1 2 3 4 5 6 7 8

Set 5 Latihan Kimia Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 4

Bab 5: Ikatan Kimia

Klik untuk jawapannya

  1.. ___________ ialah sebarang bahan yang terbentuk daripada gabungan kimia dua atau lebih unsur.
A atom
B sebatian
C ikatan
D homogen
Jawapan:

2. Elektron membentuk hubungan yang dipanggil ______________ di antara atom-atom.
A optik
B sebatian
C ikatan kimia
D molekul
Jawapan:

3. Gas adi dikenali sebagai __________
A logam
B gas lengai
C natrium
D oksigen
Jawapan:

4. Gas adi mempunyai susunan elektron yang sangat _______.
A rapuh
B stabil
C kukuh
D mantap
Jawapan:

5.. ______ mempunyai 2 elektron pada petala luarnya, yang dikenali sebagai susunan elektron duplet.
A helium
B neon
C argon
D kripton
Jawapan:

6. Ikatan kimia dapat dibentuk melalui 2 cara iaitu __________ elektron dan ________ elektron.
A kesatuan, gabungan
B perpecahan, kesatuan
C pemindahan, perkongsian
Jawapan:

7. Pemindahan elektron akan membentuk ______________
A ikatan kimia
B ikatan sebenar
C ikatan ion
D ikatan kovalen
Jawapan:

8. Perkongsian elektron akan membentuk ___________.
A ikatan ion
B ikatan kovalen
C ikatan kimia
D sebatian
Jawapan:

9. Ikatan elektrovalens adalah daya tarikan _____________ yang kuat di antara ion yang berlawanan cas.
A elektrik
B kimia
C elektrostatik
D magnet
Jawapan:

10. Atom logam akan melepaskan satu atau lebih elektron dan membentuk logam positif iaitu
A anion
B kation
C kripton
D neon
Jawapan:

11. Semua sebatian ion merupakan pepejal yang mempunyai takat lebur dan takat didih yang _______ pada keadaan bilik.
A rendah
B tinggi
C sederhana
Jawapan:

12. Apakah yang terbentuk apabila sesuatu atom menderma elektron?
A Anion
B Kation
C Ikatan ion
D Ikatan kovalen
Jawapan:

13. Apakah yang berlaku kepada atom-atom unsur semasa penbentukan ikatan kovalen?
A Menerima elektron
B Menderma elektron
C Berkongsi elektron
D Saling bertukar elektron
Jawapan:

14. Unsur M merupakan unsur logam.Ia mempunyai empat petala berisi elektron. Antara susunan elektron berikut yang manakah benar bagi unsur M?
A 2.8.1
B 2.8.2
C 2.8.8.3
D 2.8.8.8
Jawapan:

15. Unsur X dan karbon bertindak balas menghasilkan sebatian dengan formula CX4. Apakah jenis ikatan dan formula sebatian yang terbentuk jika unsur X bertindak balas dengan magnesium?
A Ikatan ionik, MgX
B Ikatan Ionik, MgX2
C Ikatan kovalen, MgX
D Ikatan kovalen, MgX2

Jawapan:

16. Antara berikut yang manakah tidak benar mengenai atom natrium (Nombor Proton=11) yang telah membentuk ikatan dengan atom klorin (Nombor Proton=17) bagi menghasilkan sebatian Natrium Klorida?
A melepaskan satu elektronvalens
B memiliki cas 1+
C mencapai kestabilan oktet
D memiliki konfigurasi elektron 2.8.1
Jawapan:

17. Setiap atom Cl pada molekul Cl2 masing-masing menyumbangkan elektron terluarnya untuk membentuk ikatan sebanyak …
A 5 elektron
B 4 elektron
C 2 elektron
D 1 elektron
Jawapan:

18. Berapakah pasangan elektron yang dikongsi oleh molekul N2? (Nombor Proton N=7)
A 1 pasang
B 2 pasang
C 3 pasang
D 4 pasang
Jawapan:

19. Antara berikut, sebatian yang manakah mempunyai ikatan kovalen?
A Natrium klorida
B Magnesium oksida
C Kalsium flourida
D Karbon dioksida
Jawapan:

20. Pilih pernyataan yang benar mengenai Rajah berikut.
 Bab 5 Ikatan Kimia
I. Ion B mempunyai cas +1 kerana mendermakan satu elektron kepada atom E
II. Atom E memerlukan satu elektron untuk mencapai kestabilan oktet
III. Ikatan ionik terbentuk antara Atom B dan E
IV. B ialah unsur logam manakala E ialah unsur bukan logam
A I,II dan III
B I,II dan IV
C I,III dan IV
D Semua di atas
Jawapan:

21. Antara yang berikut, pernyataan manakah menerangkan sifat Kumpulan 18 dalam Jadual Berkala?
I. Bersifat lengai secara kimia
II. Mempunyai susunan elektron yang stabil
III. Cenderung menderma elektron kepada unsur-unsur lain
IV. Cenderung berkongsi elektron dengan unsur-unsur lain
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja
Jawapan:

22. Ikatan Ionik terbentuk daripada pemindahan elektron dari atom A ke atom B. Apakah atom A dan B?
A A- Logam; B- Bukan logam
B A- Bukan logam; B- Logam
C A- Bukan logam; B- Bukan logam
D A- Logam; B- Logam
Jawapan:

23. Dalam pembentukan ikatan ionik, atom logam akan _____ elektron dan membentuk ion ____.
A Menerima; Positif
B Menerima; Negatif
C Menderma; Positif
D Menderma; Negatif
Jawapan:

24. Atom X mempunyai susunan elektrom 2.4. Atom Y mempunyai nombor proton 17. Apakah ciri-ciri sebatian yang terbentuk antara unsur X dan unsur Y?
I. Ia mempunyai takat lebur yang tinggi
II. Ia TIDAK boleh mengkonduksi elektrik
III. Ia TIDAK wujud sebagai pepejal pada keadaan bilik
IV. Ia larut dalam pelarut organik
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja
Jawapan:

25. Helium tidak bertindak balas dengan unsur lain. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar mengenai neon?
A Helium sentiasa bergabung dengan diri sendiri
B Helium wujud sebagai gas monoatom
C Helium mempunyai susunan elekron oktet yang stabil
D Helium mempunyai susunan duplet yang stabil
Jawapan:

26. Susunan elektron bagi atom gas adi boleh diwakili oleh
A 2.1
B 2.8
C 2.8.4
D 2.8.8.1
Jawapan:

27. Rajah menunjukkan susunan elektron bagi molekul karbon dioksida.
 Bab 5 Ikatan Kimia
Antara berikut yang manakah benar?
A Satu atom karbon menyumbang empat elektron untuk dikongsi dengan dua atom oksigen.
B Empat ikatan kovalen ganda dua terbentuk dalam molekul karbon dioksida.
C Setiap atom oksigen menyumbang satu elektron untuk dikongsi.
D Satu atom karbon memerlukan dua elektron untuk mencapai susunan elektron
Jawapan:

28. Rajah menunjukkan susunan elektron kalsium oksida.
 Bab 5 Ikatan Kimia
Antara berikut, yang manakah benar mengenai kalsium oksida.
A Atom kalsium berkongsi elektron dengan atom oksigen
B Atom kalsium memindahkan elektron kepada atom oksigen
C Atom oksigen membebaskan elektron
D Atom kalsium menerima elektron
Jawapan:

29. Apakah maksud ikatan ion?
A Ikatan yang terbentuk apabila logam-logam menyumbang elektron kepada satu sama lain untuk mencapai suatu susunan elektron yang stabil
B Ikatan yang terbentuk apabila atom-atom bukan logam berkongsi elektron untuk mencapai suatu susunan elektron yang stabil
C Ikatan yang terbentuk oleh daya Van der Waals yang lemah di antara atom-atom bukan logam
D Ikatan yang terbentuk apabila atom logam memindahkan elektron kepada atom bukan logam.
Jawapan:

30. Susunan elektron atom M ialah 2.8.1 dan susunan elektron atom X ialah 2.6. Unsur M dan unsur X bertindak balas membentuk satu sebatian.
Antara berikut, yang manakah benar tentang tindak balas itu?
A Atom X menderma 2 elektron
B Atom M menerima 1 elektron
C Suatu sebatian ion terbentuk
D Sebatian terbentuk mempunyai formula kimia, MX2
Jawapan:

31. Sebatian manakah yang terbentuk melalui pemindahan elektron?
A oksigen, O2
B karbon dioksida, CO2
C natrium oksida, Na2 O
D hidrogen peroksida, H2 O2
Jawapan:

32. Unsur M dan Unsur L masing-masing terletak dalam kumpulan 1 dan kumpulan 16 dalam jadual berkala. Unsur M bertindak balas dengan unsur L untuk membentuk suatu sebatian. Apakah formula kimia bagi sebatian itu?
A ML
B ML2
C M2 L
D M2 L3
Jawapan:

33. Atom manakah yang membentuk kation?
A klorin
B hidrogen
C nitrogen
D oksigen
Jawapan:

34. Sebatian X mengkonduksikan elektrik dalam larutan akueus atau keadaan lebur. Ia juga mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi?
A CCl4
B MgCl2
C CO2
D NH3
Jawapan:

35. Bahan manakah adalah sebatian kovalen?
A Fosforus (V) oksida
B natrium sulfat
C magnesium klorida
D plumbum (II) bromida
Jawapan:

36. Suatu atom bagi unsur E mempunyai 16 neutron. nombor nukleon bagi unsur E ialah 31. Atom E menerima elektron untuk membentuk ion E. Berapakah bilangan elektron dalam ion E.
A 10
B 15
C 16
D 18
Jawapan:

37. Bahan R mempunyai takat lebur -100 ° C dan takat didih -35 ° C. Apakah bahan R?
A sulfur
B alkohol
C karbon dioksida
D natrium hidroksida
Jawapan:

38. Magnesium klorida adalah sebatian ion. Bahan manakah yang boleh melarutkan magnesium klorida?
A eter
B air
C heksena
D metilbenzena
Jawapan:

39. Antara yang berikut manakah sifat ammonium sulfat?
A takat lebur dan takat didih yang tinggi
B tak larut dalam air
C larut dalam pelarut organik
D tidak mengkonduksi elektrik dalam keadaan pepejal dan akueus
Jawapan:

40. Pernyataan manakah yang paling baik menerangkan tentang pembentukan ikatan kovalen?
A atom logam berkongsi elektron dengan atom bukan logam
B atom bukan logam berkongsi elektron dengan atom bukan logam
C atom logam menderma elektron manakala atom bukan logam menerima elektron
D atom bukan logam menderma elektron manakala atom logam menerima elektron
Jawapan:

41. Unsur X bertindak balas dengan unsur Y untuk membentuk suatu sebatian kovalen yang mempunyai formula XY2. Susunan elektron bagi atom Y ialah 2.8.7.
Antara berikut, yang manakah susunan elektron yang mungkin bagi atom X?
A 2.8.1
B 2.8.2
C 2.8.4
D 2.8.6
Jawapan:

42. Unsur M dan unsur L masing-masing terletak dalam Kumpulan 1 dan Kumpulan 16 dalam Jadual Berkala. Unsur M bertindak balas dengan unsur L untuk membentuk suatu sebatian.
Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan sifat sebatian tersebut?
A Larut di dalam pelarut organik
B Takat lebur dan takat didih yang rendah
C Mengkonduksikan elektrik dalam keadaan lebur dan larutan akueus
D Wujud sebagai gas dalam keadaan bilik.
Jawapan:

43. Bahan manakah sebatian ion?
A Glukosa
B Metanol
C Zink oksida
D Karbon dioksida
Jawapan:

44. Antara pernyataan berikut, yang manakah TIDAK menerangkan sifat sebatian kovalen?
A Takat lebur dan takat didih yang rendah
B Wujud sebagai pepejal, cecair dan gas dalam keadaan bilik
C Tidak mengkonduksikan elektrik
D Larut di dalam air, tidak larut di dalam pelarut organik
Jawapan:

45. Unsur X terletak di Kumpulan 1 manakala unsur Y terletak di Kumpulan 17 dalam Jadual Berkala.
Antara berikut, yang manakah menerangkan sifat sebatian yang terbentuk apabila unsur unsur X dan unsur Y bertindak balas?
A Takat didih dan takat lebur yang rendah
B Larut di dalam air tetapi tidak larut di dalam pelarut organik
C Tidak mengkonduksikan elektrik
D Wujud sebagai pepejal, cecair dan gas dalam keadaan bilik
Jawapan:

46. Unsur G terletak di Kumpulan 14 manakala unsur H terletak di Kumpulan 17 dalam Jadual Berkala.
Antara berikut, yang manakah menerangkan sifat sebatian yang terbentuk apabila unsur unsur G dan unsur H bertindak balas?
A Larut di dalam air, tetapi tidak larut dalam pelarut organik
B Wujud sebagai pepejal, cecair dan gas dalam keadaan bilik
C Takat lebur dan takat didih yang tinggi
D Mengkonduksikan elektrik dalam keadaan lebur dan larutan akueus.
Jawapan:

47. Pasangan yang manakah dipadankan dengan betul?
A Bahan = Ammonia
Jenis zarah = Molekul
B Bahan = Neon
Jenis zarah = Molekul
C Bahan = Nitrogen dioksida
Jenis zarah = Ion
D Bahan = Hidrogen klorida
Jenis zarah = Ion
Jawapan:

48. Sebatian Z mempunyai sifat-sifat berikut.

• Takat lebur dan takat didih yang tinggi
• Larut dalam air tetapi tak larut dalam pelarut organik
• Mengkonduksikan elektrik dalam keadaan lebur atau larutan akueus
Apakah Z?
A Asetamida
B Naftalena
C Natirum klorida
D Karbon monoksida
Jawapan:

49. Unsur X bertindak balas dengan sulfur membentuk satu sebatian dengan formula X2S.
Apakah susunan elektron yang betul bagi X?
[Nombor proton: S = 16]
A 2.8.1
B 2.8.2
C 2.8.3
D 2.8.4
Jawapan:

50. Atom manakah yang membentuk kation?
A Klorin
B Hidrogen
C Nitrogen
D Oksigen
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。