1 2 3 4 5 6 7 8

Set 3 Latihan Sejarah Tingkatan 3 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 3

Bab 3 : Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Klik untuk jawapannya

1. Apakah sumbangan tokoh Yap Ah Loy dalam sejarah negara kita?
A Membuka Lembah Kinta
B Memajukan Kuala Lumpur
C Memperkenalkan teknologi baru
D Membawa masuk buruh dari China
Jawapan:

2. Mengapakah Sungai Linggi menjadi rebutan pembesar Melayu?
A Kaya dengan bijih timah
B Menjadi kubu pertahanan
C Memperoleh pungutan cukai
D Menjadi pusat perdagangan utama
Jawapan:

3. Apakah alasan British untuk memaksa Sultan Pahang menerima Residen British?
A Kemunduran ekonomi
B Huru-hara kongsi gelap
C Perebutan takhta kerajaan
D Pembunuhan warganegara British
Jawapan:

4. Apakah faedah pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu?
A Menjamin kemajuan negeri
B Menyeragamkan pentadbiran
C Mengukuhkan kedudukan sultan
D Menyelesaikan masalah kongsi gelap
Jawapan:

5. Apakah lokasi pusat pentadbiran bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu?
A Ipoh
B Kuantan
C Kuala Lumpur
D Sungai Ujong
Jawapan:

6. Apakah persidangan yang melibatkan Raja-raja Melayu pada tahun 1909?
A Majlis Mesyuarat Negeri
B Majlis Raja-raja Melayu
C Majlis Mesyuarat Persekutuan
D Majlis Perundangan Persekutuan
Jawapan:

7. Berikut adalah hasil bumi yang terdapat di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Pilih dua sumber hasil bumi tersebut.
A Logam
B Emas
C Pasir
D Biji timah
A I dan II
B II dan IV
C III dan IV
D II, III dan IV
Jawapan:

8. Pada 28 Februari 1850, Paduka Seri Sultan Shabudin Syah telah menganugerahkan daerah Larut kepada seorang tokoh untuk melombong bijih timah. Siapakah tokoh tersebut?
A Dato Sagor
B Dato' Maharajalela
C Long Jaafar
D Tengku Kudin
Jawapan:

9. Mengapakah Raja Abdullah di Perak tidak ditabalkan sebagai Sultan selepas kemangkatan Sultan Ali?
A Tidak mempunyai kelayakan
B Tidak hadir ke majlis pemakaman
C Tidak berminat sebagai pemerintah
D Tidak mendapat sokongan pembesar
Jawapan:

10. Siapakah yang dilantik menjadi Sultan selepas kemangkatan Sultan Ali dari Kesultanan Perak?
A Raja Ismail
B Raja Yusof
C Raja Jaafar
D Raja Mahmud
Jawapan:

11. British berpeluang melakukan manipulasi politik di Negeri Sembillan pada abad ke 19. Apakah isu yang digunakan British untuk melakukan manipulasi tersebut?
A Pertelingkahan perebutan takhta kerajaan
B Pencerobohan belanda di Sungai Ujong
C Perbalahan antara pembesar melayu
D Pergaduhan antara pelombong cina
Jawapan:

12. Berikan Xkepentingan Sungai Linggi di Negeri Sembilan
I Menghubungkan sungai ujong dan kawasaan sekitar
II Membolehkan pembesar memungut cukai
III Memudahkan perdagangan
A I dan II
B II dan III
C I dan III
D I, II dan III
Jawapan:

13. Apakah peranan Residen British?
A Menasihati Raja-Raja Melayu dalam semua hal kecuali Hal Agama dan Adat Melayu
B Menasihati raja melayu dalam pelaburan
C Menasihati masyarakat
D Menasihati raja untuk menjual negara
Jawapan:

14. Apakah dua peristiwa yang berlaku di Perak sehingga British berjaya memanipulasi keadaan tersebut?
I Perlombongan emas
II Perang Larut 1861-1874
III Perebutan takhta kesultanan Perak
A I dan II
B II dan III
C I dan III
D I, II dan III
Jawapan:

15. Rumah Api Tanjung Rachado terletak di
A Melaka
B Selangor
C Negeri Sembilan
D Pahang
Jawapan:

16. Kematian Goh Hui memberi peluang kepada British campur tangan di
A Negeri Sembilan
B Selangor
C Pahang
D Perak
Jawapan:

17. Apakah gelaran yang digunakan oleh Raja Ismail selepas termeterainya Perjanjian Pangkor?
A Raja Muda
B Raja Bongsu
C Sultan Muda
D Sultan di-Hilir
Jawapan:

18. Frank Swettenham pernah dilantik dalam pentadbiran British di Selangor. Beliau menetap di
A Klang
B Shah Alam
C Bernam
D Langat
Jawapan:

19. Kapal HMS Pluto pernah digunakan oleh British untuk menandatangani perjanjian dengan pemimpin negeri - negeri Melayu. Apakah perjanjian tersebut?
A Perjanjian Pangkor
B Perjanjian British-Pahang
C Perjanjian British-Selangor
D Perjanjian British-Sungai Ujong
Jawapan:

20. Apakah jawatan pegawai tertinggi British yang diwujudkan di Pahang selepas perjanjian British-Pahang?
A Residen
B Residen Konsular
C Pegawai Konsul
D Pegawai Daerah
Jawapan:

21. Semasa pentadbiran British, Sultan Ahmad adalah pemerintah bagi negeri
A Perak
B Pahang
C Selangor
D Kedah
Jawapan:

22. Siapakah Residen British yang pertama di Selangor?
A J.P. Davidson
B J.P. Rodger
C Martin Lister
D Hugh Clifford
Jawapan:

23. Penubuhan Negeri - Negeri Melayu Bersekutu membolehkan pemberian bantuan kewangan ke atas negeri ______.
A Perak
B Pahang
C Selangor
D Negeri Sembilan
Jawapan:

24. Antara berikut, yang manakah merupakan ketua pentadbiran dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran Negeri - negeri Melayu Bersekutu?
A Residen
B Residen Konsular
C Pesuruhjaya Tinggi
D Residen Jeneral
Jawapan:

25. Siapakah yang menjadi semakin berkuasa dalam Majlis Mesyuarat Negeri selepas pembentukan Negeri - Negeri Melayu Bersekutu?
A Residen
B Residen Konsular
C Pesuruhjaya Tinggi
D Residen Jeneral
Jawapan:

26.Apakah yang dilakukan oleh Long Jaafar dan Ngah Ibrahim bagi memajukan perlombongan bijih timah di Perak pada abad ke-19 ?
A Membawa masuk pelombong Cina
B Membawa masuk pelabur British
C Menggunakan teknologi moden
D Membuka bandar baru di Perak
Jawapan:

27. Kaedah yang manakah digunakan masyarakat tempatan dalam kegiatan perlombongan emas di Pahang pada abad ke-16 dan 17 ?
A Mendulang dan melampan
B Melampan dan lombong dedah
C Lombong dedah dan lombong bawah tanah
D Lombong bawah tanah dan mendulang
Jawapan:

28. Perebutan takhta kesultanan Perak antara Sultan Ismail, Raja Yusuf dan raja Abdullah telah memberi manfaat kepada British iaitu
A British menyokong Raja Abdullah
B British melakukan manipulasi politik
C British diberi kuasa mentadbir Perak
D British mendapat hak perlombongan bijih timah
Jawapan:

29. Apakah iktibar yang kita peroleh dari perjanjian -perjanjian ini?

Perjanjian British-Sungai Ujung 1874
Perjanjian British-Pahang 1887
Perjanjian British-Selangor 1875

A Bersyukur dengan sumber alam negara
B Tidak mudah mempercayai kuasa asing
C Bertoleransi terhadap kuasa asing
D Sepakat membawa berkat
Jawapan:

30. Mengapa British membentuk negeri-negeri Melayu Bersekutu ?
A Mengatasi kelemahan pembesar tempatan dalam pentadbiran
B Menangani masalah perebutan kuasa
C Menjamin keselamatan British
D Menyeragamkan pentadbiran
Jawapan:

31. Berdasarkan sumber dari India, Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai Suvarnabhumi. Apakah maksud “Suvarnabhumi”?
A Anak Emas
B Batu Emas
C Bumi Emas
D Kawasan Emas
Jawapan:

32. Rajah berikut berkaitan dengan kawasan-kawasan aktiviti ekonomi di Pahang.

Di dalam Bahasa melayu bermaksud genggam

A Pekan
B Raub
C Selinsing
D Ulu Dong
Jawapan:

33. Bilakah bermulanya penglibatan bangsa Eropah dalam kegiatan perlombongan emas di Pahang?
A Abad ke-17
B Abad ke-18
C Abad ke-19
D Abad ke-20
Jawapan:

34. Raja Yusuf turut terlibat dengan perebutan takhta di Perak. Apakah jawatan baginda ketika itu?
A Raja Muda
B Raja Kecil
C Raja Bendahara
D Raja Di Hilir
Jawapan:

35. Maklumat berikut menunjukkan dua pihak yang terlibat dalam Perang Larut. Apakah punca Perang Larut?

Ghee Hin
Hai San

A Menentang kuasa penjajah
B Membantah undang-undang tidak adil
C Menolak kadar cukai bijih timah yang tinggi
D Mempertahankan hak dalam perlombongan bijih timah
Jawapan:

36. Berikutan kemangkatan Sultan Ali, Raja Abdullah berpendapat bagindalah paling layak menjadi Sultan Perak. Apakah jawatan Raja Abdullah ketika itu?
A Raja Muda
B Raja Di Hilir
C Raja Bendahara
D Menteri Larut
Jawapan:

37. Apakah fungsi pembinaan bangunan di atas di Klang?

Gedung Raja Abdullah

A Menjadi kediaman Sultan
B Pusat Pengumpulan bijih timah
C Pusat penyimpanan bekalan air
D Menjadi kubu pertahanan
Jawapan:

38. Jadual berkaitan dengan tindakan yang telah dilakukan oleh Sultan Selangor. Apakah X?
 Bab 3 Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
A Klang
B Ampang
C Jugra
D Kuala Lumpur
Jawapan:

39. Kumpulan Ghee Hin turut wujud di negeri Selangor. Mereka memberi sokongan kepada ______.
A Raja Abdullah
B Raja Ismail
C Raja Mahadi
D Raja Yusuf
Jawapan:

40. Maklumat merupakan dua peristiwa digunakan oleh British untuk mendesak supaya negeri X menerima perlindungan British. X ialah _______.

Rompakan kapal dagangan British
Serangan Rumah Api

A Perak
B Pahang
C Selangor
D Negeri Sembilan
Jawapan:

41. Bagaimanakah cara manipulasi British dalam usaha peluasan kuasa di Selangor?
I Menyerang Kota Raja Mahadi
II Membantu Raja Abdullah mendapatkan takhta
III Memberi bantuan ketenteraan kepada Tengku Kudin
IV Memihak kepada pembesar yang boleh mendatangkan keuntungan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I, II dan III
Jawapan:

42. Mengapakah Sungai Lenggi menjadi rebutan antara pembesar-pembesar Melayu di Negeri Sembilan?
A Menguasai perlombongan bijih timah
B Menjadi laluan perdagangan utama
C Menubuhkan pelabuhan kerajaan
D Mengawal pungutan cukai
Jawapan:

43. Pernyataan berikut berkaitan dengan kandungan perjanjian antara British dengan pemerintah negeri Melayu pada tahun 1887. Apakah negeri X?

Negeri X tidak dibenarkan membuat perjanjian dengan kerajaan asing tanpa kebenaran British.

A Perak
B Pahang
C Selangor
D Negeri Sembilan
Jawapan:

44. Siapakah Residen British yang pertama di negeri Perak?
A J.P.Rodger
B J.G.Davidson
C J.W.W.Birch
D Martin Lister
Jawapan:

45. Anda melakukan kesalahan berikut di Pahang semasa pentadbiran British. Apakah hukuman yang akan dikenakan ke atas kesalahan tersebut?

Memiliki barang curi

A Hukuman gantung
B Hukuman buang negeri
C Hukuman penjara selama empat bulan
D Hukuman denda sebanyak $10.00
Jawapan:

46. Bagaimanakah British mengatasi kelemahan pelaksanaan sistem residen?
A Membentk persekutuan
B Menghakis kuasa raja-raja Melayu
C Melaksanakan undang-undang British
D Memastikan sultan menerima nasihat residen
Jawapan:

47. Logo di bawah telah diperkenalkan oleh pentadbiran British. Logo tersebut merupakah jata bagi
 Bab 3 Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
A Negeri-negeri Selat
B Negeri-negeri naungan British
C Negeri-negeri Melayu Bersekutu
D Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Jawapan:

48. Pembentukan Persekutuan 1896 dapat menangani masalah kewangan negeri. Apakah negeri yang dimaksudkan?
A Kedah
B Pahang
C Kelantan
D Pulau Pinang
Jawapan:

49. Selepas campur tangan British, Majlis Mesyuarat Negeri tidak lagi berkuasa. Mengapakah keadaan ini berlaku?
A Dipengerusikan oleh Residen Jeneral
B Kuasa-kuasa raja semakin terhakis
C Dibantah oleh raja-raja Melayu
D Ahli Majlis menyokong British
Jawapan:

50. Antara berikut, yang manakah ciri-ciri Negeri-negeri Melayu Bersekutu?
I Kuala Lumpur menjadi pusat pentadbiran
II Residen Gabenor sebagai ketua kerajaan
III Dikenali juga sebagai Persekutuan Negeri-negeri Melayu 1896
IV Residen Jeneral sebagai ketua pentadbiran kerajaan persekutuan
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D I, II dan III
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。