1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Set 4 Latihan Biologi Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 4

Bab 4: Komposisi Kimia Dalam Sel

Klik untuk jawapannya

1. Sebatian organik adalah sebatian yang mengandungi __________.
A hidrogen
B karbon
C sulfur
D nitrogen
Jawapan:

2. Pernyataan mana satukah yang betul?
A Asid nukleik - Membentuk protoplasma
B Protein - Membina dinding sel dalam sel tumbuhan
C Lipid - Mensintesiskan hormon
D Karbohidrat - Mensintesiskan antibodi
Jawapan:

3. Antara yang berikut, yang manakah bertindak sebagai medium bagi tindak balas biokimia dalam sel?
A Air
B Glukosa
C Lipid
D Asid amino
Jawapan:

4. Apakah yang diwakili oleh Q dan P?
 Bab 4 Komposisi Kimia Dalam Sel
A P: Hidrolisis
 Q: Laktosa
B P: Kondensasi
 Q: Maltosa
C P: Kondensasi
  Q: Laktosa
D P:Hidrolisis
 Q: Maltosa
Jawapan:

5. Unit monomer bagi selulosa ialah _______.
A Glukosa
B Galaktosa
C Asid amino
D Glukosa dan fruktosa
Jawapan:

6. Antara sebatian berikut, yang manakah menyimpan tenaga paling tinggi?
A Karbohidrat
B Protein
C Asid nukleik
D Lipid
Jawapan:

7. Apakah X dan Y?
 Bab 4: Komposisi Kimia Dalam Sel
A X: Hidrolisis
  Y: Kondensasi
B X: Kondensasi
  Y: Hidrolisis
C X: Pengoksidaan
  Y: Hidrolisis
D X: Penurunan
  Y Kondensasi
Jawapan:

8. Pernyataan yang tidak benar tentang protein ialah ________.
A Monomer bagi protein ialah asid amino
B Urutan linear asid amino dalam molekul protein diapnggil struktur primer
C Asid amino tidak perlu tidak boleh disintesiskan oleh manusia
D Satu contoh protein berstruktur kuaterner adalah hemoglobin
Jawapan:

9. Apakah contoh asid amino tidak perlu?
A Lisina
B Alania
C Leusina
D Isoleusina
Jawapan:

10. Antara yang berikut, yang manakah bukan jenis lipid yang utama?
A Minyak
B Hormon
C Steroid
D Fosfolipid
Jawapan:

11. Apakah komposisi bagi unit asas lemak?
A 3 molekul gliserol + 3 molekul asid lemak
B 1 molekul gliserol + 1 molekul asid lemak
C 3 molekul gliserol + 1 molekul asid lemak
D 1 molekul gliserol + 3 molekul asid lemak
Jawapan:

12. Rajah menunjukkan struktur bagi molekul lemak.
 Bab 4: Komposisi Kimia Dalam Sel
Apakah Q?
A Fosfat
B Asid lemak
C Gliserol
D Asid amino
Jawapan:

13. Padanan yang betul ialah __________.
I Enzim: Sukrase
 Substrat: Sukrosa
II Enzim: Lipase
 Substrat: Lipid
III Enzim: Amilase
 Substrat: Glikogen
IV Enzim: Protease
 Substrat: Protein
A I dan II
B II dan IV
C II dan III
D I, II dan IV
Jawapan:

14. Ciri-ciri enzim ialah _________.
I Merupakan lipid
II Akan ternyahasli apabila suhu melebihi 37 °C
III Akan berubah bentuk selepas tindak balas kimia
IV Mempunyai tapak aktif yang spesifik terhadap substrat tertentu
A I dan II
B II dan IV
C II dan III
D I, III dan IV
Jawapan:

15. Enzim yang manakah memerlukan medium berasid pH 1 - pH 4 untuk bertindak balas?
A Trispsin
B Pepsin
C Amilase
D Maltase
Jawapan:

