Kata Ganti Nama
lsi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. “Ayah, _________ mendapat tempat yang pertama dalam peperiksaan,” kata Wani dengan
gembira.
A saya C engkau
B aku D kamu
Jawapan:
2. Ahmad murid yang berdisiplin. _________ sentiasa mematuhi peraturan di sekolah.
A Mereka C Dia
B Baginda D Beliau
Jawapan:
3. Datuk Rosli ialah pegawai daerah di kawasan itu. __________ telah menderma wang sebanyak enam ribu ringgit untuk membina balai raya itu.
A Patik C Beliau
B Dia D Mereka
Jawapan:
4. Menurut para peserta ekspedisi itu, _____________ akan tiba di puncak Gunung Tahan pada
tengah hari ini.
A kamu C mereka
B kita D dia
Jawapan:
5. “____________ mesti sentiasa menjaga nama baik kampung ini,” kata ketua kampung kepada anak buahnya.
A Saya C la
B Beta D Kita
Jawapan:
6. “Betulkah Pak Cik Cheong itu datuk ___________?” tanya Chitra kepada Soo.
A awak C kami
B mereka D encik
Jawapan:
7. “______ hendak pergi berkelah di Air Terjun Sekayu,” kata Ah Meng dan Raju kepada
Badrul.
A Engkau C Saudara
B Tuanku D Kami
Jawapan:
8. Sultan Ahmad berasa sangat sedih kerana puteri ____________ diserang penyakit ganjil.
A patik C dia
B baginda D nya
Jawapan:
9. “Janganlah ___________ dihukum, tuanku,” rayu tukang masak istana kepada Sultan
Azlan.
A hamba C saya
B aku D beta
Jawapan:
10. “Bilakah _______ sampail?” tanya Encik Lim kepada kawannya.
A. kita C cik
B engkau D dia
Jawapan:
11. Yoke Meng berasa gelisah kerana_ terlupa membawa buku latihan Bahasa
Malaysia ____________.
A dia C baginda
B ia D -nya
Jawapan:
12. “_____________ mesti belajar bersungguh-sungguh supaya dapat melanjutkan pelajaran
ke universiti,” pesan Cikgu Nizam kepada Arjun.
A Aku C Beliau
B Kamu D Dia
Jawapan:
13. “__________ mesti sampai ke tempat itu sebelum senja,” kata Sani kepada rakan-rakannya.
A mereka C kita
B kami D di
Jawapan:
14. “Ampun ______________, memang benar kata-kata bendahara itu,” sembah Temenggung lbrahim kepada Sultan Mahmud.
A tuanku C beta
B baginda D patik
Jawapan:
15. “Sila Keluarkan buku latihan ___________ sekarang’”, kata Cikgu Azhar kepada murid
kelas Lima Setia.
A Kami C Kita
B Kalian D Engkau
Jawapan:
16. Anis dan Aida melawat David yang sedang sakit. _____________ membawa buah tangan
untuknya.
A Kamu C Mereka
B Kalian D Kami
Jawapan:
17. ______________ menangis kerana perutnya sakit.
A Dia C Baginda
B la D Beta
Jawapan:
18. "__________ sudah makan atau belum?” tanya Harun pada adiknya.
A Kamu C Kita
B Dia D Kalian
Jawapan:
19. “Wahai Tuhan,kepada ___________ kusandarkan harapan, ujar Salim dalam doanya.
A Engkaulah C Dialah
B Bagindalah D Andalah
Jawapan:
20. Tahniah, _____________ telah berjaya dalam pertandingan syarahan itu.
A Awak C Baginda
B Dia D Beliau
Jawapan:
21. “Bilakah _______________ akan pergi ke sana?” tanya Razali kepada kawan-kawannya.
A. kalian C saya
B kami D awak
Jawapan:
22. “Mat, ________________ hendak beli pemadam? Aku ada jual pemadam,” kata Azmi kepada
rakannya.
A. kita C aku
B kamu D saya
Jawapan:
23. Lily tidak dapat hadir ke sekolah kerana _____________ demam panas.
A dia C kami
B kamu D engkau
Jawapan:
24. “Saya harap ____________ dapat menyiapkan latihnan yang saya beri ini pada hari esok,” kata Cikgu Mona kepada murid-murid 4 Tuah.
A kamu C kalian
B mereka D dia
Jawapan:
25. Cikgu Leman ibarat senapang bambu. _____________ nampak sahaja garang tetapi sebenarnya baik hati.
A Dia C Baginda
B Beliau D Patik
Jawapan:
26. "________________ sering gering sejak akhir-akhir ini,” kata Sultan kepada bendaharanya.
A Baginda C Patik
B Beta D la
Jawapan:
27. Munusamy sangat gembira kerana kakak___________ telah kembali ke tanah air setelah beberapa tahun berada di England.
A nya C awak
B dia D beliau
Jawapan:
28. Encik Leong seorang peladang yang berjaya. _________ telah dianugerahi “Peladang
Cemerlang’”.
A Dia C Beliau
B Baginda D Aku
Jawapan:
29. “Harapan patik agar ____________ berangkat pulang dengan selamat,” kata Bendahara.
A beta C hamba
B tuanku D baginda
Jawapan:
30. Walaupun datuk telah lanjut usia, namun ____________
masih aktif bersukan.
A dia C beliau
B anda D kita
Jawapan:
31. Ah Chong dan Kok Leong bersahabat karib. ____________ tinggal sekampung.
A Mereka C Dia
B Kalian D Beliau
Jawapan:
32. “_____________ hendak ke mana,’ tanya kakak kepada perempuan di sebelahnya itu.
A Saudari C Hamba
B Saudara D Encik
Jawapan:
33. Chong jiran saya. _________ bersahabat baik sejak kecil lagi.
A Kalian C Kami
B Aku D Mereka
Jawapan:
34. Para pemimpin negara mendapatkan kemerdekaan daripada orang Inggeris.
____________ sangat berjasa kepada kita.
A Dia C Kami
B Beliau D Mereka
Jawapan:
35. Lelaki itu ditangkap kerana merompak. _________ dihukum penjara selama 6 tahun oleh
mahkamah.
A kamu C beliau
B dia D engkau
Jawapan:
36. “Mari ___________ mencari jalan penyelesaian daripada berbual-bual kosong,” kata David
kepada rakan-rakannya.
A kami C anda
B kita D aku
Jawapan:
37. "____________ seorang pendidik yang berkaliber dan penulis yang disegani,” kata Puan
Suraya kepada anaknya.
A Tuan C Awak
B Anda D Beliau
Jawapan:
38. Ayah sedang berbual dengan kawan ________ melalui telefon.
A ku C dia
B anda D nya
Jawapan:
39. “Mengapakah ____________ datang lewat?” tanya guru disiplin kepada Ming Wei.
A kalian C kamu
B kita D kami
Jawapan:
40. Balan dibawa ke hospital kerana ____________ keracunan makanan.
A kami
B saya
C dia
D kita
Jawapan:
41. "_____________ berjanji akan menuruti segala nasihat dan tunjuk ajar datuk,” kata
cucu-cucu itu kepada Pak Ngah.
A Kami
B Saya
C Patik
D Kalian
Jawapan:
42. Murid baru itu peramah orangnya. ___________________ berpindah ke sini kerana mengikut bapanya yang ditugaskan di sini.
A Saya
B Hamba
C Beta
D Dia
Jawapan:
43. Segala nasihat ibu akan ________ turuti.
A awak
B saya
C dia
D kalian
Jawapan:
44. “Datuk dan nenek _____________ tinggal di Pulau Besar,” kata Tamanah
kepada Vijay.
A mereka
B saya
C kami
D patik
Jawapan:
45. “Ampun ____________, pada pandangan patik, eloklah penderhaka itu dimaafkan,”
sembah Bendahara kepada Sultan.
A. patik C beliau
B tuanku D beta
Jawapan:
46. “Adakah ___________ sudah bersedia untuk mendirikan knemah?” tanya ketua pengakap itu.
A baginda C kami
B beliau D kamu
Jawapan:
47. Penduduk-penduduk Taman Aman sedang membersihkan longkang-longkang yang
tersumbat. bergotong-royong melakukan kerja-kerja tersebut.
A Beliau C Mereka
B Kami D Dia
Jawapan:
48. “Dayang, sediakan santapan _________ sekarang,” titan Sultan Mansur Shah.
A aku C saya
B beta D hamba
Jawapan:
49. Rahman dan Swee Lan berkawan baik. Hubungan ____________ rapat umpama adik-beradik.
A mereka C beliau
B dia D kami
Jawapan:
50. "____________ akan memulakan latihan sekarang juga,” kata Faiz dan Hakim serentak.
A Dia C Kalian
B Kami D Anakanda
Jawapan:
Antonim
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Hasraf mencurigai apa yang telah dilakukan oleh Amin terhadapnya selama ini.
Perkataan berlawan bagi mencurigai ialah _______________.
A menganuti C mentauhidkan
B mempercayai D mengharapkan
Jawapan:
2 Pengawal tidak membenarkan sesiapapun masuk melalui pintu itu kecuali
mereka yang dibenarkan sahaja. Perkataan berlawan bagi masuk ialah ____________.
A redah
B keluar
C rempuh
Jawapan:
3 Ramai perajurit yang setia kepada sultan Melaka telah terkorban dalam
pertempuran antara tentera Protugis. Perkataan berlawan bagi setia ialah ____________.
A akur C bengis
B Zalim D derhaka
Jawapan:
Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.
4 Kapal kargo yang penuh muatan dagangan sedang berlabuh itu milik Syarikat
Melati Jaya Berhad. Perkataan berlawan bagi berlabuh ialah _____________.
A belayar C berlepas
B berhenti D mendarat
Jawapan:
5 Ulat beluncas gemar makan bahagian tumbuh-tumbuhan yang lembut dan hijau.
Perkataan berlawan bagi lembut ialah _____________.
A keras C padu
B pejal D kuat
Jawapan:
6 Mangsa tsunami itu berasa sedih kerana banyak barangnya telah rosak.
Perkataan berlawan bagi sedih ialah ______________.
A sukacita C bangga
B senyum D ketawa
Jawapan:
7 Kakak menyorong kerusi itu kepada Amran. Sementara itu, Yusri sudah terlena
daripada tidurnya. Perkataan berlawan bagi menyorong dan terlena ialah
A menarik ... terjaga C meletak ... tercokoh
B memberi ... tertidur D mengambil ... terduduk
Jawapan:
Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.
8 Encik Rahmat membatalkan hasratnya hendak membeli kereta Proton Waja .
Perkataan berlawan bagi membatalkan ialah ______________.
A menafikan
B mengesahkan
C mengumumkan
Jawapan:
9 Pemuda itu telah dilantik sebagai pekerja sementara di Kilang Percetakan
Majujaya. Perkataan berlawan bagi sementara ialah _________.
A kekal C kejap
B kemas D kukuh
Jawapan:
10 Askar-askar berdiri tegak, ketika perbarisan itu diperiksa oleh Duli Yang Maha Mulia
Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia. Perkataan berlawan bagi tegak ialah ____________.
A condong C bengkok
B bongkok D lengkong
Jawapan:
11 Ayah bercadang untuk mengubah suai ruang dapur yang sempit itu.
Perkataan berlawan bagi sempit ialah _____________.
A luas C banyak
B lebar D panjang
Jawapan:
12 Suri menghayati lagu Kegemarannya sambil memejamkan mata.
Perkataan berlawan bagi memejamkan ialah _________.
A meluaskan C menjernihkan
B mencelikkan D mengenyitkan
Jawapan:
13 Sampan yang bocor itu tenggelam ke dasar sungai.
Perkataan berlawan bagi tenggelam ialah ___________.
A timbul C hilang
B hanyut D hangus
Jawapan:
14 Warga emas yang uzur mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan
Masyarakat. Perkataan berlawan bagi uzur ialah ___________.
A teguh C kuat
B tegak D sihat
Jawapan:
15 Rumah Nek Siti sunyi setelah cucu-cucunya pulang.
Perkataan berlawan bagi sunyi ialah ___________.
A bising C nyaman
B sepi D kuat
Jawapan:
16 Ibu menasihati adik supaya tidak boros apabila berbelanja.
Perkataan berlawan bagi boros ialah _______________.
A jimat C simpan
B kurang D kedekut
Jawapan:
17 Wardina enggan menceritakan masalahnya kepada Salmi.
Perkataan berlawan bagi enggan ialah _____________.
A malas C sudi
B past D izin
Jawapan:
18 Pada zaman dahulu sampan digunakan sebagai pengangkutan utama.
Perkataan berlawan bagi dahulu ialah ______________.
