1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Set 8 Latihan Sains Tingkatan 3 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 3

Bab 8: Keradioaktifan

Klik untuk jawapannya

1. Antara bahan yang berikut, yang manakah merupakan bahan radioaktif?
I Oksigen-16
II Radon-222
III Uranium-238
A I dan II
B II dan III
C I dan III
D I, II dan III
Jawapan:

2. Sinaran mengion manakah yang mempunyai kuasa pengionan yang paling tinggi?
A Sinar -X
B Sinar gama
C Sinar beta
D Sinar alfa
Jawapan:

3. Mengapakah plumbum sesuai digunakan sebagai bekas sisa radioaktif?
A Mudah didapati
B Takat lebur yang tinggi
C Dapat menahan sinaran radioaktif
D Mempunyai separuh hayat yang panjang
Jawapan:

4. Antara berikut, padanan manakah yang betul tentang bahan radioaktif dan kegunaannya?
A Kobalt-60 - mengawet makanan
B Karbon-14- memusnahkan sel kanser
C Iodin-131 - merawat kelenjar tiroid
D Fosforus -32- Mengawal ketebalan kepingan logam
Jawapan:

5. Apakah bahan radioaktif yang digunakan untuk menganggarkan usia fosil purba?
A Kobalt -60
B Karbon -14
C Natrium -24
D fosforus -32
Jawapan:

6. Bahan radioaktif bermaksud....
A unsur yang mempunyai nukleus yang stabil
B unsur yang mempunyai nukleus yang tidak stabil
C sebatian yang mempunyai nukleus yang tidak stabil
Jawapan:

7. Tiga contoh sinaran radioaktif ialah sinar alfa,gama dan beta.
A betul
B salah
Jawapan:

8. Keradioaktifan adalah proses pemancaran sinar radioaktif secara spontan
A palsu
B benar
Jawapan:

9. Sinaran radioaktif yang manakah menghasilkan kuasa penembusan paling rendah?
 Bab 8: Keradioaktifan
A Sinaran alfa
B Sinaran beta
C Sinaran gama
D Sinaran kosmik
Jawapan:

10. Apakah kesan pendedahan kepada dos tinggi sinaran mengion terhadap manusia?
 Bab 8: Keradioaktifan
A Kanser sahaja
B Kanser dan katarak
C katarak dan selaran matahari
D kanser, katarak dan selaran matahari
Jawapan:

11. Apakah maksud separuh hayat?
A Masa yang diambil oleh bahan untuk menjadi lebih stabil
B Masa yang diambil oleh bahan radioaktof untuk menjadi separuh dari asal
C Masa yang diambil oleh bahan radioaktif untuk berubah jisim kepada lebih kecil
D Masa yang diambil oleh bahan radioaktif untuk menjadi suku dari asal
Jawapan:

12. Kuasa penembusan yang sangat tinggi yang hanya boleh dihalang oleh konkrit dan plumbum yang tebal
A sinar gama
B sinar alfa
C sinar beta
Jawapan:

13. Sinar X mempunyai kuasa pengionan yang sangat kuat kerana jisimnya yang besar. Apakah sinar X?
A sinar gama
B sinar beta
C sinar alfa
Jawapan:

14. Apakah kegunaan sinar beta yang tidak benar?
A dalam perubatan mengesan darah beku
B menstrilkan alat perubatan
C dalam pertanian menentukan kadar resapan baja
D dalam industri mengawal ketebalan kertas
Jawapan:

15. Zarah yang manakah dapat dihalang oleh sekeping kertas?
A alfa
B beta
C gama
Jawapan:

16. Mengapakah pesongan dalam medan elektrik bagi zarah beta sangat ketara?
A kerana elektron bercas negatif
B kerana jisimnya yang sangat kecil
C kerana merupakan gelombang elektromagnet
Jawapan:

17. Antara yang berikut, yang manakah digunakan untuk mengesan kedudukan darah beku dalam aliran darah?
A Iodin-131
B Kobalt -60
C Natrium-24
D Karbon-14
Jawapan:

18. Tandakan (/) di dalam petak bagi tokoh sains yang terlibat dalam kajian keradioaktifan.
I Henri Becquerel
II Anton van Leewenhoek
III Marie Curie
IV Rosalind Fraklin.
A I dan II
B II dan III
C I dan III
D III dan IV
Jawapan:

19. Cara pengendalian bahan radioaktif yang betul adalah seperti berikut
I menjalankan eksperimen melibatkan bahan radioaktif di dalam bilik berdinding konkrit tebal
II kendalikan bahan radioaktif yang kuat dengan lengan robotik yang dikawal oleh alat kawalan jauh
III kendalikan bahan radioaktif yang lemah dengan tangan
IV lupuskan sisa radioaktif dengan kaedah yang sesuai dan selamat.
A I dan II
B II dan III
C I dan III
D I, II dan IV
Jawapan:

20. Labelkan bilik, bangunan dan bekas yang menyimpan bahan radioaktif dengan _______.
A simbol radioaktif
B simbol mudah terbakar
C simbol mengakis
D simbol beracun
Jawapan:

21. Simpan bahan radioaktif di dalam bekas ..................... yang tebal.
A besi
B aluminium
C plumbum
D plastik
Jawapan:

22. Lencana filem dosimeter dipakai untuk ______.
A merekodkan kehadiran semasa mengendalikan bahan radioaktif
B merekod jumlah pendedahan radiasi semasa mengendalikan bahan radioaktif
C mengendalikan bahan radioaktif yang lemah dengan penyepit
D melabel simpanan bahan radioaktif di dalam bangunan
Jawapan:

23. Sisa radioaktif aras tinggi perlu ditanam di bawah tanah atau ________.
A dibakar
B di dasar laut yang sejuk
C di puncak gunung yang tinggi
Jawapan:

24. Sisa radioaktif aras sederhana seperti lumpur kimia, resin, dan hasil sampingan dari reaktor nuklear dibekukan menggunakan konkrit atau ................... di dalam tong keluli, kemudian tanam di dalam tanah.
A bitumin
B albumin
C kerosin
D besi
Jawapan:

25. Sisa radioaktif aras ..................ditanam di dalam bilik kebal bawah tanah atau dibakar.
A rendah
B sederhana
C tinggi
Jawapan:

26. Dalam bidang pertanian, ................. digunakan untuk memandulkan serangga perosak dan menghalang proses pembiakan.
A sinar alfa
B sinar beta
C sinar gama
Jawapan:

27. Nitrogen-15 dan ................ digunakan untuk mengkaji kesan penyerapan baja oleh akar tumbuhan.
A fosforus-32
B uranium-235
C iodin -131
D natrium-24
Jawapan:

28. Sinaran radioaktif yang manakah digunakan dalam pembuatan senjata nuklear yang boleh menghasilkan letupan kuat?
I kobalt-60
II nitrogen-15
III uranium-235
IV plutonium-240.
A I dan II
B II dan III
C I dan III
D III dan IV
Jawapan:

29. Apakah sinaran radioaktif yang digunakan dalam bidang perubatan?
I sinar-x
II iodin-131
III natrium-24
IV uranium-235.
A I dan II
B II dan III
C I dan III
D I, II dan III
Jawapan:

30. .............................. digunakan untuk memusnahkan sel-sel kanser dan mensteril peralatan perubatan.
A kobalt-60
B sinar gama
C natrium-24
D uranium-235
Jawapan:

31. Dalam bidang arkeologi, saintis menggunakan kaedah pentarikhan karbon untuk menentukan usia artifak purba dengan menentukan peratusan ....................... di dalamnya.
A karbon-14
B karbon-12
C natrium-24
D fosforus-32
Jawapan:

32. .................... digunakan untuk mengesan kebocoran paip gas atau minyak di bawah tanah.
A fosforus-32
B natrium-24
C karbon-14
D uranium-235
Jawapan:

33. Sinar gama digunakan untuk menjadikan buah-buahan ..................... dan lebih tahan lama.
A lebih cepat masak
B lebih lambat masak
Jawapan:

34. Nyatakan tokoh pertama yang menemukan sinar X?
A Wilhelm Rontgen
B Antoine Henri Becquerel
C Marie Curie
Jawapan:

35. Tokoh pertama yang menemukan sinaran radioaktif?
A Wilhelm Rontgen
B Antoine Henri Becquerel
C Marie Curie
Jawapan:

36. Apakah ciri bagi atom mengikut Teori Atom Dalton?
A atom adalah zarah terkecil
B atom adalah zarah sederhana besar
C atom adalah zarah yang paling besar
Jawapan:

37. Atom adalah bersifat .................. kerana bilanngan proton adalah sama dengan bilangan elektron.
A Positif
B Negatif
C Neutral
Jawapan:

38. Sumber sinaran mengion semula jadi termasuklah
I sinaran kosmik yang datang dari angkasa lepas dan Matahari
II kemalangan nuklear dan ujian senjata nuklear
III sinaran terestrial daripada pereputan mineral radioaktif di dalam kerak bumi
IV sisa radioaktif dari industri dan loji kuasa nuklear
V makanan seperti haiwan dan tumbuhan yang mengandungi karbon-14 dan kalium-40
A I dan II
B II dan III
C I, III dan V
D I, II, III dan IV
Jawapan:

39. Atom yang ...............elektron membentuk ion positif.
A menderma
B menerima
Jawapan:

40. Atom yang menerima elektron pula membentuk
A ion positif
B ion negatif
Jawapan:

41. Ion positif dipanggil ...........
A kation
B anion
Jawapan:

42. Ion negatif dipanggil
A kation
B anion
Jawapan:

43. Sinaran wujud dalam dua bentuk iaitu sinaran mengion dan sinaran tidak mengion. Antara berikut, sinaran manakah yang mempunyai frekuensi tinggi?
A Sinaran mengion
B Sinaran tidak mengion
Jawapan:

44. Sinaran mengion berbahaya dan boleh merosakkan DNA.
A Betul
B Salah
Jawapan:

45. Tandakan / bagi contoh senarai mengion.
I zarah alfa
II zarah beta
III sinar kosmik
IV sinar ultraungu
A I dan II
B II dan III
C I dan III
D I, II dan III
Jawapan:

46. Antara berikut, yang manakah merupakan sinaran tidak mengion?
I gelombang mikro
II sinar gama
III cahaya nampak
IV gelombang radio
A I dan II
B II dan III
C I dan III
D I, III dan IV
Jawapan:

47. Saiz zarah manakah yang sangat kecil
A alfa
B beta
C gama
Jawapan:

48. Cas zarah beta bersifat
A positif
B negatif
C neutral
Jawapan:

49. Kuasa pengionan yang paling tinggi adalah sinaran
A zarah alfa
B zarah beta
C zarah gama
Jawapan:

50. Kuasa penembusan zarah alfa adalah rendah. Ia boleh dihalang oleh _____.
A kertas nipis
B aluminium setebal 5 mm
C plumbum setebal 25 mm
Jawapan:

51. Sinar gama tidak terpesong kerana
A berjisim besar
B berjisim sangat kecil
C tidak bercas
Jawapan:

52. ....................... terpesong ke arah plat positif kerana bercas negatif, dan pesongan adalah lebih besar kerana jisim elektron sangat kecil.
A Zarah alfa
B Zarah beta
C Sinar gama
Jawapan:

53. Sinaran mengion berpunca daripada sumber radioaktif semula jadi dan buatan manusia. Betul atau salah?
A Betul
B Salah
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。