16. Apakah faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas enzim-substrat?
I Suhu
II pH
III Kelembapan
IV Kepekatan enzim
A I dan II
B II dan IV
C II dan III
D I, II dan IV
Jawapan:

17. Rajah menunjukkan bagaimana enzim berfungsi.
 Bab 4: Komposisi Kimia Dalam Sel
Apakah P dan Q?
A P: Enzim
 Q: Hasil
B P: Enzim
 Q: Substrat
C P: Substrat
 Q: Hasil
D P: Substrat
 Q: Kompleks enzim-substrat
Jawapan:

18. Antara bahagian graf di bawah, yang manakah mewakili kesan pH ke atas kadar tindak balas amilase air liur?
 Bab 4: Komposisi Kimia Dalam Sel
Jawapan:

19. Graf menunjukkan kesan kepekatan enzim ke atas kadar tindak balas enzim.
Mengapakah kadar tindak balas pada X adalah malar?
 Bab 4: Komposisi Kimia Dalam Sel
A Kepekatan substrat adalah malar dan tidak meningkat
B Kekurangan oksigen
C Enzim ternyahasli pada kepekatan substrat yang tinggi
D Tiada lagi substrat untuk enzim bertindak balas
Jawapan:

20. Glukosa + fruktosa =
A galaktosa
B sukrosa
C laktosa
D maltosa
Jawapan:

21. Karbohidrat mempunyai semua unsur-unsur di bawah kecuali
A karbon
B nitrogen
C hidrogen
D oksigen
Jawapan:

22. Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang monosakarida ?
A Monosakarida juga dikenali sebagai gula penurun.
B Monosakarida boleh bergabung membentuk polimer melalui tindak balas hidrolisis.
C Monosakarida mempunyai kuasa penurunan iaitu berupaya memindahkan hidrogen kepada sebatian lain.
D Monomer karbohidrat iaitu unit karbohidrat yang paling ringkas.
Jawapan:

23. Apakah komponen utama membran sel tumbuhan?
A Lipid dan protein
B Lipid dan karbohidrat
C Karbohidrat dan protein
D Protein, karbohidrat dan lipid
Jawapan:

24. Antara yang berikut, yang manakah mewakili hidrolisis protein?
A Polipeptida + air → dipeptida
B Polipeptida → dipeptida + air
C Dipeptida → polipeptida + air
D Dipeptida + air → polipeptida
Jawapan:

25. Apakah jenis lipid dalam progesteron, testosteron dan estrogen?
A Lemak
B Steroid
C Lilin
D Fosfolipid
Jawapan:

26. Apakah unit asas molekul protein?
A Asid lemak
B Gliserol
C Glukosa
D Asid amino
Jawapan:

27. Rajah menunjukkan struktur satu enzim dan substrat. Antara bahagian A, B, C dan D, yang manakah adalah tapak aktif?
 Bab 4: Komposisi Kimia Dalam Sel
Jawapan:

28. Sebatian tak organik yang terdiri daripada hidrogen dan oksigen serta sangat penting untuk semua benda hidup. Apakah sebatian ini?
A Air
B Udara
C Asid nukleik
D Karbon dioksida
Jawapan:

29. Apakah sifat molekul air yang menjadikan air sebagai pelarut semesta?
A Daya lekitan
B Tindakan kapilari
C Molekul berkutub
D Muatan haba tentu
Jawapan:

30. Rajah di bawah menunjukkan unit asas molekul DNA.
 Bab 4: Komposisi Kimia Dalam Sel
Apakah yang diwakili oleh P, Q dan R?
A P: Bes bernitrogen
 Q: Kumpulan fosfat
 R: Gula pentosa
B P: Kumpulan fosfat
 Q: Gula pentosa
 R: Bes bernitrogen
C P: Bes bernitrogen
 Q: Gula Pentosa
 R: Kumpulan fosfat
D P: Gula pentosa
 Q: Bes bernitrogen
 R: Kumpulan fosfat
Jawapan:

31. Berikut adalah contoh disakarida
I Gula malt
II Gula tebu
III Gula susu
IV kanji
A I dan II
B II dan IV
C II dan III
D I, II dan III
Jawapan:

32. Unsur-unsur yang membina protein adalah yang berikut kecuali
A karbon
B hidrogen
C oksigen
D helium
Jawapan:

33. Jenis ikatan yang merangkaikan monomer-monomer dalam protein ialah ______.
A ikatan ionik
B ikatan kovalen
C ikatan peptida
Jawapan:

34. Perbezaan antara lemak tepu dengan lemak tak tepu ialah tepat kecuali
A Lemak tepu tidak mempunyai ikatan ganda dua antara atom-atom karbon asid lemak sedangkan lemak tidak tepu mempunyai ikatan ganda dua
B Lemak tepu berbentuk cecair dalam keadaan suhu bilik manakala lemak tak tepu berbentuk pepejal
C Contoh lemak tepu ialah mentega manakala lemak tak tepu ialah minyak zaitun
D Sumber lemak tepu adalah dari haiwan manakala lemak tak tepu bersumber dari tumbuhan
Jawapan:

35. Berikut adalah kumpulan pirimidina bes bernitrogen kecuali
A sitosina
B urasil
C adenina
D timina
Jawapan:

36. Berikut adalah kenyataan yang benar kecuali
A DNA terdapat dalam nukleus, mitokondria dan kloroplas
B RNA terdiri daripada jujukan nukleotida yang terdiri daripada 2 rantaian
C DNA mengandungi gula deoksiribosa
D RNA mengandungi gula ribosa
Jawapan:

37. Karbohidrat yang manakah dijumpai dalam kuantiti yang besar dalam sel hati?
A glukosa
B selulosa
C glikogen
D sukrosa
Jawapan:

38. DNA membawa maklumat genetik sesuatu organisma. Antara berikut yang manakah tidak terdapat dalam DNA?
A Gula deoksiribosa
B Bes bernitrogen
C Kumpulan fosfat
D Kumpulan Sulfur
Jawapan:

39. ntara karbohidrat berikut, yang manakah merupakan polisakarida?
A Maltosa
B Fruktosa
C Glukosa
D Glikogen
Jawapan:

40. Antara pernyataan berikut, yang manakah betul mengenai lemak tepu?
A Mempunyai takat lebur yang rendah
B Cecair pada suhu bilik
C Mempunyai ikatan ganda dua dalam asid lemak
D Meningkatkan aras kolesterol dalam darah
Jawapan:

41. P : Maltosa + air → glukosa + glukosa
Q : Galaktosa + air → glukosa + laktosa
R : Sukrosa + air → glukosa + fruktosa
S : Fruktosa + air → glukosa + sukrosa
Persamaan manakah yang betul?
A P dan Q
B R dan S
C Q dan R
D P dan R
Jawapan:

42. Apakah maksud daya lekitan?
A Air menyerap banyak tenaga haba dengan kenaikan suhu yang kecil.
B Oksigen dan hidrogen tertarik satu sama lain.
C Molekul air melekat antara satu sama lain.
D Molekul air melekat pada dinding salur xilem.
Jawapan:

43. Apakah unsur-unsur yang terdapat dalam karbohidrat?
A Karbon, Hidrogen, Oksigen
B Karbon, Hidrogen, Oksigen, Nitrogen
Jawapan:

44. Antara berikut yang manakah penyataan yang tidak benar?
I Struktur RNA adalah sama seperti struktur DNA.
II DNA penting sebagai pembawa maklumat perwarisan.
III Kromosom terbentuk daripada rantaian polinukleotida RNA yang berpintal dengan histon.
IV Kod genetik dibawa oleh oleh bes bernitrogen untuk sintesis protein.
A I dan II
B II dan IV
C I dan III
D I, III dan IV
Jawapan:

45. Apakah contoh asid amino tidak perlu?
A alanina
B leusina
C lisina
D isoleusina
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

4


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。