1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Set 15 Latihan Biologi Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 4

Bab 15: Pembiakan Seks, Perkembangan Dan Pertumbuhan Dalam Manusia Dan Haiwan

Klik untuk jawapannya

1. Berikut merupakan anatomi sistem pembiakan lelaki kecuali .......
A vas deferens
B uretra
C serviks
D skrotum
Jawapan:

2. Yang manakah fungsi anatomi sistem pembiakan perempuan yang dipadankan dengan betul?
A tiub falopio - merembeskan hormon.
B uterus - saluran masuk sperma.
C ovari - bukaan sempit uterus.
D serviks - merembeskan mukus untuk membantu sperma berenang.
Jawapan:

3. Susunan yang betul dalam spermatogenesis.
A sel germa primodium, spermatogonium, spermatosit primer, spermatosit sekunder, spermatid, sperma
B sel germa primodium, spermatosit primer, spermatosit sekunder, spermatogonium, spermatid, sperma
C sel germa primodium, spermatid, spermatogonium, spermatosit primer, spermatosit sekunder, sperma
D sel germa primodium, spermatosit primer, spermatosit sekunder, spermatid,spermatogonium, sperma
Jawapan:

4. Oosit sekunder akan melengkapkan proses Meiosis II apabila perempuan mencapai akhir baligh. Pada peringkat manakah ia bermula?
A profasa l
B metafasa l
C profasa ll
D metafasa ll
Jawapan:

5. Perbezaan manakah yang benar tentang gametogenesis?
A saiz sperma lebih besar berbanding ovum.
B 1 sperma dihasilkan setiap kali spermatogenisis manakala 4 ovum dihasilkan untuk oogenesis.
C Sperma mempunyai silia manakala ovum mempunyai ekor untuk berenang.
D oogenesis berlaku dalam ovari manakala spermatogenesis berlaku dalam testis.
Jawapan:

6. Bilakah oosit sekunder dibebaskan daripada folikel Graaf?
A Mitosis
B Meiosis
C Ovulasi
D Persenyawaan
Jawapan:

7. Apakah hormon yang berfungsi untuk merangsang ovulasi?
A FSH
B LH
C Estrogen
D Progesteron
Jawapan:

8. Apakah fungsi utama progesteron?
A Merangsang penebalan endometrium.
B Merangsang perkembangan folikel.
C Menyebabkan pembentukan korpus luteum
D Merangsang perembesan FSH dan LH.
Jawapan:

9. Apakah yang berlaku dalam 0 hingga 5 hari kitar haid?
A A proses ovulasi berlaku.
B sel-sel folikel berkembang.
C endometrium menjadi lebih tebal.
D berlaku persenyawaan.
Jawapan:

10. Bilakah pengovulan berlaku?
A hari pertama kitar haid.
B hari ke-28
C setiap hujung bulan.
D hari ke-14.
Jawapan:

11. Apakah parameter mengukur pertumbuhan?
I Jisim kering
II Jisim segar
III Ketinggian
IV Perubahan rupa
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D I, II dan III
Jawapan:

12. Apakah contoh serangga yang mengalami metamorfosis lengkap?
A Burung
B Harimau
C Rama-rama
D Belalang
Jawapan:

13. Apakah contoh serangga yang mengalami metamorfosis tidak lengkap?
A Burung
B Harimau
C Rama-rama
D Belalang
Jawapan:

14. Apakah peringkat metamorfosis lengkap?
I Telur
II Insta
III Larva
IV Pupa
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D I, III dan IV
Jawapan:

15. Apakah fasa pertumbuhan manusia yang mempunyai ciri-ciri berikut?
• Kadar pertumbuhan adalah rendah kerana melibatkan pembahagian sel dan pemanjangan sel yang sedikit.
• Merupakan satu fasa penyesuaian dengan sumber baharu yang wujud di persekitaran.
A Permulaan
B Pertumbuhan pesat
C Matang
D Penuaan
Jawapan:

16. Apakah fasa pertumbuhan manusia yang mempunyai ciri-ciri berikut?
• Kadar pertumbuhan ialah sifar
• Kadar pembahagian sel adalah sama dengan kadar kematian sel.
• Pembahagian sel berlaku untuk menggantikan tisu yang rosak atau mati.
A Permulaan
B Pertumbuhan pesat
C Matang
D Penuaan
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。