1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Set 7 Latihan Biologi Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 4

Bab 7: Respirasi Sel

Klik untuk jawapannya

1. Antara berikut, bahan kimia manakah bukan merupakan substrat respirasi sel?
A Glukosa
B Protein
C Lemak
D Lilin
Jawapan:

2. Antara berikut, proses manakah yang menghasilkan tenaga yang lebih rendah?
A Penguraian glukosa kepada piruvat
B Penguraian piruvat kepada etanol dan karbon dioksida
C Penguraian piruvat kepada karbon dioksida dan air
D Penguraian asid lemak kepada karbon dioksida
Jawapan:

3. Berdasarkan persamaan perkataan di atas, padanan manakah yang betul?
 Bab 7: Respirasi Sel
A P : Oksigen Q : Asid laktik
B P : Tiada Q : Karbon diosida
C P : Oksigen Q : Karbon dioksida
D P : Tiada Q : Etanol
Jawapan:

4. Dimanakah berlakunya penghasilan karbon dioksida dan air daripada glukosa?
A Kloroplas
B Sitoplasma
C Mitokondrion
D Nukleus
Jawapan:

5. Dalam sel bahagian G,H diuraikan kepada I. Proses ini berlaku di dalam proses respirasi sel. Antara berikut, pilihan yang manakah mungkin merupakan G, H dan I?
 Bab 7: Respirasi Sel
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV
Jawapan:

6. Dalam satu ekperimen mengkaji respirasi aerob seekor lipas, pelet kalium hidroksida digunakan untuk
A menyerap oksigen dalam tabung didih
B menyerap wap air yang dihasilkan
C menyerap haba yang dihasilkan
D menyerap karbon dioksida yang dihasilkan
Jawapan:

7. Antara berikut, pernyataan yang manakah berkenaan Lactobacillus adalah betul?
A Lactobacillus menjalankan fermentasi dalam keadaan tanpa oksigen
B Lactobacillus menjalankan respirasi aerob dalam kehadiran oksigen
C Lactobacillus dapat menguraikan piruvat kepada etanol dan karbon dioksida dalam keadaan tanpa oksigen
D Lactobacillus tidak dapat menguraikan piruvat kepada asid laktik dalam keadaan tanpa oksigen
Jawapan:

8. Antara berikut, pernyataan yang manakah berkenaan dengan perbezaan antara respirasi aerob dengan fermentasi adalah betul?
A Respirasi aerob menghasilkan tenaga manakala fermentasi tidak.
B Respirasi aerob menguraikan glukosa manakala fermentasi tidak.
C Respirasi aerob menghasilkan karbon dioksida manakala fermentasi tidak.
D Respirasi aerob menguraikan piruvat di dalam mitokondrion manakala fermentasi di dalam sitoplasma
Jawapan:

9. Respirasi sel diperlukan untuk menghasilkan tenaga. Apakah substrat utama respirasi sel?
A Fruktosa
B Sukrosa
C Glukosa
D Galaktosa
Jawapan:

10. Apakah hasil akhir respirasi anaerob pada manusia?
A Asid laktik
B Air
C Karbon dioksida
D 38 ATP
Jawapan:

11. Apakah fungsi mitokondria?
A Menyimpan makanan dalam bentuk glikogen
B Mengubah suai protein dan mengangkut keluar dari sel
C Mengangkut protein dari ribosom
D Medium untuk penjanaan tenaga
Jawapan:

12. Respirasi aerob berlaku dalam
A Nukleus
B sitoplasma
C mitokondrion
D Lisosom
Jawapan:

13. Fermentasi berlaku dalam
A Nukleus
B Sitoplasma
C Mitokondrion
D Jasad Golgi
Jawapan:

14. Antara yang berikut, yang manakah tidak berlaku semasa fermentasi dalam yis?
A Etanol dihasilkan
B Kurang tenaga dibebaskan
C Pengumpulan asid laktik
D Penguraian glukosa yang tidak lengkap
Jawapan:

15. Persamaan di bawah mewakili
 Bab 7: Respirasi Sel
A hidrolisis glukosa
B respirasi aerob
C fermentasi alkohol
D fermentasi asid laktik
Jawapan:

16. Proses di bawah berlaku dalam sel otot seorang atlet semasa aktiviti cergas. Antara berikut yang manakah adalah R?
 Bab 7: Respirasi Sel
A Air
B Etanol
C Karbon dioksida
D Asid laktik
Jawapan:

17. Antara yang berikut, yang manakah akan terkumpul dalam otot seseorang yang sedang menjalankan aktiviti cergas?
A Urea
B Metana
C Asid laktik
D Etanol
Jawapan:

18. Apakah yang dihasilkan semasa fermentasi dalam yis dan otot manusia?
A Etanol
B Asid laktik
C Karbon dioksida
D Tenaga
Jawapan:

19. Antara perubahan berikut, yang manakah akan meningkatkan kadar respirasi suatu organisma?
A Suhu badan menurun
B Kepekatan glukosa dalam darah menurun
C Kepekatan oksigen dalam darah meningkat
D Kepekatan karbon dioksida dalam darah meningkat
Jawapan:

20. Apakah yang berlaku di dalam tisu ini semasa aktiviti cergas?
 Bab 7: Respirasi Sel
A Molekul glukosa terurai menghasilkan karbon dioksida
B Molekul glukosa terurai menghasilkan 2898kJ tenaga
C Molekul glukosa terurai secara separa kepada asid laktik
D Molekul glukosa terurai secara separa kepada etanol
Jawapan:

21. Yang manakah adalah salah satu produk akhir bagi respirasi pokok padi?
A 38 ATP
B Air
C Oksigen
D Etanol
Jawapan:

22. Sesetengah bakteria hanya boleh hidup dalam keadaan anaerob. Ramalkan apa yang akan berlaku kepada bakteria jenis ini sekiranya oksigen dibekalkan.
I Bakteria akan lebih aktif
II Bakteria akan bertukar kepada respirasi aerob
III Bakteria tersebut akan mati
IV Bakteria tersebut tidak sesuai hidup di persekitaran beroksigen
A I dan II
B III dan IV
C II dan III
D I, II dan IV
Jawapan:

23. Apakah kegunaan hasil fermentasi alkohol?
I Untuk membuat doh roti
II Untuk pembuatan bir dan wain
III Untuk menghasilkan ubat-ubatan
IV Untuk membuat minyak wangi
A I dan II
B II dan IV
C II dan III
D I, II dan IV
Jawapan:

24. Mengapakah otot menjalankan respirasi sel yang menghasilkan asid laktik semasa aktiviti cergas?
I Kerana otot kekurangan oksigen
II Otot mengalami hutang oksigen
III Kerana berlaku pengoksidaan piruvat yang lengkap
IV Kerana berlaku pengoksidaan piruvat tidak lengkap
A I dan II
B II dan IV
C II dan III
D I, II dan IV
Jawapan:

25. Apakah hasil akhir bagi proses glikolisis?
I 2 Karbon dioksida
II 2 piruvat
III 2 air
IV 2 ATP
A I dan II
B II dan IV
C II dan III
D I, II dan IV
Jawapan:

26. Apakah kesan daripada pengumpulan asid laktik yang banyak dalam otot selepas menjalankan aktiviti cergas?
A. Otot mengecut
B. Otot merosot
C. Otot menjadi cergas
D. Otot menjadi lesu
Jawapan:

27. 2 C6H12O6------> 2C2H5OH + X + tenaga (210kJ atau 2 molekul ATP)
Apakah X?
A. CO2
B. 2CO2
C. 3CO2
D. O2
Jawapan:

28. Substrat utama dalam penghasilan tenaga ialah ______.
A. glukosa
B. protein
C. karbohidrat
D. lemak
Jawapan:

29. _______ merupakan satu tindak balas biokimia yang berlaku dalam sel serta membolehkan organisma menukarkan tenaga kimia dalam makanan menjadi tenaga yang boleh digunakan untuk proses hidup.
Apakah nama tidak balas tersebut?
A. Katabolisme
B. Knabolisme
C. Metabolisme
D. Sitoplasma
Jawapan:

30. Apakah persamaan antara respirasi aerob dengan fermentasi dalam manusia?
A. Kedua-duanya menghasilkan asid laktik
B. Kedua-duanya menggunakan oksigen
C.Kedua-duanya menguraikan glukosa
D. Kedua-duanya menghasilkan etanol
Jawapan:

31. Sel otot seorang atlet mengandungi lebih banyak mitokondrion berbanding individu yang bukan atlet Apakah inferens yang boleh dibuat bagi pernyataan ini?
A. Sel otot bukan atlet menggunakan lebih banyak tenaga
B. Sel otot seorang atlet menggunakan lebih banyak tenaga
C. Sel otot seorang atlet menghasilkan asid laktik
D. Sel otot seorang atlet menjalankan fermentasi
Jawapan:

32. Antara berikut, yang manakah benar tentang respirasi aerob?
A. Pengoksidaan glukosa yang lengkap
B. Bilangan ATP yang dihasilkan ialah 2
C. Hasil respirasi ialah asid laktik dan tenaga
D. Tapak tindak balas berada di sitoplasma
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

7


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。