A moden C lampau
B canggih D sekarang
Jawapan:
19 Sejak berkerja di bandar, abang jarang pulang ke kampong.
Perkataan berlawan bagi jarang ialah _____________.
A kerap C dekat
B rapat D serik
Jawapan:
20 Ayah menggantikan tali ampaian yang kendur itu dengan yang baru.
Perkataan berlawan bagi kendur ialah _______________.
A keras C tegang
B lepas D panjang
Jawapan:
21 Syarikat percetakan itu telah ditubuhkan sejak dua puluh tahun yang lalu.
Perkataan berlawan bagi ditubuhkan ialah ___________.
A dibatalkan C dimusnahkan
B ditutupkan D dibubarkan
Jawapan:
22 Kenangan pahit pada zaman penjajahan Jepun dulu abadi dalam ingatan Tuk
Kelana. Perkataan berlawan bagi abadi ialah _____________.
A kekal C kukuh
B sementara D lenyap
Jawapan:
23 Wak Seman yang bakhil itu mengalami kerugian apabila gudang berasnya
dirompak pada minggu lepas. Perkataan berlawan bagi bakhil ialah __________.
A kedekut C penjimat
B pemurah D pemboros
Jawapan:
24 Ayah mengingatkan Asri supaya berwaspada menggunakan mesin pemotong
rumput. Perkataan berlawan bagi berwaspada ialah _____________.
A berhati-hati
B lala
C ingat
Jawapan:
25 Cikgu Rajesh berasa was-was setelah mendengar keterangan yang telah
diberikan oleh Azmi mengenai kehilangan buku perpustakaan itu. Perkataan
berlawan bagi was-was ialah ____________.
A yakin C syak
B ragu-ragu D ikhlas
Jawapan:
26 Sebagai pekerja yang setia Pak Daud tidak sanggup mengkhianati majikannya.
Perkataan berlawan bagi setia ialah _______________.
A jahat C garang
B degil D curang
Jawapan:
27 Said mengajak abangnya berkhemah di Gunung Tebu bersama dengan kawan-
kawannya. Perkataan berlawan bagi mengajak ialah ___________.
A menghalau C mengheret
B menjemput D menarik
Jawapan:
28 Encik Yazir membatalkan rancangannya untuk membawa murid-muridnya ke
bilik komputer kerana kesuntukan masa.
Perkataan berlawan bagi kesuntukan ialah _____________.
A kelemahan C kelebihan
B ketiadaan D kekurangan
Jawapan:
29 Pokok bunga itu segar semula selepas disiram air.
Perkataan berlawan bagi segar ialah ___________________.
A layu C suram
B pucat D letih
Jawapan:
30 Kehidupan keluarga Mak Munah yang melarat itu mendapat simpati orang ramai
setelah tersiar dalam akhbar harian. Perkataan berlawan bagi melarat ialah ____________.
A selesa C gembira
B susah D senang
Jawapan:
31 Mereka bekerjasama untuk melakukan kerja-kerja menyokong bumbung
pondok itu. Perkataan berlawan bagi menyokong ialah ____________.
A membina C merobohkan
B memasang D merobekkan
Jawapan:
32 Hanya murid yang bersemangat kental akan dipertimbangkan untuk menyertai
program kembara itu. Perkataan berlawan bagi kental ialah ___________.
A lemah C lembut
B longlai D lesu
Jawapan:
Soalan 33 berdasarkan gambar di bawah.
33 Perkataan berlawan bagi aktiviti yang sedang dilakukan oleh murid-murid itu
ialah ____________.
A menyeberangi C merentasi
B menempuhi D menuruni
Jawapan:
34 Kain itu mahal kerana hasil buatannya sangat halus.
Pilih perkataan berlawan bagi halus A nipis C keras
B kasar D jarang
Jawapan:
35 Lampu di dalam bilik itu terpadam secara tiba-tiba.
Pilih perkataan berlawan bagi terpadam A menyalakan C bersilau
B bersinar D mengerlip
Jawapan:
36 Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah itu telah ditubuhkan pada tahun lepas.
Perkataan berlawan bagi ditubuhkan ialah ________.
A ditutupkan
B dibatalkan
C dibubarkan
D dimansuhkan
Jawapan: