1 2 3 4 5 6 7 8

Set 4 Latihan Sejarah Tingkatan 3 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 3

Bab 4: Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

Klik untuk jawapannya

1. Pada tahun 1843, Syed Hussin Jamalullail telah ditabalkan sebagai Raja Perlis. Pertabalan tersebut mendapat pengiktirafan daripada
A Kerajaan Kedah
B Kerajaan Perlis
C Kerajaan India
D Kerajaan Siam
Jawapan:

2. Apakah peranan Dato’ Belat Paduka Seri terhadap sistem pemerintahan Kesultanan Perlis?
A Pembesar daerah
B Pembesar jajahan
C Perdana Menteri
D Penghulu kampung
Jawapan:

3. Apakah strategi yang diambil oleh kerajaan Perlis bagi mengelakkan campur tangan kuasa lain?
A Membahagikan Perlis kepada 22 mukim
B Menjalin hubungan luar dengan Siam
C Membayar cukai kepada British
D Meminta bantuan British
Jawapan:

4. Maklumat di atas Kesultanan Kedah. Di manakah pusat pemerintahan Islam dalam kerajaan tersebut?

Sistem pentadbiran Islam telah bertapak di Kedah sejak abad ke-12.

A Alor Setar
B Anak Bukit
C Kuala Muda
D Kota Bukit Meriam
Jawapan:

5. Pernyataan merupakan matlamat yang hendak dicapai oleh Kedah. Bagaimanakah pemerintah Kedah mencapai matlamat tersebut?

-Mempertahankan negeri daripada serangan kuasa lain.
- Meletakkan diri lebih tinggi daripada kuasa lain.
- Mengelakkan gangguan politik kuasa lain

A Memperbesarkan angkatan tentera
B Mendapatkan perlindungan British
C Melancarkan dasar peluasan kuasa
D Menjalinkan hubungan dengan Siam
Jawapan:

6. Bilakah bermulanya penubuhan kerajaan Kedah dilakukan?
A Abad ke-7
B Abad ke-8
C Abad ke-9
D Abad ke-10
Jawapan:

7. Penyebaran agama Islam membawa kepada penggunaan gelaran Sultan di Kedah. Bilakah bermulanya penyebaran tersebut?
A Abad ke-10
B Abad ke-11
C Abad ke-12
D Abad ke-13
Jawapan:

8. Antara yang berikut, yang manakah tokoh pemerintah Kesultanan Kedah yang terawal sekali menganut agama Islam?
A Sultan Mahmud Shah
B Sultan Mansur Shah
C Sultan Mudzaffar Shah
D Sultan Muhammad Shah
Jawapan:

9. Singkatan gelaran yang diberikan oleh Raja Siam kepada Raja Perlis ialah
A Phya Pelit
B Tok Kweng
C Phya Pipit Pakdi
D Orang Besar Perlis
Jawapan:

10. Pembesar memainkan peranan penting dalam membantu pentadbiran kemajuan negeri. Peranan berikut merujuk kepada kategori apa dalam tradisi Kesultanan Melayu?

- Melaksanakan perintah sultan
- Mentadbir dan mengutip cukai di Kawasan tertentu

A Pembesar Peringkat Kampung
B Pembesar Peringkat Daerah
C Pembesar Peringkat Negeri
D Pembesar Peringkat Kebangsaan
Jawapan:

11. Pembesar Peringkat Kampung juga dikenali sebagai ____ dalam tradisi Kesultanan Melayu.
A Pengetua
B Penghulu
C Pegawai
D Menteri
Jawapan:

12. Salah satu peranan pembesar ini adalah seperti berikut dalam tradisi Kesultanan Melayu. Antara yang berikut, yang manakah merupakan pembesar yang dimaksudkan?

Menyerahkan sebahagian hasil cukai kepada kerajaan.

A Pembesar Peringkat Kampung
B Pembesar Peringkat Daerah
C Pembesar Peringkat Negeri
D Pembesar Peringkat Kebangsaan
Jawapan:

13. Peranan di atas merujuk kepada kategori mana dalam tradisi Kesultanan Melayu?

-Memungut cukai
-Membekalkan tenaga tentera
-Mengekalkan taat setia masyarakat
-Perantara antara pembesar dengan rakyat

A Pembesar Peringkat Kampung
B Pembesar Peringkat Daerah
C Pembesar Peringkat Negeri
D Pembesar Peringkat Kebangsaan
Jawapan:

14. Maklumat adalah berkaitan dengan Kerajaan Kelantan. Siapakah tokoh X?
 Bab 4 Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
A Long Yunus
B Sultan Omar
C Sultan Zainal Abidin I
D Raja Syed Hussin Jamalullail
Jawapan:

15. Gelaran "Phya Pipit Pakdi" diberikan oleh kerajaan Siam kepada pemerintah kerajaan Melayu. Gelaran tersebut digunakan oleh pemerintah kerajaan _______.
A Perlis
B Kedah
C Kelantan
D Terengganu
Jawapan:

16. Siapakah pengasas Kesultanan Terengganu?
A Sultan Abu Bakar
B Sultan Zainal Abidin I
C Sultan Abdul Samad
D Sultan Muhammad Shah
Jawapan:

17. Semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, baginda telah melantik Tokoh X sebagai Ketua Jabatan Mahkamah untuk menjalankan urusan berkaitan keadilan dan perundangan.
Siapakah Tokoh X?
A Tuan Hitam
B Tengku Kudin
C Tengku Musa
D Che Abdul Rahim
Jawapan:

18. Apakah peranan Dato’ Mata-Mata dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Terengganu?
A Mengawal pedagang di pelabuhan
B Memungut cukai dan menyerahkan sebahagiannya kepada kerajaan
C Menjaga keamanan negeri dan keselamatan rakyat
D Menyambut kedatangan pelawat atau orang kenamaan Terengganu
Jawapan:

19. Mengapakah Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu 1911 diperkenalkan?
A Menyaingi kedudukan Johor
B Memastikan keamanan negeri
C Menghalang kemaraan kuasa British
D Mengukuhkan kuasa dan kedudukan Sultan
Jawapan:

20. Sultan Abu Bakar menjalinkan hubungan dengan negeri-negeri Melayu seperti berikut, kecuali
A Pahang
B Perak
C Selangor
D Negeri Sembilan
Jawapan:

21. Sultan Abu Bakar juga menjalinkan hubungan dengan negara-negara luar melalui lawatan ke Eropah dan Jepun. Apakah kesan daripada lawatan baginda tersebut?
A Kedudukan Johor diiktiraf
B Ekonomi Johor dimajukan
C Johor menjadi taraf pelabuhan bebas
D Johor mendapat bantuan ketenteraan daripada kuasa luar
Jawapan:

22. Semasa zaman pemerintahan tokoh X, Johor mengalami zaman pemodenan. Siapakah tokoh X?
A Sultan Abu Bakar
B Sultan Zainal Abidin I
C Sultan Abdul Samad
D Sultan Muhammad Shah
Jawapan:

23. Jentera pentadbiran diwujudkan oleh Sultan Abu Bakar di Johor. Apakah tujuan baginda berbuat demikian?

-Majlis Jemaah Diraja Johor
-Jemaah Menteri
-Jabatan-jabatan kerajaan

A Menggubal perlembagan bertulis
Mengelakkan campur tangan British
C Mengasaskan pentadbiran yang cekap
D Mengukuhkan kedudukan pemerintah
Jawapan:

24. Rusia juga cuba menyertai negara-negara lain menjalankan peluasan kuasa di alam Melayu pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Rusia berhasrat membuka petempatan di _______.
A Pulau Pinang
B Pulau Langkawi
C Segenting Kra
D Ujung Salang
Jawapan:

25. Kehadiran kuasa-kuasa Eropah di atas ke Timur mula membimbangkan British. Bagaimanakah British menghadapi masalah tersebut?

Jerman
Amerika Syarikat
Rusia

A Meluaskan kuasa ke negeri Melayu
B Memperbesar angkatan tentera
C Melancarkan penentangan
D Melaksanakan slogan “Beban Orang Putih”
Jawapan:

26. Apakah kuasa Barat yang telah menggunakan slogan “Beban Orang Putih” untuk peluasan kuasa?
A Jerman
B Belanda
C British
D Rusia
Jawapan:

27. Apakah barangan yang dibekalkan dari negeri Kedah dan Perlis bagi memenuhi permintaan penduduk Pulau Pinang yang dikuasai oleh British?
I Perikanan
II Hasil pertanian
III Pertukangan
IV Penternakan
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D I, II dan III
Jawapan:

28. Rajah berkaitan dengan penguasaan British di negeri-negeri Melayu. Apakah barangan tersebut?

Barangan X: Dibekalkan oleh Perlis dan Kedah kepada SHTI di Pulau Pinang

A Makanan
B Minuman
C Pembinaan
D Pertukangan
Jawapan:

29. Penghantaran bunga emas dan peark dilakukan oleh Negeri-negeri Melayu Utara kapada kerajaan Siam. Penghantaran tersebut dilakukan setiap ________.
A tahun
B dua tahun
C tiga tahun
D empat tahun
Jawapan:

30. Perjanjian Sulit 1897 ditandatangani di antara British dengan Siam. Apakah yang hendak dicapai oleh British dalam perjanjian tersebut?
A Menjalin hubungan perdagangan dengan Siam
B Menduduki negeri-negeri Melayu Utara
C Menyekat peluasan kuasa Barat yang lain
D Mengakui hak pertuanan Siam ke atas negeri Kedah
Jawapan:

31. Apakah perjanjian yang terawal sekali dilaksanakan oleh British ke arah mencapai matlamat menguasai Negeri-negeri Melayu Utara?
A Perjanjian Sulit
B Perjanjian Burney
C Perjanjian Bangkok
D Perjanjian Sempadan
Jawapan:

32. Pernyataan berikut berkaitan dengan perjanjian yang dibuat di antara British dengan Siam pada tahun 1899. Di antara yang berikut, manakah dua sempadan tersebut?

Perjanjian Sempadan: Menyelesaikan masalah dua sempadan di antara British dan Siam

I Perak
II Kedah
III Reman
IV Vietnam
A I dan III
B II dan III
C III dan IV
D I, II dan III
Jawapan:

33. Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan pengisytiharan British Siam ditandatangani. Apakah perjanjian tersebut?

-Siam akan mengawal hubungan luar negeri Kelantan dan Terengganu.
-Negeri-negeri ini tidak boleh serahkan konsesi kepada kuasa asing tanpa izin Siam.

A Perjanjian Burney 1826
B Perjanjian Sulit 1897
C Perjanjian Sempadan 1899
D Perjanjian 1902
Jawapan:

34. Perjanjian berikut merupakan perjanjian yang ditandatangani antara British dengan Siam sebelum tahun 1909, kecuali
A Perjanjian Sempadan 1899
B Perjanjian Sulit 1897
C Perjanjian Pangkor 1874
D Perjanjian Burney 1826
Jawapan:

35. Siapakah tokoh X?

X: Pada tahun 1868, Ratu Great Britain telah mengurniakan gelaran Majaraja Johor kepada baginda.
X: Pada tahun 1885, baginda menggunakan gelaran Sultan.

A Sultan Abu Bakar
B Sultan Muhammad III
C Sultan Muhammad Shah
D Sultan Abdul Rahman
Jawapan:

36. Maklumat berkaitan dengan tindakan yang dilakukan oleh Gabenor Negri-negeri Selat. Apakah cadangan yang dikemukakan oleh beliau?

Tahun 1879: Gabenor Negeri-negeri Selat mengemukakan cadangan kepada British

A Menubuhkan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
B Menyatukan Persekutuan Tanah Melayu
C Menempatkan residen British di Johor
D Meletakkan seorang ejen di Johor
Jawapan:

37. Pada tahun 1879, British menawarkan pinjaman sebanyak 200 000 dolar kepada Johor untuk membiayai pembinaan kereta api. Apakah tujuan British berbuat demikian?
A Menjalinkan persahabatan
B Memanipulasi kewangan Johor
C Menghulurkan bantuan tentera
D Membawa pemodenan Johor
Jawapan:

38. Pernyataan berkaitan dengan tindakan yang dilakukan oleh Perlis. Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh ______.

Menubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri

A Raja
B Residen
C Residen Jeneral
D Gabenor British
Jawapan:

39. Apakah peranan Douhlas Graham Campbell terhadap Kesultanan Johor?
A Residen
B Gabenor
C Penasihat Am
D Residen Konsular
Jawapan:

40. Kerajaan negeri yang manakah terlibat dengan penubuhan pasukan unit beruniform di atas?

Pasukan Askar Timbalan Setia

A Kedah
B Perlis
C Perak
D Johor
Jawapan:

41. Maklumat berkaitan dengan pentadbiran di Terengganu selepas pembentukan Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu.
Apakah tujuan pembentukan jentera tersebut?

Jemaah Menteri: Majlis Mesyuarat Negeri

A Mengawal kuasa Penasihat British
B Menggubal undang-undang negeri
C Melaksanakan pentadbiran kerajaan
D Mengambil kakitangan pentadbiran negeri
Jawapan:

42. Apakah peranan sultan berikutan penubuhan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu?
I Kuasa tertinggi pentadbiran negeri
II Ketua agama Islam dan adat Melayu
III Pembantu Penasihat British dalam pentadbiran
IV Perantara pentadbiran British dengan penduduk setempat
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I, II dan III
Jawapan:

43. "Brokrasi Barat" dasar British yang diperkenalkan berikutan pembentukan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Apakah bukti yang dapat dikaitkan dengan pelaksanaan dasar tersebut?
I Mahkamah sivil ditubuhkan
II Pegawai tadbir British dipinjamkan
III Pembesar dibayar gaji pencen
IV Jabatan Kerajaan baharu diperkenalkan
A I dan II
B I dan IV
C III dan IV
D I, II dan III
Jawapan:

44. Pernyataan berkaitan dengan bahasa Melayu. Petikan tersebut dinyatakan dalam

Bahasa Melayu hendaklah digunakan dalam segala urusan rasmi yang berkaitan pentadbiran negara.

A Akta Bahasa Melayu Kebangsaan 1963/64
B Akta Bahasa Melayu Kebangsaan 1963/65
C Akta Bahasa Melayu Kebangsaan 1963/66
D Akta Bahasa Melayu Kebangsaan 1963/67
Jawapan:

45. Apakah persamaan peranan bagi tokoh-tokoh di bawah?

-Raja Ahmad bin Raja Endut
-Datuk Wan Muhammad Saman
-Haji Nik Mahmud bin Haji Ismail
-Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Ngah Muhammad bin Yusof
-Dato’ Jaafar bin Muhammad

A Penasihat British yang pertama
B Menteri Besar yang pertama
C Ketua Hakim Negara
D Perdana Menteri Negara
Jawapan:

46. Siapakah yang mengiktiraf Syed Hussin Jamalullail sebagai Raja Perlis?
A Dato’ Kota Setar
B Maharaja Siam
C Maharaja Bangkok
D Dato’ Arau
Jawapan:

47. Apakah peranan Pembesar Peringkat Jajahan atau Daerah
I Melaksanakan perintah sultan
II Mempertahankan kedaulatan negeri
III Menyediakan tenaga kerja
IV Menyerahkan sebahagian hasil cukai kepada kerajaan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D II, III dan IV
Jawapan:

48. Pada tarikh berapakah Strobel menemui Putera Damrong
A 12 Nov 1907
B 10 Mac 1907
C 13 Sep 1907
D 16 Jun 1907
Jawapan:

49. Apakah negeri yang berada di laluan perdagangan yang strategik.
I Melaka
II Terengganu
III Kelantan
IV Kedah
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I, II dan III
Jawapan:

50. Nyatakn faktor kemajuan Johor?
I Kebijaksanaan dan kecekapan pemerintah
II Kemunculan golongan hamba
III Pemodenan Johor dalam pelbagai bidang
IV Perkembangan pentadbiran
A I dan II
B I dan III
C III dan IV
D I, II dan III
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。