1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Set 3 Latihan Bahasa Melayu Tingkatan 1 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 1

Klik untuk jawapannya

Kata Ganda


Pilih jawapan yang betul.
1 Pada setiap petang kami _____________ di taman bunga.
A berbaris-baris
B bersiar-siar
C bersiap-siap
D berjaga-jaga
Jawapan:

2 “Buat kerja kamu itu ___________ supaya kita boleh pulang awal,” kata Sudin kepada rakannya.
A terang-terang
B laju—laju
C cepat-cepat
D kuat-kuat
Jawapan:

3 Pakaian yang dijual di Pusat membeli-belah Hang Tuah _________ belaka.
A comel-comel
B putih-putih
C tinggi-tinggi
D cantik-cantik
Jawapan:


Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.
bahasa melayu kata ganda


4 ___________ di dalam perpustakaan itu disusun dengan kemas di dalam rak.
A Kertas-kertas
B Kerusi-kerusi
C Buku-buku
D Nota-nota
Jawapan:

5 Kota itu telah ditinggalkan sejak ________ oleh penjajah.
A berzaman-zaman
B berdekat-dekat
C beratus-ratus
D beribu-ribu
Jawapan:

6 ____________ kelapa tumbuh subur di sepanjang pantai di negara ini.
A Dedaun
B Pepohon
C Bebawang
D Bebatang
Jawapan:

7 Emak memasukkan _____________ yang dihiris itu ke dalam kuali lalu menumisnya.
A bebawang
B kekacang
C lelabu
D sesiku
Jawapan:

8 Rambut budak lelaki itu kelihatan _______ kerana tidak disikat.
A kusut-masal
B compang-camping
C comot-momot
D kotor-bolor
Jawapan:

9 Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan.
A riuh-rendah
B gelap-gelita
C porak-peranda
D terang-benderang
Jawapan:

10 Rambutan di dusun Pak Mak kelihatan ______________.
A kekuning-kuningan
B kemerah-merahan
C keranum-ranuman
D kehijau-hijauan
Jawapan:

11 Rani _________ sekolah kerana ayahnya merupakan seorang anggota polis.
A bertukar-tukar
B berebut-rebut
C berpindah-pindah
D berkejar-kejar
Jawapan:

12 lbu membelikan bantal yang berisikan _______________ untuk adik.
A bebola
B rerumput
C kekabu
D bebawang
Jawapan:

13 Air takungan di dalam tin kosong itu dipenuhi dengan ______________.
A pepijat
B lelabah
C jejentik
D pepatung
Jawapan:

14 Almari yang baru dibeli oleh ayah telah rosak dimakan
A anai-anai
B api-api
C labah-labah
D ikan-ikan
Jawapan:

15 Puan Kumari menggunakan ______________ yang diimport khas dari India untuk melazatkan masakannya.
A rempah-ratus
B kuih-muih
C sayur-mayur
D ulam-ulamam
Jawapan:

16 Anak-anak En.Mazlan yang ___________ itu melanjutkan pelajaran ke luar negara.
A cantik-cantik
B pandai-pandai
C nakal-nakal
D budak-budak
Jawapan:

17 Universiti tempatan melarang _________ lelaki menyimpan rambut yang panjang.
A guru-guru
B murid-murid
C pelajar-pelajar
D mahasiswa-mahasiswa
Jawapan:

18 ____________ yang digoreng oleh ibu sungguh sedap dimakan.
A Agar-agar
B Jemput-jemput
C Obor-obor
D Kek-kek
Jawapan:

19 Sani bertugas sebagai ________ di Balai Polis, Pontian, Johor.
A kutu-kutu
B labah-labah
C mata-mata
D mulut-mulut
Jawapan:

20 Hati Malini ber______________ menanti keputusan peperiksaan UPSR yang akan diumumkan sebentar lagi.
A debar-debar
B senyum-senyum
C detik-detik
D lari-lari
Jawapan:

21 Orang ramai ________ masuk ke dalam stadium untuk menonton perlawanan akhir bola sepak.
A berlari-lari
B berputar-putar
C berpusu-pusu
D berjalan-jalan
Jawapan:

22 Encik Bala berjalan ___________ di hadapan bilik bersalin ketika menanti kelahiran anak sulungnya.
A ulang-alik
B lintang-pukang
C mundar-mandir
D kelam-kabut
Jawapan:

23 Petani itu meletakkan ____________ di tengah-tengah sawah padi untuk menakutkan haiwan perosak.
A patung-patung
B mata-mata
C orang-orang
D api-api
Jawapan:

24 Azlan ___________ setelah menghabiskan larian 400 meter.
A tersipu-sipu
B tercungap-cungap
C teraba-raba
D tersenyum-senyum
Jawapan:

25 Aiman lari _____________ melarikan diri apabila dikejar seekor anjing liar.
A riuh-rendah
B lintang-pukang
C kumat-kamit
D lalu-lalang
Jawapan:

26 Suraya menyusun buku itu __________ supaya dapat memenuhi ruang almari itu.
A rapat-rapat
B jarang-jarang
C jauh-jauh
D padat-padat
Jawapan:

27 Baju budak itu kelihatan ______ kerana terkena lumpur semasa bermain.
A comot-momot
B compang-camping
C calar-balar
D kusut-masai
Jawapan:

28 ____________ yang digoreng oleh ibu dihidangkan dalam maljlis hari jadi saya.
A Epok-epok
B Gula-gula
C Agar-agar
D Buah-buah
Jawapan:

29 Rani tidak dapat makan kerana _____________nya sakit dari pagi tadi.
A jejari
B sesiku
C lelangit
D bebola
Jawapan:

30 Tukang kebun itu memotong ________ yang tinggi di padang dengan mesin.
A bebola
B pepohon
C kekabu
D rerumput
Jawapan:

31 Sazali ketawa ______ ketika menonton rancangan yang lucu itu.
A teresak-esak
B terbahak-bahak
C tergopoh- gopoh
D terkinja-kinja
Jawapan:

32 ________ kedengaran suara menjerit meminta tolong dari lorong itu.
A Samar-samar
B Nyaris-nyaris
C Sayup-sayup
D Hampir-hampir
Jawapan:

33 Guru besar tidak akan ___________ untuk mengambil tindakan terhadap murid yang melanggar peraturan sekolah.
A teragak-agak
B tergesa-gesa
C terjaga-jaga
D terkial-kial
Jawapan:

34 ___________ sejenis makanan yang terkenal di Muar, Johor.
A Otak-otak
B Oleh-oleh
C Obor-obor
D Api-api
Jawapan:

35 Orang tua itu bersikap __________ sejak terlibat dalam kemalangan itu.
A kenakal-nakalan
B kemerah-merahan
C kebudak-budakan
D kehitam-hitaman
Jawapan:

36 Penduduk—penduduk kampung itu menyambut Pesta Menuai secara ____________.
A besar-besaran
B habis-habisan
C ansur-ansuran
D mudah-mudahan
Jawapan:

37 Pada cuti hujung, minggu kami sekeluarga pergi melawat Taman di Melaka.
A Labah-labah
B Rama-rama
C Kura-kura
D Monyet-monyet
Jawapan:

38 Lembu peliharaannya __________ belaka kerana diberikan makanan tambahan.
A kurus-kurus
B gemuk-gemuk
C kecil-kecil
D nipis-nipis
Jawapan:


Soalan 39 berdasarkan gambar di bawah.
bahasa melayu kata ganda
39 Pak Harun sedang menyapu _________ yang memenuhi longkang di tepi rumah.
A dedaun
B pepohon
C reranting
D rerambut
Jawapan:

40 Kami dapat melihat pelbagai jenis ______________
A kura-kura
B labah-labah
C Kupu-kupu
D orang-orang
Jawapan:


Soalan 41 berdasarkan gambar di bawah.
bahasa melayu kata ganda
41 Gunakan _________ semasa menyeberang) jalan raya.
A sesiku
B jejari
C jejantas
D kekisi
Jawapan:

42 Para _______ hadir ke majlis perkahwinan abang Nizam.
A tetamu
B lelaki
C kekuda
D pepatung
Jawapan:

43 “Perkara ini haruslah difikirkan sebelum kamu bertindak,” kata Cikgu Lim.
A bulat-bulat
B masak-masak
C mentah-mentah
D benar-benar
Jawapan:

44 Pasukan bola sepak sekolah saya telah berjaya menjadi johan daerah selama tiga tahun ________.
A berikut-ikut
B berturut-turut
C bertukar-tukar
D berganti-ganti
Jawapan:

45 ________ di kelas Tahun 6 Mawar sedang menduduki peperiksaan.

A Murid-murid
B Pekerja-pekerja
C Siswa-siswa
D Kanak-kanak
Jawapan:

46 Sebilangan besar murid sekolah itu mengalami ________ akibat keracunan makanan.
A lemah-longlai
B lemah-gemalai
C hiruk-pikuk
D cirit-birit
Jawapan:

47 _________ Khairul luka kerana terkena paku yang tajam.
A Sesiku
B Jejari
C Lelangit
D Gegendang
Jawapan:

48 Tiga orang pemuda yang ________ di kawasan bank itu disoal siasat oleh pihak polis.
A berpusing-pusing
B berputar-putar
C bermain-main
D berlegar-legar
Jawapan:

49 Kecederaan __________ telinga menyebabkan Pak Cik itu tidak jelas pendengaran.
A lelangit
B jejari
C gegendang
D sesiku
Jawapan:

50 Adik berjalan __________ ke sekolah kerana kakinya terseliuh akibat terjatuh dari tangga semalam.
A terkial-kial
B tersekat-sekat
C terhuyung-hayang
D terhincut-hincut
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。