1 2 3 4 5 6 7 8

Set 4 Latihan Kimia Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 4

Bab 4: Jadual Berkala Unsur

Klik untuk jawapannya

1. Antara ahli sains berikut yang manakah TIDAK menyumbang terhadap kemajuan Jadual Berkala?
A. Lothar Meyer
B. John Newlands
C. Michael Faraday
D. Dmitri Mendeleev
Jawapan:

2. Rajah menunjukkan perwakilan piawai bagi unsur X.
 Bab 4: Jadual Berkala Unsur
Antara berikut, yang manakah benar tentang X?
A. Atom X mempunyai 35 neutron
B. X kekal sebagai pepejal dalam suhu bilik
C. Susunan electron atom X ialah 2.8.8
D. X adalah dalam kumpulan 17 dan kala 3 di dalam Jadual Berkala Unsur.
Jawapan:

3. Neon tidak bertindak balas dengan unsur lain.
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar mengenai neon?
A. Neon sentiasa bergabung dengan diri sendiri
B. Neon wujud sebagai gas monoatom
C. Neon mempunyai susunan elektron ocktet yang stabil
D. Neon mempunyai susunan elektron duplet yang stabil
Jawapan:

4. Mengapakah kereaktifan unsur-unsur dalam Kumpulan 1 bertambah apabila menuruni kumpulan?
A. Saiz atom bertambah
B. Takat didih berkurang
C. Bilangan petala yang mengandungi elektron bertambah
D. Tarikan nukleus terhadap elektron valens berkurang
Jawapan:

5. Bagaimanakah unsur-unsur dalam Jadual Berkala disusun?
A. Mengikut pertambahan jisim molekul relatif
B. Mengikut pertambahan jisim atom relatif
C. Mengikut pertambahan nombor nukleon
D. Mengikut pertambahan nombor proton
Jawapan:

6. Susunan elektron bagi atom gas adi boleh diwakili oleh
A 2.1
B 2.8
C 2.8.4
D 2.8.7
Jawapan:

7. Pemilik sebuah restoran ingin menggunakan lampu elektrik berwarna-warni untuk menarik pelanggan.
Bahan manakah yang sesuai digunakan dalam lampu itu?
A Neon
B Argon
C Kripton
D Xenon
Jawapan:

8. Pernyataan manakah benar mengenai unsur dalam jadual?
 Bab 4: Jadual Berkala Unsur
A Q kurang elektropositif daripada P
B Saiz atom Q lebih kecil daripada P
C Kedua-dua unsur-unsur P and Q tidak dapat mengkonduksi elektrik
D P dan Q terletak dalam kumpulan yang sama dalam Jadual Berkala
Jawapan:

9. Z adalah satu unsur yang boleh bertindakbalas dengan air untuk menghasilkan gas hidrogen.
Yang manakah antara berikut adalah susunan elektron Z?
A 2.4
B 2.8.7
C 2.8.8.1
D 2.8
Jawapan:

10. Yang manakah pernyataan berikut adalah benar tentang unsur G?
 Bab 4: Jadual Berkala Unsur
I. Ianya terletak dalam Kala 3 jadual berkala.
II. Ianya terletak dalam Kumpulan 13.
III. Ion bagi G ialah G3-.
IV. G membentuk sebatian ion dengan formula G2O3
apabila bertindak balas dengan oksigen
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C II dan III sahaja
D I, II dan IV sahaja
Jawapan:

11. Rajah menunjukkan satu model atom.
 Bab 4: Jadual Berkala Unsur
Siapakah yang memperkenalkan model ini?
A Niels Bohr
B John Dalton
C James Chadwick
D Ernest Rutherford
Jawapan:

12. Dalam pembinaan Jadual Berkala Unsur-unsur, ahli sains manakah yang meninggalkan tempat-tempat kosong untuk unsur-unsur yang belum lagi ditemui?
A Dimitri Mendeleev
B Henry Moseley
C Lothar Meyer
D Antoine Lavoisier
Jawapan:

13. Pernyataan manakah unsur yang menerangkan mengapa saiz atom unsur-unsur Kumpulan 1 bertambah apabila menuruni kumpulan itu dalam Jadual Berkala?
A Bilangan proton bertambah
B Jisim atom relatif bertambah
C Bilangan elektron valens bertambah
D Bilangan petala yang berisi elektron bertambah
Jawapan:

14. Rajah menunjukkan susunan elektron bagi atom Z. Pasangan yang manakah betul tentang kedudukan unsur Z dalam Jadual Berkala?
 Bab 4: Jadual Berkala Unsur
A Kumpulan 5, Kala 2
B Kumpulan 5, Kala 3
C Kumpulan 15, Kala 2
D Kumpulan 15, Kala 3
Jawapan:

15. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang unsur-unsur tersebut?
 Bab 4: Jadual Berkala Unsur
A Saiz atom X adalah terbesar diikuti Y dan Z.
B Mempunyai bilangan petala berisi elektron yang sama.
C Kereaktifan semakin berkurang dalam turutan X, Y dan Z
D Bertindak balas dengan gas oksigen untuk membentuk oksida bes
Jawapan:

16. Pernyataan yang manakah menerangkan mengapa kereaktifan unsur Kumpulan 1 meningkat apabila menuruni kumpulan itu?
A Keadaan fizik bagi unsur berubah daripada gas kepada cecair dan pepejal pada suhu bilik
B Daya tarikan antara elektron valens dengan nukleus semakin kuat
C Elektron valens semakin jauh dari nukleus
D Takat lebur bagi unsur menurun
Jawapan:

17. Unsur Z berada dalam kumpulan yang sama dengan Klorin dalan Jadual Berkala. Antara pernyataan berikut, yang manakah sifat kimia unsur Z?
A Bertindak balas dengan air menghasilkan larutan beralkali.
B Bertindak balas dengan natrium untuk menghasilkan pepejal hitam
C Bertindak balas dengan natrium hidroksida menghasilkan larutan berasid.
D Bertindak balas dengan ferum panas menghasilkan pepejal perang.
Jawapan:

18. Sifat unsur akan berubah apabila merentasi kala dari kiri ke kanan dalam Jadual Berkala. Yang manakah benar tentang perubahan tersebut?
A Takat didih meningkat
B Sifat oksida bes meningkat
C Kekonduksian elektrik meningkat
D Keelektronegatifan meningkat
Jawapan:

19. Antara berikut, yang manakah adalah susunan saiz atom yang betul dalam urutan menurun?
 Bab 4: Jadual Berkala Unsur
A R, Q, P
B R, P, Q
C P, Q, R
D Q, R, P
Jawapan:

20. Antara unsur A,B,C dan D dalam Jadual Berkala. Yang manakah wujud sebagai gas monoatom?
 Bab 4: Jadual Berkala Unsur
Jawapan:

21. Antara berikut, unsur manakah membentuk oksida yang boleh bertindak balas dengan kedua-dua asid hidroklorik dan juga larutan natrium hidroksida?
 Bab 4: Jadual Berkala Unsur
A S
B P
C Si
D Al
Jawapan:

22. Susunan saiz atom bagi unsur-unsur W, X, Y dan Z secara menaik ialah
 Bab 4: Jadual Berkala Unsur
A W, X, Y, Z
B W, Z, Y, X
C X, Y, Z , W
D Z, Y, X, W
Jawapan:

23. Rajah menunjukkan kaedah menyimpanan satu unsur.
Mengapakah kaedah ini digunakan?
 Bab 4: Jadual Berkala Unsur
A Untuk mengelakkan daripada tindak balas dengan cahaya matahari
B Unsur itu adalah toksik dan berbahaya
C Unsur itu adalah reaktif dan mudah meruap
D Untuk mengelakkan daripada tindak balas dengan oksigen dalam udara
Jawapan:

24. Susunan elektron Kalsium (Ca) ialah 2.8.8.2. Antara berikut, yang manakah merupakan kumpulan bagi Ca?
A Kumpulan 1
B Kumpulan 2
C Kumpulan 17
D Kumpulan 18
Jawapan:

25. Rajah menunjukkan pemerhatian ke atas tindak balas apabila secebis logam X dan logam Y yang sama saiz diletakkan ke dalam bikar yang mengandugi air sejuk.
 Bab 4: Jadual Berkala Unsur
Antara yang berikut yang manakah menerangkan pemerhatian itu?
A logam Y lebih keras daripada logam X
B logam Y lebih tumpat daripada logam X
C Atom logam Y mempunyai lebih banyak proton berbanding atom logam X
D Atom logam Y lebih mudah melepaskan elektron berbanding dengan atom logam X
Jawapan:

26. Apakah susunan elektron bagi Karbon
A 2.4
B 2.6
C 2.8.2
Jawapan:

27. Unsur ini mempunyai nombor pengoksidaan yang berbeza serta membentuk sebatian yang mempunyai warna yang berbeza. Unsur ini merupakan unsur
A metaloid
B amfoterik
C peralihan
D logam alkali bumi
Jawapan:

28. Namakan unsur yang digunakan sebagai mangkin dalam Proses Ostwald untuk menghasilkan asid nitrik.
A Nikel
B Platinum
C Besi
D Vanadium(V) oksida
Jawapan:

29. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang unsur-unsur tersebut?
 Bab 4: Jadual Berkala Unsur
A Saiz atom X adalah terbesar diikuti Y dan Z.
B Mempunyai bilangan petala berisi elektron yang sama.
C Kereaktifan semakin berkurang dalam turutan X, Y dan Z
D Bertindak balas dengan gas oksigen untuk membentuk oksida bes
Jawapan:

30. Apabila menuruni kumpulan 1, kereaktifan unsur dalam kumpulan ini
A bertambah
B berkurang
Jawapan:

31. Apakah prinsip asas penyusunan unsur dalam Jadual Berkala Unsur?
A Unsur disusun ikut tertib nombor nukleon yang menaik
B Unsur disusun ikut tertib nombor proton yang menaik
C unsur disusun ikut tertib nombor proton dan nombor nukleon yang menaik
Jawapan:

32. Lajur menegak dalam Jadual Berkala Unsur
A Kumpulan
B Kala
C Petala
Jawapan:

33. Susunan elektron bagi atom X ialah 2.8.18.7. Tentukan kumpulan bagi atom X
A 7
B 17
C 2
D 4
Jawapan:

34. Susunan elektron bagi atom X ialah 2.8.18.7. Tentukan kala bagi atom X
A 4
B 7
C 2
D 17
Jawapan:

35. Unsur Kumpulan 1 dikenali sebagai unsur
A Logam Alkali Bumi
B Logam Alkali
C Halogen
D Gas Adi
Jawapan:

36. Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri unsur Q.
*Bertindak sebagai mangkin
*Membentuk ion kolmpleks
*Membentuk sebatian berwarna
*Mempunyai lebih daripada satu nombor pengoksidaan
Apakah Q?
A. Ferum
B. Natrium
C. Sulfur
D. Magnesium
Jawapan:

37. Aluminium oksida mempunyai kedua-dua sifat asid dan bes. Apakah nama yang diberikan kepada sifat ini?
A. Oksida bes
B. Oksida asid
C. Oksida separuh logam
D. Oksida amfoterik
Jawapan:

38. Jadual 2 menunjukkan empat unsur dan nombor proton masing-masing.
Antara unsur berikut, yang manakah merupakan gas adi?
 Bab 4: Jadual Berkala Unsur
A. W
B. X
C. Y
D. Z
Jawapan:

39. Unsur manakah yang larut dalam air untuk menghasilkan larutan yang menukarkan kertas litmus biru ke merah dan kemudian dilunturkan?
I Astatin
II Klorin
III Bromin
IV Iodin
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Jawapan:

40. Pernyataan manakah yang menerangkan mengapa unsur-unsur dari kumpulan yang sama dalam Jadual Berkala menunjukkan sifat-sifat kimia yang serupa?
A. Unsur-unsur itu mempunyai bilangan elektron valens yang sama
B. Unsur-unsur itu mempunyai sifat-sifat fizik yang serupa
C. Unsur-unsur itu mempunyai saiz atom yang sama
D. Unsur-unsur itu mempunyai kereaktifan yang sama
Jawapan:

41. Pernyataan manakah yang menerangkan mengapa saiz atom unsur-unsur Kumpulan 1 bertambah apabila menuruni kumpulan itu dalam Jadual Berkala?
A. Bilangan proton bertambah
B. Bilangan petala atom bertambah
C. Bilangan elektron valens bertambah
D. Kecenderungan untuk menerima elektron bertambah
Jawapan:

42. Pernyataan manakah betul mengenai unsur-unsur apabila merentasi Kala 3?
A. Saiz atom bagi unsur-unsur semakin bertambah
B. Keelektronegatifan atom bagi unsur-unsur semakin berkurang
C. Sifat oksida berubah daripada oksida bes kepada oksida amfoterik dan oksida asid
D. Daya tarikan antara nukleus atom terhadap elektron untuk mencapai susunan elektron yang stabil semakin lemah
Jawapan:

43. Hubungan yang manakah benar?
A Kumpulan 1 - Logam Alkali Bumi
B Kumpulan 2 - Logam Alkali
C Kumpulan 17 - Halogen
D Kumpulan 18 - Unsur Peralihan
Jawapan:

44. Mengapakah kereaktifan halogen berkurang apabila menuruni kumpulan?
A keterlarutan halogen berkurang
B daya tarikan antara nukleus dengan elektron valens semakin lemah
C daya van der Waals antara molekul halogen semakin kuat
D keadaan fizik halogen berubah daripada gas kepada cecair dan kemudian kepada pepejal pada suhu bilik.
Jawapan:

45. Antara berikut yang manakah adalah benar berhubung dengan suatu unsur yang mempunyai susunan elektron 2.8.7
A Ia mempunyai nombor nukleon 17
B Ia mempunyai 4 elektron valens
C Ia berada di dalam kumpulan 17 jadual berkala
Jawapan:

46. Apakah yang terhasil apabila halogen bertindak balas dengan logam?
A Larutan asid
B Halida logam
C Air dan larutan alkali
D Gas hidrogen
Jawapan:

47. Salah satu kebaikan pengelasan unsur secara sistematik dalam Jadual Berkala Unsur adalah
A Bagi memudahkan ahli sains untuk memilih atom
B Bagi meramal sifat kimia sesuatu unsur
C Bagi mengetahui bilangan neutron dalam unsur
D Bagi mengenal pasti ahli sains yang menemui unsur tersebut
Jawapan:

48. Saiz atom unsur Kumpulan 18 semakin bertambah apabila menuruni kumpulan. Ini disebabkan oleh
A pertambahan bilangan elektron
B takat lebur dan takat didih unsur semakin berkurang
C kadar keterlarutan dalam air semakin bertambah
D pertambahan bilangan petala yang terisi dengan elektron
Jawapan:

49. Semasa tindak balas kimia, setiap atom alkali dalam Kumpulan 1
A melepaskan satu elektron valens untuk mencapai susunan duplet atau oktet.
B melepaskan dua elektron valens untuk mencapai susunan duplet atau oktet.
C melepaskan tiga elektron valens untuk mencapai susunan duplet atau oktet.
D melepaskan empat elektron valens untuk mencapai susunan duplet atau oktet
Jawapan:

50. Kereaktifan unsur Kumpulan 17 semakin berkurang apabila menuruni Kumpulan 17. Ini disebabkan oleh
A saiz atom berkurang menuruni kumpulan
B takat didih dan takat lebur semakin berkurang
C warna unsur semakin gelap menuruni kumpulan
D daya tarikan nukleus terhadap elektron semakin lemah
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。