1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

Set 4 Latihan Geografi Tingkatan 2 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 2

Bab 4: Cuaca dan Iklim di Malaysia

1. Apakah ciri iklim di Malaysia?
A iklim hujan tropika
B iklim monsun tropika
C iklim khatulistiwa
D iklim laurentia
Jawapan:

2. Tandakan ciri iklim di Malaysia pada pilihan yang BETUL.
I suhu tinggi dan hampir sekata sepanjang tahun.
II jumlah hujan tahunan di Malaysia adalah kira-kira 2600mm setahun.
III Julat suhu tahunan yang tinggi iaitu 27⁰C.
IV Negara kita menerima hujan sepanjang tahun.
A I dan II
B I dan III
C III dan IV
D I, II dan IV
Jawapan:

3. Gambarajah merujuk kepada jenis hujan di Malaysia iaitu
Bab 4 Cuaca dan Iklim di Malaysia
A hujan lebat
B hujan monsun
C hujan perolakan
D hujan bukit
Jawapan:

4. Gambarajah merujuk kepada jenis hujan di Malaysia iaitu
Bab 4 Cuaca dan Iklim di Malaysia
A hujan lebat
B hujan monsun
C hujan perolakan
D hujan bukit
Jawapan:

5. Kawasan yang menerima hujan paling sedikit di Malaysia terletak di
A Kuala Pilah, Negeri Sembilan
B Kuala Kangsar, Perak
C Kuala Selangor, Selangor
D Kuala Lipis, Pahang
Jawapan:

6. Angin Monsun Timur laut bertiup dari
A pertengahan bulan Mei hingga akhir bulan September.
B awal bulan November hingga Mac.
C dari bulan April hingga Mei.
D dari bulan September hingga Oktober.
Jawapan:

7. Angin Monsun Barat Daya bertiup dari
A pertengahan bulan Mei hingga akhir bulan September.
B awal bulan November hingga Mac.
C dari bulan April hingga Mei.
D dari bulan September hingga Oktober.
Jawapan:

8. Membawa hujan lebat yang disertai kilat dan petir.
Dikenali sebagai 'skual'
Pernyataan di atas merujuk kepada
A Angin Monsun Timur Laut
B Angin Monsun Barat Daya
C Angin Sumatera
D Angin tempatan
Jawapan:

9. Gambarajah merujuk kepada tiupan
Bab 4 Cuaca dan Iklim di Malaysia
A Angin Monsun Timur Laut
B Angin Monsun Barat Daya
C Angin Sumatera
Jawapan:

10. Gambarajah di atas merujuk kepada kejadian
Bab 4 Cuaca dan Iklim di Malaysia
A bayu laut
B bayu darat
Jawapan:

11. Negeri manakah yang sering mengalami banjir pada musim tengkujuh?
A Melaka
B Perlis
C Terengganu
D Selangor
Jawapan:

12. Iklim panas dan lembap sepanjang tahun di Malaysia menggalakkan penanaman
A tanaman strawberi
B tanaman teh
C tanaman gandum
D tanaman kelapa sawit
Jawapan:

13. Mengapakah aktiviti perikanan terhenti seketika di kawasan pantai timur pada hujung dan awal tahun?
A penduduk menjalankan aktiviti menjemur ikan
B angin kuat dan keadaan laut yang bergelora
C penduduk terlibat dengan aktiviti pelancongan
D berlaku tumpahan minyak dari aktiviti perkapalan
Jawapan:

14. Gambarajah merujuk kepada kesan
Bab 4 Cuaca dan Iklim di Malaysia
A kesan rumah hijau
B pulau haba
C hujan asid
D jerebu
Jawapan:

15. Gambarajah merujuk kepada kesan
Bab 4 Cuaca dan Iklim di Malaysia
A kesan rumah hijau
B pulau haba
C hujan asid
D jerebu
Jawapan:

16. Gambarajah merujuk kepada kesan
Bab 4 Cuaca dan Iklim di Malaysia
A kesan rumah hijau
B pulau haba
C hujan asid
D jerebu
Jawapan:

17. Antara berikut merupakan punca-punca peningkatan pelepasan gas-gas rumah hijau ke atmosfera KECUALI
A pembakaran bahan api fosil
B pembakaran hutan
C pelupusan sampah
D letusan gunung berapi
Jawapan:

18. Antara berikut merupakan kesan-kesan hujan asid KECUALI
A mengurangkan jarak penglihatan
B mengancam kesihatan manusia
C melunturkan cat dan menghakis dinding bangunan
D memusnahkan tanaman dan tumbuh-tumbuhan
Jawapan:

19. Bahan pencemar seperti debu dan habuk yang dibebaskan oleh kenderaan bermotor dan kilang banyak memerangkap haba.
Punca tersebut boleh menyebabkan
A hujan asid
B pulau haba
C jerebu
D kesan rumah hijau
Jawapan:

20. Fenomena La Nina
Pernyataan di atas merujuk kepada:
A gejala gangguan iklim yang disebabkan oleh penurunan suhu permukaan laut
B pemanasan suhu di Lautan Pasifik yang luar biasa
Jawapan:

21. Angin yang bertiup pada bulan April hingga Mei dan September hingga Oktober dikenali sebagai
A Angin Monsun Timur Laut
B Angin Monsun Barat Daya
C Angiin Sumatera
D Angin Perolakan
Jawapan:

22. Kegiatan utama manusia di kawasan sawah padi ialah
A pertanian
B perikanan
C pembalakan
D perindustrian
Jawapan:

23. Kawasan pinggir pantai sesuai untuk kegiatan manusia seperti
A pembalakan
B pertanian
C perlancongan
D perkhidmatan
Jawapan:

24. Kesan daripada kejadian letusan gunung berapi boleh menyebabkan berlakunya
A kesan rumah hijau
B pulau haba
C hujan asid
D jerebu
Jawapan:

25. Tanaman padi sangat sinonim dengan 'Jelapang Padi' yang terletak di
A Kuala Selangor
B Dataran Terengganu
C Dataran Kelantan
D Dataran Kedah-Perlis
Jawapan:

26. Buah-buahan dan sayur-sayuran hawa sederhana sesuai di tanam di kawasan
A Lumut, Perak
B Kuala Terengganu, Terengganu
C Cameron Highland, Pahang
D Kota Bharu, Kelantan
Jawapan:

27. Kawasan tanah tinggi seperti di Kundasang, Sabah sesuai dengan kegiatan manusia iaitu
A perikanan
B pembalakan
C perindustrian
D pelancongan
Jawapan:

28. Kesan hujan asid ialah
A kegiatan ekonomi berkembang
B tanaman hidup subur
C tanaman musnah
D kesihatan manusia bertambah baik
Jawapan:

29. Fenomena El-Nino akan menyebabkan berlakunya kejadian
A kemarau
B banjir
C hujan lebat
D suhu sejuk
Jawapan:

30. Berikut adalah kesan fenomena La Nina KECUALI
A hujan yang sangat lebat
B pembentukan awan yang tebal
C banjir yang buruk
D bekalan air berkurangan
Jawapan:

31. Keadaan di atas dapat dikaitkan dengan fenomena
Bab 4 Cuaca dan Iklim di Malaysia
A pulau haba
B hujan asid
C La Nina
D El Nino
Jawapan:

32. Nyatakan kesan hujan asid
I kemusnahan hidupan akuatik
II tindakan penyahutanan
III penyakit kulit
IV kerosakan struktur bangunan
A I dan II
B I dan III
C I, III dan IV
D II dan IV
Jawapan:

33. Antara berikut, yang manakah merupakan punca kesan rumah hijau
Bab 4 Cuaca dan Iklim di Malaysia
A I dan II
B I dan III
C II, III dan IV
D I, II dan IV
Jawapan:

34. Bilakah Malaysia menerima hujan maksimum?
A musim tiupan angin Monsun Timur Laut
B musim tiupan angin Monsun Barat Daya
C musim perantaraan monsun
D musim tiupan Angin Sumatera
Jawapan:

35. Iklim panas dan lembap sepanjang tahun di Malaysia menggalakkan penanaman
A tanaman strawberi
B tanaman gandum
C tanaman teh
D tanaman kelapa sawit
Jawapan:

36. Mengapakah aktiviti perikanan terhenti seketika di kawasan pantai timur pada hujung dan awal tahun?
A penduduk menjalankan aktiviti menjemur ikan
B penduduk terlibat dengan aktiviti pelancongan
C angin kuat dan keadaan laut yang bergelora
D berlaku kegiatan lanun di kawasan perairan
Jawapan:

37. Negeri manakah yang sering mengalami banjir pada musim tengkujuh?
A Melaka
B Kedah
C Kelantan
D Selangor
Jawapan:

38. Iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun menggalakkan penanaman ____________ di sekitar Kuching dan Sri Aman di Sarawak.
A padi
B padi huma
C kelapa sawit
D lada hitam
Jawapan:

39. Antara berikut, yang manakah jenis kegiatan manusia yang tidak dipengaruhi oleh cuaca dan iklim
A perindustrian
B pembalakan
C pertanian
D perlancongan
Jawapan:

40. • Nelayan tidak turun ke laut apabila musim tengkujuh
• Kawasan penanaman padi yang penting
Maklumat di atas merujuk kepada
A Dataran Kerian
B Dataran Kelantan
C Dataran Kedah-Perlis
D Delta Rajang
Jawapan:

41. Apakah faktor yang menyebabkan terbentuknya kawasan lindungan hujan?
A Halangan tanah tinggi
B Pengaruh garisan lintang
C Proses pemeluwapan
D Hujan lebat sepanjang tahun
Jawapan:

42. Apakah faktor yang menyebabkan tanaman berikut dapat hidup subur di Malaysia?
-Padi -Getah -Kelapa
A hujan lebat sepanjang tahun
B Pengaruh bentuk muka bumi
C Suhu rendah di kawasan tinggi
D Panas terik di kawasan pertanian
Jawapan:

43. Apakah faktor perbezaan iklim di kedua-dua kawasan dalam maklumat berikut yang menjadi tarikan pelancong?
-Pulau Tioman -Kundasang
A Bentuk muka bumi
B Jumlah hujan tahunan
C Jenis iklim yang berbeza
D Pancaran matahari setiap hari
Jawapan:

44. Mengapakah angin Monsun Barat Daya tidak membawa hujan yang lebat ke Semenanjung Malaysia?
A Bertiup dari kawasan daratan
B Bertiup dari kawasan tekanan tinggi
C Dihalang oleh Selat Melaka
D Dihalang oleh tanah tinggi di Sumatera
Jawapan:

45. Yang manakah antara penyataan berikut menerangkan proses pembentukan hujan bukit?
I Turun di kawasan tanah tinggi
II Hujan lebat turun di kawasan pantai
III Wap air yang naik ke atmosfera mengalami proses penyejatan
IV Bahagian cerun yang terlindung menerima hujan yang sedikit
A I dan II
B I dan III
C III dan IV
D I dan IV
Jawapan:

46. Pada musim tengkujuh, nelayan di pantai timur Semenanjung tidak dapat turun ke laut kerana laut bergelora. Apakah aktiviti yang mereka lakukan pada waktu itu?
A Aktiviti menjemur ikan
B Membaiki pukat dan jala
C Membuat produk kraftangan
D Menjahit pakaian sekolah
Jawapan:

47. Mengapakah nelayan di pantai barat Semenanjung dapat menjalankan aktiviti perikanan sepanjang tahun?
A Hujan lebat
B Pinggir laut yang cetek
C Pengaruh bayu laut dan bayu darat
D Terlindung daripada tiupan angin kencang
Jawapan:

48. Apakah maksud kesan rumah hijau?
A suhu kawasan tepu bina dalam bandar yang lebih panas dari kawasan sekitarnya
B mengandungi kandungan asid lemas tengan pH kurang daripada 5.6.
C Zarah-zarah halus yang tidak nampak oleh mata kasar terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi.
D Fenomena peningkatan suhu Bumi akibat banyak haba yang terperangkap dalam atmosfera Bumi.
Jawapan:

49. Berikut merupakan ciri iklim di Malaysia kecuali
A Suhu
B Angin
C Kelembapan
D Hujan
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。