1 2 3 4 5 6 7 8

Set 7 Latihan Kimia Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 4

Bab 7: Kadar Tindak Balas

1. Kadar tindak balas rendah bermaksud....
A Masa tindakbalas lambat
B Masa tindakbalas pantas
C Masa tindakbalas pada masa tertentu
Jawapan:

2. Lebihan zink dicampurkan ke dalam 100 cm3 asid sulfurik yang dicairkan. Isipadu gas H2 melawan masa diplotkan graf. Apakah yang diwakili oleh tangen X?
 Bab 7: Kadar Tindak Balas
A Kadar tindakbalas pada 1.5 minit
B Kadar tindakbalas antara minit pertama dan minit kedua
C Purata kadar tindakbalas dalam 1.5 minit pertama
D Purata kadar tindakbalas untuk eksperimen
Jawapan:

3. Antara tindak balas berikut, kadar tindak balas yang manakah boleh diukur berdasarkan perubahan kepekatan bahan tindak balas?
A BaCO3 (p) ⟶ BaO(p) + CO2 (g)
B 2Al(p) + 3CuO(p) ⟶ Al2O3 (p) + 3Cu(p)
C 2Na(p) + 2H2O(ce) ⟶ 2NaOH(ak) + H2 (g)
D SnCO3 (p) + 2HCl(ak) ⟶ SnCl2 (ak) + H2O(ce) + CO2 (g)

Jawapan:

4. Gambar rajah menunjukkan eksperimen untuk menentukan kadar tindakbalas antara natrium thiosulfat dan asid hidroklorik. Kadar tindakbalas ditentukan oleh...
 Bab 7: Kadar Tindak Balas
A mengukur isipadu SO2 terhasil pada selang masa biasa
B mengukur kepekatan asid hidroklorik pada selang masa biasa
C mencatat masa sebaik sahaja tanda 'cross' hilang
D mencatat masa sebaik sahaja pemendapan timbul
Jawapan:

5. Apa yang terjadi sekira saiz bahan tindakbalas menjadi besar?
A Memperlahankan kadar tindakbalas
B Mencepatkan kadar tindakbalas.
Jawapan:

6. Tindakbalas antara zink dengan asid hidroklorik diwakili oleh persamaan kimia berikut
Zn + 2HCl → ZnCl2 + H2
Antara kaedah berikut yang manakah paling sesuai untuk menentukan kadar bagi tindak balas di atas
A Menentukan perubahan suhu larutan berkadar dengan masa
B Menentukan perubahan kepekatan zink berkadar dengan masa
C Menentukan isipadu gas hidrogen yang dihasilkan berkadar dengan masa
D Menentukan perubahan kepekatan asid hidroklorik berkadar dengan masa
Jawapan:

7. Proses manakah yang mempunyai kadar tindak balas yang paling rendah?
A Pembakaran
B Penapaian
C Peneutralan
D Fotosintesis
Jawapan:

8. Graf menunjukkan isipadu gas hydrogen yang dibebaskan melawan masa bagi tindakbalas antara zink dan asid sulfurik..
Kecerunan graf berkurang dengan masa kerana
 Bab 7: Kadar Tindak Balas
A mangkin tidak digunakan
B isipadu campuran berkurang
C suhu tindak balas berkurang
D kepekatan asid sulfurik berkurang
Jawapan:

9. Satu siri eksperimen dijalankan dengan menggunakan jisim zink yang sama dan isi padu asid sulfurik berlebihan yang sama. Set keadaan yang manakah akan menyebabkan zink paling cepat bertindak balas?
A Bentuk zink: granul
Kepekatan asid: 1.0 mol dm -3
Suhu: 60 oC
B Bentuk zink: serbuk
Kepekatan asid: 0.5 mol dm -3
Suhu: 30 oC
C Bentuk zink: granul
Kepekatan asid: 0.5 mol dm -3
Suhu: 60 oC
D Bentuk zink: serbuk
Kepekatan asid: 1.0 mol dm -3
Suhu: 60 oC
Jawapan:

10. Masa yang diambil untuk 2 g serbuk magnesium bertindak balas lengkap dengan asid hidroklorik berlebihan ialah 5 minit.
Berapakah kadar purata bagi tindak balas ini?
A 0.4 g s-1
B 0.4 g min-1
C 2.5 g s-1
D 2.5 g min-1
Jawapan:

11. Jadual 6 menunjukkan isipadu gas yang terbebas pada sela masa 30 saat dalam satu eksperimen untuk menentukan kadar tindak balas.
Apakah kadar tindak balas purata dalam minit kedua?
 Bab 7: Kadar Tindak Balas
A 0.06 cm3s-1
B 0.12 cm3s-1
C 0.37 cm3s-1
D 7.00 cm3s-1
Jawapan:

12. Apakah maksud kadar tindak balas?
A Pengurangan amaum hasil tindak balas.
B Pengurangan amaun hasil tindak balas dengan masa.
C Peningkatan amaun hasil tindak balas dengan masa.
D Peningkatan amaun bahan tindak balas dengan masa.
Jawapan:

13. Tentukan sama ada proses tersebut mempunyai kadar tindak balas tinggi atau rendah :
Buah menjadi masak
A Kadar tindak balas tinggi
B Kadar tindak balas rendah
Jawapan:

14. Tentukan sama ada proses tersebut mempunyai kadar tindak balas tinggi atau rendah :
Tindak balas logam Natrium dengan air
A Kadar tindak balas tinggi
B Kadar tindak balas rendah
Jawapan:

15. Tentukan sama ada proses tersebut mempunyai kadar tindak balas tinggi atau rendah :
Pengaratan Besi
A Kadar tindak balas tinggi
B Kadar tindak balas rendah
Jawapan:

16. Tentukan sama ada proses tersebut mempunyai kadar tindak balas tinggi atau rendah :
Pita Magnesium terbakar dengan nyalaan terang berkilau
A Kadar tindak balas tinggi
B Kadar tindak balas rendah
Jawapan:

17. Dalam satu tindak balas antara asid dengan batu kapur selama 3 minit, 45 cm3 gas karbon dioksida, CO2 telah terhasil. Berapakah kadar tindak balasnya?
A 0.25 cm3s-1
B 4.00 cm3s-1
C 15 cm3s-1
D 135 cm3s-1
Jawapan:

18. 10 cm3 gas hidrogen peroksida bertindak balas dengan gas oksigen untuk menghasilkan air dan masa yang diambil ialah 20 saat. Kadar tindakbalas purata dalam masa tersebut ialah
A 5 cm3s-1
B 10 cm3s-1
C 15 cm3s-1
D 0.5 cm3s-1
Jawapan:

19. 20 g kalsium karbonat bertindak balas dengan asid hidroklorik berlebihan dan masa yang diambil ialah 5 saat. Kadar tindakbalas purata dalam masa tersebut ialah
A 10 g s-1
B 5 g s-1
C 4 g s-1
D 2 g s-1
Jawapan:

20. Rajah 1 menunjukkan isipadu oksigen yang terhasil apabila berlakunya proses fotosintesis. Apakah yang boleh disampaikan melalui kecerunan graf rajah 1 itu?
 Bab 7: Kadar Tindak Balas
A Tahap kelajuan oksigen dibebaskan ke udara
B Tahap kepekatan oksigen yang dibebaskan ke udara
C Sifat pemangkin oksigen
D Kadar tindak balas proses fotosintesis
Jawapan:

21. Mengapakah serpihan arang lebih mudah terbakar daripada ketulan arang yang besar?
A Serpihan arang mempunyai lebih luas permukaan yang terdedah kepada udara daripada ketulan arang
B Serpihan arang lebih ringan berbanding dengan ketulan arang
C Serpihan arang adalah lebih kering daripada ketulan arang besar
D Serpihan arang menerima haba dengan lebih cepat berbanding dengan ketulan arang besar.
Jawapan:

22. Rajah menunjukkan perubahan isi padu gas karbon dioksida yang dibebaskan dalam tindak balas berlebihan marmar dengan asid nitrik. Pernyaaan yang manakah betul tentang bahagian XY pada lengkung graf?
 Bab 7: Kadar Tindak Balas
A Semua marmar yang bertindak balas telah habis
B Tiada gas karbon dioksida dihasilkan
C Kadar tindak balas masih meningkat
D Kadar tindak balas sudah mencapai kadar maksimum
Jawapan:

23. Antara tindak balas berikut, yang manakah mempunyai kadar tindak balas paling tinggi.
A serbuk magnesium karbonat + 50.0 cm3 asid hidroklorik 0.1 mol dm-3
B ketulan magnesium karbonat + 50.0 cm3 asid hidroklorik 0.1 mol dm-3
C ketulan magnesium karbonat + 50.0 cm3 asid hidroklorik 0.2 mol dm-3
D serbuk magnesium karbonat + 50.0 cm3 asid hidroklorik 0.2 mol dm-3
Jawapan:

24. Apabila 5 g marmar dimasukkan ke dalam 50 cm3 asid sulfurik cair, didapati kadar tindak balas berkurangan dengan masa. Pilih sebab utama perubahan itu berlaku.
A Kuantiti air berkurangan dengan masa
B Suhu larutan campuran berkurangan dengan masa
C Jisim marmar berkurangan dengan masa
D Tenaga kinetik ion karbonat dalam marmar berkurangan dengan masa
Jawapan:

25. Rajah menunjukkan susunan radas untuk menentukan kadar tindak balas antara kalsium karbonat dengan asid hidroklorik.
Kaedah yang manakah paling sesuai untuk meningkatkan kadar tindak balas ini?
 Bab 7: Kadar Tindak Balas
A Mengurangkan saiz kalsium karbonat
B Mengurangkan isi padu asid hidroklorik
C Mengurangkan suhu asid hidroklorik
D Mengurangkan kepekatan asid hidroklorik
Jawapan:

26. Rajah profil tenaga berikut menunjukkan bagaimana bahan X mengubah lintasan tindak balas penguraian hidrogen peroksida.
Apakah perubahan yang diperhatikan apabila bahan X ditambah ke dalam larutan hidrogen perokisda?
 Bab 7: Kadar Tindak Balas
A Tindak balas menjadi lebih endotermik.
B Tindak balas menjadi lebih eksotermik.
C Kadar tindak balas menjadi lebih tinggi.
D Kadar tindak balas menjadi lebih rendah.
Jawapan:

27. Rajah 3 menunjukkan graf isipadu gas yang terhasil melawan masa untuk tindak balas antara kalsium karbonat dan asid hidroklorik.
Kecerunan lengkung berkurang dengan masa kerana
 Bab 7: Kadar Tindak Balas
A asid hidroklorik adalah sejenis asid monobes
B suhu tindak balas berkurang
C isipadu campuran berkurang
D kepekatan asid hidroklorik berkurang
Jawapan:

28. Antara pernyataan berikut, yang manakah menjelaskan maksud perlanggaran berkesan?
A Tindak balas yang tenaganya kurang daripada tenaga pengaktifan
B Perlanggaran yang mempunyai tenaga yang rendah
C Perlanggaran yang menghasilkan hasil tindak balas
D Perlanggaran yang berlaku sebelum sesuatu tindak balas
Jawapan:

29. Antara faktor-faktor berikut, yang manakah tidak mempengaruhi kadar sesuatu tindak balas?
A Kehadiran mangkin.
B Kepekatan bahan tindak balas
C Jumlah luas permukaan bahan tindak balas pepejal
D Jisim bahan tindak balas pepejal
Jawapan:

30. Antara yang berikut, yang manakah tindak balas paling perlahan?
A Sedikit serbuk mangan(IV) oksida ditambahkan ke dalam larutan hidrogen peroksida
B Larutan plumbum(II) nitrat ditambahkan ke dalam larutan natrium klorida
C Asid sulfurik cair ditambahkan ke dalam larutan natrium tiosulfat
D Sedikit serbuk zink ditambahkan ke dalam larutan kuprum(II) sulfat
Jawapan:

31. Rajah 16 menunjukkan graf bagi jumlah isipadu gas oksigen yang terbebas melawan masa untuk penguraian hidrogen peroksida.
Manakah yang berikut adalah inferens daripada graf ?
 Bab 7: Kadar Tindak Balas
I Kadar pembebasan gas pada t2 adalah sifar
II Purata kadar pembebasan gas dalam tempoh t1 ialah V/t1 cm3 min-1
III Kadar pembebasan gas pada permulaan tindak balas adalah paling tinggi
IV Penguraian hidrogen peroksida berkurangan dengan masa.
A I , II and III only
B I, III and IV only
C II, III and IV only
D I,II ,III and IV
Jawapan:

32. Rajah 15 menunjukkan graf bagi jumlah isipadu karbon dioksida melawan masa bagi tindak balas karbonat logam dengan asid cair bagi eksperimen P dan eksperimen Q.
 Bab 7: Kadar Tindak Balas
Antara berikut, yang manakah menerangkan perbezaan antara dua lengkuk bagi eksperimen tersebut?
I Suhu asid dalam eksperimen P lebih tinggi daripada dalam eksperimen Q
II Mangkin digunakan dalam eksperimen P tetapi tidak dalam eksperimen Q
III Kuantiti karbonat logam dan asid dalam eksperimen P melebihi dalam eksperimen Q
IV Saiz zarah karbonat logam yang kecil digunakan dalam eksperimen P dan saiz zarah karbonat logam yang besar digunakan dalam eksperimen Q
A III and IV only
B I , II and III only
C I, II and IV only
D I, II , III and IV
Jawapan:

33. Berikut adalah faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas, KECUALI
A Saiz Bahan
B Kepekatan Bahan
C Suhu
D Warna bahan
Jawapan:

34. "Ikan yang disimpan di dalam peti sejuk lebih lambat rosak berbanding yang disimpan di dalam almari dapur"
Apakah faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas dalam situasi berikut?
A Saiz
B Suhu
C Tekanan
D Mangkin
Jawapan:

35. Persamaan berikut mewakili tindak balas antara kalsium karbonat dan asid hidroklorik.
CaCO3+ 2HCl → CaCl2 + CO2 + H2O
Kaedah manakah yang paling sesuai untuk meningkatkan kadar tindak balas?
A Mengecilkan saiz kalsium karbonat
B Mengurangkan isipadu asid hidroklorik
C Menurunkan suhu asid hidroklorik
D Mengurangkan kepekatan asid hidroklorik
Jawapan:

36. Faktor manakah yang tidak mempengaruhi kadar tindak balas?
A Isipadu bahan tindak balas
B Kepekatan bahan tindak balas
C Suhu bahan tindak balas
D Saiz pepejal bahan tindak balas
Jawapan:

37. Kadar tindak balas boleh ditentukan dengan mengukur
I isipadu gas dibebaskan per unit masa.
II pembentukan mendakan per unit masa.
III perubahan warna per unit masa.
IV perubahan saiz pepejal per unit masa
A I dan III sahaja
B I,II dan III sahaja
C II,III dan IV sahaja
D I,II III dan IV
Jawapan:

38. Maklumat berikut menunjukkan kesan suatu faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
 Bab 7: Kadar Tindak Balas
A Menambah mangkin
B Menaikkan suhu bahan tindak balas
C Menambah kepekatan bahan tindak balas
D Menambah jumlah luas permukaan bahan tindak balas
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。