Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Kakak ___________ melihat kelakuan adik yang suka bercakap bohong.
A risau C sedih
B gembira D bising
Jawapan:
2 Pengemis itu makan dengan ________ kerana terlalu lapar.
A perlahan C gelojoh
B aman D comel
Jawapan:
3 Beberapa batang pokok manggis di kebun datuk berbuah ___________.
A kuat C lebat
B kaya D rendang
Jawapan:
4 lbu menyapu daun-daun yang __________ itu.
A gugur C hancur
B jatuh D musnah
Jawapan:
5 Pemandu kenderaan dikehendaki berhati-hati ketika melalui jalan lereng bukit yang ___________ itu.
A dalam C pendek
B curam D rendah
Jawapan:
6 Sarah terlalu _______________ apabila mendapat kejayaan yang cemerlang dalam
peperiksaan.
A malu C gembira
B bising D kecewa
Jawapan:
Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.
7 Buku-buku di atas meja itu ________ kerana tidak kemas.
A berguguran C berselerak
B bertaburan D berlonggok
Jawapan:
8 Kuda adalah antara haiwan yang ___________ berlari.
A cepat C hampir
B hebat D pantas
Jawapan:
9 Warna ________ pada bendera Malaysia membawa maksud perpaduan antara rakyat
yang berbilang kaum.
A biru C putih
B merah D kuning
Jawapan:
10 Penyanyi yang diminati ramai itu mempunyai suara yang sangat ____________.
A kasar C kabur
B jelas D merdu
Jawapan:
11 Ruang tamu rumah kami menjadi lebih ____________ setelah ayah membeli perabot
baharu.
A segar C segak
B ceria D meriah
Jawapan:
12 Daging kambing yang belum dicuci itu berbau _____________.
A busuk C hamis
B hapak D tengik
Jawapan:
13 Puan Kamariah berasa ____________ kerana anaknya masih belum pulang sedangkan
hari sudah malam.
A risau C bingung
B rimas D kecewa
Jawapan:
14 Zaidi terpaksa menghentikan lariannya pada jarak 150 meter kerana kakinya ____________.
A kaku C kebas
B kejang D keras
Jawapan:
15 Suasana rumah Mak Siah yang _________ itu menyebabkan kami berasa seram.
A pudar C kusam
B muram D suram
Jawapan:
16 Hubungan antara Lisa dan Venessa menjadi ____________ selepas pergaduhan itu.
A beku C sunyi
B sejuk D dingin
Jawapan:
17 Proses melarik perabot-perabot kayu itu dibuat dengan __________ oleh pekerja-pekerja
yang mahir.
A teliti C hemat
B tepat D saksama
Jawapan:
18 Hujah-hujah yang disampaikan oleh pemidato pertama itu sungguh _________ dan
tepat.
A sarat C mampat
B terguh D bernas
Jawapan:
19 Pelancong dari negara Jepun itu _________ berbahasa Melayu walaupun baru
sebulan di negara kita.
A laju C fasih
Bpelat D pandai
Jawapan:
20 Tayar kereta Arun __________ tercucuk paku.
A tiris C kemik
B pecah D kempis
Jawapan:
21 Encik Latif mendirikan sebuah banglo di atas tanah pusaka keluarganya yang
_________ itu.
A luas C besar
B landai D lapang
Jawapan:
22 Gelanggang takraw yang terletak di hujung Taman Manis itu sentiasa __________.
A rapat C dekat
B bersih D cermat
Jawapan:
Soalan 23 berdasarkan gambar di bawah.
23 Suzana gemar memakai baju kurung yang ____________.
A panjang C labuh
B singkat D besar
Jawapan:
24 Hujan _________ yang turun menyebabkan banjir kilat berlaku di Kampung Raja.
A lebat C lambat
B deras D perlahan
Jawapan:
25 Semua orang di dalam surau itu mendengar ceramah agama dengan __________.
A khusyuk C ghairah
B tawaduk D leka
Jawapan:
26 Haji Deraman mengeluarkan padi yang ___________ itu dari dalam kepuk untuk diberi
kepada ayam-ayamnya.
A tua C tegak
B uzur D usang
Jawapan:
27 Amelia ________ akan kecantikan rakannya yang digilai ramai lelaki.
A benci C dendam
B marah D cemburu
Jawapan:
28 Walaupun harganya mahal, barang itu bermutu __________.
A luas C tinggi
B besar D cantik
Jawapan:
29 Pak Ali termenung di jendela sambil mengimbau kenangan ________.
A esok C kini
B dulu D silam
Jawapan:
30 Sikapnya yang suka menunjuk-nunjuk itu membuatkan dia di _______ oleh rakan-
rakannya.
A hina C benci
B malu D dengki
Jawapan:
31 Gunung Kinabalu ialah gunung yang ________ sekali di Malaysia.
A tinggi C rendah
B pendek D panjang
Jawapan:
32 “Wah, ________ sungguh Menara Berkembar Petronas ini!” kata Zhi Yang.
A rendah C tinggi
B pendek D rendang
Jawapan:
33 Saleh membaca buku sambil berehat di bawah pohon yang _________ itu.
A redup C rendang
B renek D pendek
Jawapan:
34 Pakaian yang disidai itu masih __________.
A lembab C sedap
B panas D pedas
Jawapan:
35 Ayah memakai baju yang berwarna-_______.
A kelabu C kasar
B kering D warni
Jawapan:
36 Bayi kembar Puan Puvaneswari itu sungguh _________.
A tampan C comel
B hodoh D kacak
Jawapan:
37 Telur itik berbentuk __________.
A bulat C panjang
B segi tiga D bujur
Jawapan:
38 Banglo yang baru dibeli oleh ayah _________ dengan sekolah saya.
A jarang C jarak
B dekat D besar
Jawapan:
39 Encik Rashid seorang peguam yang __________.
A tegas C kasar
B lemah D tampan
Jawapan:
40 Ghayatiri _______ menghadapi setiap masalah yang menimpa keluarganya.
A tenang C sedih
B gelojoh D aman
Jawapan:
41 Saya suka tinggal di kawasan desa kerana suasananya ___________.
A bising C tenang
B keruh D cantik
Jawapan:
42 Bubur nasi itu berbau __________ kerana terlalu lama dimasak.
A hangit C busuk
B wangi D tengik
Jawapan:
43 Biskut yang dibakar oleh ibu sangat _____________.
A buruk C sedap
B kasar D lembik
Jawapan:
44 Yusri belajar dengan _________ agar tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu
bapanya.
A kuat C tekun
B lemah D malas
Jawapan:
45 lbu memotong buah itu dengan pisau yang __________.
A buruk C tumpul
B karat D tajam
Jawapan:
46 Lauk ayam itu sudah ________ kerana ibu lupa untuk memanaskannya malam
tadi.
A masam C basi
B busuk D hanyir
Jawapan:
47 Udara di atas bukit ini ________ sekali.
A sejuk C nyaman
B panas D tenang
Jawapan:
48 Sayur-sayuran di kebun Encik Ravi itu hidup _________ kerana dibaja dan dijaga
dengan baik.
A subur C kuat
B layu D gemuk
Jawapan:
49 Walaupun datuk sudah tua, beliau masih lagi _________ untuk berkebun.
A lemah C kuat
B cerah D sakit
Jawapan:
50 Si Comel berbau _________ selepas dimandikan oleh kakak.
A hanyir C harum
B hancing D hapak
Jawapan: