1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

Set 5 Latihan Geografi Tingkatan 2 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 2

Bab 5: Pengangkutan di Malaysia

Klik untuk jawapannya

1. Sistem pengangkutan di Malaysia terbahagi kepada ________ bahagian.
A 1
B 2
C 3
D 4
Jawapan:

2. Berikut adalah jenis-jenis pengangkutan di Malaysia kecuali
A Air
B Darat
C Udara
D Solar
Jawapan:

3. Sistem pengangkutan darat di Malaysia terdiri daripada ....
I jaringan jalan raya
II jaringan sungai
III jaringan landasan kereta api
IV jaringan laluan udara
A I dan II
B I dan III
C III dan IV
D I dan IV
Jawapan:

4. Faktor utama yang mempengaruhi jaringan pengangkutan di Malaysia adalah...
I kewangan
II bentuk muka bumi
III dasar kerajaan
IV keperluan penduduk setempat
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
Jawapan:

5. Kawasan bertanda manakah dalam peta di bawah merujuk pernyataan yang diberi?
Bab 5 Pengangkutan di Malaysia
A I
B II
C III
D IV
Jawapan:

6. Di manakah letaknya lapangan terbang antarabangsa dalam peta di bawah?
Bab 5 Pengangkutan di Malaysia
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

7. Antara yang berikut, yang manakah tergolong dalam perkhidmatan rel bersepadu?
I KL Monorel
II Komuter
III MAS
IV KTM
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

8. Antara yang berikut, yang manakah kepentingan rel bersepadu?
I Mengurangkan kesesakan lalu lintas
II Mengurangkan pencemaran bunyi
III Membangunkan kawasan desa
IV Memendekkan masa perjalanan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

9. Landasan kereta api pertama di malaysia telah dibina di
A Ipoh
B Taiping
C Georgetown
D Johor Bahru
Jawapan:

10. Pengangkutan udara penting di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak kerana
A mudah dan murah
B berpenduduk jarang
C mengurangkan pencemaran
D kurang kemudahan pengangkutan lain
Jawapan:

11. Apakah tujuan pembinaan lebuh raya di Malaysia?
I Mengurangkan pencemaran udara
II Memendekkan jarak perjalanan
III Menjimatkan masa
IV Mengurangkan harga barangan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

12. Mengapakah jaringan pengangkutan di pantai barat Semenanjung Malaysia lebih padat?
I Tanah pamah luas
II Kegiatan ekonomi
III Migrasi penduduk
IV Bebas daripada ancaman taufan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

13. Rajah di bawah menunjukkan sejenis pengangkutan awam. Jenis pengangkutan tersebut diperkenalkan untuk mengurangkan
Bab 5 Pengangkutan di Malaysia
I pencemaran udara
II kesesakan lalu lintas
III kos penyelenggaran
IV bilangan kenderaan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

14. Berikut adalah senarai beberapa jenis jalan di negara kita kecuali
A Jalan raya persekutuan
B Jalan pesisir pantai
C Jalan berturap
D Jalan tidak berturap
Jawapan:

15. Ali yang tinggal di johor Bahru ingin berkunjung ke rumah kakaknya di Pulau Pinang. Apakah jenis pengangkutan yang perlu dipilih oleh Ali sekiranya ingin sampai dalam tempoh masa yang paling cepat dan selesa?
A Pengangkutan air
B Pengangkutan udara
C Pengangkutan darat
D Pengangkutan awam
Jawapan:

16. Mengapakah pengangkutan air penting di kawasan pedalaman seperti Kapit dan Song di Sarawak?
A Sungai menghubungkan antara kawasan pedalaman dengan bandar besar
B Jalan raya belum siap dibina sepenuhnya
C Penduduk Kapit dan Song di Sarawak lebih selesa menggunakan pengangkutan air
D Ketiadaan lapangan terbang di kawasan tersebut
Jawapan:

17. Proses menempah atau memesan kereta, teksi atau limosin atau pengangkutan awam yang lain melalui komputer atau peranti bergerak. Kenyataan ini berkait rapat dengan .....
A Pembangunan apps oleh syarikat berdaftar
B Pengangkutan alternatif rakyat Malaysia
C Kemajuan inovasi sistem pengangkutan
D Sistem e-panggilan (e hailing)
Jawapan:

18. Pelabuhan _____________ merupakan pelabuhan ekonomi penting di selatan Semenanjung Malaysia.
A Pelabuhan Bintulu
B Pelabuhan Kuantan
C Pelabuhan Tanjung Pelepas
D Pelabuhan Teluk Sepanggar
Jawapan:

19. Mengapakah perkhidmatan transit aliran ringan diperkenalkan?
I Mengurangkan tahap pencemaran udara
II Memudahkan pengangkutan barang
III Memendekkan masa perjalanan
IV Mengatasi masalah kesesakan lalu lintas
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D I, II dan IV
Jawapan:

20. Mengapakan jaringan pengangkutan yang lebih padat tertumpu di Pantai Barat berbanding Pantai Timur Semenanjung Malaysia?
A Bentuk muka bumi yang landai di Pantai Barat
B Kos pembinaan jalan raya yang meningkat di Pantai Timur
C Faktor iklim dan cuaca di Pantai Timur
D Kawasan Pantai Barat giat dengan kegiatan ekonomi seperti pertanian, perdagangan, perindustrian dan perlombongan
Jawapan:

21. Berikut merupakan faktor-faktor yang mempengaruh jaringan pengangkutan di Malaysia kecuali
A dasar kerajaan
B kegiatan ekonomi
C bentuk muka bumi
D ancaman dari luar
Jawapan:

22. Berikut merupakan kepentingan pengangkutan darat kecuali
A membangunkan bandar satelit
B mengelakkan ancaman dari luar
C membangunkan kawasan sekitar
D memendekkan masa perjalanan
Jawapan:

23. Berikut merupakan lebuh raya utama di Semenanjung Malaysia kecuali
A Lebuhraya Utara-Selatan
B Lebuhraya Kuala-Lumpur Karak
C Lebuhraya Pantai Timur
D Lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang-Kuala Lipis
Jawapan:

24. Berikut merupakan kepentingan pengangkutan udara, kecuali
A Menggalak integrasi nasional
B Menghubungkan kawasan pedalaman
C Meningkatkan darjah ketersampaian
D Membawa penumpang dan barangan secara pukal
Jawapan:

25. Berikut merupakan kepentingan menggunakan pengangkutan awam, kecuali
A Mengurangkan kesesakan lalu lintas
B Memajukan industri pelancongan
C Menambahkan kos
D Mengurangkan pencemaran udara
E Mewujudkan peluang pekerjaan
Jawapan:

26. Namakan Lebuhraya yang bertanda L1
Bab 5 Pengangkutan di Malaysia
A Lebuhraya Utara-Selatan
B Lebuhraya Timur-Barat
C Lebuhraya Tun Razak
D Lebuhraya Pantai-Timur
Jawapan:

27. Namakan lapangan terbang antarabangsa yang bertanda A1
Bab 5 Pengangkutan di Malaysia
A Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Langkawi
B Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
C Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
D Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
Jawapan:

28. Namakan lapangan terbang antarabangsa yang bertanda A3
Bab 5 Pengangkutan di Malaysia
A Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
B Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
C Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
D Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
Jawapan:

29. Namakan pelabuhan yang bertanda P1
Bab 5 Pengangkutan di Malaysia
A Pelabuhan Klang
B Pelabuhan Kuantan
C Pelabuhan Kemaman
D Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar
Jawapan:

30. Mengapakah sistem pengangkutan di Sarawak terdapat di pesisiran pantai?
I Kemajuan ekonomi
II Tumpuan penduduk
III Kekurangan sumber di kawasan pedalaman
IV Kawasan pedalaman berhutan tebal dan tanah tinggi
V Sungai bersaliran deras dan merupakan pengangkutsn penting
A I dan II
B II dan IV
C I dan III
D I, II dan IV
Jawapan:

31. Pembinaan terowong SMART berfungsi sebagai ........
I saliran air
II terowong kecemasan
III lebuhraya laluan antara bandar
IV laluan kenderaan
A I dan II
B I dan IV
C I dan III
D I, II dan IV
Jawapan:

32. Antara yang berikut, yang manakah BUKAN faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan pengangkutan di Malaysia.
A kegiatan ekonomi
B Dasar kerajaan
C Bentuk muka bumi
D Kos pembinaan
Jawapan:

33. Pilih contoh penswastaan di bawah dasar kerajaaan untuk kemajuan sistem pengangkutan di Malaysia.
I Projek Lebuhraya Utara Selatan oleh PLUS Berhad.
II Pengenalan bas percuma dalam negeri
III Perkhidmatan LRT serta bas oleh Prasarana Malaysia Berhad.
IV Perkhidmatan Grab, Socar, Grabfood
A I dan III
B I dan IV
C I dan III
D I, II dan IV
Jawapan:

34. Perjalanan menggunakan pengangkutan ________ lebih pantas dan menjimatkan masa namun memakan belanja yang lebih tinggi.
A air
B udara
C darat
D feri
Jawapan:

35. Penggunaan pengangkutan awam seperti rel bersepadu dapat mengurangkan pembebasan asap kenderaan kerana menggunakan __________.
A tenaga elektrik
B tenaga solar
C tenaga kinetik
D tenaga magnetik
Jawapan:

36. Pengangkutan awam manakah yang mengurangkan pencemaran udara?
A Kapal terbang
B Bas awam
C Kereta api rel bersepadu
D Bot ekspres
Jawapan:

37. Lebuhraya terpanjang di Malaysia
A Lebuhraya Persekutuan
B Lebuhraya Tun Razak
C Lebuhraya Pan Borneo
D Lebuhraya Utara-Selatan
Jawapan:

38. Berikut adalah amalan pengangkutan lestari KECUALI
A Berkongsi kereta
B Penggunaan kereta hibrid
C Menggunakan pengangkutan awam
D Menaiki kenderaan sendiri
Jawapan:

39. Terminal yang menjadi persimpangan bagi Landasan kereta api Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia
A Beaufort
B Tenun Pangi
C Segamat
D Gemas
Jawapan:

40. Apakah tujuan kewujudan landasan kereta api di Tanah Melayu pada suatu waktu dahulu?
A Mengangkut rempah ratus
B Mengangkut bijih timah
C Mengangkut kelapa sawit
D Mengangkut senjata penjajah British
Jawapan:

41. Antara berikut kegiatan ekonomi manakah dapat dikaitkan dengan Pelabuhan Kerteh?
A Pertanian
B Perikanan
C Perlombongan
D Perkhidmatan
Jawapan:

42. Lebuh raya dibina untuk tujuan
A Menghubung bandar utama
B Pilihan pengguna jalan raya
C Mempercepatkan perjalanan
D Mengangkut barang
Jawapan:

43. Laluan bawah tanah bagi projek MRT dikaitkan dengan
A faktor Bentuk muka bumi
B faktor Kemajuan teknologi
C faktor Dasar kerajaan
Jawapan:

44. Barangan kargo merujuk kepada
A Barangan basah yang diangkut guna kereta
B Barangan kesring yang diangkut guna kereta
C Barangan dagangan yang diangkut guna kapal
D Cecair yang diimport
Jawapan:

45. Antara berikut manakah benar mengenai jenis jalan di Malaysia? A Jalan Raya persekutuan Dan jalan bandaran B Jalan berturap Dan jalan tanah merah C Jalan berturap Dan jalan tidak berkurap D Jalan Raya Dan lebuh raya
Jawapan:

46. Berikut merupakan faktor yang mempengaruhi jaringan pengangkutan di Malaysia kecuali
A Kemajuan teknologi
B Dasar kerajaan
C Bentuk muka bumi
D Mempertingkat darjah ketersampaian
Jawapan:

47. Pelabuhan yang mengeksport gas asli cecair.
A Pelabuhan Bintulu
B Pelabuhan Sandakan
C Pelabuhan Pulau Pinang
Jawapan:

48. Antara berikut, yang manakah bentuk muka bumi yang TIDAK sesuai untuk sistem pengangkutan kereta api di Malaysia?
A Kawasan tanah pamah
B Kawasan rendah dan rata
C Kawasan luas dan rata
D Kawasan tanah tinggi
Jawapan:

49. Apakah nama pelabuhan utama di Kota Kinabalu?
A Pelabuhan Tanjung Pelepas
B Pelabuhan Klang
C Pelabuhan Bintulu
D Pelabuhan Teluk Sepanggar
Jawapan:

50. Terminal kereta api yang terdapat di negeri Pahang
A Tumpat
B Jerantut
C Kluang
D Gemas
Jawapan:

51. Apakah faktor kemajuan teknologi yang dapat dikaitkan dengan pengangkutan MRT
A Jambatan menghubungkan pulau
B Terowong bawah tanah
C Penerokaan tanah terhad
D Mengawal banjir
Jawapan:

52. Apakah persamaan kedua-dua sungai iaitu Sungai Rajang dan Sungai Kinabatangan
A membekalkan air empangan
B sumber air minuman domestik
C mengendalikan urusan import eksport
D laluan utama feri ke pedalaman
Jawapan:

53. Lebuhraya apa yang menghubungkan antara Gambang dengan Segamat
A Lebuhraya Pantai Timur
B Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak
C Lebuhraya Timur-Barat
D Lebuhraya Tun Razak
Jawapan:

54. Antara yang berikut, yang manakah jenis jalan raya yang terdapat di Malaysia?
A Jalan berturap
B Jalan denai
C Jalan berjalan kaki
D Jalan berbasikal
Jawapan:

55. KTMB bermaksud
A Keretapi Tanah Melayu Bersepadu
B Keretapi Tanah Melayu Berkelompok
C Keretapi Tanah Melayu Berhad
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。