1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Set 6 Latihan Bahasa Melayu Tingkatan 1 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 1

Klik untuk jawapannya

Kata Kerja

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Pemenang pertandingan bercerita itu ___________ oleh Guru Besar.
A diumumkan  C disiarkan
B dihebahkan  D ditunjukkan
Jawapan:

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.
Latihan Bahasa Melayu
2 Piala yang dimenangi oleh juara pertandingan bola sepak itu ______________ oleh para pemain.
A dipikul  C dijulang
B disandang  D dijunjung
Jawapan:

3 Bola tenis itu _________ kembali apabila dipukul ke arah tembok.
A melompat  C menganjal
B melantun  D melayang
Jawapan:

4 Kereta itu ____________ ke dalam parit selepas cuba mengelak seekor anjing yang melintas jalan.
A terbelok  C terbabas
B terlajak  D terpesong
Jawapan:

5 Setiap hari, Rahmat akan __________ motosikal bapanya ke sekolah.
A memandu
B menunggang
C membonceng
D mengayuh
Jawapan:

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.
Latihan Bahasa Melayu
6 Kapal dagang itu _________ di Pelabuhan Kelang selama tiga hari.
A berlepas  C belayar
B berhenti  D berlabuh
Jawapan:

7 Lalang di sekeliling rumah yang tidak berpenghuni itu semakin ______________.
A melaut  C merendah
B membusut  D merimbun
Jawapan:

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.
Latihan Bahasa Melayu
8 Puan Rozita sedang ___________ tepung untuk membuat kuih donut.
A menerap  C mencanai
B menguli  D mengadun
Jawapan:

9 Pegawai kesihatan itu sedang ____________ di atas pentas tentang amalan pemakanan yang baik.
A berbahas
B berceramah
C berucap
D berpesan
Jawapan:

10 Mei Lan ____________ sejambak bunga ros di dalam pasu.
A menghias   C mengubah
B menyusun   D menggubah
Jawapan:

11 Peserta ekspedisi ke Kutub Utara itu terpaksa ___________ kawasan ais yang beku.
A mengikut  C meredah
B melintas  D memijak
Jawapan:

12 Kakak Aniza_ berhati-hati semasa ___________ dulang minuman yang hendak dihidangkan kepada para tetamu.
A mengandar
B menjinjing
C mengelek
D menatang
Jawapan:

13 Petani itu sedang _________ tanah untuk membuat batas.
A menajak
B mencangkul
C meredah
D menggali
Jawapan:

14 Ibu sedang _________ air di dapur.
A merebus  C mereneh
B memasak  D menjerang
Jawapan:

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.
Latihan Bahasa Melayu
15 Pak Cik Ah Teong sedang ___________ beras yang hendak dibeli oleh pelanggannya.
A mengira
B menimbang
C membungkus
D membalut
Jawapan:

Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.
Latihan Bahasa Melayu
16 Nenek Aminah sedang _________ bakul di beranda rumah.
A menjalin
B menenun
C menyulam
D menganyam
Jawapan:

17 Banyak sampah _________ di padang itu.
A bertaburan
B berselerakkan
C berkumpulan
D berkeliaran
Jawapan:

18 Kakak sedang ___________ kain-kain yang baru dicuci di ampaian.
A melipat
B menjemur
C mengangkat
D membilas
Jawapan:

19 Pak Abu sedang __________ sabut kelapa menggunakan sebilah parang.
A memecah
B mengopek
C memotong
D mengerat
Jawapan:

Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah.
Latihan Bahasa Melayu
20 Puan Rita ________ cili sehingga lumat.
A menumbuk
B menghiris
C menggiling
D meracik
Jawapan:

21 Beberapa orang lelaki sedang ___________ daun pokok hiasan yang merimbun di tepi pagar balai raya.
A mengerat
B memangkas
C membelah
D memotong
Jawapan:

22 Puan Siti ___________ tikar mengkuang itu dengan berhati-hati.
A menenun
B menganyam
C menyulam
D menjahit
Jawapan:


Soalan 23 berdasarkan gambar di bawah.
Latihan Bahasa Melayu
23 Dua orang wanita itu sedang _____________ daging pada lidi.
A meraut
B memasuk
C menjolok
D mencucuk
Jawapan:

24 Petani itu menggunakan air perigi untuk ____________ pokok terung di kebunnya.
A membasuh
B menyiram
C mengairi
D merenjis
Jawapan:

25 Buah mempelam itu telah __________ setelah dijolok oleh Atan dengan sebatang galah.
A jatuh  C gugur
B pecah  D luruh
Jawapan:

26 Ramli jatuh _____________ kerana terpijak kulit pisang.
A terpelanting   C terbalik
B terperosok   D terlentang
Jawapan:

27 Seekor anjing ____________ seketul tulang yang dicuri di sebuah pasar.
A menggigit   C menggonggong
B mengepit   D menelan
Jawapan:

28 Dagu bapa terluka terkena pisau cukur semasa dia __________ janggutnya.
A mencukur  C menggunting
B mencabut  D memotong
Jawapan:

29 Sebuah helikopter ___________ di kawasan hutan tebal di pedalaman Sabah.
A terjatuh  C tertimbus
B terpelanting   D terhempas
Jawapan:


Soalan 30 berdasarkan gambar di bawah.
Latihan Bahasa Melayu
30 Puan Noraini ___________ anaknya sambil ___________ sebotol susu.
A memangku ... memberikan
B meriba ... memberikan
C meriba ... menyuapkan
D memangku ... menyuapkan
Jawapan:

31 Ayam jantan Pak Cik Murad ____________ pada setiap pagi.
A berketak   C berkokok
B berbunyi   D berkicau
Jawapan:

32 Vandalisme atau perbuatan suka ________ dinding bangunan dan telefon awam patut dihentikan.
A menulis   C melukis
B melakar   D menconteng
Jawapan:

33 Ahmad hanya __________ kepala ketika dimarahi oleh guru kelasnya.
A memalingkan   C menundukkan
B memusingkan   D mendongakkan
Jawapan:

34 Beberapa orang murid sedang _______ di lintasan belang.
A menyusur C mendaki
B mengharung D melintas
Jawapan:

Soalan 35 berdasarkan gambar di bawah.
Latihan Bahasa Melayu
35 Kakak sedang _____________ kain untuk dibuat baju kurung.
A memotong  C menggunting
B mengerat  D meracik
Jawapan:

36 Puan Seetha sedang _________ nasi di dalam periuk elektrik.
A menanak C memasak
B merebus D mengukus
Jawapan:

37 Ahli pengakap terpaksa __________ sebatang sungai semasa menjalani latihan kembara hutan.
A melintasi  C mendaki
B meredah  D mengharungi
Jawapan:

Soalan 38 berdasarkan gambar di bawah.
Latihan Bahasa Melayu
38 Kakak duduk __________ di atas tikar di dalam biliknya.
A mencangkung
B bersimpuh
C bersila
D berlunjur
Jawapan:

39 Nelayan itu sedang ________ serawan jala ke dalam laut.
A menarik  C menjahit
B membaling  D menebar
Jawapan:


Soalan 40 berdasarkan gambar di bawah.
Latihan Bahasa Melayu
40 Tiga orang lelaki sedang bekerjasama dodol di dalam kawah.
A menanak  C merebus
B mengacau  D menjerang
Jawapan:

41 Saroja sedang __________ pakaian yang telah kering di ruang tamu.
A menjemur  C menyidai
B mencuci  D melipat
Jawapan:

42 Rizal membantu datuk ____________ buah rambutan yang telah masak menggunakan galah yang panjang.
A memetik  C mengait
B memotong  D memungut
Jawapan:

43 Fadzil akan ____________ peperiksaan UPSR pada bulan September nanti.
A memasuki
B menduduki
C mengikuti
D melepasi
Jawapan:

44 Pak Long Tahir ____________ kambingnya dengan seutas tali pada sebatang pokok.
A menarik
B mengikat
C menambat
D menjerat
Jawapan:

Soalan 45 berdasarkan gambar di bawah.
Latihan Bahasa Melayu
45 Puan Esah ___________ dua buah beg plastik semasa pulang dari pasar.
A mengepit  C mengandar
B menjinjing  D mengelek
Jawapan:

46 Juruhebah radio itu ___________ perlawanan akhir Piala Thomas secara langsung.
A mengucap  C menghebah
B mengupas  D mengulas
Jawapan:

Soalan 47 berdasarkan gambar di bawah.
Latihan Bahasa Melayu
47 Mak Timah sedang _________ barangan tembaga miliknya menggunakan pencuci khas.
A mengelap
B mengesat
C menggilap
D menggosok
Jawapan:

48 Seorang pemuda pengsan setelah ___________ oleh seekor ular tedung semasa sedang membersihkan kebunnya.
A dipatuk
B digigit
C digerit
D dicubit
Jawapan:

49 Hamid ____________ sampan yang dinaikinya ke tepi Sungai dengan berhati-hati.
A mengayuh  C memandu
B menarik D mendayung
Jawapan:

50 Pak Cik Osman _____________ pisau yang tumpul itu sebelum digunakan untuk memotong daging.
A mengikir
B mengesat
C mengasah
D menggosok
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。