1 2 3 4 5 6 7 8

Set 6 Latihan Kimia Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 4

Bab 6: Asid, Bes Dan Garam

Klik untuk jawapannya

  1. Asid + Alkali ->
A Gula + Garam
B Gula + Air
C Garam + Air
D Garam beralkali
Jawapan:

2. Proses peneutralan menghasilkan bahan yang mempunyai nilai ____.
A pH 4
B pH 5
C pH 6
D pH 7
Jawapan:

3. Kaedah yang digunakan dalam proses peneutralan ialah ______.
A Peneutralan
B Pentitratan
C Pengasidan
D Pengalkalian
Jawapan:

4. Penunjuk fenolfthalein bertukar menjadi warna _______ apabila mencapai takat neutral.
A biru
B tidak berwarna
C kuning
D merah
Jawapan:

5. Asid hidroklorik + natrium hidroksida
A Natrium hidroklorik + air
B Natrium hidroksida + air
C Hidroklonatrium + air
D Kloronatrium + air
Jawapan:

6. Asid sulfurik + natrium hidroksida
A Sulfur dioksida + air
B Sulfur hidroksida + air
C Natrium sulfida + air
D Natrium sulfat + air
Jawapan:

7. Sengatan tebuan dapat dineutralkan dengan menggunakan ______.
A cuka
B garam
C gula
D losyen calamine
Jawapan:

8. Antara berikut, manakah contoh aplikasi peneutralan?
I Menabur kapur di atas tanah sebelum proses penanaman.
II Menggunakan ubat gigi semasa menggosok gigi.
III Menyaluti gula pada donat.
IV Menyapu losyen calamine apabila disengat lebah.
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D I, II dan IV
Jawapan:

9. pH bermaksud _________.
A potential of Hydrogen
B problem of Hydroxide
C positive of Helium
D power of Helix
Jawapan:

10. Apakah peneutralan?
A Tindak balas kimia antara asid dan alkali yang menghasilkan garam dan air
B Tindakan asid terhadap alkali yang membentuk garam dan air
C Proses di mana alkali meneutralkan asid menjadi neutral
D Keadaan garam yang terbentuk daripada campuran asid dan alkali
Jawapan:

11. Antara berikut, yang manakah benar tentang larutan ammonia dalam metilbenzena?
A Mempunyai nilai pH lebih daripada 7
B Tiada perubahan pada kertas litmus merah
C Mengion separa untuk menghasilkan ion hidroksida
D Ion ammonium dan ion hidroksida bergerak bebas di dalam larutan
Jawapan:

12. Beberapa titis asid nitrik ditambah ke dalam sebuah tabung uji yang berisi larutan kalium klorida. Apakah nilai pH yang paling sesuai untuk larutan campuran itu?
A 2.0
B 5.5
C 7.0
D 9.8
Jawapan:

13. Asid fosforik ialah asid lemah yang ___________.
A mempunyai nilai pH 1.0
B tidak boleh meneutralkan larutan alkali
C menukarkan kertas litmus merah kepada biru
D mengion separa di dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen
Jawapan:

14. Persamaan kimia yang manakah mewakili suatu tindak balas peneutralan?
A Mg + H2SO4 → MgSO4 + H2
B ZnCl2 + 2HNO3 → Zn(NO3) 2 + 2HCl
C 2HCl + CaCO3 → CaCl2 + CO2 + H2O
D NaOH + CH3COOH → CH3COONa + H2O

Jawapan:

15. 14.9 g pepejal kalium klorida, KCl perlu dilarutkan ke dalam air suling untuk menghasilkan larutan kalium klorida, KCl 0.4 mol dm-3. Berapakah isi padu air suling yang diperlukan untuk melarutkan pepejal kalium klorida itu?
[Jisim molar KCl = 74.5 g mol-1]
A 50 cm3
B 200 cm3
C 500 cm3
D 2 000 cm3
Jawapan:

16. 50.0 cm3 larutan natrium hidroksida, NaOH 0.4 mol dm-3 yang diisi di dalam sebuah kelalang kon dititratkan dengan asid sulfurik, H2SO4 1.0 mol dm-3. Tentukan isi padu akhir larutan di dalam kelalang kon itu.
A 10.0 cm3
B 60.0 cm3
C 70.0 cm3
D 100.0 cm3
Jawapan:

17. Asid yang digunakan sebagai elektrolit dalam bateri kereta?
A HBr
B HNO3
C HCl
D H2SO4
Jawapan:

18. Kertas litmus merah akan bertukar menjadi biru apabila diletakkan atas ketulan sabun kerana kehadiran
A ion hidroksida
B ion hidrogen
C ion natrium
D ion klorida
Jawapan:

19. Apakah kebesan bagi asid karbonik H2CO3
A Asid monoprotik
B Asid diprotik
C Asid triprotik
Jawapan:

20. Antara penyataan berikut, yang manakah benar tentang alkali?
A Alkali tidak mengakis
B Alkali ialah bes yang larut dalam air
C Alkali kuat mempunyai nilah pH yang rendah
D Alkali lemah adalah alkali yang mempunyai darjah pengionan yang tinggi
Jawapan:

21. Antara bahan berikut, yang manakah bersifat asid
A Ammonia
B Kalium oksida
C Karbon dioksida
D Natrium hidroksida
Jawapan:

22. Ciri hidrogen klorida, HCl manakah yang membolehkannya menunjukkan sifat keasidan dalam air?
A Larut dalam air
B Mengandungi hidrogen dalam molekulnya
C Mengandungi klorin dalam molekulnya
D Mengion dalam air membentuk ion-ion hidrogen
Jawapan:

23. Antara bahan berikut, yang manakah mengion lengkap dalam air?
I Ammonia
II Asid etanoik
III Asid nitrik
IV Natrium hidroksida
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

24. Antara bahan berikut, yang manakah merupakan asid monoprotik?
I Asid etanoik CH3COOH
II Asid sulfurik H2SO4
III Asid nitrik HNO3
IV Asid hidroklorik HCl

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D I, III dan IV
Jawapan:

25. Antara zarah berikut, yang manakah dalam larutan hidrogen klorida, HCl bertanggungjawab ke atas sifat asidnya?
A H+
B OH-
C Cl-
D HCl
Jawapan:

26. Antara zarah berikut, yang manakah dalam larutan natrium hidroksid, NaOH bertanggungjawab ke atas sifat alkalinya?
A H+
B OH-
C Cl-
D HCl
Jawapan:

27. Apakah nama tindak balas yang ditunjukkan dalam rajah di atas?
 Bab 6 Asid, Bes Dan Garam
A Pentitratan
B Penitratan
C Pemendakan
D Peneutralan
Jawapan:

28. Yang manakah contoh asid lemah
A asid hidroklorik
B asid sulfurik
C asid etanoik
D asid nitrat
Jawapan:

29. Ciri-ciri asid kuat ialah
I. Kepekatan ion H+ tinggi
II. Penceraian tidak lengkap apabila dilarutkan dalam air
III. Kepekatan ion OH- tinggi
IV. Penceraian lengkap apabila dilarutkan dalam air
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
Jawapan:

30. Pernyataan yang manakah menerangkan asid kuat dengan betul?
I. Mempunyai nilai pH yang tinggi
II. Mengion dengan lengkap dalam air
III. Mempunyai kepekatan ion hidrogen yang tinggi
IV. Wujud sebagai molekul dalam air
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV
Jawapan:

31. Antara yang berikut, yang manakah penyataan yang salah bagi asid kuat?
A asid bercerai secara lengkap di dalam air
B bercerai secara separa di dalam air
C mengandungi kepekatan ion hidrogen yang tinggi
D contoh asid kuat adalah asid hidroklorik
Jawapan:

32. Kepekatan asid dan alkali bermaksud
A Kuantiti zarah dalam suatu larutan dalam unit cm3
B Kuantiti ion di dalam suatu larutan dalam unit dm3
C Kuantiti molekul di dalam suatu larutan dalam unit cm3
D Kuantiti zat terlarut dalam seunit isipadu larutan dalam unit dm3
Jawapan:

33. Kaedah pencairan digunakan untuk menghasilkan larutan yang lebih cair . semasa penambahan air kepada suatu larutan piawai yang pekat,________.
I bilangan mol zat terlarut berubah
II bilangan mol zat terlarut kekal sama
III kepekatan larutan berkurang.
IV kepekatan larutan kekal sama
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D I, II dan III
Jawapan:

34. Rajah berikut menunjukkan langkah-langkah yang dijalankan dalam suatu aktiviti makmal.
Apakah tujuan menjalankan aktiviti makmal itu?
 Bab 6 Asid, Bes Dan Garam
A Menyediakan garam terlarutkan
B Menyediakan garam tak terlarutkan
C Menulenkan garam yang mengandungi benda asing
D Mengenal pasti anion yang hadir di dalam larutan garam
Jawapan:

35. Garam manakah yang tidak terurai apabila dipanaskan dengan kuat?
A Zink nitrat
B Ammonium klorida
C Kalium karbonat
D Kuprum(II) sulfat
Jawapan:

36. Diberi bahawa suatu sampel garam X merupakan garam terlarutkan ammonium klorida.
Anda dikehendaki mengesahkan kation dan anion yang hadir di dalam sampel garam itu. Apakah pasangan reagen yang diperlukan untuk mengesahkan kehadiran kation dan anion?
A Kation: Reagen Nessler
Anion: Asid nitrik dan larutan argentum nitrat
B Kation: Reagen Nessler
Anion: Asid nitrik dan larutan barium nitrat
C Kation: Larutan kalium heksasianoferat(III)
Anion: Asid nitrik dan larutan barium nitrat
D Kation: Larutan kalium heksasianoferat(III)
Anion: Asid nitrik dan larutan argentum nitrat
Jawapan:

37. Carta alir berikut menunjukkan pemerhatian yang diperoleh dalam ujian anion.
Larutan Y mengandungi dua anion. Anion tersebut mungkin
 Bab 6 Asid, Bes Dan Garam
A ion sulfat dan ion karbonat
B ion nitrat dan ion karbonat
C ion sulfat dan ion klorida
D ion nitrat dan ion klorida
Jawapan:

38. Asid etanoik glasial tidak menyalakan mentol. Apabila sedikit air ditambah ke dalam bikar, mentol bernyala. Hal ini kerana _____________.
A molekul asid etanoik bergerak bebas
B air merupakan suatu konduktor elektrik yang baik
C air mencairkan asid etanoik
D ion bergerak bebas hadir
Jawapan:

39. Diberi nilai pH empat larutan adalah:
Larutan akueus P = Nilai pH 1
Larutan akueus Q = Nilai pH 7
Larutan akueus R = Nilai pH 10
Larutan akueus S = Nilai pH 13
Daripada empat larutan itu, dua larutan dengan isi padu yang sama dicampurkan. Larutan campuran yang terhasil didapati melarutkan kuprum(II) hidroksida untuk membentuk larutan biru. Dua larutan itu ialah
A P dan Q
B Q dan R
C Q dan S
D R dan S
Jawapan:

40. Dua tabung uji diisi dengan larutan yang berlainan pH
Tabung uji A- Asid hidroklorik, HCI(ak) (0.1 mol dm-3)) dengan nilai pH =1
Tabung uji B - Asid etanoik, CH3COOH(ak)(0.1 mol dm-3) dengan nilai pH = 3
Pernyataan manakah yang betul tentang keputusan yang diperoleh?
A Kepekatan ion H+ dalam HCI(ak) lebih tinggi daripada yang terdapat dalam CH3COOH(ak)
B Kepekatan ion OH- dalam HCI(ak) lebih tinggi daripada yang terdapat dalam CH3COOH(ak)
C CH3COOH(ak) mengion separa dalam air
D HCI adalah asid yang lebih kuat daripada CH3COOH(ak)
Jawapan:

41. Plumbum(II) karbonat ditindak balaskan dengan asid hidroklorik dan asid etanoik, keputusan berikut diperoleh,
Rajah A - Asid etanoik, 1 mol dm-3) bertindak balas dengan 1 g plumbum(II) karbonat menghasilkan pembuakan yang perlahan
Rajah B - Asid hidroklorik, 1 mol dm-3) bertindak balas dengan 1 g plumbum(II) karbonat menghasilkan pembuakan yang cepat
Antara yang berikut, yang manakah dapat menerangkan perbezaan dalam kadar tindak balas di dalam kedua-dua bikar?
A Asid etanoik ialah asid lemah, manakala asid hidroklorik ialah asid kuat
B Asid hidroklorik ialah asid mineral, manakala asid etanoik ialah asid organik
C Kedua-dua asid mempunyai komposisi kimia yang berlainan
D Kedua-dua asid menghasilkan kepekatan ion hidrogen yang berbeza
Jawapan:

42. Gas hidrogen klorida dilarutkan dalam air suling. Sekeping besi dimasukkan ke dalam larutan yang terhasil. Pembuakan diperhatikan. Apakah gas yang terbebas?
A ammonia
B hidrogen
C klorin
D karbon dioksida
Jawapan:

43. Larutan dalam bikar mengandungi ion ferum(II). Larutan alkali ditambahkan ke dalam bikar dan pemendakan berlaku. Apakah warna mendakan yang terhasil?
A Biru
B Hijau
C Kuning
D Perang
Jawapan:

44. 480 cm3 gas hidrogen klorida pada keadaan bilik dilarutkan dalam air suling yang mencukupi untuk menghasilkan 500 cm3 larutan. Berapakah kepekatan larutan yang disediakan?
[Isi padu molar: 24 dm3 mol-1 pada keadaan bilik]
A 0.02 mol dm-3
B 0.04 mol dm-3
C 0.40 mol dm-3
D 2.00 mol dm-3
Jawapan:

45. 12.5 g hablur kuprum(II) sulfat , CuSO4.5H2O, dilarutkan dalam air suling untuk menghasilkan larutan berkepekatan 1.5 mol dm-3. Berapakah isi padu larutan yang diperoleh? -3
[Jisim atom relatif: H = 1; O = 16; Cu = 64; S = 32] -3
A 15.0 cm3
B 33.3 cm3
C 100 cm3
D 150 cm3
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。