1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Set 5 Latihan Bahasa Melayu Tingkatan 1 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 1

Klik untuk jawapannya

Kata Hubung


Pilih jawapan paling sesual.
1 Pelajarannya bertambah merosot ___________ ibunya meninggal.
A atau  C sejak
B dan  D serta
Jawapan:

2 Awak mesti pulang sekarang ________ hari sudah malam.
A dan   C supaya
B kerana  D lalu
Jawapan:

3 Pengawal itu membuka pintu ________ dia menjemput kami masuk.
A lalu  C kerana
B tetapi  D jika
Jawapan:

4 Saya akan datang _______ hari tidak hujan.
A dan  C jika
B lalu  D semenjak
Jawapan:

5 Pak Ali sudah tua _________ dia masih kuat bekerja.
A oleh sebab   C hingga
B sambil  D tetapi
Jawapan:

6 Osman suka bermain badminton _________ dia malas belajar.
A dan   C tetapi
B sambil  D supaya
Jawapan:

7 Selepas mandi, kami berjalan-jalan di pantai __________ berbual—bual.
A sambil  C semenjak
B hingga  D jika
Jawapan:

8 Dia sedang menari _______ menyanyi.
A dan  C sambil
B serta  D jika
Jawapan:

9 Dia tidak datang ke sekolah __________ sakit.
A lalu  C atau
B hingga  D kerana
Jawapan:

10 Awak hendak beg yang berwarna kuning ___________ yang berwarna biru?
A dan  C atau
B serta  D lalu
Jawapan:

11 Di dalam almarinya ada pakaian ________ topi.
A atau   C dan
B jika  D sambil
Jawapan:

12 Emak membancuh air kopi _________ menuangnya ke dalam cawan.
A atau   C dan
B lalu  D sambil
Jawapan:

13 Pak Cik Salim mengucapkan selamat tinggal _________ melambai-lambaikan tangan.
A sambil  C dan
B jika   D atau
Jawapan:

14 Kamu mesti hadir ke sekolah ________ kamu sakit.
A kecuali
B semenjak
C sekiranya
D kerana
Jawapan:

15 Hafiz suka membaca majalah ______ komik.
A atau
B lalu
C dan
D sambil
Jawapan:

16 Farid sudah melelapkan mata ____________ ayah balik.
A sewaktu
B selepas
C tetapi
D sementara
Jawapan:

17 Tidak kira murid lelaki _________ murid perempuan, semua mesti berpakaian seragam.
A dan
B mahupun
C serta
D tetapi
Jawapan:

18 Adik mencuci pinggan ___________ makan malam.
A walaupun
B apabila
C sewaktu
D selepas
Jawapan:

19 Pemuda itu duduk sahaja __________ orang lain sibuk bergotong-royong.
A kecuali  C malahan
B melainkan  D padahal
Jawapan:

20 Joo Lian tersenyum __________ menjeling ke arah kami.
A atau  C kecuali
B maka  D sambil
Jawapan:

21 Mona _________ adiknya berjalan beriringan di tepi sawah padi itu.
A jika   C dan
B atau  D tetapi
Jawapan:

22 Kami selalu keluar bersama-sama _______ keluarganya tinggal di sini.
A tetapi  C lalu
B sejak  D supaya
Jawapan:

23 Cuaca pagi ini kurang baik, ____________ para nelayan tidak turun ke laut.
A atau  C jika
B maka  D agar
Jawapan:

24 __________ hidupnya miskin,tetapi dia tidak suka meminta-minta.
A Oleh sebab itu  C Meskipun
B Disamping  D Oleh itu
Jawapan:

25 Puan Mariama pengsan _______ berita tentang kematian anak kesayangannya dimaklumkan.
A hingga  C apabila
B lalu  D bahawa.
Jawapan:

26 Baik Ramli ___________ Karim mempunyai kegemaran dan minat yang sama.
A tetapi  C dan
B mahupun  D bukan apa
Jawapan:

27 Masalah ini tidak akan selesai _________ kamu tidak mahu mengalah.
A bahawa   C sejak
B atau  D selagi
Jawapan:

28 __________ tersenyum, menoleh _________ dia tidak mahu.
A Makin...makin  C Meskipun...tetapi
B Bukan saja...bahkan  D Jangankan...pun
Jawapan:

29 “Kian hari ________ membesar perut anak kecil yang menghidap penyakit busung itu,” kata Dr. Kamal.
A semakin  C tambahan pula
B kian  D mahupun
Jawapan:

30 Saya akan berusaha mencari adik saya itu _________ menghadapi pelbagai rintangan.
A kerana  C jika
B meskipun  D serta
Jawapan:

31 Wang yang banyak akan habis juga __________ tidak diurus dengan baik.
A serta  C dan
B sebab  D jika
Jawapan:

32 ________ tanda dilarang merokok tergantung di situ, ________ masih ada orang yang merokok.
A Sedangkan... tambahan pula
B Sungguhpun ... namun
C Bukan saja ...bahkan juga
D Walaupun ...kecuali
Jawapan:

33 Cerita tentang makhluk asing itu ________ benar ________ tidak.
A baik...baik  C kian...entah
B entah...entah  D makin...makin
Jawapan:

34 ______________ kotak seringan ini tidak terangkat, ____________ beg seberat itu.
A Sedangkan ... inikan pula
B Jangankan ... pun
C Bukan saja ... bahkan juga
D Baik ... mahupun
Jawapan:

35 ___________ Ramli tidak sihat, dia tetap mengetuai ekspedisi ke Gunung Tahan itu.
A Jika  C Agar
B Sejak  D Walaupun
Jawapan:

36 Kita perlu mencuci tangan _______________ menjamah makanan.
A dan  C jika
B ketika  D sebelum
Jawapan:

37 Salim dan adiknya selalu menonton televisyen ___________ larut malam.
A hingga  C sambil
B jikalau  D atau
Jawapan:

38 Klinik itu dibuka setiap hari selama 24 jam __________ pada hari Jumaat.
A agar  C kecuali
B serta  D supaya
Jawapan:

39 Rahman tiba di majlis itu __________ pengacara majlis mengumumkan nama-nama penerima pingat.
A ketika  C sambil
B talu  D kerana
Jawapan:

40 Setiap pelajar perlu belajar bersungguh-sungguh _______________ lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.
A lalu   C agar
B bahawa  D dan
Jawapan:

41 Pelajar perlu membaca soalan peperiksaan dengan teliti ________ tidak kelalukan kesalahan.
A dan  C supaya
B sambil  D lalu
Jawapan:

42 Johari sedang berbual-bual dengan Salaman ___________ rakan-rakan yang lain sedang mengulang kaji pelajaran.
A selagi  C namun
B manakala   D Walaupun
Jawapan:

43 Kakak membaca buku cerita ___________ menunggu bas untuk ke sekolah.
A sementara  C tetapi
B jika  D kecuali
Jawapan:

44 Fatimah masih belum membuat keputusan sama ada menerima ____________ menolak pinangan lelaki yang kaya itu.
A dan  C atau
B tetapi  D kerana
Jawapan:

45 Sebelum abang berangkat ke London,bapa memberikan nasihat __________ mengusap wajahnya.
A lalu  C sambil
B kerana  D semenjak
Jawapan:

46 Puan Nurul mempelawa Azizah __________ Siti masuk ke dalam rumah _____________ Raihan bersiap.
A dan...sementara  C atau...sambil
B serta...lalu  D semenjak...kerana
Jawapan:

47 Cikgu Jagreet meminta murid- murid mengeluarkan buku teks _________ buka halaman ketiga.
A dan
B agar
C manakala
D sambil
Jawapan:

48 Semua murid senyap ____________ guru disiplin masuk ke dalam kelas.
A supaya
B apabila
C sambil
D supaya
Jawapan:

49 Abang Osman tidak ke pejabat ____________ dia berasa kurang sihat.
A kerana
B lalu
C atau
D jika
Jawapan:

50 Ayub memberitahu ibunya __________ dia akan pulang lewat pada malam nanti.
A kecuali
B apabila
C supaya
D bahawa
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。