1 2 3 4 5 6

Set 5 Latihan Fizik Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 4

Bab 5: Gelombang

Klik untuk jawapannya

1. Terdapat dua jenis gelombang iaitu melintang dan membujur. Gelombang __________ adalah sejenis gelombang membujur.
A elektromagnet
B air
C bunyi
D radio
Jawapan:

2. Gelombang melintang adalah apabila zarah medium bergerak __________ dengan ________________ gelombang.
A serenjang, fasa
B selari, fasa
C serenjang, arah perambatan
D selari, arah perambatan
Jawapan:

3. Rajah menunjukkan graf sesaran-masa gerakan satu jasad.
Yang manakah merupakan amplitud?
 Bab 5: Gelombang
A
B
C
D
Jawapan:

4. Rajah menunjukkan sebuah bandul ringkas berayun dari titik P ke Q dan kembali ke Q sebanyak 20 kali dalam masa 13.8 s.
Berapakah tempoh ayunan bandul itu?
A 0.69 s
B 1.38 s
C 1.45 s
D 27.6 s
Jawapan:

5. Pernyataan yang manakah berikut adalah benar mengenai gelombang melintang
A Panjang gelombang bagi gelombang melintang adalah melebihi panjang gelombang bagi gelombang membujur
B Arah getaran zarah medium berserenjang dengan arah perambatan gelombang
C Halaju gelombang melintang sama dengan halaju cahaya
D Bunyi adalah sejenis gelombang melintang
Jawapan:

6. Perbezaan di antara suatu gelombang melintang dan suatu gelombang membujur ialah dari segi
A halaju
B tempoh
C amplitud
D arah getaran zarah medium dengan arah rambatan gelombang
Jawapan:

7. Rajah menunjukkan dua gambar berturut-turut sebuah pembesar suara dengan sebatang lilin menyala di hadapannya. Pemerhatian pada nyalaan lilin menunjukkan bahawa gelombang bunyi adalah ___________________
 Bab 5: Gelombang
A gelombang melintang
B gelombang berkutub
C gelombang membujur
D gelombang elektromagnet
Jawapan:

8. Rajah menunjukkan keratan rentas gelombang air.Antara pernyataan berikut, yang manakah benar mengenai gelombang air?
 Bab 5: Gelombang
A T dan U mempunyai fasa yang sama
B Tenaga gelombang dipindahkan dari kedudukan S ke U
C Panjang gelombang adalah jarak antara S dan U
D Zarah di U berayun pada arah selari dengan arah perambatan gelombang
Jawapan:

9. Apabila amplitud berkurang , maka ______________ berkurang.
A tempoh
B frekuensi
C tenaga
D bilangan ayunan
Jawapan:

10. Rajah menunjukkan dua situasi sebiji bola terapung dan bergerak di atas permukaan air.Arah pergerakan bola adalah
 Bab 5: Gelombang
A selari dengan arah perambatan gelombang
B berserenjang dengan arah perambatan gelombang
C sama arah dengan arah perambatan gelombang
D bertentangan dengan arah perambatan gelombang
Jawapan:

11. Rajah menunjukkan seketul batu dijatuhkan ke dalam sebuah kolam yang tenang. Gelombang yang terhasil bergerak keluar sebagai bulatan yang mengembang bermula dari tengah tempat gangguan.Pernyataan manakah yang betul berkenaan pergerakan zarah-zarah dalam air semasa perambatan gelombang?
A Bergerak keluar dalam bulatan
B Bergetar secara mendatar
C Bergetar secara menegak
D Bergerak secara menegak dan mendatar
Jawapan:

13. Rajah menunjukkan Sagu gelombang air yang dihasilkan oleh penggetar sfera. Halaju gelombang yang dihasilkan oleh penggetar ialah 13.5 ms−1 . Berapakah frekuensi ayunan penggetar itu?
 Bab 5: Gelombang
A 5.83 Hz
B 7.28 Hz
C 11.67 Hz
D 13.15 Hz
Jawapan:

14. Rajah menunjukkan ayunan sebuah bandul ringkas. Jizat frekuensi ayunan ialah 4.0 Hz, berapakah masa yang diambil untuk bandul bergerak dari Q ke R?
 Bab 5: Gelombang
A 0.0625 s
B 0.125 s
C 0.250 s
D 0.500 s
Jawapan:

15. Rajah menunjukkan satu gelombang air tersebar daripada satu sumber bergetar di O. Jika sumber itu bergerak ke atas dan ke bawah bagi 5 ayunan dalam satu saat, berapakah laju gelombang air itu?
 Bab 5: Gelombang
A 115ms−1
B 118ms−1
C 130ms−1
D 145ms−1
Jawapan:

16. Rajah menunjukkan gelombang yang dihasilkan oleh sebuah penjana audio untuk sampai ke telinga. Antara berikut yang manakah pergerakan membran telinga yang betul apabila gelombang melaluinya?
 Bab 5: Gelombang
A
B
C
D
Jawapan:

17. Suatu tempat di mana gelombang bunyi tidak dapat merambat melaluinya adalah
A melalui sebiji belon yang berisi hidrogen
B antara dua orang penyelam di dasar laut
C antara dua orang angkasawan yang terpisah pada jarak 10 m di permukaan Bulan
D dari dalam sebuah bilik ke suatu mikrofon di luar bilik
Jawapan:

18. Pernyataan manakah bukan sifat gelombang elektromagnet ?
A Bergerak pada kelajuan cahaya
B Mematuhi persamaan gelombang, v = f λ
C Memerlukan medium untuk merambat
D Boleh mengalami interferens
Jawapan:

19. Rajah menunjukkan graf sesaran-masa bagi satu gelombang.
Berapakah frekuensi gelombang ?
 Bab 5: Gelombang
A 8.0 Hz
B 4.0 Hz
C 0.25 Hz
D 0.125 Hz
Jawapan:

21. Pilih contoh gelombang yang sepadan dengan jenis gelombang dalam Rajah.
 Bab 5: Gelombang
I Gelombang air
II Gelombang bunyi
III Gelombang cahaya
IV Gelombang Gamma
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D I, III dan IV
Jawapan:

22. Gelombang juga boleh dikelaskan kepada gelombang mekanik dan gelombang elektromagnet.
Pernyataan yang manakah menunjukkan ciri-ciri gelombang Mekanik
A memerlukan medium untuk memindahkan tenaga dari satu titik ke titik yang lain
B tidak memerlukan medium untuk memindahkan tenaga dari satu titik ke titik yang lain
C terdiri daripada ayunan medan elektrik dan medan magnet yang berserenjang antara satu sama lain
D gelombang radio, gelombang cahaya adalah contoh gelombang mekanik
Jawapan:

23. Rajah menunjukkan graf sesaran melawan jarak bagi satu gelombang. Frekuensi gelombang ialah 3Hz.
Tentukan halaju gelombang tersebut?
 Bab 5: Gelombang
A 24 cm s-1
B 48 cm s-1
C 52 cm s-1
D 96 cm s-1
Jawapan:

24. Rajah menunjukkan satu spring slinki . Laju getaran ialah 0.2 m s^-1.
Berapakah frekuensi getaran itu?
 Bab 5: Gelombang
A 0.1 Hz
B 0.2 Hz
C 0.4 Hz
D 2.5 Hz
Jawapan:

25. Pengetar dalam tangki riak bergetar dengan frekuensi 9Hz. ia menghasilkan gelombang dengan panjang gelombang 20cm. Apakah kelajuan gelombang itu?
A 0.2 cms-1
B 1.8 cms-1
C 20.0 cms-1
D 180.0 cms-1
Jawapan:

26. Apakah yang dimaksudkan gelombang?
A Suatu riak air dan getaran bunyi yang terjadi apabila kaki mengocak air dengan kuat
B Proses pemindahan tenaga dari satu tempat ke tempat lain yang dihasilkan oleh sistem bergetar atau berayun
C Suatu pemindahan haba yang terhasil dari ayunan dan getaran objek
Jawapan:

27. Namakan jenis gelombang ini?
 Bab 5: Gelombang
A Gelombang Progresif
B Gelombang Pegun
Jawapan:

28. Apakah contoh bagi alat yang menghasilkan gelombang ini?
 Bab 5: Gelombang
I gitar
II batu yang di baling ke air
III belalang melompat di air
IV ukelele
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D I, II, III dan IV
Jawapan:

29. Yang manakah jenis-jenis gelombang progresif?
I Gelombang Menegak
II Gelombang Membujur
III Gelombang Melintang
IV Gelombang Berayun
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D I, II, III dan IV
Jawapan:

30. λ , merujuk kepada panjang gelombang. Yang manakah tempat yang diambil bagi mengukur panjang bagi gelombang ini?
 Bab 5: Gelombang
A
B
C
D
Jawapan:

31. Apakah ciri gelombang yang berubah dalam pantulan gelombang?
A amplitud
B arah
C frekuensi
D laju
Jawapan:

32. Rajah menunjukkan satu gelombang yang dipantulkan pada permukaan satah. Berapakah sudut tuju gelombang tersebut?
 Bab 5: Gelombang
A 40°
B 50°
C 80°
D 130°
Jawapan:

34. Seorang lelaki yang berada pada satu jarak d dari sebuah gunung menepuk tangannya dan mendengar gema tepukannya selepas 3 s. Hitung d.
[vbunyi = 330 m s-1]
A 495 m
B 675 m
C 990 m
D 1980 m
Jawapan:

35. Kelawar menggunakan gelombang ultrasonik untuk mengelakkannya berlanggar dengan sebarang objek ketika terbang. Apakah konsep fizik yang diaplikasikan oleh kelawar?
A Pembiasan gelombang
B Pantulan gelombang
C Pembelauan gelombang
D Interferens gelombang
Jawapan:

36. Apakah kuantiti fizik yang tidak berubah apabila suatu gelombang mengalami pembiasan?
A Amplitud
B Frekuensi
C Panjang
D Laju
Jawapan:

37. Rajah menunjukkan gelombang air yang melalui dua kawasan berbeza P dan Q. Antara penyataan berikut, yang manakah benar?
 Bab 5: Gelombang
A P lebih dalam berbanding Q
B Q lebih dalam berbanding P
C P dan Q mempunyai kedalaman yang sama
Jawapan:

38. Rajah menunjukkan gelombang air yang melalui dua kawasan dengan kedalaman berbeza P dan Q. Jika laju gelombang air ialah 18 cm s-1 pada kawasan P, berapakah laju gelombang air pada kawasan Q?
 Bab 5: Gelombang
A 12.0 cm s-1
B 13.5 cm s-1
C 15.0 cm s-1
D 16.0 cm s-1
Jawapan:

39. Rajah menunjukkan gelombang air yang melalui dua kawasan dengan kedalaman berbeza P dan Q. Jika laju gelombang air ialah 18 cm s-1 pada kawasan P, berapakah frekuensi gelombang air pada kawasan Q?
 Bab 5: Gelombang
A 1.5 hz
B 2.0 hz
C 150 hz
D 200 hz
Jawapan:

40. Apakah yang berlaku kepada ombak laut apabila menghampiri kawasan pantai?
A Amplitud ombak bertambah
B Frekuensi ombak berkurang
C Panjang gelombang ombak bertambah
D Laju gelombang ombak berkurang
Jawapan:

41. Pembelauan gelombang ombak laut berlaku apabila
A gelombang melalui satu celah
B gelombang melalui kedalaman berbeza
C gelombang dalam keadaan superposisi
Jawapan:

42. Apakah yang mempengaruhi corak pembelauan gelombang?
A Amplitud gelombang
B Frekuensi gelombang
C Panjang gelombang
D Laju gelombang
Jawapan:

43. Gelombang yang dihasilkan dalam satu tangki riak dibelaukan setelah melalui satu celah. Antara berikut, yang manakah akan menambahkan kesan pembelauan gelombang?
A Menambah lebar celah
B Mengurangkan panjang gelombang
C Mengurangkan saiz celah
D Menambah kedalaman air
Jawapan:

44. Apakah yang berlaku kepada panjang gelombang apabila melalui satu celah?
A bertambah
B berkurang
C tidak berubah
D terbalik
Jawapan:

46. Antara berikut, yang manakah tidak benar mengenai sumber koheren?
A mempunyai frekuensi yang sama
B mempunyai panjang gelombang yang sama
C mempunyai fasa yang sama
D mempunyai corak yang hampir sama
Jawapan:

47. S1 dan S2 merupakan sumber koheren. Jika jarak antara S1 dan S2 ialah 6 cm dan panjang gelombang ialah 2 cm, hitung jarak antara P dan Q pada 12 cm dari pencelup.
 Bab 5: Gelombang
A 4 cm
B 6 cm
C 8 cm
D 12 cm
Jawapan:

48. S1 dan S2 merupakan sumber koheren. Jika jarak antara S1 dan S2 ditambah, apakah yang akan berlaku kepada jarak P dan Q?
 Bab 5: Gelombang
A bertambah
B berkurang
C tiada perubahan
Jawapan:

49. Dalam satu eksperimen dwicelah Young, jarak pemisah antara dua pinggir cerah pada skrin ialah 2 mm apabila jarak antara dua celah ialah 0.5 mm. Jika jarak antara celah ialah 0.6 mm, berapakah jarak pemisah antara dua pinggir cerah pada skrin?
A 1.5 mm
B 1.7 mm
C 2.2 mm
D 2.5 mm
Jawapan:

50. Antara berikut, yang manakah benar mengenai gelombang elektromagnet?
A Memerlukan medium untuk merambat
B Arah gerakan zarah selari dengan arah perambatan gelombang
C Merambat pada kelajuan cahaya
D Merambat pada kelajuan bunyi
Jawapan:

51. Manakah antara berikut disusun mengikut susunan panjang gelombang menaik?
A Cahaya nampak, ultraungu, inframerah, gelombang mikro
B ultraungu, cahaya nampak, inframerah, gelombang mikro
C ultraungu, cahaya nampak, gelombang mikro, inframerah
D gelombang mikro, inframerah, cahaya nampak, ultraungu
Jawapan:

52. Gelombang manakah yang sesuai untuk digunakan dalam radioterapi dan membunuh sel kanser?
A Gelombang radio
B Gelombang inframerah
C sinar X
D sinar Gama
Jawapan:

53. Bagaimanakah gelombang radio boleh digunakan dalam penyiaran radio?
A Pantulan
B Pembiasan
C Resonans
D Pembelauan
Jawapan:

54. Apakah yang dipindahkan dalam gelombang elektromagnet jika tiada jirim yang dipindahkan?
A Tenaga
B Daya
C Momentum
D Amplitud
Jawapan:

55. Jika sinar gama merambat pada kelajuan 3×108 m s-1., berapakah laju bagi gelombang radio?
A 1×108 m s-1
B 2×108 m s-1
C 3×108 m s-1
D 4×108 m s-1
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

5


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。