1 2 3 4 5 6 7 8

Set 2 Latihan Sejarah Tingkatan 1 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 1

Bab 2: Zaman Air Batu

Klik untuk jawapannya

1. Apakah maksud geologi?
A. IIlmu mengkaji hidupan lampau
B. Ilmu mengkaji budaya silam
C. IImu mengkaji alam sekeliling
D. Ilmu mengkaji pembentukan bumi
Jawapan:

2. Apakah yang mempengaruhi perubahan bentuk fizikal bumi menjadi daratan dan lautan?
A. Iklim
B. Manusia
C. Haiwan
D. Bencana
Jawapan:

3. Bilakah Zaman Miosen dipercayai telah berlaku?
A. 25 hingga 23 juta tahun dahulu
B. 23 hingga 25 juta tahun dahulu
C. 2.5 juta hingga 10,000 tahun dahulu
D. 10,000 tahun dahulu
Jawapan:

4.Bilakah manusia mengetahui cara mendapatkan makanan melalui aktiviti pertanian?
A. Zaman Pleistosen
B. Zaman Pliosen
C. Zaman Holosen
D. Zaman Mieosen
Jawapan:

5. Apakah maksud penglasieran?
A. Pembentukan air batu
B. Pemecahan air batu
C. Kecairan air batu
D. Perlusan litupan air batu
Jawapan:

6. Bilakah berlaku kepupusan binatang seperti mamot dan harimau bertaring?
A. Zaman Miosen
B. Zaman Holosen
C. Zaman Pliosen
D. Zaman Pleistosen
Jawapan:

7. Bilakah bumi mula mengalami cuaca panas?
A. 8,000 tahun dahulu
B. 8,500 tahun dahulu
C. 8,800 tahun dahulu
D. 8,900 tahun dahulu
Jawapan:

8. Di manakah binatang seperti mamot berbulu dan kuda tinggal semasa zaman air batu berakhir?
A. Gua
B. Gunung
C. Tanam pamah yang sejuk
D. Kawasan litupan ais
Jawapan:

9. Apakah yang menjadi tunjang kebenuaan di Asia Tenggara?
A. Laut China Selatan
B. Laut Pasifik
C. Selat Melaka
D. Pentas Sunda
Jawapan:

10. Apakah kesan kecairan air batu yang berlaku pada peringkat akhir zaman Holosen terhadap Asia Tenggara?
A. Terjadi sungai dan tasik
B. Terbentuk tanah pamah yang luas
C. Terbentuk kawasan tanah tinggi
D. Terjadi teluk yang panjang
Jawapan:

11. Apakah yang dimaksudkan dengan paleontologi?
A bidang ilmu yang mengkaji pembentukan bumi
B bidang ilmu yang mengkaji organisma seperti fosil dan hidupan purbakala
C bidang ilmu yang mengkaji perubahan iklim
D bidang ilmu yang mengkaji perubahan bentuk muka bumi
Jawapan:

12. Bentuk daratan terdiri daripada....
A gunung, lembah dan sungai
B banjaran, selat dan teluk
C laut, tanah pamah,bukit
D teluk, lembah, gunung
Jawapan:

13. Terdapat 5 lautan di dunia iaitu....
A Pasifik, Atlantik, Hindi, Antartika & Selatan
B Atlantik, Hindi, Artik, Asia & Selatan
C Pasifik, Atlantik, Hindi, Artik & Selatan
D Pasifik, Antartika,Asia, Selatan & Atlantik
Jawapan:

14. Bagaimanakah benua dan lautan terbentuk?
A pembentukan ais
B penurunan suhu bumi
C pembentukan Pentas Sunda
D pergerakan glasier
Jawapan:

15. Apakah ciri-ciri Zaman Air Batu ?
I cuaca sangat sejuk
II sungai dilitupi air batu
III sinaran matahari sangat terik
IV wujud kawasan laut yang luas
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

16. Tahap Zaman Air Batu mengikut kronologi....
A Pleistosen, Pliosen, Miosen, Holosen
B Holosen,Miosen, Pleistosen, Pliosen
C Pliosen, Holosen, Pleistosen, Miosen
D Miosen, Pliosen, Pleistosen, Holosen
Jawapan:

17. Zaman Air Batu Pertama. Terbentuk Banjaran Andes dan Benua Amerika.
Apakah tahap tersebut ?
A Holosen
B Pliosen
C Miosen
D Pleistosen
Jawapan:

18. Australia terletak di dalam benua....
A Asia
B Afrika
C Oceania
D Amerika Utara
Jawapan:

19. Contoh bentuk muka bumi yang terbentuk Zaman Pliosen ialah..
A Grand Canyon, USA
B Great Lakes, Canada
C Tasik Dayang Bunting, Malaysia
D Tasik Kenyir, Malaysia
Jawapan:

20. Ciri-ciri Zaman Pleistosen KECUALI
A manusia tahu cara membuat api
B manusia telah sampai ke Australia melalui jalan darat
C glasier utama berlaku sebanyak 11 kali
D terbentuknya gunung-ganang secara fizikal
Jawapan:

21. Kawasan perairan sempit yang memisahkan dua kawasan daratan.
Apakah bentuk muka bumi tersebut ?
A Selat
B Teluk
C Benua
D Tanjung
Jawapan:

22. Woolly Mammoth merupakan binatang yang hidup pada zaman.
 Bab 2 Zaman Air Batu
A Pliosen
B Holosen
C Miosen
D Pleistosen
Jawapan:

23. Bahagian perairan laut yang menghala ke daratan dan kawasannya dibatasi oleh daratan. Apakah bentuk muka bumi yang dimaksudkan ?
A Benua
B Dataran
C Teluk
D Selat
Jawapan:

24.
i Geologi
ii Sosiologi
iii Matematik
iv Paleontologi
Bidang manakah yg terlibat dlm kajian terhdp perubahan bumi?
A i dan ii
B i dan iv
C ii dan iii
D iii dan iv
Jawapan:

25. Keadaan bumi 94 juta tahun dahulu ialah_________
A Air laut masih tawar
B Paras air laut meningkat
C Wujud kehidupan seperti ikan
D Rupa bentuk benua mula kelihatan
Jawapan:

26. Antara berikut yg manakh merupakan lautan utama dunia?
A. Lautan Hindi
B. Lautan Antartika
C. Laut Cina Selatan
D. Laut Mediterranean
Jawapan:

27. Apakah maksud pengglasieran?
A Pembentukan air batu
B Pembekuan air batu
C Kepadatan air batu
D Kecairan air batu
Jawapan:

28. Faktor utama berlakunya peningkatan suhu bumi pada Zaman Air Batu ialah____________
A Kegiatan radiasi bumi
B Pencemaran alam sekitar
C Kemerosotan ekosistem bumi
D Pengurangan gerakan glasier
Jawapan:

29. Kesan perubahan Zaman Air Batu di Asia Tenggara ialah___________.
A Iklim bertambah panas
B Pentas Sunda tenggelam
C Bencana alam berlaku
D Gunung berapi semakin aktif
Jawapan:

30. Bagaimanakah keadaan bumi apabila paras air laut dunia meningkat?
A Perubahan aras daratan
B Pembentukan tasik & pulau
C Peningkatan suhu muka bumi
D Pergerakan arus lautan
Jawapan:

31. Pelbagai perubahan telah dialami oleh bumi semenjak pembentukannya. Pembentukan tersebut bermula sejak _________________.
A 2.3 bilion tahun lalu
B 3.5 bilion tahun lalu
C 4.2 bilion tahun lalu
D 4.6 bilion tahun lalu
Jawapan:

32. Teori Milankovitch telah diperkenalkan oleh milutin Milankovitch (1897-1958).Kandungan teori tersebut adalah berkaitan dengan ___________.
A Kesan pusingan bulan
B Kesan pusingan bumi
C Kesan pemanasan global
D Kesan pengeringan air laut
Jawapan:

33. Bagaimanakah suhu dunia antara 23 juta hingga 5 juta tahun lalu?
A Penyejukan global
B Panas dan kering
C Sejuk dan panas
D Sejuk dan beku
Jawapan:

34. Pernyataan berikut berkaitan dengan proses pengglasieran. Proses tersebut berlaku sebanyak ______________.
Berlaku antara 2.5 juta hingga 10,000 tahun lalu
A 8 kali
B 9 kali
C 10 kali
D 11 kali
Jawapan:

35. Penghijrahan manusia ke Australia berlaku sekitar 50,000 tahun yang lalu. Bilakah penghijrahan tersebut berlaku?
A Zaman Miosen
B Zaman Pliosen
C Zaman Holosen
D Zaman Pliestosen
Jawapan:

36. Ahli sains berpendapat bahawa peningkatan suhu bumi berlaku pada setiap 50 tahun. Berapakah jumlah peningkatan tersebut?
A Enam darjah selsius
B Tujuh darjah selsius
C Lapan darjah selsius
D Sembilan darjah selsius
Jawapan:

37. Pada zaman apakah manusia dipercayai sampai ke Australia melalui jalan darat dari Asia Tenggara?
A Pleistosen
B Pliosen
C Miosen
D Holosen
Jawapan:

38. Bumi kita telah mengalami perubahan berjuta -juta tahun dahulu.Perubahan pada ketika itu memberi kesan terhadap .............
A aktiviti manusia
B kedalaman lautan
C rupa bentuk fizikal bumi
D perkembangan teknologi
Jawapan:

39. Trilobite, Eurypterids, Crinoid Stone - lily antara hidupan zaman Air Batu. Bilakah wujudnya hidupan tersebut?
A 2 juta tahun
B 5.2 juta tahun
C 12 000 tahun
D 500 juta tahun
Jawapan:

40. Suhu dunia terlalu sejuk semasa Zaman Air Batu Akhir. Di benua manakah kejadian tersebut berlaku?
A Benua Oceania
B Benua Eropah
C Benua Afrika
D Benua Asia
Jawapan:

41. Permukaan air laut yang membeku pada zaman air batu akhir menyebabkan sebahagian bumi diliputi...
A Salji
B Air masin
C Batu-batan
D Tanah pamah yang luas
Jawapan:

42. Bilakah zaman air batu berlaku?
A 1.5 juta tahun - 5000 juta tahun
B 2.5 juta tahun - 10000 juta tahun
C 3.5 juta tahun - 5000 juta tahun
D 2.0 juta tahun - 10000 juta tahun
Jawapan:

43. Apakah peristiwa yang berlaku di bumi pada 94 juta tahun lalu?
A Kepupusan dinasour
B Kewujudan kucing
C Kelahiran sloth
D Kemunculan amfibia
Jawapan:

44. Apakah tulisan yang terawal sekali dihasilkan oleh manusia?
A Kuneiform
B Ideogram
C Hieroglif
D Piktograf
Jawapan:

45. Pada Zaman Air Batu Akhir, bagaimanakah tumbuhan utama yang hidup pada ketika itu?
A Padi di tanah pamah
B Rumput dan tumbuhan renek yang menjalar
C Tumbuhan yang besar dan tinggi
D Tumbuhan yang kering
Jawapan:

46. Zaman manakah yang wujud sekitar 10 000 tahun dahulu?
A Zaman Miosen
B Zaman Holosen
C Zaman Pleistosen
D Zaman Pliosen
Jawapan:

47. Bagaimanakah manusia dapat mengetahui sejarah yang berlaku kepada bumi sejak jutaan tahun dahulu?
A Kemunculan ahli sejarah
B Kebijaksanaan pemerintah
C Perkembangan pendidikan
D Kemajuan ikmu sains dan teknologi
Jawapan:

48. Senarai berikut merujuk kepada pembentukan fizikal bumi.
• Bumi 195 juta tahun dahulu
• Dikenali sebagai Zaman Jurasik
Apakah kehidupan utama pada zaman tersebut?
A Ikan
B Mamot
C Dinasour
D Badak sumbu
Jawapan:

49. Apakah ciri istimewa manusia yang tinggal di rantau Asia Tenggara khususnya di Pentas Sunda?
A Berbeza budaya
B Berasal dari benua Eropah
C Berkongsi bahasa yang sama
D Berubah menjadi masyarakat baru
Jawapan:

50. Zaman Air Batu terbahagi kepada _________ tahap zaman.
A satu
B dua
C tiga
D empat
Jawapan:

Bahagian Subjektif
1. Jawab soalan di bawah.
(a) Apakah Zaman Air Batu?



(b) Mengapakah Zaman Air Batu dianggap zaman yang terpenting?


(c) Proses pengglasieran berlaku pada akhir Zaman Air Batu. Apakah maksud proses pengglasieran?


(d) Apakah yang menyebabkan berakhirnya Zaman Air Batu?


2. Lengkapkan maklumat di bawah dengan menamakan tahap-tahap Zaman Air Batu yang terlibat.
a. 23 Juta − 5 Juta Tahun Dahulu


b. 5.3 Juta − 2.6 Juta Tahun Dahulu


c. 2.5 Juta − 10 000 Tahun Dahulu


d. 10 000 Tahun Dahulu − Kini


3 Berdasarkan Zaman Air Batu, analisis perkara yang berlaku kepada bumi dan hidupan pada ketika itu.
(a) 23 juta hingga 5 juta tahun dahulu
(i) Bentuk fizikal bumi


(ii) Hidupan


(iii) Iklim


(b) 5.3 juta hingga 2.6 juta tahun dahulu Bentuk fizikal bumi


(c) 2.5 juta hingga 10 000 tahun dahulu (i) Bentuk fizikal bumi


(ii) Hidupan




(d) 10 000 tahun dahulu hingga kini (i) Bentuk fizikal bumi


(ii) Hidupan



4. Jawab soalan di bawah.
Bab 3 Zaman Prasejarah
Apakah kesimpulan yang dapat anda buat berhubung kewujudan pelbagai spesies hidupan seperti dalam rajah garis masa di atas?




5.
Bab 3 Zaman Prasejarah
i.
ii.

Bab 3 Zaman Prasejarah
i.
ii.

Bab 3 Zaman Prasejarah
i.
ii.

Bab 3 Zaman Prasejarah
i.
ii.

Bab 3 Zaman Prasejarah
i.
ii.

Bab 3 Zaman Prasejarah
i.
ii.

6. Berdasarkan kesan perubahan suhu pada Zaman Air Batu, huraikan aspek tersebut mengikut pemahaman anda.
(a) Pembentukan rupa fizikal bumi



(b) Proses pengglasieran



(c) Perubahan iklim



(d) Pembentukan sungai dan tasik



(e) Kepupusan binatang



(f) Pergerakan keluar manusia dari benua Afrika ke Eropah dan Asia




7. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengawal pemanasan global?










Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。