1 2 3 4 5 6 7 8

Set 7 Latihan Sejarah Tingkatan 3 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 3

Bab 7: Penentangan Masyarakat Tempatan

Klik untuk jawapannya

1. Antara berikut yang manakah matlamat perjuangan tokoh tempatan dalam menentang British?
I - Menuntut kemerdekaan dan kebebasan
II - Menentang sistem peraturan baharu
III - Mengembalikan sistem pentadbiran tradisional
IV - Meningkatkan taraf pendidikan penduduk
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

2. Apakah bentuk penentangan tokoh-tokoh tempatan dalam menentang British?
I - Meminta bantuan luar
II - Membuat karya
III -Menggunakan sistem perundangan
IV - Mencabar perjanjian
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

3. Siapakah yang menjadi pemimpin kepada penentangan masyarakat tempatan terhadap British?
I - Pemimpin agama
II - Golongan bangsawan
III - Kerabat diraja
IV - Golongan berpendidikan Inggeris
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

4. Pada tahun 1831, dalam Perang Naning Pertama, Dol Said dan pengikutnya berjaya mengalahkan British.
Apakah faktor kemenangan tersebut?
A Senjata moden
B Taktik serang hendap
C Pakatan dengan pemimpin luar
D Bantuan dari Belanda
Jawapan:

5. Mengapakah Dol Said dan pengikutnya menentang British di Naning?
I - Bayaran cukai
II - Naning dianggap negeri yang merdeka
III - Kehilangan tanah
IV - Kubu pertahanan di serang
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

6. Mengapakah Yamtuan Antah menentang British di Negeri Sembilan?
A Hilang hak memungut cukai
B Menggugat kedaulatan bangsa
C Kehilangan tanah jajahan
D Menghapuskan sistem perhambaan
Jawapan:

7. Mengapakah Dato Bahaman menentang British di negeri Pahang?
I - Kehilangan tanah jajahan
II - Pengenalan undang-undang baru
III - Hilang hak mengutip cukai
IV - Pembinaan balai Polis
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

8. Setelah Perang Pahang tamat, apakah yang berlaku kepada Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau?
A Terpaksa bayar pampasan
B Dijatuhkan hukuman bunuh
C Dibuang negeri
D Berundur ke Kelantan dan Terengganu
Jawapan:

9. Mengapakah Rentap menentang James Brooke di Sarawak?
I - Dianggap sebagai lanun
II - Hilang hak mengutip cukai
III - Kehilangan kuasa memerintah
IV - Menghapuskan petempatan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

10. Rentap merupakan pejuang sejati dan tidak pernah gentar menghadapi kekuatan tentera James Brooke sehingga titisan darah terakhir,
Apakah pengajaran yang dapat dicontohi oleh generasi hari ini?
A Sedia mempertahankan kedaulatan negara
B Bangga sebagai warganegara Malaysia
C Semangat berjuang untuk kejayaan
D Kebijaksanaan strategi berjaya mencapai kejayaan
Jawapan:

11. Mengapakan gerakan kebangkitan menentang Kuasa Barat di Negara kita?
A Cetus rasa tidak puas hati masyarakat tempatan terhadap hak mereka yang dinafikan oleh British
B Rasa dibelenggu oleh kehadiran kuasa Barat
C Membuktikan pihak British adalah lanun
D Para pembesar berpaling tadah dan menganggap British hebat
Jawapan:

12. Siapakah nama sebenar Dato'Siamang Gagap?
A Khair Bahar Hj Repah
B Kahar bin Haji Mukmin
C Rentap
D Dato' Bahaman
Jawapan:

13. Matlamat utama perjuangan penentangan masyarakat tempatan adalah seperti berikut , KECUALI?
A Mengembalikan dan mengekalkan sistem pentadbiran tradisional.
B Mempertahankan hak dan kedudukan pemerintah tempatan daripada perubahan pentadbiran Barat yang merugikan.
C Menentang pentadbiran dan peraturan baharu yang menyusahkan hidup rakyat tempatan.
D Bermuafakat dengan pemimpin Rembau untuk menentang British
Jawapan:

14. Salah satu bentuk penentangan masyarakat tempatan ialah ______?
A Penentangan Bersenjata
B perebutan tahta
C menakluki berperingkat
D menunggu dan berpecah
Jawapan:

15. Penentangan bersenjata masyarakat tempatan terhadap British diketuai oleh?
A Sultan
B Residen
C Golongan pemimpin agama
D Raja DiHilir
Jawapan:

16. Di Terengganu, muncul tokoh dalam kalangan pemimpin agama yang memperjuangkan?
A Masyarakat tani
B masyarakat miskin
C buruh binaan
D sultan
Jawapan:

17. Masyarakat tani ditindas akibat pelaksanaan cukai yang tidak mengikut?
A agama
B bangsa
C hasil pendapatan
D syarak
Jawapan:

18. Beliau merupakan penentang di Naning, Melaka. Nama sebenar beliau iaitu Abdul Said Bin Omar. Beliau ialah?
A Yamtuan Antah
B Dato Bahaman
C Rentap
D Dol Said
Jawapan:

19. Apakah sebab penentangan Dol Said keatas pihak Barat?
A bayaran cukai hasil tahunan yang dikenakan terlalu tinggi
B Di tuduh sebagai lanun
C menggugat kedaulatan bangsa
D hak mengutip cukai tanpa pengetahuannya
Jawapan:

20. Perang Naning Pertama berjaya menumpaskan pihak British tetapi Perang Naning yang kedua tidak berjaya dikuasai oleh Dol Said. Mengapakah perkara tersebut berlaku?
A Yamtuan Naning dan pembesar enggan bekerjasama
B British berjaya memecahbelahkan pakatan tersebut
C British menghantar Kolonel Walker untuk menawan Naning
D British menyerang kubu mereka
Jawapan:

21. Berapakah bilangan hulubalang yang dikumpulkan semasa Perang Naning yang pertama dilakukan?
A 5000
B 6000
C 10,000
D 4000
Jawapan:

22. Beliau merupakan anak Raja Radin Yamtuan Besar Negeri Sembilan. Beliau ialah?
A Rentap
B James Brooke
C Tunku Antah
D Dato Bahaman
Jawapan:

23. Mengapakah Yamtuan Antah menentang pihak Barat?
A Britsh ingin menghapuskan petempatan orang Iban
B Mendakwa Naning sebagai negeri yang merdeka
C Membina balai polis tanpa pengetahuannya
D Campur tangan British di Sungai Ujong menggugat kedaulatan bangsa
Jawapan:

24. Padanan Tokoh berikut menentang pihak Barat mengikut negeri masing-masing KECUALI?
A Dol Said- Naning
B Yamtuan Antah - Negeri Sembilan
C Rentap - Sarawak
D Mat Sator - Kelantan
Jawapan:

25. Peristiwa ini menandakan berakhirnya peristiwa Perang Pahang? Apakah peristiwa tersebut?
A Penghantaran Kolonel Walker di Pahang berjaya menawan semula Jeram Ampai.
B Pengunduran Tok Bahamam, Tok Gajah dan Mat Kilau di Kelantan dan Terengganu.
C Ketua-ketua negeri Pahang dibuang negeri.
D British membunuh Mat Sator.
Jawapan:

26. Apakah maksud "Rentap"?
A menggoncang
B menarik
C mengikat
D memutuskan
Jawapan:

27. Rentap merupakan pemimpin orang Iban yang di gelar Raja Ulu dan Raja Darat. Mengapakah Rentap menentang James Brooke di Sarawak?
A Hak memungut cukai dipertikaikan
B James Brooke menuduh Rentap adalah lanun dan ingin menghapuskan petempatan orang Iban
C Tindakan SBUB menyebabkan pembesar tempatan hilang jawatan
D Sarikei diletakkan dibawah pentadbiran Brooke
Jawapan:

28. Sebanyak berapa kalikah Charles Brooke menyerang Kubu Rentap di Bukit Sadok?
A 2 kali
B 3 kali
C 1 kali
D 5 kali
Jawapan:

29. Tokoh-tokoh Pejuang tersebut meninggal dunia semasa menentang pihak British KECUALI?
A Tok Janggut
B Mat Salleh
C Mat Sator
D Sharif Masahor
Jawapan:

30. Beliau mementang kekerasan pentadbiran Encik Abdul Latiff, Ketua Jajahan Pasir Puteh dan mendapat pendidikan pondok di Kelantan. Siapakah beliau?
A Mat Salleh
B Dato Maharaja Lela
C Tok Bahaman
D Tok Janggut
Jawapan:

31. Mat Salleh dan Mat Sator meninggal dunia semasa mempejuangkan kedaulatan Negeri berikut?
A Kelantan
B Sarawak
C Sabah
D Terengganu
Jawapan:

32. Apakah peristiwa yang menyebabkan Dato Maharaja Lela dihukum gantung semasa menentang pihak British?
A pembunuhan James Brooke
B pembunuhan Rentap
C pembunuhan J.W.W. Birch
D pembunuhan R.C Woods
Jawapan:

33. Pengambilan alih cukai kuasa sultan dan mencabuli adat resam orang Melayu menyebabkan Dato Maharaja Lela menentang British. Apakah bentuk penentangan tersebut?
A penentangan bersenjata
B penentangan menggunakan sistem perundangan
C penentangan bermati-matian
D mencabar perjanjian
Jawapan:

34. Haji Abdul Rahman Limbong merupakan tokoh pejuang Negeri Terngganu yang pertama kalinya menggunakan penentangan dalam Sistem Perundangan. Apakah peristiwa yang menyebabkan Haji Abdul Rahman Limbong dibuang daerah ke Makkah?
A Pembunuhan J.W.W.Birch
B Dituduh sebagai penghasut setelah kebangkitan Tani 1928
C Menawan Sarawak menggunakan senjata moden
D memungut cukai tanpa pengetahuan pihak British
Jawapan:

35. Beliau mengajak orang Melayu dan Dayak menguling kuasa Brooke di Sarawak. Siapakah beliau?
A Tok Janggut
B Mat Sator
C Dato Bahaman
D Sharif Masahor
Jawapan:

36. Manakah bentuk penentangan masyarakat tempatan?
A penentangan senjata
B mempertahankan hak
C kedudukan pemerintah
Jawapan:

37. Pilih matlamat perjuangan masyarakat tempatan yang betul?
A mencabar perjanjian
B penentangan bersenjata
C pertahankan hak dan kedudukan pemerintah
Jawapan:

38. Mengapakah jasa Dato Bahaman wajar kita hargai?
A Berjaya menghalau penjajah di Pahang
B Tokoh agama yang disegani
C Memajukan kawasan masing-masing
D Semangat patriotisme yang tinggi
Jawapan:

39. Berikut kesan sekiranya tiada semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan kecuali?
A British semakin giat melakukan penindasan
B Amalan perhambaan semakin berleluasa
C Sultan kehilangan kuasa
D Pentadbiran bercorakkan Barat dilaksanakan
Jawapan:

40. Manakah antara berikut adalah kepentingan mempertahankan kedaulatan negara.
A Supaya dapat mengenali negara lain
B Supaya imej negara dapat dijaga
C supaya negara akan mundur
D supaya dapat memajukan bisness
Jawapan:

41. Penentangan masyarakat tempatan telag berlaku pada awal kedatangan British ke Tanah Melayu. Mengapakah penentangan tersebut beelaku?
A Mendapat kemerdekaan negara
B Menjamin perpaduan pelbagai kaum
C Membuktikan taat setia kepada sultan
D Mengekalkan sistem pentadbiran tradisional
Jawapan:

42. Pilih jawapan yang tepat berkaitan dengan penentangan pemimpin tempatan berikut.
I Penghulu Dol Said (Naning)
II Dato Maharaja Lela (Pahang)
III Rentap (Perak)
Iv Mat Salleh (Sabah)
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

43. Rentap menyerang kubu Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1853.
A James Brooke menyerah kalah
B Rentap dilantik sebagai penghulu
C Pengawai James Brooke terkorban
D British mengembalikan hak pembesar
Jawapan:

44. Rentap merupakan pemimpin orang Iban di sungai Skrang dan Sungai Saribas. Apakah gelaran yang diberi kepada beliau?
I Raja Sungai
II Raja Dihilir
III Raja Darat
IV Raja Ulu
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

45. Apakah tindakan Dinasti Brooke terhadap kedua- dua tokoh berikut
⭐Sharif Masahor
⭐Dato Patinggi Abdul Gapur
A Dipenjarakan
B Dibuang negeri
C Dihukum gantung
D Dilucutkan jawatan
Jawapan:

46. Pada tahub 1898, Cowie telah mengadakan rundingan dengan Mat Salleh di Menggatal, Sabah. Apakah kepentingan perjanjian teesebut terhadap Mat Salleh?
A Beliau diberi hak memungut cukai
B Beliau dilantik menjadi ketua Datu
C Beliau diberi elaun tahunan dan pencen
D Beliau dibenarkan mentadbir Tambunan
Jawapan:

47. Mat Sator membina kubu di Kampung Kapayan Lama, Tambunan
Apakah tujuan Mat Sator membina kubu tersebut?
A Mengugut menentang SBUB
B Melambatkan serangan British
C Menjatuhkan British dari arah Barat
D Merancang menyerang Pulau Gaya
Jawapan:

48. Mengapakah Sultan Abdullah dan pembesar Perak mengupah tokoh berikut?
⭐RC Woods, Peguam dari Pulau Pinang.
A Menubuhkan Jabatan Kehakiman
B Membatalkan hal pemungut cukai
C Memansuhkan Peejanjian Pangkor
D Menggubal undang-undang negeri
Jawapan:

49. Apakah tindakan Haji Abdul Rahman Limbong untuk mewakili penduduk Ulu telemong menentang British?
A Bertindak sebagai peguam
B Menghantar surat bantahan
C Mengadakan pakatan rahsia
D Berkumpul mengadakan mogok
Jawapan:

50. Bagaimanakah tindakan British untuk menghilangkan kuasa pemimpin tempatan di negeri berikut?
⭐ Perak
⭐ Pahang
⭐ Sarawak
A Mengugut melucutkan jawatan pembesar tempatan
B Melakukan pemindahan pusat pentadbiran tempatan
C Memaksa sultan melucutkan jawatan pembesar tempatan
D Menempatkan pegawai British dalam pentadbiran tempatan
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。