1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Set 5 Latihan Sains Tingkatan 3 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 3

Bab 5: Termokimia

Klik untuk jawapannya

1. Apakah yang dimaksudkan dengan termokimia?
A Perubahan haba dalam suatu tindak balas kimia
B Tindak balas kimia yang menyerap hba
C Tindak balas kimia yang membebaskan haba
D Kajian tentang perubahan haba dalam tindak balas kimia
Jawapan:

2. Apakah maksud perkataan endo?
A sejuk
B Masuk
C Serap masuk
D Serap sejuk
Jawapan:

3. Tindak balas eksotermik menyebabkan perkara berikut berlaku :
A Suhu awal sama dengan suhu akhir
B Suhu awal lebih tinggi dari suhu akhir
C Menunjukkan peningkatan suhu
D Menunjukkan penurunan suhu
Jawapan:

4. _________ ialah tindak balas yang melibatkan penyerapan haba daripada persekitaran.
A Tindak balas endotermik
B Tindak balas eksotermik
Jawapan:

5. Pernyataan yang manakah menerangkan tindak balas Endotermik?
A Tenaga haba dibebaskan
B Semua tindak balas adalah berbalik
C Bacaan termometer menurun
D Persekitaran mencapai suhu maksimum
Jawapan:

6. Antara berikut, yang manakah ciri tindak balas Eksotermik?
A Haba diserap dari persekitaran
B Suhu persekitaran meningkat
C Bekas tindakbalas menjadi sejuk
D Bacaan suhu termometer menurun
Jawapan:

7. Antara berikut, yang manakah contoh tindak balas Endotermik dalam kehidupan harian?
A Letupan bom
B Respirasi
C Pembekuan
D Fotosintesis
Jawapan:

8. Tindak balas eksotermik menyebabkan perkara berikut berlaku :
A Suhu awal sama dengan suhu akhir
B Suhu awal lebih tinggi dari suhu akhir
C Menunjukkan peningkatan suhu
D Menunjukkan penurunan suhu
Jawapan:

9. Menggoreng telur merupakan satu contoh tindak balas ___________
A Eksotermik
B Endotermik
Jawapan:

10. Persembahan itu menunjukkan satu contoh tindak balas ___________.
A Eksotermik
B Endotermik
Jawapan:

11. Yang manakah merupakan tindak balas yang berlaku pada Pek Sejuk Segera (Instant Cold Pack) apabila digunakan?
A Tindak balas eksotermik
B Tindak balas endotermik
Jawapan:

12. Berdasarkan data keputusan di bawah apakah jenis tindak balas yang telah berlaku?
Suhu awal : 27⁰C
Suhu akhir : 45⁰C
A Tindak balas endotermik
B Tindak balas eksotermik
Jawapan:

13. Semasa pembakaran bahan api fosil, tenaga kimia di dalam bahan api ditukarkan menjadi...
A tenaga magnetik
B tenaga haba
C tenaga aura
Jawapan:

14. Antara yang berikut, yang manakah bukan contoh bagi tindak balas eksotermik...
I Pembakaran Kertas
II Respirasi
III Membuat kek
IV Melarutkan garam ammonium dalam air
A I dan II
B II dan III
C I dan III
D III dan IV
Jawapan:

15. Jika air di dalam bekas menjadi panas, tindak balas kimia apakah yang berlaku di dalam bekas itu?
A Eksotermik
B Endotermik
Jawapan:

16. Jika air di dalam bekas menjadi sejuk, tindak balas kimia apakah yang berlaku di dalam bekas itu?
A Eksotermik
B Endotermik
Jawapan:

17. Tindak balas eksotermik ialah tindak balas kimia yang __________ haba ke persekitaran.
A mengkondensasikan
B menyerapkan
C memejalwapkan
D membebaskan
Jawapan:

18. Tindak balas endotermik ialah tindak balas kimia yang __________ haba.
A mengkondensasikan
B menyerap
C memejalwapkan
D membebaskan
Jawapan:

19. Apakah tindak balas gambar rajah tersebut?
 Bab 5: Termokimia
A Eksotermik
B Endotermik
Jawapan:

20. Apakah tindak balas gambar rajah tersebut?
 Bab 5: Termokimia
A Eksotermik
B Endotermik
Jawapan:

21. Apakah tindak balas gambar rajah tersebut?
 Bab 5: Termokimia
A Eksotermik
B Endotermik
Jawapan:

22. Apakah tindak balas gambar rajah tersebut?
 Bab 5: Termokimia
A Eksotermik
B Endotermik
Jawapan:

23. Apakah tindak balas gambar rajah tersebut?
 Bab 5: Termokimia
A Eksotermik
B Endotermik
Jawapan:

24. Suhu persekitaran...............apabila proses tindak balas Endotermik berlaku.
A Tiada perubahan
B Meningkat
C Menurun
Jawapan:

25. Antara berikut yang manakah contoh tindak balas eksotermik
A Pembakaran bunga api
B Air Mendidih
C Fotosintesis
D Pencairan Ais
Jawapan:

26. Alat pengukur yang paling sesuai untuk mengenalpasti tindak balas endotermik dan tindak balas eksotermik ialah
A pembaris meter
B ammeter
C termometer
D voltmeter
Jawapan:

27. Bikar yang berisi larutan terasa panas selepas suatu tindak balas. Apakah tindak balas yang berlaku?
A eksotermik
B endotermik
C nuklear
D peneutralan
Jawapan:

28. Persamaan antara tindak balas endotermik dan eksotermik ialah
I Suhu sekeliling akan menurun kerana tindak balas menyerap haba dari persekitarannya
II Merupakan tindak balas kimia
III Melibatkan perubahan tenaga haba
IV Bacaan termometer menaik selepas tindak balas.
A I dan II
B II dan III
C I dan III
D II, III dan IV
Jawapan:

29. Berikut adalah Kegunaan tindak balas endotermik kecuali
A pek sejuk menurunkan suhu badan ketika demam.
B makanan menyerap haba apabila dimasak
C Pek panas membebaskan haba untuk melegakan kesakitan otot
D kulit manusia menghasilkan vitamin D apabila terdedah kepada cahaya matahari
Jawapan:

30. Alia tidak sihat. Ibunya meletakkan satu tampalan di atas dahinya seperti ditunjukkan dalam rajah.
Bagaimanakah tampalan itu berfungsi?
 Bab 5: Termokimia
A Membekal air sejuk kepada badan.
B Menyerap haba dari badan.
C Mengurangkan kesakitan
D Merangsang perpeluhan.
Jawapan:

31. Membuat kek bukan tindak balas eksotermik kerana....
A haba diserap
B haba dibebaskan
Jawapan:

32. Nyatakan 3 bentuk tenaga apabila natrium dimasukkan di dalam air?
 Bab 5: Termokimia
A Tenaga bunyi, tenaga haba, tenaga suria
B Tenaga bunyi, tenaga cahaya, tenaga haba
C Tenaga haba, tenaga cahaya, tenaga kinetik
Jawapan:

33. Bagaimanakah pemanasan global dapat dikurangkan melalui penanaman semula pokok?
A Pokok menyerap haba dari pemanasan global
B Pokok membebaskan oksigen yang menyejukkan bumi
C Pokok menyerap gas karbon dioksida yang terdapat dalam faktor pemanasan global
Jawapan:

34. Proses manakah tidak melibatkan penyerapan tenaga haba dari persekitaran?
A Fotosintesis
B Pengekstrakan besi dari bijih besi
C Peneutralan
Jawapan:

35. Antara yang berikut, manakah bukan merupakan ciri-ciri suatu tindak balas endotermik?
A Tindak balas yang menyerap tenaga haba daripada persekitaran.
B Suhu sekeliling meningkat.
C Perubahan tenaga haba adalah positif.
D Kandungan tenaga hasil tindak balas adalah lebih tinggi daripada tenaga bahan tindak balas.
Jawapan:

36. Contoh aktiviti yang melibatkan tindak balas endotermik
I Tumbuhan hijau menyerap tenaga cahaya matahari semasa proses fotosintesis.
II Respirasi membebaskan tenaga haba.
III Pembakaran kertas membebaskan tenaga haba dan cahaya.
IV Natrium hidrogen karbonat dalam serbuk penaik menyerap tenaga haba semasa pembuatan kek.
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D II, III dan IV
Jawapan:

37. Rajah menunjukkan satu tindak balas kimia.
 Bab 5: Termokimia
Apakah kemungkinan suhu larutan ammonium klorida itu?
A 20 0C
B 26 0C
C 30 0C
D 35 0C
Jawapan:

38. Awalan 'ekso' berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud 'luar'. Awalan 'endo' pula berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud?
A atas
B bawah
C dalam
D haba
Jawapan:

39. Termokimia merupakan kajian perubahan
A tenaga cahaya dalam tindak balas kimia.
B tenaga haba dalam tindak balas kimia
C tenaga kimia dalam tindak balas haba
D tenaga elektrik dalam tidak balas kimia
Jawapan:

40. Pek sejuk mengandungi bahan kimia X yang bertindak balas untuk menyerap haba.
Apakah bahan kimia X?
A Kalsium klorida
B Natrium karbonat
C Ammonium nitrat
D Magnesium sulfat
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。