1 2 3 4 5 6 7 8

Set 8 Latihan Sejarah Tingkatan 3 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 3

Bab 8 : Kebijaksanaan Raja Dan Pembesar Melayu Menangani Cabaran Barat

Klik untuk jawapannya

1. Perjanjian ini telah memecahbelahkan wilayah negeri-negeri Melayu Utara. Apakah perjanjian tersebut?
A. Perjanjian Bangkok 1909
B. Perjanjian Bangkok 1910
C. Perjanjian Terengganu-British
D. Perjanjian Pangkor
Jawapan:

2. Berikut merupakan negeri-negeri Melayu Utara. Kecuali?
A. Kedah
B. Perlis
C. Johor
D. Terengganu
Jawapan:

3. Perjanjian Bangkok telah menyebabkan Perlis kehilangan wilayah _____________.
A. Tabal
B. Setul
C. Butang
D. Pujoh
Jawapan:

4. Baginda mengumpamakan Kedah dijual seperti seekor kerbau. Siapakah baginda?
A. Sultan Abdul Hamid Halim Shah
B. Raja Syed Alwi Jamalullail
C. Sultan Zainal Abidin III
D. Sultan Idris Murshidul Adzam Shah
Jawapan:

5. Sultan Zainal Abidin III tidak mengiktiraf perjanjian Bangkok kerana menganggap penghantaran ___________ hanya sekadar tanda persahabatan.
A. Sutera
B. Bijih Timah
C. Bunga emas
D. Kuprum
Jawapan:

6. Berikut merupakan tindakan raja Melayu dalam menangani cabaran barat. Kecuali.
A. Tuntutan melalui durbar
B. Keengganan menerima penasihat British
C. Mengadakan persahabatan
D. Diplomasi menangani tekanan British
Jawapan:

7. Antara yang berikut, yang manakah kepentingan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor?
A. Mengimbangi kuasa negeri-negeri Melayu Utara
B. Mengimbangi kuasa British dan mempertahankan identiti negeri.
C. Menghalang campur tangan Siam
D. Meluaskan wilayah Johor
Jawapan:

8. Tindakan penasihat British mengibarkan bendera Union Jack dikediamannya dianggap mencabar identiti negeri. Siapakah penasihat british tersebut?
A. Meadow Frost
B. Humprheys
C. J.S Mason
D. W.G Maxwell
Jawapan:

9. Antara berikut, yang manakah merupakan langkah yang diambil oleh Sultan Abu Bakar dalam menangani tekanan British?
A. Bertemu dengan Siam
B. Menubuhkan lembaga penasihat Johor di London
C. Mengadakan hubungan baik dengan Siam
D. Menandatangani perjanjian dengan British
Jawapan:

10. Sistem kangcu merupakan satu sistem yang ___________.
A. Menggalakkan pemodenan negeri
B. Memperkenalkan sistem tanaman baharu
C. Menjamin keselamatan perdagangan
D. Menggalakkan kemasukan orang Cina untuk mengusahakan tanaman.
Jawapan:

11. 28 April 1930, satu perjanjian ditandatangani oleh Perlis. Apakah kesan daripada perjanjian tersebut?
A Perlis masih menjadi naungan Siam
B Perlis bebas daripada British
C Perlis menjadi naungan British secara rasmi
D Perlis menjadi naungan Belanda
Jawapan:

12. Kedah secara rasmi menjadi naungan British pada 1923. Namun, Kedah mampu mengekalkan identiti negeri Melayu. Apakah ia?
A Cuti umum pada hari Sabtu
B Melantik pegawai British sahaja
CPenggunaan Bahasa Inggeris
D Kalendar Hijrah, Cuti umum pada hari Jumaat
Jawapan:

13. Berdasarkan Perjanjian Terengganu-British 1919 berlaku perubahan kuasa di dalam negeri Terengganu. Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan kuasa tersebut?
A Wakil British menjadi Sultan Terengganu
B Status Wakil British bertukar kepada Penasihat British
C Penasihat British boleh campur tangan dalam hal adat resam Melayu
D Penggunaan Kalendar HIjrah
Jawapan:

14. Sultan Abu Bakar telah membina negeri Johor dengan penuh kejayaan dan serba moden sehingga diberi gelaran __________.
A Bapa Pemodenan Johor Bharu
B King of Johor
C Bapa Pemodenan Johor
D Bapa Pemodenan Melayu
Jawapan:

15. Sultan Zainal Abidin 111 telah menubuhkan jabatan yang biasanya akan dilakukan oleh British. Tindakan tersebut membuatkan British sukar untuk campur tangan di Terengganu. Apakah antara institusi yang dimaksudkan?
A Pejabat Perbendaharaan, Pejabat Agama dan Pelajaran, Pejabat Kerja Raya
B Pejabat Tanah
C Pejabat membeli belah
D Pejabat tentera
Jawapan:

16. Mengapakah pihak British berasa marah dengan pentadbiran Sultan Muhammad II?
A baginda gagal membangunkan negeri
B baginda mewujudkan pemberontakan
C baginda lebih banyak berunding dengan pembesar negeri berbanding merujuk kepada Penasihat Britis
Jawapan:

17. Apakah hasil tanaman yang diusahakan oleh Long Jaafar dan Ngah Ibrahim untuk memajukan daerah Larut?
i. tebu
ii. gambir
iii. lada hitam
iv. bijih timah
A i dan ii
B i dan iv
C ii dan iii
D iii dan iv
Jawapan:

18. - Memberikan nasihat dan semangat perjuangan kepada Sultan ketika kedatangan British.
- X
Pernyataan di atas adalh sumbangan Tok Ku Paloh. Apakah X?
A memartabatkan bahasa Melayu
B menubuhkan madrasah dan sekolah
C terlibat dalam penggubalan Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu
Jawapan:

19. - Datuk Hakim Imam Abang haji Murshidi
- Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
- Abang Haji Bolhassan
Apakah sumbangan ketiga-tiga tokoh pemimpin Sarawak di atas?
A menubuhkan Sekolah Kajang
B Menubuhkan Madrasah al-Murshidiyyah
C memajukan pertanian masyarakat tempatan
Jawapan:

20. Apakah kepentingan peta lengkap Johor yang dihasilkan oleh Dato' Muhammad Salleh bin Perang?
A menyukarkan musuh menyerang
B memudahkan sistem pungutan cukai
C menjadi asas untuk menentukan sempadan negeri
D memudahkan aktiviti pembangunan pelbagai aspek
Jawapan:

21. Apakah tujuan British menerapkan elit Melayu dalam sistem pentadbiran mereka?
A hanya elit Melayu yang mengetahui masalah mereka
B agar elit Melayu dapat menyesuaikan diri dengan kehendak British
C untuk mengekalkan kedudukan British sebagai pemerintah Tanah Melayu
D agar elit Melayu dapat mengambil tampuk pemerintahan selepas mencapai kemerdekaan
Jawapan:

22. Apakah skim yang ditubuhkan British untuk melatih orang Melayu menceburkan diri dalam pentadbiran negeri?
A Jemaah Menteri
B Perkhidmatan Bumiputera
C Perkhidmatan Tadbir Melayu
D Maktab Perguruan Sultan Idris
Jawapan:

23. Yang manakah merupakan Protokol Sempadan Perjanjian Bangkok 1909?
A Garis sempadan ditentukan berasaskan pengaruh kuasa
B Pulau Langkawi dan pulau-pulau di bahagian selatan menjadi milik British
C Pulau Terutau dan pulau-pulau di bahagian utara menjadi milik Perancis
D Garis sempadan bermula daripada Sungai Golok dan berakhir di muara Kuala Tabal
Jawapan:

24. Bagaimanakah sempadan baharu di antara Kedah dan Siam seharusnya ditentukan menurut Sultan Abdul Halim Shah?
A mengikut pentadbiran kerajaan asal
B mengikut kriteria sempadan yang sedia ada
C melalui rundingan dengan pemerintah tempatan
D menjadikan legeh dan lembah sungai sebagai garis pembahagi
Jawapan:

25. Mengapakah Sultan Terengganu menghantar bunga emas kepada Siam?
A membayar cukai
B mengelakkan perbalahan
C menghargai sumbangan Siam
D menunjukkan tanda persahabatan
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。