1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Set 9 Latihan Bahasa Melayu Tingkatan 1 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 1

Klik untuk jawapannya

Kata Bantu

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Ayah saya _________ berehat sambil membaca surat khabar di ruang tamu.
A masih  C telah
B pernah  D sedang
Jawapan:

2 Pasukan bola sepak Johor FC ____________ kalah setelah mengharungi sepuluh perlawanan liga.
A sudah pernah
B belum pernah
C masih pernah
Jawapan:

3 Arjun tidak _________ menyertai Sukan Asia kerana kecederaannya belum pulih lagi.
A mesti
B dapat
C harus
Jawapan:

4 See Kai __________ sedar daripada koma sejak dimasukkan ke hospital dua minggu lepas.
A masih
B belum
C pernah
Jawapan:

5 “Ayah _____________ kamu semua belajar bersungguh-sungguh hingga ke universiti,” nasihat Encik Othman kepada anak-anaknya.
A harus C mesti
B boleh D mahu
Jawapan:

6 "Awak __________ mendapat sekurang-kurangnya 40 markah untuk lulus ujian itu,” kata Cikgu Latif.
A akan
B boleh
C mesti
Jawapan:

7 Jika diberikan peluang, saya ____________ pergi melancong ke Australia.
A hendak  C mesti
B boleh  D pernah
Jawapan:

8 Ah Chuan ___________ tidur lagi di dalam bilik walaupun sudah jam 10.00 pagi.
A telah  C sudah
B masih  D belum
Jawapan:

9 Sudah seminggu sampah itu dilonggokkan tetapi __________ dipungut oleh pekerja majlis daerah.
A masih belum  C belum pernah
B telah pernah  D mesti mahu
Jawapan:

10 Chee Yew _________ membuat keputusan untuk menyertai ekspedisi berkayak ke Pulau Besar.
A harus
B telah
C pernah
Jawapan:

11 Susan __________ memiliki Kereta dan rumah sendiri walaupun baru setahun bekerja.
A akan  C pernah
B sudah  D belum
Jawapan:

12 Adik tidak mahu mengikut ayah ke Pulau Tioman kerana dia _________ pergi ke sana.
A sudah pernah  C masih sedang
B harus dapat  D belum pernah
Jawapan:

13 Kapal terbang dari Jakarta ___________ tiba lewat setengah jam.
A telah
B akan
C belum
Jawapan:

14 “Rasa-rasanya, kita __________ berjumpa sebelum ini, tetapi di mana ya?” kata Linda kepada perempuan itu.
A mahu  C telah
B sudah  D pernah
Jawapan:

15 Kita _________ sentiasa menghormati orang yang lebih tua.
A mahu  C dapat
B boleh  D harus
Jawapan:

16 Liza _________ pergi ke majlis hari jadi Syira setelah diizinkan ibu dan bapanya.
A belum  C boleh
B sudah  D mahu
Jawapan:

17 “Kamu _____________ tempat pertama dalam peperiksaan akhir tahun,” kata ibu kepada kakak.
A mesti dapat
B mesti mahu
C harus dapat
Jawapan:

18 Rahim tidak __________ berlari dengan pantas lagi semenjak kakainya patah.
A boleh C hendak
B dapat D harus
Jawapan:

19 Mereka _________ bermain walaupun hujan telah turun dengan lebatnya.
A masih mahu
B masih sedang
C masih belum
Jawapan:

20 Hafiz Hashim yakin dia ___________ mengalahkan pemain China itu dalam perlawanan akhir nanti.
A dapat  C hendak
B sudah  D harus
Jawapan:

21 “Sejak semalam, saya _________ makan lagi,” kata Yuri kepada Mei Hua.
A telah  C akan
B belum  D sudah
Jawapan:

22 Ah Tiak dan keluaganya ____________ melancong ke Korea pada akhir bulan ini.
A pernah  C akan
B sudah  D telah
Jawapan:

23 Puan Hasmah ___________ memandu kereta ke pejabat.
A sedang
B akan
C telah
Jawapan:

24 “Ketika saya datang ke rumahnya tadi, dia __________ tidur lagi,” kata Aik Guan kepada kawan-kawannnya.
A akan  C telah
B belum  D masih
Jawapan:

25 Saya __________ dua kali kali menonton rancangan Mission Impossible di pawagam.
A sudah  C belum
B pernah  D akan
Jawapan:

26 Danial ____________ mengikut saya pulang ke kampung semasa musim buah-buahan tahun lalu.
A pernah  C boleh
B harus  D akan
Jawapan:

27 Guru besar ______________ beberapa kali menasihati murid-murid nakal itu supaya tidak melanggar peraturan sekolah.
A sedang
B telah
C masih
Jawapan:

28 Nenek Munah __________ menganyam daun ketupat bersama cucu-cucunya di bawah pokok.
A sedang  C pernah
B akan  D telah
Jawapan:

29 Walaupun peperiksaan UPSR_ hampir tiba, dia __________ lagi gemar menonton televisyen hingga larut malam.
A mahu  C masih
B belum  D telah
Jawapan:

30 Kami _________ mengikuti rombongan sekolah ke singapura pada cuti semester ini.
A akan  C masih
B sedang  D harus
Jawapan:

31 Nicol David _____________ dinobatkan sebagai pemain skuasy nombor satu dunia.
A telah
B dapat
C sedang
Jawapan:

32 “Kamu pergilah dahulu, saya ____________ menyusul dari belakang,” kata Rahman kepada kawan-kawannya.
A akan  C pernah
B telah  D sedang
Jawapan:

33 “Kamu ___________ belajar bersungguh- sungguh supaya dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading,” kata cikgu Lina kepada murid-muridnya.
A akan  C mesti
B telah  D masih
Jawapan:

34 Kita ___________ taat kepada ibu dan bapa kerana mereka telah membesar dan mendidik kita sehingga berjaya.
A dapat
B akan
C harus
Jawapan:

35 Orang buta itu _________ membaca menggunakan Braille dengan lancar.
A mesti  C boleh
B belum  D akan
Jawapan:

36 Amiza sungguh gembira kerana ________ berjumpa dengan ibunya yang telah lama terpisah.
A sedang  C telah
B masih  D dapat
Jawapan:

37 Pak Kassim ____________ beberapa kali terserempak dengan lembaga hitam itu.
A harus  C boleh
B pernah  D akan
Jawapan:

38 Kakaknya ________ melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya akhir bulan ini.
A telah  C akan
B dapat  D sedang
Jawapan:

39 Puan Hasni ___________ memperoleh cahaya mata walaupun ________ lima tahun berkahwin.
A akan... sudah  C sudah ... belum
B bellum... pernah  D belum ... sudah
Jawapan:

40 Seong __________ menziarahi neneknya yang sakit di Hospital Muar.
A dapat
B akan
C boleh
D agar
Jawapan:

41 Lantai kelas itu ________ kotor walaupun telah dicuci.
A masih
B hendak
C harus
D dapat
Jawapan:

42 Lili ___________ membalas surat daripada rakannya sebentar lagi.
A telah
B belum
C boleh
D akan
Jawapan:

43 Bayi itu ________ tidur walaupun sudah pukul 11.00 pagi.
A harus
B boleh
C masih
D mesti
Jawapan:

44 Nenek saya _________ menjadi mangsa ragut perompak bank itu.
A harus
B hendak
C pernah
D sedang
Jawapan:

45 Juruteknik _____________ membaiki telefon awam yang rosak itu.
A boleh
B harus
C sedang
D sekali
Jawapan:

46 Bas ekspres ke Teluk Intan ______ bertolak tidak lama lagi.
A pernah
B masih
C belum
D akan
Jawapan:

47 Kita _________ berhati-hati ketika berjalan di lorong yang gelap itu.
A mesti
B masih
C belum
D sedang
Jawapan:

48 Murid-murid yang sedang beratur itu ___________ masuk ke kelas untuk belajar.
A pernah
B hendak
C masih
Jawapan:

49 Guru besar sekolah saya _________ bersara pada tahun ini.
A sedang  C masih
B harus  D akan
Jawapan:

50 Misri __________ melangsungkan perkahwinannya pada bulan hadapan.
A akan  C sudah
B telah  D sedang
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。