1. Nyatakan struktur laluan udara mekanisme pernafasan selepas bronkiol?
A Farinks
B Larinks
C Bronkus
D Alveolus
Jawapan:
2. Apakah yang berlaku kepada otot interkostal semasa menarik nafas?
A mengendur
B mengecut
C mengembang
D meletup
Jawapan:
3. Apakah yang berlaku kepada diafragma semasa menarik nafas, kecuali?
A mengecut
B bergerak ke bawah
C mendatar
D melengkung membentuk kubah
Jawapan:
4. Apakah yang berlaku kepada otot interkostal semasa menghembus nafas?
A mengendur
B mengecut
C mengembang
D meletus
Jawapan:
5. Apakah yang berlaku kepada sangkar rusuk semasa menghembus nafas?
A Bergerak ke atas dan ke dalam
B Bergerak ke atas dan ke luar
C Bergerak ke bawah dan ke dalam
D Bergerak ke bawah dan ke luar
Jawapan:
6. Apabila sampai ke sel badan yang mempunyai kepekatan oksigen yang rendah, oksihemoglobin akan terurai kepada...
A karbon dioksida
B oksigen
C globlin
D hemoglobin
Jawapan:
7. Gas apakah yang tinggi kepekatannya di alveolus berbanding kapilari darah?
A karbon dioksida
B oksigen
C karbon monoksida
D metana
Jawapan:
8. Nyatakan hasil respirasi sel?
A Glukosa
B KArbon dioksida
C Air
D Tenaga
Jawapan:
9. Manakah merupakan adaptasi stuktur alveolus?
A Dinding alveolus yang sangat tebal
B Luas permukaan yang kecil
C Jaringan kapilari darah yang banyak
D Dinding alveolus yang lembap
Jawapan:
10. Manakah antara berikut merupakan bahan berbahaya yang terdapat di dalam cat?
A Kadmium
B Stearik
C Aseton
D Ammonia
Jawapan:
11. Manakah antara berikut merupakan bahan berbahaya yang terdapat dalam lilin?
A Kadmium
B Stearik
C Toluena
D Ammonia
Jawapan:
12. Apakah yang dimaksudkan dengan IPU?
A Impak Pencemaran Udara
B Indeks Pembebasan Udara
C Ikatan Pencemaran Umum
D Indeks Pencemaran Udara
Jawapan:
13. Bahan kimia penyebab kanser dikenali sebagai
A Karsinogen
B Kalsium
C Karat
D Koronari
Jawapan:
14. Selain peparu,di manakah pertukaran gas respirasi berlaku pada haiwan yang ditunjukkan dalam rajah?
A Insang
B Kulit luar lembap
C Trakea
D Lamela
Jawapan:
15. Unjuran nipis dan pipih yang terdapat pada filamen ikan dikenali sebagai apa?
A Lamela
B Trakea
C Kulit luar lembap
D Peparu
Jawapan:
16. Udara masuk atau keluar daripada haiwan ini melalui liang pernafasan yang dikenali sebagai apa?
A Kulit luar lembap
B Trakea
C Injap
D Spirakel
Jawapan:
17. Nyatakan 2 keadaan di mana liang stoma akan tertutup?
A Keadaan gelap
B Keadaan bercahaya
C Hari yang panas terik
D Hari hujan
Jawapan:
18. Apakah yang dimaksudkan dengan osmosis?
A Proses pergerakan molekul ion dari kawasan berkepekatan air tinggi ke kawasan berkepekatan ion rendah
B Proses tumbuhan kehilangan molekul air
C Proses pergerakan molekul air dari kawasan berkepekatan air yang tinggi ke kawasan berkepekatan air yang rendah
D Proses pergerakan molekul air dari kawasan berkepekatan air yang rendah ke kawasan berkepekatan air yang tinggi
Jawapan:
19. Apakah yang berlaku jika kepekatan glukosa meningkat dalam sel pengawal?
A Fotosintesis berkurang
B Air meresap masuk ke dalam sel pengawal secara osmosis
C Air meresap keluar daripada sel pengawal secara osmosis
D Daun menjadi layu
Jawapan:
20. Apakah kesan ke atas tumbuhan jika keadaan persekitaran menjadi jerebu dan berdebu?
A Kurang cahaya matahari sampai ke tumbuhan
B Tumbuhan menjadi segar dan sihat
C Lebih cahaya sampai ke tumbuhan
D Tumbuhan menghasilkan buah yang banyak
Jawapan:
21. Pilih 2 jenis gas bahan pencemar udara yang melarut dalam air hujan dan menghasilkan hujan asid?
A Karbon dioksida
B Karbon monoksida
C Sulfur dioksida
D Nitrogen dioksida
Jawapan:
22. Ikan belacak tergolong dalam kelas yang mana?
A Ikan
B Amfibia
C Mamalia
D Reptilia
Jawapan:
23. Apakah struktur respiratori bagi haiwan di rajah?
A Sistem trakea
B Peparu
C Kulit luar lembap
D Liang stoma
Jawapan:
24. Dalam model yang ditunjukkan, plastik di bahagian bawah model tersebut mewakili struktur apa?
A Peparu
B Trakea
C Diafragma
D Bronkus
Jawapan:
25. Apakah yang mewakili peparu dalam rajah?
A Belon merah
B Penutup botol
C Tiub Y
D Botol air
Jawapan:
26. Lengkapkan carta alir di bawah untuk menunjukkan aliran udara sedutan dalam sistem pernafasan?
Hidung - Trakea - Bronkus - R - Alveolus
A Diafragma
B Bronkiol
C Lung
D Heart
Jawapan:
27. Apabila anda menghembus nafas, rongga toraks akan menjadi .....................
A mengecil
B lebih besar
Jawapan:
28. Manakah BUKAN ciri-ciri alveolus yang membolehkan gas-gas meresap dengan cekap?
A Luas permukaan yang besar
B Dikelilingi banyak kapilari darah
C Dinding yang tebal
D Permukaan dalam yang lembap
Jawapan:
29. Namakan fungsi bagi otot interkosta
A melindungi peparu dan organ dalaman
B menggerakkan tulang rusuk semasa proses pernafasan
C mengubah isipadu dan tekanan udara di dalam rongga toraks
D mengarahkan udara mengalir ke dalam peparu
Jawapan:
30. Laluan udara semasa proses hembus nafas dalam sistem repirasi manusia
A Alveolus, bronkiol, bronkus, trakea,rongga hidung, hidung
B Hidung, rongga hidung, trakea, bronkus, bronkiol, alveolus
C Hidung, rongga hidung, trakea, bronkiol, bronkus, alveolus
Jawapan:
31. Alveolus mempunyai luas permukaan yang ________ dan dinding yang ______
A besar, kering
B kecil, kering
C besar, lembab
D kecil, lembab
Jawapan:
32. Permukaan luar alveolus dikelilingi oleh _______
A darah yang banyak
B lembab
C jaringan kapilari yang banyak
Jawapan:
33. __________ proses penukaran gas di dalam alveolus
A fotosistesis
B resapan
C repirasi
D transpirasi
Jawapan:
34. ciri-ciri alveolus yang membantu untuk kecekapan dalam sistem pernafasan ialah
A Permukaan yang kering
B Dinding setebal satu sel
C Kapilari darah yang sedikit
D Darah yang beroksigen
Jawapan:
35. Semasa proses tarikan nafas, kepekatan oksigen tinggi di dalam..
A Kapilari darah
B Alveolus
C Bronkus
D Trakea
Jawapan:
36. Antara berikut, yang manakah merupakan sebahagian daripada sistem respirasi?
A Lidah
B Esofagus
C Bronkus
D Duodenum
Jawapan:
37. Apakah gas yang dihasilkan semasa respirasi manusia?
A Oksigen
B Nitrogen
C Hidrogen
D Karbon Dioksida
Jawapan:
38. Rajah 3 menunjukkan pertukaran gas dalam kapilari darah melalui proses M dalam alveolus. Apakah proses M?
A Perkumuhan
B Resapan
C Penyerapan
D Pembiakan
Jawapan:
39. Rajah 4 menunjukkan suatu model sistem respirasi manusia. Manakah yang diwakili oleh L dan M?
A L = Bronkus, M = Diafragma
B L = Trakea, M = Bronkus
C L = Diafragma, M = Peparu
D L = Peparu, M = Trakea
Jawapan:
40. Mengapakah karbon monoksida dalam asap rokok berbahaya?
A menyebabkan ketagihan
B menyebabkan kanser paru-paru
C membunuh sel-sel yang melapisi trakea
D bersaing dengan oksigen untuk bergabung dengan haemoglobin
Jawapan:
41. Apakah yang menyebabkan kepekatan oksigen rendah di dalam alveolus?
A oksigen meresap ke dalam kapilari darah
B Karbon diosida meresap ke dalam kapilari darah
C Oksigen meresap ke dalam alveolus
D Karbon dioksida meresap ke dalam sel darah merah
Jawapan:
42. Antara berikut, yang manakah penyakit sistem respirasi?
A Anemia
B Diabetis
C Bronkitis
D Leukimia
Jawapan:
43. Rajah menunjukkan susunan rada suatu eksperimen. Apakah yang berlaku kepada bacaan termometer di akhir eksperimen?
A Tiada perubahan
B Meningkat
C Menurun
Jawapan:
44. Rajah 9 menunjukkan struktur sistem respirasi manusia. Apakah yang akan berlaku kepada struktur Y apabila kita menarik nafas.
A Mengendur dan mendatar
B Mengecut dan mendatar
C Mengendur dan melengkung ke atas
D Mengecut dan melengkung ke atas
Jawapan:
45. Berikut merupakan kepentingam adaptasi struktur alveolus, kecuali
A Ketebalan dinding alveolus
B kelembapan dinding alveolus
C Jaringan kapilari yang meliputi alveolus
D Luas permukaan yang kecil
Jawapan:
46. Labelkan bahagian (a) dan (b)
A (a) Esofagus (b) Diafragma
B (a) Trakea (b) Tulang rusuk
C (a) Trakea (b) Diafragma
D (a) Diafragma (b) Trakea
Jawapan:
47. Peresapan gas antara kapilari darah dan alveolus dapat berlaku disebabkan perbezaan ________________ gas.
A Saiz
B Kepekatan
C Bilangan
D Ketebalan
Jawapan:
48. Semua maklumat di bawah adalah benar kecuali,
A Diafragma mengendur dan melengkung ke atas apabila menghembus nafas
B Diafragma mengendur dan melengkung ke atas apabila menarik nafas
C Sangkar rusuk bergerak ke atas dan ke luar apabila menarik nafas
D Diafragma mengecut dan bergerak ke bawah apabila menarik nafas
Jawapan:
49. Berikut adalah bahan yang tidak terdapat pada rokok kecuali,
A Sianida
B Debunga
C Karsinogen
D Morfin
Jawapan:
50. Apakah struktur yang ditunjukkan di atas?
A Peparu
B Alveolus
C Jantung
D Sel darah merah
Jawapan: