1. Apakah fungsi salur pencernaan?
A Mengangkut darah kepada semua bahagian dalam badan
B Mencerna dan menyerap nutrien dari makanan yang diambil
C Untuk mengawal suhu dalaman badan
D Mengkoordinasi tindakan terkawal dan tidak terkawal dalam badan
Jawapan:
2. Antara yang berikut, yang manakah tidak menghasilkan enzim-enzim yang diperlukan untuk pencernaan?
A Perut
B Usus kecil
C Pankreas
D Pundi hempedu
Jawapan:
3. Antara yang berikut, yang manakah akan dicerna oleh enzim dalam air liur?
A Maltosa
B Kanji
C Protein
D Lipid
Jawapan:
4. Pilih kelenjar yang merembeskan jus pencernaan ke dalam salur alimentari.
I Kelenjar liur
II Kelenjar gaster
III Kelenjar usus
IV Kelenjar pankreas
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D I, II dan III
Jawapan:
5. Sel-sel epitelium di permukaan dalam dinding perut terdiri daripada?
I Sel utama yang merembeskan pepsinogen
II Sel parietal yang merembeskan asid hidroklorik
III Sel mukus yang merembeskan mukus
IV Sel otot yang merembeskan asid
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D I, II dan III
Jawapan:
6. Fungsi asid hidroklorik adalah untuk...
I menyediakan medium pH berasid untuk tindakan enzim pepsin
II membunuh bakteria dalam makanan
III menghentikan tindakan enzim air liur
IV menyediakan medium berasid untuk tindakan enzim renin
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D I, II dan III
Jawapan:
7. Pankreas merembeskan enzim ....................., .................. dan .................. ke dalam duodenum melalui duktus pankreas.
A amilase pankreas, maltase. sukrase
B amilase pankreas, tripsin, lipase
C amilase air liur, tripsin, lipase
D tripsin, lipase, erepsin
Jawapan:
8. Pencernaan kanji bermula di .................. dan berakhir di ................. .
Pencernaan protein bermula di ................ dan berakhir di ................. .
A mulut, perut,
perut, dubur
B mulut, ileum usus kecil
perut, ileum usus kecil
C pankreas, duodenum
mulut, duodenum
D mulut, ileum usus kecil
mulut, ileum usus kecil
Jawapan:
9. Antara A, B, C dan D yang manakah merupakan tempat berlakunya penyerapan makanan tercerna?
Jawapan:
10. Bahagian manakah mempunyai medium berasid?
A P
B Q
C R
D S
Jawapan:
11. Pilih pernyataan yang menerangkan tentang vilus.
A Lapisan epitelium vilus setebal satu sel untuk mempercepat penyerapan nutrien.
B Terdapat banyak jaringan kapilari darah memudahkan pengangkutan hasil pencernaan ke seluruh badan.
C sel goblet merembes mukus yang membantu pencernaan
D Lakteal mengangkut titisan asid lemak dan gliserol
A I dan II
B I dan III
C I, II dan III
D Semua di atas
Jawapan:
12. Molekul ringkas hasil daripada pencernaan makanan diserap di bahagian __________ di usus kecil.
A ileum
B hati
C pankreas
D perut
Jawapan:
13. Rajah menunjukkan keratan rentas usus kecil untuk menunjukkan vilus. Nyatakan ciri pada vilus yang membolehkannya menjalankan proses penyerapan dengan cekap.
I dinding yang sangat nipis iaitu setebal 1 sel
II struktur yang berlipat-lipat untuk menambahkan luas permukaan
III terdapat jaringan salur yang banyak untuk penyerapan yang lebih efisien
IV struktur yang memanjang untuk meningkatkan luas permukaan
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D I, II dan III
Jawapan:
14. Ke arah manakah darah dalam vena portal hepar mengalir?
A Dari hati ke pankreas
B Dari hati ke jantung
C Dari usus kecil ke hati
D Dari usus kecil ke pankreas
Jawapan:
15. Apakah proses tersebut?
-Proses penggunaan nutrien untuk membentuk sebatian kompleks.
A Asimilasi
B Penyerapan
C Deaminasi
D Penyahtinjaan
Jawapan:
16. Antara berikut, yang manakah bukan fungsi hati?
A Membentuk urea
B Menghasilkan hempedu
C Merembeskan enzim pencernaan
D Mengubah toksin kepada bahan bukan toksin
Jawapan:
17. Antara yang berikut, yang manakah ialah proses utama yang berlaku di dalam kolon manusia?
A Penyerapan air
B Penyerapan hasil pencernaan
C Pencernaan selulosa
D Pencernaan protein
Jawapan:
18. Seorang pesakit di hospital telah dikeluarkan pundi hempedunya dan memerlukan menu yang khusus. Menu yang manakah sesuai untuk pesakit tersebut?
A Daging ayam yang direbus tanpa kulit dan oren segar
B Isi ikan goreng dalam sos keju dan salad hijau
C Isi ikan goreng dan kentang rebus
D Sosej ayam dan kek berkrim
Jawapan:
19. Fungsi serat ialah...
I merangsang peristalsis
II menyerap dan menyingkirkan bahan toksik
III meningkatkan populasi bakteria berfaedah dalam usus besar
IV menyerap sel-sel mati
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D I, II dan III
Jawapan:
20. Yang manakah berkaitan tentang dismorfia otot?
I Keradangan lapisan epitelium perut
II Makan banyak dan memuntahkan kembali
III Merasakan diri bersaiz kecil dan tak cukup pertumbuhan
IV Mengamalkan angkat berat, latihan lasak dan bersenam berlebihan.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Jawapan:
21. Namakan struktur dalam villus yang terlibat dalam pengangkutan nutrien asid amino?
A kapilari darah
B lakteal
C sel goblet
D fruktosa
Jawapan:
22. Sumber tenaga utama bagi tubuh....
A Lemak
B Protein
C Karbohidrat
D Asid amino
Jawapan:
23. Bahagian usus yang ditunjuk oleh A memiliki struktur khusus iaitu....
A Memiliki kelenjar yang dapat menghasilkan asid
B Terdiri daripada banyak otot untuk menggaul makanan melalui tindakan peristalsis otot
C Terdapat mikrovili untuk memperluas permukaan penyerapan nutrisi
D Memiliki ukuran yang cukup besar untuk dilalui makanan tidak tercerna
Jawapan:
24. Proses pencernaan yang terjadi pada organ A ialah ...
A Penyerapan sisa makanan
B Penyerapan air
C membunuh bakteria dalam makanan
D merembeskan asid hidroklorik
Jawapan:
25. Apakah fungsi sel goblet?
A Merembes mukus untuk membantu pencernaan
B Mengangkut titisan asid lemak dan gliserol
C Merembes jus usus yang mengandungi enzim pencernaan
D Menghancurkan makanan kepada butiran kecil dan ringkas
Jawapan:
26. Antara berikut, yang manakah diserap melalui pengangkutan aktif melalui kapilari darah?
I glukosa
II galaktosa
III vitamin E
IV asid amino
V Vitamin B
A I dan II
B I dan III
C I, III dan V
D I, II dan IV
Jawapan:
27. Pakar perubatan yang mengkhusus dalam bidang sistem pencernaan manusia ialah pakar ______________.
A dermatologi
B ortopedik
C gastroenterologi
D neurologi
Jawapan:
28. Kalenjar usus merembes ___________ yang mengandungi enzim pencernaan.
A jus usus
B titisan asid lemak
C gliserol
D enzim amilase
Jawapan:
29. Antara organ berikut, yang manakah tidak merembeskan enzim pencernaan?
A Perut
B Duodenum
C Pankreas
D Ileum
Jawapan:
30. Apakah monomer yang terhasil daripada pencernaan protein?
A Asid lemak
B Gliserol
C Asid amino
D Glukosa
Jawapan:
31. Antara yang berikut, yang mnakah merupakan kesan sekiranya sel-sel parietal yang terdapat pada kelenjar gaster gagal untuk berfungsi?
A Polipeptida tidak dapat dicernakan
B Bakteria dalam makanan tidak dapat dimusnahkan
C Pepsinogen tidak dapat ditukarkan kepada pepsin
D Medium beralkali di dalam perut tidak dapat dihasilkan
Jawapan:
32. Apakah jenis kelas makanan yang dicernakan di dalam perut?
A Lipid
B Vitamin
C Protein
D Karbohidrat
Jawapan:
33. Antara yang berikut, persamaan manakah yang mewakili tindak balas yang berlaku dalam duodenum?
A Kanji + Air -> Maltosa
B Protein + Air -> Polipeptida
C Maltosa + Air -> Glukosa
D Lipid + Air -> Asid lemak dan gliserol
Jawapan:
34. Rajah di bawah menunjukkan keratan memanjang struktur vilus.
Antara yang berikut, pernyataan manakah yang benar tentang kandungan nutrien dalam salur Y?
A Mengandungi kandungan asid amino yang tinggi
B Mengandungi kandungan titisan lemak yang tinggi
C Mengandungi kandungan titisan lemak yang rendah
D Mengandungi kandungan glukosa yang tinggi
Jawapan:
35. Kelas makanan manakah yang memerlukan jus hempedu untuk melengkapkan sistem pencernaan?
A Protein
B Lipid
C Serat
D Karbohidrat
Jawapan:
36. Rajah di bawah menunjukkan sebahagian organ dalam sistem pencernaan manusia.
Apakah yang berlaku sekiranya organ di atas gagal berfungsi?
I Toksin tidak dapat disingkirkan
II Pendeaminan tidak berlaku
III Glukosa berlebihan tidak dapat ditukarkan kepada kanji
IV Glukagon tidak dapat dihasilkan
A I & II
B I & III
C II & III
D III & IV
Jawapan:
37. Apakah fungsi rektum dalam proses penyahtinjaan?
A Membentuk tinja
B Menyerap air daripada makanan tidak tercerna
C Menyimpan tinja buat sementara waktu
D Menghasilkan antibiotik
Jawapan:
38. Antara yang berikut yang manakah ialah proses utama yang berlaku dalam kolon manusia?
A Penyerapan air
B Penyerapan hasil pencernaan makanan
C Pencernaan selulosa
D Pencernaan protein
Jawapan:
39. Antara makanan-makanan berikut, yang manakah boleh mencegah sembelit?
A Kacang dal, limau, ayam rebus
B Jus epal, donat aiskrim
C Bayam, pisang, epal
D Ayam bakar, jus mangga, pisang
Jawapan:
40. Pernyataan berikut merujuk kepada salah satu isu kesihatan yang berkaitan dengan pemakanan manusia.
Keradangan pada lapisan epitelium perut disebabkan oleh tindakan asid hidroklorik yang menghakis dinding perut.
Apakah isu kesihatan tersebut?
A Distrofi otot
B Gastritis
C Anoreksia nervosa
D Refluks asid
Jawapan: