber
C Saponifikasi
D Pengaloian
Jawapan:

49. Nyatakan sifat fizik ammonia adalah...
A Gas berwarna perang dengan bau sengit dan tidak larut dalam air
B Gas tidak berwarna dengan bau manis yang sangat larut dalam air
C Gas berwarna perang yang berbau sengit dan sangat larut dalam air
D Gas yang tidak berwarna dengan bau yang sengit dan sangat larut dalam air
Jawapan:

50. erikut adalah kesan hujan asid kecuali
A Mengkakis sturuktur bangunan dan jambatan yang diperbuat daripada logam
B Meningkatkan populasi hidupan akuatik
C Meningkatkan keasidan tasik-tasik dan sungai-sungai
D Meningkatkan keasidan tanah
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。